March 10, 2012

MakAbah Dah Balik. 3 Minggu Seperti 3 Hari.


Assalamualaikum.

Malam Rabu 7 Mac 2012, MakAbah pulang ke 'sangkar' di Pasir Gudang, Johor. Alhamdulillah segala urusan lugagge dari Jeddah dipermudahkan dan semua beg beserta satu kotak yang penuh diisi dengan kurma, kacang, kismis dan juga kain-kain, selamat sampai destinasi di Lapangan Terbang Senai.

Lepas ni, boleh buat macam tu. Tak payah nak kutip-kutip beg dah kat KLIA. Terus suruh pegawai kaunter tiket di destinasi pertama hantar ke destinasi terakhir jika ada penerbangan kedua sejurus sampai di KLIA.

Maksudnya di sini adalah, macam MakAbah haritu, destinasi pertama bersama MAS adalah dari Jeddah ke Kuala Lumpur dan petangnya pula, sambung pula ke Johor Bahru memandangkan balik pun hari Rabu, takde siapa yang boleh amik kat KLIA, aku awal-awal dah belikan tiket ke Johor Bahru terus.

Jadi, kat lapangan terbang Jeddah, buat request kat kaunter tiket suruh connect terus luggage ke Johor Bahru. Senang. ( Terima kasih kat Kak Mayam sebab bagi some info. )

Alhamdulillah, MakAbah selamat sampai rumah dengan jayanya! Risau juga takut kalau-kalau ada beg yang tak sampai ke apa ke. Hihihihi.

Baiklah, sepanjang 3 minggu MakAbah kat sini, Alhamdulillah sangat-sangat sebab dapat bawak ke Makkah dan Madinah untuk beribadat kepadaNya. Makkah seminggu, Madinah 3 hari. Kalau lebih dari 3 minggu, mungkin lebih lama boleh ke Makkah dan Madinah tapi apakan daya, Mak masih terikat dengan tanggungjawab pada warga sekolah dia. ;D

Beberapa hari sebelum MakAbah balik haritu, sempat lagi bawak dorang makan-makan. Konon nak bawak makan dekat restoran Arab tapiiiiiiii takde maknanya memandangkan, tekak Mak aku adalah lebih kepada fastfood atau yang lain, janji bukan makanan Arab, makanya, bawaklah dorang makan kat restoran makanan barat.


Dessert Menu & Appetizer iaitu beberapa keping roti yang dicicah bersama dipping sauce.


Nak pilih makanan memang amik masa sebab MakAbah dok pening tengok menu adalah berjenis-jenis nama steak, burger dan juga sandwich serta appetizer. End up, menu untuk Abah, kami pilihkan dan menu untuk Mak, dia pilih sendiri. 

Syabas untuk Abah sebab dia dengan jaya dan penuh gilang gemilang berjaya menghabiskan makanan dia yang banyakkkkkkkkk gila dan kalau kami makan berdua pun kongsi bersama sedangkan Abah? Gila steady habis makan sorang-sorang je. Hihihihi.

Mak? Dia terkulat-kulat nak habiskan makanan. Tiga suku je makanan yang mampu dia makan. Selebihnya, dia cuma kuis-kuis sahaja.


Kami berdua? 

Azman makan burger dan tuan blog makan salmon tapi apakan daya, dah syok makan sampai habis, barulah terkedek-kedek teringat nak amik gambar makanan! Hahahaha.

Anda boleh tahu sedap ke tak sedap salmon yang aku order tu berdasarkan gambar pinggan yang licin cuma tinggal sayur sahaja itu ya? :P

Untuk makluman, sepanjang MakAbah 3 minggu kat Jeddah, aktiviti makan kat luar boleh dikira dengan jari jemari. Padahal bila hidup berdua, boleh kata setiap minggu nak makan kat luar. Penangan luar biasa betul bila ada chef terhebat dekat rumah! ;D

Bila ada chef terhebat dekat rumah juga, seharusnya, macam-macam kelas masakan terhasil di dapur. Kelas Roti Jala, Karipap, Laksa Johor dan juga Sambal Kacang. Semua tu paling penting sebab itu adalah menu kegemaran tuan blog!

Selalunya kalau balik Malaysia, mesti semua menu itu yang dimahukan kala pulang ke kampung. Ni dah duduk kat negara orang dan balik Malaysia pun setahun sekali je, lebih baik, belajar buat untuk menyenangkan tekak sendiri juga nanti kot-kot bila teringin sangat ke, sekurangnya dah boleh buat sendiri walau rasa memang mungkin tidak akan sama dengan rasa yang Mak masak. =_=


Mak sedang menunaikan Solat Jamak Takdim Maghrib & Isyak.

