March 5, 2015

Mat Belon


Zaman sebelum ada Ammar dulu, bila nampak orang jual belon dekat Mall or tepi jalan ke, selalu cakap kat the husband, ; " Ni ada anak esok-esok ni, kalau setiap kali keluar mintak belon, memang saje la carik pasal. "

Now bila dah Ammar?

Asal pegi Mall je, dia pau belon satu okay? T____T . Belon dah la seketul tu harga between SAR15 - SAR20. Kalau tiap-tiap minggu keluar? Dekat SAR80 spend untuk belon je. Belon ni kalau tahan setahun, berbaloi gak. After seminggu dah layu di tasik madu layak masuk tong sampah je.

Stress kadang-kadang sebenarnya bila Ammar dok mintak belon sebab budak ni memang sangat sangat sangat sangat obses dengan belon. Dekat mana-mana je asal ada belon, tak kira la gambar ke, iklan kat tv ke, mesti dia dah gelabah tunjuk belon and buat mulut dia siap bunyi orang tiup belon ... Buuu buuu buuu siap pakej air liur tersembur sekali. =___="



Nampak tak belon kete besar tu?

Macam belon ni, sebenarnya time ni nak dinner tapi kena queue sebab meja takde kosong. So sementara tu, bagilah dia lari jalan suka hati kat ruang luas ni. Sekaliiiiii elok jeeee, orang jual belon lalu depan dia. Terus gelabah ayam dah budak ni tunjuk-tunjuk belon. =___="

Ikutkan memang taknak beli sebab last weeknya tu baru je dia pau belon jugak masa jalan kat Red Sea Mall. Ni jalan kat Roshan Mall, takkan nak beli lagi kot? Huhuhu.

Tapi apakan daya ... Kuasa veto dia lagi power sebab dia dah dok mengamuk nak belon. Dok tawaf laaaaa kat orang jual belon tu. Selagi tak dapat, selagi tu dia dok legar kat situ. Ok, FINEEEEEEE!

Beli jugak. Burned SAR20 lagi. Huhuhu. Dah dapat belon, terus senang hati sambung main tanpa rasa bersalah.

Nak dijadikan cerita, the next coming weekend tu, the husband dapat idea. Selagi belon tu elok, bawak je dari rumah setiap kali nak pegi Mall. 

Memang gigih ye kami bawak sebab Ammar ni kadang bukan nak sangat belon tu. Nak sekejap je. Dah dapat belon, kang buat taktau je. Mummy dia jugak kena pegang usung sana sini belon tu. =___="

Until now still lagi kiteorang usung belon yang sama kalau nak keluar pegi mana-mana Mall. Selagi elok tak kempis, selagi tu la bawak. Sebab bila bawak, Ammar takde dah la nak tunjuk-tunjuk kat mamat jual belon. Setakat lalu pastu tengok tunjuk macam tu je. Takde dah nak mengamuk macam awal-awal dulu.

Mummy and Papa dah boleh tarik nafas lega dah sebab problem solved! Yeayyy! Hahahaha. Yang penting, duit tak membazir macam tu. Hiks. 

Left & Right


So, yesterday was my ever first time keluar berdua dengan Ammar naik teksi. Memang cipta sejarah sebab dari awal sampai sini tahun 2010 sampailah hari semalam, selalunya kalau nak keluar, mesti dengan the husband.

Tak berani nak keluar sendiri kaedahnya sebab diri selalu pikir takut driver teksi culik bawak pi tempat lain. Naya je kang tetiba kena campak kat padang pasir ke apa. Nauzubillah. Jauhkanlah. Simpang malaikat 44!

So, apa menyebabkan nekad nak keluar jugak naik teksi?

Semua adalah kerana nak belikan Emak kesayangan beg baru. Hihihi. Lagi pulak beg yang dia nak memang ada sale sampai 70%! So terjah je la. Selamba. Plus now dah ada Ammar. Boleh angkut dia sekali. Takdelah sorang-sorang dalam teksi.

Alhamdulillah masa nak pegi mall tu, dapat driver teksi yang okay dan tak bawak kete macam orang mabuk. Ammar pulak sangat behave dalam teksi. Duduk diam je sambil-sambil Mummy suap layer cake Yamama buat alas perut untuk dia.

Dah sampai mall, terus selesaikan niat utama beli beg semua. Tak lama pun kat mall. By 12 pm tu da gerak balik.

Dapatlah satu teksi ni kebetulan dia pun tengah drop customer dia kat mall yang sama. 

This teksi memang a big problem masa memula naik sebab entah memana je dia pusing. Dah gelabah jugak masa ni sebab takut dia dok bawak pusing tempat lain.

