December 2, 2010

Surprised! Surprised! Surprised!


As'salam.

Sekarang mood yang dah ke laut pagi tadi macam dah kembali ke pesisiran pantai . ( senyum ) . Ingat aku suka hati je ke nak senyum tak tentu pasal ? Kehkehkeh . Ini semua gara-gara kejutan-nak-mati dari laki aku . ( Elehhh ... sebenarnya dapat agak dah dia nak buat surprised tapi agak je cuma takde expect dia nak belikan sesuatu yang diluar jangkaan aku! )

Im gonna say byebye HTC HD2 .
Helloooooooo iPhone4 !
You are my sweetheart now ! ( sengih-sengih )



Surprised yang tak dijangka hari ini . Thanks much to biebie terchenta !

Wallahhhhhhh weiii ~ . Hari tu aku dah berangan nak HTC HD2 tapiiiiiii kalau dah ada orang berbcsar hati bagi aku iPhone4 , takkan lah aku nak jadi bodoh sombong nak katakan TAKNAK kan ??? Hihihihi . ( senyum lagi )

Tengahari tadi , lepas aku sidai baju dan bagitahu laki aku yang aku macam takde berapa mood sangat nak ke Makkah ( suppose tidur hotel kat bilik mak tapi entahlah , mood aku tak berapa . So , decided pegi jumpa makabah esok pagi je . ) ... terus dia cakap nak turun bawah . Masa ni aku dah dok mengintai je dari tingkap . Hahahaha .

Bila jenguk ke bawah , nampak dia bawak plastik Panda . Aku risau je dia belikan aku roses ke ape macam hari tu sebab aku ni kurang sikit kalau roses sebab tak tahu nak buat apa . Macam rugi je beli roses mahal-mahal tapi nanti roses semua kering kontang . Huhuhuhu .

Bila laki aku dah naik atas and masuk rumah semula , terus dia hulur plastik Panda . At first aku takdelah tengok beriya pun apa dalam plastik tu sebab aku nampak kotak tisu biru jek . Sekali jek ... eeh ... ada menatang lain pulak . Sengih-sengih dah aku . 0_o



iPhone4  ! iPhone4 ! iPhone4 !

Aku tak harap pun dia belikan aku iPhone4 ni sebab aku dah berkira-kira konon nak survey Coach . Yelah . Coach sekarang kat sini ada sale 50% tuuuuuu ! Mau aku tak tergoda kan ? Tapi haritu masa masuk Coach , takde design bag yang berkenan di hati sebenarnya sebab aku rasa collection yang baru keluar ni semua designnya macam ke laut jek . Memang takde langsung yang dekat di hati . =_____=

Kalau tak dapat Coach pun , aku berangan nak Chanel Jumbo Classic . Hmmmm . Tapi takdelah kot since memang takdelah kan nak habis beribu-ribu beli handbeg semata . Kalau ada rezeki , beli kat Europe je lah . Sana lagi murah . Europe ? Tunggu je lah . Ada rezeki takkan ke mana . InshaAllah .




Bila dah dapat tu , terus lah jadi gelojoh nak bukak . Hehehehe . Laki aku dah siap-siap belikan simcard baru . 3G punya simkad . So , maknanya kat sini aku pakai dua nombor lah . Kalau Maxis simkad kat mak dah ambil , jadi 3 simkad lah aku pakai jawabnya . Tamak tak aku ? ( Ada aku kesah ??? )




Dari kiri : First model of iPhone . Laki aku beli kat Dubai . Sebelah tu ahli baru . iPhone4 . Sebelahnya lagi , Nokia E71 . Aku guna . Pakai simkad prepaid . Murah kalau nak msg or call nombor Malaysia . Tepi sekali tu , Bold laki aku . Haaaa ... tamakkan ? Semua jenis phone nak guna ! Kahkahkah . Melampau betul lakibini ni . Kekekekeke . ( senyum )




Jangan tanyalah kan kenapa aku tengah busy sekarang ni . Mestilah semua sebab aku sibuk nak install segala apps free kat dalam iPhone4 aku . Hehehehehe . Sekarang baru install Facebook . Banyak lagi apps nak install like Skype , FourSquare , YM , Twitter kesayangan aku and lot more !!!

Apapun , thanks much untuk lakiku terchenta ! Such a lovely husband . Selalu berkorban and willing to do anything as long as aku happy and senyum selalu . Hehehehe . Love you always .