Jadual penerbangan MakAbah adalah hari Rabu 7 Mac 2012 pukul 9.45 malam. Hari Rabu adalah hari terakhir bekerja di Saudi. Masuk Khamis, dah hujung minggu termasuk hari Jumaat.

Disebabkan MakAbah nak balik dan juga taknak kelam-kabut dekat lapangan terbang, Azman balik awal. Sebelum Maghrib, semua dah bergerak ke lapangan terbang. Kena gerak awal sebab biasanya, hari Rabu, memang jalan akan jammed teruk memandangkan dah hujung minggu untuk warga Saudi.

Sampai kat lapangan terbang, terus check in beg semua. Naik penerbangan MAS yang cuma dibenarkan seorang penumpang membawa cuma 25kg beg, seharusnya beg adalah overloaded! Itu adalah salah satu sebab kenapa baik aku atau Azman, tak suka naik penerbangan lain selain daripada Saudi Airlines ( SAUDIA ) bila balik Malaysia.

Sebab kalau naik SAUDIA, per person boleh bawak beg seberat 50 kg! Kalau 2 orang? Dah 100 kg. Hewhewhew.

Tapi takpelah. MakAbah kira terpaksa naik MAS sebab tiket SAUDIA mencanak naik harganya sejak visa Umrah dah dibuka pada semua warganegara.


Laksa Utagha atau Laksa Asam.

Apapun, Alhamdulillah, yang penting semuanya selamat dan esok harinya, aku adalah manusia paling gembira bila suami puji melambung hasil masakan Laksa Utagha yang memenuhi piawaian tekak manusia bernama Mohd Azman Bin Kamarudin. Hikhikhik.

Kali pertama buat sendiri dulu, memang aku pun sendiri rasa failed. Tapi entah kenapa, kali ni buat sendiri, eh ... ? Jadi pulak dan sedap! Hahahahaha.

Harap-harap, rasa macam ni maintain selalu dan lepas ni, boleh try & error buat Laksa Johor pula. Tetamu-tetamu yang datang rumah masa Mak buat Laksa Johor, kebanyakannya puji Laksa Johor buatan Mak adalah sedap! Seharusnyalahkan, anak dia kena usaha jugak belajar buat seperti omaknya. ;D

Oklah. Takde apa nak cakap lagi. Nak buat kerja rumah kejap. InshaAllah entri Turki akan menyusul atau mungkin juga entri lain. Bila jarang update ni, memang kena cari mood dan idea balik nak update entri.

Mohon datang kembali dan maaf jika ada kekurangan.

Selamat menunaikan Umrah kepada yang bakal menunaikan Umrah! Diharap semoga perjalanan Umrah dipermudahkan olehNya.

( Ucap macam ni memandangkan banyak mesej yang aku dapat di FB tentang keberangkatan kawan-kawan dari Malaysia yang nampaknya, ramai juga akan jadi tetamuNya. I is happyyyyy! )

Sekian. Ma'asalamah!

March 4, 2012

Riwayat Kisah Masyithah - Penyisir Rambut Puteri Fir'aun

Assalamualaikum.

Riwayat kisah Masyitah ini boleh dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran. InshaAllah. ;D :



Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :


" Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya : ” Ya Jibril, bau harum apakah ini? ”

Jibril menjawab : ” Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”

Saya bertanya : ” Bagaimana bisa demikian? ”. 

Jibril bercerita : 

” Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”.

Putri Fir’aun berkata : ” Hai, dengan nama bapakku? ”. 

Masyithah berkata : ” Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu.”.

Putri Fir’aun bertanya : ” Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku? ".

Wanita tukang sisir itu menjawab : ” Ya.”.

Anak putri Fir’aun berkata : " Akan aku lapor­kan pada ayahku."

Wanita tukang sisir menjawab : " Silakan! ".

Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aun pun kemudian memanggil Masyithah ...

Fir’aun bertanya : ” Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku? ”.

Masyithah menjawab : ” Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”.

Kemudian Fir’aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih. 

Beberapa saat kemudian ...

Masyithah berkata kepada Fir’aun : ” Saya mempunyai satu permohonan.”.

Fir’aun menjawab : ” Katakanlah.”.

Masyithah berkata : ” Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan.”.

Fir’aun menjawab : ” Akan aku penuhi permintaanmu.”.

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. 

Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu ... si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara : ” Terjunlah Ibu! Terjunlah, azab dunia lebih ringan daripada azab Akhirat.”.

Mendengar anaknya berbicara si ibu pun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. 

Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

-----------------------------------------------------------------

Agak-agak kalau kita kat tempat Masyitah, adakah kita akan buat perkara yang sama? AllahuRabbi. ;'). Pengorbanan Masyitah sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh wanita bernama Sumayyah juga. 

Semoga kita, kaum Muslimah mencontohi sifat berani mereka yang tidak gentar dengan sesiapa pun melainkan Tuhan Yang Satu iaitu Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...