Mujur diri sendiri kira da expert da selok belok jalan ni kat mana jalan tu kat mana. Jauh sebenarnya teksi tu bawak. Taktau apa motif or maybe jalan tu yang memang dia lalu kot or ke macam mana taktau la.

Sebelum naik teksi tu, dah bagitau. " Quraish Street near to ANB Bank. ".

Ok. Fine.

Dah lepas traffic light and dah nak dekat ANB Bank tu, terus lah inform driver teksi. " Turn right okay. "

Driver teksi ; " Left? " ... Hand gesture ke arah kanan.

Myself ; " No, right right. " .... Hand gesture arah kanan.

Driver teksi tengok muka saya kat belakang macam muka nak marah ...

Myself ; " What? " ... Rasa macam nak marah balik tapi cuma mampu bermonolog dalam hati je.

Driver teksi ; " No madam, this is left! LEFT! " ... Dok tekan suara dia nak bagi saya paham tapi hand gesture ke arah kanan.

Bila dia cakap macam tu, terus diri sendiri pun jadi confuse. Dah terus jadi dok pikir ; " Aku salah ke dia yang salah ni? "

.........................

Disebabkan memang dah nak dekat sangat simpang nak belok kanan tu dan juga taknak panjangkan cerita takut ada jugak driver teksi kena tumbuk, so I was just ...

" Ok. Turn LEFT. " =___="

Walaupun sebenarnya turn RIGHT! T_____T

I keep continued ; " Alatul ( Terus in Arab ) and then turn left ... " Hand gesture suh belok kiri.

Again. Driver teksi dengan muka confident dan marah ; " No madam, turn right ... " Hand gesture dia tunjuk belok kiri! 

" WHAT IS THIS???? "

Myself ; " Yeah you're right. Turn RIGHT! " ... Walaupun sebenarnya belok kiri! Hati dah terbakor dah ni. Hahahaha.

Dah elok sampai area rumah, nak bayar tambang teksi, rilek je driver teksi tu cakap dengan muka confident ; " Remember Madam. This is left ( Sebenarnya kanan ) , this is right ( Sebenarnya kiri ) ... Okay? " 

Zzzzzzzzz ...

Masuk lif, gelak sorang-sorang. Rasa macam bangang bertingkat-tingkat pulak ngadap orang confident lebih. Hahahahaha. 

February 11, 2015

Ammar's 1st Birthday Party!


It is an unplanned birthday party actually.

Memula memang taknak buat sebab kat sini, susah sangat nak dapat bakers yang pandai buat kek lawa-lawa macam kat Malaysia nun.

Ada je kedai yang boleh buat tapi design bodoh-bodoh pun adalah terlalu mahal. Memang tak berbaloi sangat. 

Pulak tu, saya memang berangan, first birthday party Ammar ni memang nak buat tema Charlie and The Number.

Penah tau tak kewujudan Charlie and The Number? Hihi. I knew it from BabyTV. Boleh tengok kat YouTube. Sangat comel Charlie and his numbers character. Ammar memang crazy over it. Kalau tengah tengok Charlie tu, orang panggil pun, dia boleh buat bodoh je dan cuma akan toleh bila Charlie tu dah habis. Huhuhu.

Anyway, the birthday party not exactly on his birthday sebab December 8th tu jatuh on weekdays. Not weekend. So, saya pilih buat the coming weekendnya tu. 

Last minute nak buat sebab, a good sister of mine, Kak Asiah * Bakal biras ehem batuk ehem. Hahaha. * tau mana tempat nak order kek ikut design kita. 

Ok. Cun. Eksaited dah ni nak tanya and buat order. Sekali baker yang memula saya pi tanya ni, kekwat pulak. Bukan kekwat je tapi dia macam sekejap cakap boleh buat, sekejap cakap tak confident nak buat, pastu e'eh boleh pulak buat. So, saya pun jadi tak confident la nak order kat dia. Kang kek Ammar jadi entah apa rupa kang.

Frust jugaklah masa tu sebab dah pikir, bukan rezeki Ammar kot. Kalau dok Malaysia, memang buat sebab kat Malaysia berlambak-lambak bakers yang kreatif boleh buat kek ikut design yang kita nak.

Then, Kak Asiah recommended another baker ni but unfortunately, penuh pulak. Pilih tarikh lain, dia tak boleh buat pulak sebab travel.

Mummy is so sad again.

Dalam pada nak redha tu sebab plan tak jadi, ada satu malam tu, saje google cari bakers kat Jeddah. Google punya google, terjumpa satu kedai ni. So, I just save the phone number and checked their instagram. 

Bila bukak instagram dorang, kek semua lawa-lawa. Cupcakes pun sama. Mummy punya eksaited pun mencanak-canak naik balik siap pakej debar-debar takut nanti frust lagi. Huhuhu.