Eyh , mesti korang tertanya kan kenapa laki aku bagi present ni ? Nak kata besday aku , jauhhhhhhhh lah lagi perjalanannya . Aaaaaa ... jangan tak tahu , anniversary kami nak dekat dah . One of the reason dia belikan aku phone ni for our second year of anniversary lah . Dah dua tahun woooo ! Kejap je masa berjalankan ? . Even its too early but kiranya dia berjaya lah buat aku jadi speechless kejap harini . Lepas ni kita tengok pulak , apa hadiah anniversary dari aku untuk dia pulak . Entah apa lah aku nak bagi dia kan ? Aku pun takde idea lagi sebenarnya . Hakhakhak . Hmmmmm ... =_____=

December 1, 2010

Musim Sakit Sudah Tiba .




As'salam.

Hari ni laki aku MC . He down with fever, flu, sore throat . Aaaaahhhh semuanya mesti akan datang satu package . Badan dia selalunya memang kekadang seakan cerek panas tapi hari ni 'cerek panas' jadi lain macam . Hehehehe .

Pagi tadi , dia dah macam berkira-kira sama ada mahu ke office atau tidak . Tapi mungkin sebab diri dia pun macam dah tak bermaya , terus berkira-kira mahu cuti dan rehat di rumah . Itu pun sekejap je . Bila dah pukul 10 pagi lepas aku kejut untuk bangun makan nasi goreng yang aku buat , terus dia cakap :

" Hmmmm ... kalau tengahari I ok , I pegi nak pegi office lah . "

Aaaaa ... susah betul kalau nak berdepan dengan orang-yang-kaki-kerja-tak-hengat-dunia ni ! Sakit-sakit pun still nak gagahkan diri ke office . Bila laki aku dah cakap macam tu , aku iyakan je lah ! Kang cakap , tak payah , nak pegi jugak . So , iya kan jek . Lagi senang .

Tapi bila dah lepas makan , tetiba laki aku cakap lak :

" Tak jadi lah pegi office . Nak rehat kat rumah lah . "

Huh ! Dalam hati aku ... " Tau pun nak duduk rumah . " ( senyum )

Lepas dah kenyang terus lakibini terbongkang semula atas katil sampai lah solat Zuhur . Lepas solat , laki aku terus bersiap pegi hospital . Itupun jenuh nak suruh dia pegi hospital . Alasan laki aku bagi kat aku :

" Alaaaaa ... mesti ubat yang sama dapat . Malaslahhhhh ~ "

Tapi aku suruh pegi jugak . Bukan semata nak suruh ambil ubat je tapi nak suruh dia ambil MC . Yelah . Kalau tak ambil MC , laki aku kena apply cuti . Kan macam dah rugi je kat situ . Lebih baik ambil MC dari ambil cuti sebab dah sah-sah memang betul sakit . Laki aku dah lah memang tak pernah ambil MC lagi sepanjang kerja kat sini . Sekali je kot . Masuk kali ni dah dua kali dah .

Balik dari hospital , ternyata MC memang dapat . Kan aku dah cakappppppppp ! Degil . Cakap bini tak mau dengar ! Huh . =_____=

Sekarang ni aku rasa memang tengah musim lah . Takpun laki aku dapat virus masa solat Maghrib kat Masjid Pakistan Makkah hari tu masa hantar mak abah balik Makkah semula . Laki aku cerita , dalam amsjid tu , semua batuk menyahut-nyahut . Dah macam bunyi piano . Mungkin .

Itu satu hal . Masa sampai kat hotel yang mak abah duduk tu pun aku rasa , aku bukan macam masuk hotel dah tapi dah rasa macam masuk hospital sebab orang sana sini dok huk huk huk huk bunyi batuk . Bila sampai bilik mak pun , jangan kata satu bilik batuk , aku rasa satu hotel tu kot kena sindrom batuk-batuk . 0_o

Aku sekarang belum terkena lagi sindrom ni . Harap-harap tak kena lah ! Sebab kalau dah terkena , seksa wooooooo ~ . Aku dah lah ada semput . Kalau datang satu package tu ... perghhhhhhhhh ... nak tidur pun susah . Sampai boleh rasa macam ... " Eyh , nak mati dah ke aku ni ? " . Kekekekeke . ( Haishhhh aku ni , takut kalau pikir mati . Semoga Allah ampunkan segala dosaku dan terima amalanku . Amin . )

Get well soon sayang ! Jangan lupa makan ubat . Mak dah nak baik dah tu . Abah pun sama . So , now your turn pulak kena makan ubat and sihat seperti biasa . Ok ? Love you always !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...