March 19, 2013

Pentingnya Untu Kita Sentiasa Bersikap Husnuzon / Bersangka Baik

Assalamualaikum.

Terjumpa satu status di Facebook yang sangat menarik untuk dikongsikan dan buat kita akan sedar kenapa pentingnya untuk kita sentiasa husnuzon atau bersangka baik atas setiap situasi apapun.

-----------------------------------------------------------------------------

‎1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,

     Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga

     Gadis A : syurgalah tempatnya




2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.
     Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
     Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.



3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala keran dihentak botol arak.

     Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.
     Gadis A: ahli neraka la jawabnya.

**cerita sebenar



1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang  ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya,.



2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.



3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .



Okayyy !


Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadan yang mereka suka, Ingat ! Kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukan menghukum, !! Jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu.


(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:



"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."



(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:




"Dan jika engkau nenghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. "


-----------------------------------------------------------------------------

Ok. Lepas ni, belajar untuk lebih bersikap husnuzon dalam apa situasi sekalipun. Lagi-lagi bila kita taktau kejadian sebenarnya. Biasanya, kita ni memang cepat bebenor nak memandai buat kesimpulan sendiri padahal cerita di belakang tabir adalah sebaliknya.

Husnuzon. Husnuzon. Husnuzon. InshaAllah tak rugi sesen kalau husnuzon sentiasa. Biar Allah SWT menilai apa yang berlaku pada manusia lain. Selagi kita ni taraf hamba, janganlah nak memandai bersikap tahu serba-serbi.

Sekian. Ma'asalamah.


March 18, 2013

My First Home Made Mee Hailam

Assalamualaikum.

Haritu disebabkan Na ada bagi mee kuning seplastik ( Thank you Na. Semoga dimurahkan dan dilimpahkan rezeki dariNya. ), dan juga disebabkan haritu saya adalah mood malas masak maka saya cuba mencari resipi mee yang belum pernah saya cuba.

Duduk negara orang ni, kalau nak kan sesuatu yang memang takkan jumpa, takde pilihan lain melainkan berani untuk mencuba masak atau buat sendiri kat rumah.

So, dengan rajinnya, macam biasalah, saya dok pi google resipi mee yang best especially yang berkuah sebab suami memang suka mee berkuah. Kalau sebelum ni dok pi ulang buat Mee Kari la, Mee Bandung la, maka kali ni tetiba rasa nak cuba buat Mee Hailam.

Ok. Untuk orang macam saya yang pemalas tahap dewa ni, biasanya kalau nak cari resipi, mesti saya carik resipi yang simple dan tidak rumit juga tidak memerlukan bahan-bahan masakan yang banyak. Maka haritu, terus googled ' Resipi Mee Hailam simple '. Tengok-tengok bahan dan cara masak, ok Alhamdulillah semua bahan ada kat dapur. Tak banyak cerita terus masak dan hasilnya ......




Tadaaaaaaa ... my first time ever Mee Hailam yo!

Saya tak ingat sangat sebenarnya rasa Mee Hailam ni macam mana sebab ini bukanlah menu kegemaran atau menu yang selalu saya order tatkala makan di gerai, tapi suami punya pasal, masakkan sajo. Yang saya tahu, Mak saya memang suka sangat dengan Mee Hailam ni sebab dia manjang order menu ni kadangkala kalau makan luar.

Siap masak, terus amik gambo, upload kat Facebook dan terus tagged Mak saya! Hahaha. Confirm la balik ni, Mak saya mesti suruh saya masakkan untuk dia. Ritu balik Malaysia, Mak saya request nak suruh saya masakkan Kuew Tiaw Ladna tapi apakan daya, masa memang suntuk sangat. Tak sempat nak masakkan. InshaAllah kalau panjang umur dan balik Malaysia lagi, bolehlah masak untuk makan-makan kat rumah.

Alhamdulillah, apapun, suami suka. Dia tu asal makanan berkuah semua suka. Lepas tu, asal semua bini masak, semualah dia kata sedap. Kadang saya rasa tak sedap dengan masakan sendiri pun, dia puji je sedap. Mungkin nak jaga hati taknak bini muncung agaknya. :p

Oh ya, kalau belum pernah cuba, bolehlah pergi sini : Resipi Mee Hailam . InshaAllah yang tak pernah cuba buat tu, confirm jadi punyalah sebab dalam entri tu siap ada gambo semua cara-cara nak masak satu per satu.

Selamat mencuba dan memasak! Jadi seorang isteri, kenalah belajar mencuba sesuatu masakan yang suami suka atau masakan yang baru. So, takdelah boring asik makan benda sama. Hihihi. :p

Ok. Suami dah balik. 

Sekian. Ma'asalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...