Terus whatsapp tanya boleh tak buat kek birthday design tema Charlie and The Numbers and sekian sekian. Siap tanya harga terus. Sonang macam tu. Then, tak lama tu, the owner itself reply and cakap, " Ok, no problem. We could proceed the order. ". Hohohoho.

Eksaited, eksaited, eksaited.

Lepas order kek, bermulalah kerja yang seterusnya iaitu tempah food, helium balloons and also goodies bag untuk bebudak.

Alhamdulilalh everything went well as per planned. Syukur sangat. 



Yang ni main food. Ada Nasi Lemak Lauk Sambal Paru together with Ayam Goreng. Ada Bihun Goreng Putih and also Roti Jala cicah Kari Ayam. 




Yang ni dessert table. Ada Kuih Lopes, Kuih Bakar Pandan, Macaroons and Fruit Tart. Fruit Tart Kak Gee bawak. And the rest macam Kak Asiah bawak Dino Cookies and Kak Ton bawak Karipap Sardin and Sambosa. * Not in the picture * 



Semangat okay siap pi tempah helium ballons ni. Nasiblah harga okay. Pulak kedai dia dekat belakang rumah je. So, amik ballons ni pun, the husband jalan kaki je. Hihi. Happy sangat sebab bila the husband bawak ballons ni masuk rumah, Ammar kind of speechless tengok balloons banyak-banyak macam ni. Happy gila muka dia! Weeeeee. 




Our guests. Semua closed friends. Dah macam family sendiri kat sini. Thank you for coming anyway. 


Haaaa ... Nilah kek birthday Ammar! Comel tak? Okay tak dorang buat? Ni bahagian depan kek ...



Ni bahagian kiri belah belakang ...


Ni bahagian belakang belah kanan ...

On my side, memang puas hati sangat. Dorang buat kek ni sama macam apa yang saya mintak thru WhatsApp. Sejibik sejibon apa yang saya imagine kan. Extra happy sebab guests pun cakap cantik. Kek pun sedap. InshaAllah next time boleh order lagi dengan dorang.

Last but not least ...


 Haruslah tepek family photoooo! Wohoooo! Picture ni credit to Yunos. 

And also ....



Tak lupa picture Ammar dengan his all birthday present! Yeayyyy! Alhamdulillah murah rezeki Ammar. Banyak gila dapat toys. Jimat duit Papa setahun tak payah beli toys dah. * Yekeeee? Hahaha. * . Toys semua best best pulak tu. Suka suka sukaaaaaaa!

Apapun, Happy Birthday Ammar! Semoga Ammar sentiasa doakan Mummy & Papa bila Mummy & Papa dah takde nanti. Doa anak soleh takde hijab tau. Semoga jodoh kita sampai ke Syurga. I am so sorry kalau Mummy kadang macam singa betina kelaparan. What to do. Mummy kena belajar lagi supaya lepas ni jadi singa betina manja pulak. Kahkahkah. 


August 22, 2014

8 month & Umrah



Alhamdulillah. Ammar dah 8 bulan. Gigi nak masuk 3 batang dah. Belah atas, sebatang gigi dah menonjolkan diri. Sekarang, baru nak belajar merangkak. Dah pandai mengaruk atau mengamuk dengan menekup-nekupkan muka atas lantai. Dah pandai merajuk. Dah tau dan paham, bila Mummy cakap "No" sambil jari telunjuk gerak kiri kanan, maknanya Mummy tengah marah. Bila Mummy marah, mulalah nangis sedih. Kikiki.

Tidur pun dah makin lasak. Selalu Papa jadi mangsa kena tujahan kaki padu si Dobot ni. Oh ya, sekarang budak ni demand nak bubur nasi je. Makanan lain, taknak. Tak kenyang. So, almost everyday, selalu kepala otak Mummy ni dok pikir resipi bubur yang belum penah buat sebab budak ni cepat boring kalau makan bubur yang rasa dia sama je.

Pun jugak, dah pandai dan dah paham, kalau Mummy sarung Abaya, pakai shawl cantik-cantik, maknanya nak keluar pegi jalan. Time tu la dia gelabah cepat-cepat pergi kat Mummy suruh dukung sebab takut kena tinggal. Even masa tu Papa tengah dukung pun, tatap nak kat Mummy jugak. Kikikiki. Kadang kalau Papa dukung, cepat-cepat spotcheck tengok Mummy ikut sekali ke tak. Kikiki.

Paling tak kelakar pasal budak ni, dah pandai dengki dekat Mok ngan Skulky tapi selalu jadi mangsa adalah Skulky. Ritu sedap dok pedajal Skulky. Dok sedap pi korek mata Skulky. Skulky sampai sekarang fobia dengan budak ni. Asal budak ni dekat je, Skulky dah gelabah lari pi tempat lain. Padahal dulu, Skulky selalu je duduk baring sebelah dia. Sekarang? Memang tak laaaaaaaaa!!! =___=

Anyway, sebab masa dia cukup umur 8 bulan haritu jatuh hari Jumaat dan sebab Jumaat tu weekend kat sini, maka malamnya, kiteorang pegi buat Umrah sempena Ammar 8 bulan plus sekarang ni, baik Mekah atau Madinah, dua-dua tempat tengah lengang. Takde orang sebab busy prepared untuk musim Haji pulak.

This time buat Umrah malam. Lepas Maghrib, baru gerak dari Jeddah. Sampai Mekah, orang dah selesai jemaah Isyak. Kali ni tak parked kereta kat Kudai. Kiteorang parked dekat Safa Tower. Senang sikit dan dekat. 

Masuk MasjidilHaram, solat Isyak dulu, then terus buat Umrah. Ingatkan masa tu, dataran tawaf penuh orang. So, kiteorang buatlah kat Mataf bertingkat tu. Sekali dah Tawaf Umrah few round, tengok-tengok, kat bawah takde orang. But it is ok. As long as selesai urusan.

Selalu kalau buat Umrah, Tawaf pusingan ke 3 or ke 4, Ammar dah tertidur dalam baby carriage but for the first time, budak tu tak tidur sampailah kiteorang selesai Umrah. Budak tu dok kalut tengok geng-geng dia buat Umrah. Kebetulan memang ramai jugak parents bawak anak-anak buat Umrah. Seronoklah dia tengok kakak-kakak dan abang-abang berlari sakan masa Tawaf. Itu yang taknak tidur agaknya.


                                    Ini selfie selepas dah selesai Umrah. Kat Marwah.

Sebelum tu, masa pusingan Saei ke 6, Ammar dah macam ulat. Tak reti duduk diam. Rimas sangat dah dia sebab asik berdukung je. So, sebab dia budak baik, selesai Umrah, kiteorang upah bagi dia meniarap sampai puas kat Marwah.


Sakan ok budak ni bila dapat meniarap kat lantai yang lapang dan sejuk. Terjerit-jerit. Mentang-mentang takde orang. 


Lamalah jugak melayan budak ni. Bagi dia main sampai puas. Ni kat kawasan Marwah tingkat 3 ye. Memang takde orang. Pulak sini khas untuk yang sewa scooter tu je. Ada jugak yang jalan kaki tapi setakat 2,3 orang je. Jemaah lain ramai kat tingkat-tingkat bawah.

Settle layan budak ni, kiteorang tak terus keluar Masjid. Kiteorang pegi ke dataran Tawaf. Asalnya nak amik pic sajo sebenarnya ....


Our selfie depan Kaabah


Our selfie depan Multazam

Tapi disebabkan tak ramai orang, kiteorang grab the oppurtunity bawak Ammar pegang Rukun Yamani.  Alhamdullillah, rezeki kami. Anyway, masa ni, kalau buat Umrah setiap pusingan nak pegang Rukun Yamani pun boleh, takde masalah sebab memang takde orang sangat pun.

Lepas pegang Rukun Yamani ni, cuba juga bawak dia nak cium Hajarul Aswad. Almost okay, almost nak dapat tapi by the time our turn tu, ada this one guy, dahlah badan besar, sedap-sedap je pi tolak jemaah perempuan. Lepas dah berasak dan bergaduh time tu, terus tak jadi. Kesian kat Ammar sebab dia dah kena himpit-himpit. Maybe next time inshaAllah.



As a mother, memang happy sangat sebab Ammar since dia dalam perut lagi, dia dah dekat dengan Kaabah. Bukan semua dapat rezeki macam ni. Syukur Alhamdulillah. Langsung tak pernah terpikir dalam hidup dapat rezeki sampai macam ni sekali. Selagi ada rezeki kat sini, inshaAllah selagi tu lah, stay sini je. Selagi tu jugaklah bawak budak ni, tengok Kaabah. 

Sekarang ni pun, even he is only 8 month, dia kenal Kaabah. Sangat alert dengan Azan, orang mengaji. Asal dengar orang mengaji atau azan je, mesti dia dah tertoleh-toleh carik. Macam masa balik Malaysia haritu, azan Maghrib kat tv. Sangat cepat, pantas dan tuntas dia toleh kat tv dok carik Kaabah. Tapi azan kat tv takde Kaabah, so masa tu dia macam pelik. Tercari-cari mana Kaabah. Hihihi.

Apapun, Alhamdulillah sebab segala urusan dipermudahkan. Kiteorang sampai Jeddah semula dah nak dekat Subuh. Ammar sepanjang Umrah, memang tak mintak nak nyusu langsung. Dah masuk kereta nak balik Jeddah, baru menggelepor nak nyusu. Terus lena sampai Jeddah.

Next weekendnya, kiteorang pi Umrah lagi. But that time, sempena my birthday. Itu kita cerita di post lain yek? Hihihi.


May 21, 2014

Dulu Sorang, Sekarang Berteman

Semalam sejak ada Ammar, buat pertama kalinya suami balik lambat dari kerja. Sebelum ni, maksud sebelum ni tu refer pada tahun-tahun sebelum ni, selalu bila suami balik lambat ni, dok melangok la sorang-sorang kat rumah.

Time takde Ammar dulu, bila kena tinggal camni, bila da boring sangat, selalu dok kacau-kacau Mok ngan Skulky tapi semalam takdelah kacau dorang dah tapi dok mengulit anak sendiri.

Ada jugak dulu masa kena tinggal, orang cakap " Ada anak seronok kena tinggal. Sebab ada kawan. ". But still, seronok je pun kena tinggal even masa tu Mok dengan Skulky sebab dorang pun kategori anak-anak jugak.

Remember, for me, the cats are not my pet but they are my family okayyyyy????

Tapi semalam even ada Ammar pun, boring jugak bila suami balik lambat. Kerja nak tengok jam je setiap masa. Kalau tak tengok jam, sekejap-sekejap nak bukak Apss 'Find Your Iphone' which the apps bukan je boleh find ur iphone. Segala keturunan ahli keluarga Apple boleh carik.

Eh? Kantoilah pulak dok pi cite kat sini. Hahahaha. Bukan spot check ye. Saje nak check. I trust my husband anyway. Dengan siapa je pun kalau dia skandal kat sini. Eh, konfident je kan aku ni. Kahkahkah. 

Anyway, Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa! Lama gila tak update blog. Memang dasar malas pung. Takde alasan lain lagi. Malas sebab seronok dok mengadap anak. Hihi. Poyo je ayat. Sebenarnya lebih pada malas. 

Boleh je sebenarnya bukak laptop atau kalau malas lagi, bukak je Apps Blogger kat phone tapi dah kalau malas kan, apapun takkan jalan. Kikiki. Takyah lah nak bagi seribu alasan. 

Alaaaa lagipun taktau nak update cerita apa kat korang. Takkan asik nak update cite pasal anak je. Kang boring lak korang. Huhu. Nak update benda biasa-biasa rasa macam tak perlu kot sebab entah, rasa macam merepek. Kang orang cakap saiko lak. Hihihi.

Oh ya, Ammar dah 5 bulan 2 minggu dah. Sekejap je rasa. Tau-tau budak ni dah boleh makan solid food dah. Nak bagi anak makan solid food pun, debor dia lain maciam. Apesal entah. Over tak? Kahkahkah.

Ikutkan sebenarnya nak je bagi masa Ammar dah officially 5 bulan haritu tapi biasalah, nak jadi isteri mithali ni, kenalah mintak pendapat suami gak. Kahhhhhh! Unfortunately bila mintak pendapat suami, dia lak tak setuju sebab last time jumpa Paed Ammar, Paed Ammar da pesan kat kiteorang bg Ammar makan masa umur Ammar betul-betul dah genap 6 bulan. Ok fineeeeeee. Ikut mung la laki! 

Ye je  aku ni ikut mung laki, padahal dalam hati ni, meronta-ronta nak bagi Ammar makan dah. Hahahaha. Siap semangat dah belikan Ammar set makan Tommee Tippee haritu. Huahuahua. Takpelah Ammar. Harini Papa promise nak bawak kita pegi beli buah untuk buat puree bagi Ammar makan. Kita tengok Papa tunaikan janji ke tak? Heh.

Ok Ammar dah bangun. InshaAllah kalau daku rajin dan panjang umur, kita jumpa lagi di lain entri. Kekekeke.

Nah, Mummy Ammar belanja korang gambar terbaru Ammar sekeping ..... 


                 


February 17, 2014

Weekend Gateaway : Ammar's First Umrah

Not really he performed Umrah. Just teman Mummy and Papa dia je. Hehehe.

Nak buat Umrah ni pun tertangguh sampai 2 minggu. Memula tu plan, nak bawak nak dukung dia je tapi memandangkan, budak ni pun dah seberat kampit beras, adalah pikir banyak kali jugaklah nak dukung je dari awal sampai selesai Umrah.

So, we decided beli baby carrier or kami panggil poket kanggaroo. Hihihi. 

Cerita pasal baby carrier ni, dari masa pregnant lagi saya dah bagitau suami yang saya nak beli baby carrier brand Ergo.

A bit expensive tapi apa sahaja untukmu anakku. Lagi pulak first baby kan. Lagi pulak lagi, lama menunggumu anakku. Kohkohkoh. 

Time nak beli tu la baru saya terhegeh-hegeh nak study pasal ErgoBaby carrier ni. Ehhh, kenalah study jugak. Semua benda kena study kot. Dulu masa nak beli stroller pun kami study sesama gak. Bukan study apa, nak tengok, berbaloi ke beli, bagus ke and so on.

Bila da habis study dan memandangkan ErgoBaby carrier ni ada macam-macam jenis, saya decided nak beli ErgoBaby carrier Sporty. Saya pilih Sporty sebab kat bahagian waist besar and sebab lain, ErgoBaby Sporty ni warna merah. Hahahaha. Stroller dah merah, carrier kenalah merah gak. Kikikiki.

Ok. Back to the story.

Disebabkan saya taknak suasana crowded sangat, saya ajak suami buat hari Sabtu sebab biasanyaaaaaaa kalau hari Jumaat, jemaah memang akan ramai sebab Solat Jumaat. Kalau Solat Jumaat, memang masjid akan extra penuh. Jadi, marilah pergi hari Sabtu pagi selepas Subuh.

Malam nak pergi tu pun, saya dah risau dok mikir anak bujang sorang ni sebab anak bujang saya ni bangun pagi dalam pukul 11 ke atas. Paling lambat dia penah bangun adalah pukul 1.30 tengahari okay. Memang anak bujang sangattttt! Nasib baik bujang kalau anak dara memang haku kejutkan aje. Hehehehe.

Pagi Sabtunya tu, memang kena bangun la. Biasa time Subuh memang Ammar akan bangun untuk saya tukar pampers dan menyusu.

                     

Tapi tapi tapiiiiiii .... Pepagi tu kan, Papa dah angkat kita bawak masuk toilet, mandikan kita dan kemudian, Mummy siapkan kita macam biasa. Wuuuuuu. Muka kita memang mengantuk tapi apakan daya. Mummy dah cakap masa ni, nanti masuk kereta boleh sambung tidur. Okay Mummy! 

                     

Tapi memang betul pun. Bila suami letak je budak ni dalam car seat, mata dia pun dah layu. Saya bajet dia akan nangis nak minta menyusu tapi tak pun. Few minutes after dah jalan tu, terus dia tertidur sendiri. Hihihi. Sepanjang perjalanan dari Jeddah sampai ke Mekah Ammar tidur lena.

Alhamdulillah masa sampai Mekah tu, cuaca memang sejuk dan langit mendung. Memang expected akan hujan dan kesian anak bujangku sebab Mummy pakaikan dia sleeveless romper. Wuuuuuu. Memang tak bawak baju sejuk dia or any baju spare lengan panjang ke apa. Lesson learned sungguh hari itu. Kihkihkihkih.

Mujurlah nak buat Umrah tu, nak letak Ammar dalam carrier kalau brand Ergo, untuk baby yg below 6kg and still kecik and kaki tak boleh nak kangkang lagi, you have to buy, Ergo Baby Insert. Then baru boleh letak baby dengan selesa sebab insert tu macam sarang tebuan bentuk dia. So, inshaAllah baby akan selesa and stabil dalam carrier tu. Jadinya bila letak dalam insert tu, takdelah Ammar sejuk sangat.

                     

Dan Alhamdulillah, masa tawaf tu, hujan turun dengan sangat lebat kat Mekah. First time untuk saya dan suami buat Umrah dalam suasana hujan sampai terpaksa berhenti buat tawaf masa pusingan kedua sebab hujan memang sangat lebat. Ada hikmahnya pada kami sebab at least, Ammar takdelah rasa panas sangat ke apa. Sepanjang tawaf tu pun, dia memang tidur lena dalam carrier. 


Kali pertama bertiga buat Umrah bersama. Syukur Alhamdulillah. Dulu selalu tengok orang lain bawak baby. Sekarang, Tuhan bagi kami merasa pulak. Emo kejap. Hahahaha. Sebab saya sampai sekarang tak expected that I will pregnant and we gonna have a baby. Hihihi.

Lepas selesai Tawaf tu, terus Saei. Masa ni, Ammar dah bangun. Kebetulan pulak, dia semprot ( berak ). So, sebelum saei, tukar pampers dia dulu then baru sambung semula urusan Umrah.

Masa Saei tu dalam pukul 10 pagi kalau tak silap and masa tu Ammar dah few hours jugak tak menyusu. Tapi bila saya check tengok dia nak menyusu tak, langsung dia taknak okayyyyyy! Atau dalam erti kata lain, menyombongggg! Sua nenen tapi luek kan balik. Ok takpe. Dia jadi macam tu sebab dok leka tengok lampu bersinar-sinar menyala sepanjang baik dari Safa ke Marwah dan juga Marwah ke Safa. 

Sepanjang 7 pusingan tu la dia leka tengok lampu. Tak menangis langsung nak susu. Ikutkan biasanya dia dah start merengek-rengek bila dah berejam tak menyusu tapi masa tu, tak langsung. MashaAllah, he is really such a good boy of mine! Elok lepas tahalul baru dia merengek nak menyusu. 

Masa habis Umrah tu dah pukul 11 pagi. Alang-alang, kami stay je dalam Masjid sampai selesai solat Zuhur. So, sebelum solat Zuhur tu, menyusukan dia jap.

                   

Alhamdulillah again, sebab sepanjang tu la Ammar elok je duduk diam. Dia sibuk tengok orang sebelah solat masa ni. Pastu dah penat tengok orang, dia ajak Mummy borak-borak mengadap melayan dia. Dah penat, terus tidur. Tapi masa solat Zuhur, menangis sebab Mummy letak atas sejadah. Kihkihkih. Lastly, dukung je la masa solat sampai habis solat. Terus diam. Yeay!


Dan lepas selesai solat Zuhur, masa saya tengah leka jalan carik suami, group makcik Turki ni dok panggil-panggil saya sebab dorang geram tengok Ammar and nak pegang Ammar. Mujurlah anak bujang ni jenis muka sardin. Sikit tak heran. Makcik-makcik ni main pass-pass dia  pun, dia sardin je muka. Hahaha.

Ok Ammar. You did well for our first Umrah! Alhamdulillah. We proud of you. Nanti senang-senang lagi, kita pergi okay? But as usual, be good tau! 

Till then. Muah!

February 5, 2014

Blouse Wanita

Blouse adalah antara baju yang a must have untuk setiap perempuan. Kira kalau almari awak tu penuh baju tapi kalau takde blouse sehelai pun, kira tak complete lah. Tak best. Sebab blouse ni boleh in dengan apa style sekali pun.

Pulak tu, blouse yang ada jual sekarang, macam-macam design ada, macam-macam corak pun ada. Nak blouse penuh ropol pun ada. Nak blouse yang sopan pun ada. Kena pandai pilih. 


Tengok macam printed blouses ni. Cool kan. Macam-macam jenis corak ada. Lagi pulak, sekarang memang tengah trend sangat printed-printed ni. So, memang sangat in kalau nak digayakan ke mana sahaja.


Kalau taknak printed blouse, plain blouse bersama ropol-ropol kat leher macam ni pun kira cun dan smart sangat. This is one of a kind blouse yang saya suka. Saya lagi extra suka sebab blouse design macam ni ada butang kat depan which is senang nak breastfeed dan lagi satu saya suka blouse macam ni sebab hand cuff. I love hand cuff sebab takyah pakai stongan dah melainkan kalau blouse tu jarang. Hewhewhew.

Anyway, blouse ni boleh digayakan dengan apa sahaja. Kira blouse ni kalau pakai dengan skirt boleh, kalau yang berhijab macam saya, nak gayakan dengan long skirt memang sopan sangat lah, tak pun, nak gayakan dengan jeans, pun lagilah boleh, tak pun dengan seluar pendek. Ikut awak ler. Semua kena inshaAllah. 


Ni contoh pemakaian blouse. Digayakan as working attire. Smart kan? Pegi keja cantik-cantik macam ni terus boleh buat diri semangat ke kerja. Ye ke idok? Kalau yang berhijab tu, gayakan dengan long skirt. Confirm cun!



Ni pulak gaya santai. Nampak extra santai dan cool bila digayakan bersama rantai yang ringkas dan juga clutch. Ringkas ringkas je tau kalau nak pakai aksesori sekali sebab kang kalau pakai aksesori sarat sangat dah nampak macam apa pulak kang. 

Lagipun dalam berfesyen ni, lagi ringkas, lagi sedap mata memandang. Serabut sangat gaya kang, diri pun boleh nampak serabut tanpa sedar. Kan?

Anyway, kalau rasa diri itu terasa berat bontot nak beli blouse kat shopping mall yang memerlukan kita kena menempuh jalan raya yang sesak dan terasa seperti membazir masa sebab banyak masa dah habis kat jalan raya, tak pun kalau rasa diri malas sangat nak bersiap semata nak pegi shopping, korang bolehlah duduk depan laptop je, lepas tu bukak website ZALORA.MY untuk shopping blouse. Cool kan?

Sebab Zalora ni dah kira macam shopping mall jugaklah sebab Zalora ada banyakkkkkkkk gila pilihan blouse yang cantik-cantik, yang ringkas dan paling penting harga berpatutan. Zalora memang offer the best price dan rugi kalau korang takat tengok je.

Kot siapa-siapa yang jenis beli baju branded tu, jangan risaulah. Zalora ada jugak jual blouse brand River Island, Ezra,  Kitschen dan juga Something Borrowed. Super cool kan? 

So, apa lagi? Pegi tengok kat Zalora. Kalau tak tengok harini, esok pun boleh, kalau tak esok, lusa pun boleh sebab Zalora ni hampir setiap hari bagi offer yang best yang tak patut ditengok begitu sahaja. Pulak tu, Zalora bagi free shipping ke seluruh Malaysia untuk setiap pembelian. Dah tak payah nak tambah harga postage dah. Lepas tu kot kalau dah beli blouse tu, pastu korang tak puas hati ke, tak muat ke, apa ke, dalam masa 30 hari, boleh buat pemulangan semula kat Zalora. Best kan? Best kan?

Untuk maklumat lebih lanjut dan juga untuk cuci mata korang, silalah layari website Zalora Malaysia  dan kalau nak sentiasa tengok Zalora update apa kat website dorang, yang ada akaun Twitter tu, bolehlah follow Zalora Twitter .

Happy shopping di Zalora! Muah!


January 16, 2014

Big Boy Don't Cry

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Masa Ammar genap 28 hari, saya dengan suami bawak Ammar pi sunat. Kat sini, kecik-kecik dari baby lagi dah sunat ye? Sunnah katanya. Lagipun inshaAllah luka cepat baik. Less than a week dah baik.

Memula tu ingatkan nak sunatkan Ammar masa umur dia 2 hari tapi eksaited dapat anak agaknya, terus lupa. Dah balik rumah baru ingat. Then, masa Ammar umur 1 weeks bawak pegi jumpa paed, pun lupa nak tanya. 

Second time check up baru teringat nak tanya. Ingatkan masa tu bolehlah terus sunat but then kat sini, kena set up appointment dulu with surgeon. So, oklah. Suami yang uruskan pasal appointment and so on.

Dapat appointment untuk sunat tu on January 4th, 2014 around 12 pm on Saturday. 

Jangan taktau, nak hantar Ammar sunat pun berdebar okay? Bukan berdebar apa. Debor sebab takut la surgeon yang sunatkan tu stok surgeon yang kasar ke apa ke. Paham je la. Doktor kat Arab Saudi ni ada yang memang jenis kasar ya? 

The day nak bawak Ammar tu, memang debor lain macam. Sampai depan bilik surgeon tu, lagi debor. Mulalah hati tak keruan, kesian kat Ammar la apa lah. Naluri keibuan sangatkan. So, drama la kejap. Huhuhu.

Saya siap cakap kat Ammar yang masa tu tengah lena tidur : " Ammar sunat ye? Sakit sikit je. Sorry tau but you have too. ". Emo sangat tau. =____=

Alhamdulillah the moment tengok surgeon yang bakal sunatkan Ammar tu, terus jiwa tenang sebab surgeon tu memang seorang doktor yang sangat soft spoken, very humble dan pastinya tidak kasar. Kira macam Atuk sunatkan cucu gituuuu.

Time sunat, memang tak dapatlah nak tengok. Kalau boleh tengok pun, tak tergamak nak tengok. Mujur masa doktor tu nak sunatkan, awal-awal dah suruh kami keluar tunggu kat depan bilik dia. So, kami pun pi la duduk tunggu depan bilik dia.

In few minutes, suddenly dengar suara Ammar dah melalak menangis macam hape. Sedih okay. Masa nurse bagi Ammar balik tu, memang sungguh dia nangis dengan muka mintak tolong siap sedu-sedu lagi nangis. Broken heart sangat masa tu. Terus rasa bersalah. Tapi apakan daya. Hati kena kuat maaaaaa. Dah potong pun, bukan boleh patah balik. Huhuhu.

Lepas sunat, memang terus boleh balik. Doktor cuma pesan sapu minyak zaitun je setiap kali lepas mandi ataupun tukarkan pampers Ammar. 

On the way nak balik rumah tu, for the first time Ammar jadi cranky. Nyusu pun nangis sedu. Pujuk macam mana pun tetap nangis sedu. Kira memang sedih habis la ni. Hancur luluh betul tengok dia masa tu. Wuwuwuwuwu. 

Balik rumah, Alhamdulillah, Ammar ok sikit. Tak teruk macam kat hospital sebelum tu. Masa tu memang mampu doa je biar cepat baik, biar cepat masa dan hari berlalu. 

Memula nak mandikan ke tukarkan pampers pun, cuak sangat. Takutlah kan terlanggar ke apa, dia nangis sakit ke apa ke kan tapi emo sangat haku ni. Mana taknya, esok paginya tu bila mandikan dia, elok je budak tu senyap tak nangis. Rilek je. Over sangat tau Mummy ni. Hukhukhuk.

Kat sini, bila baby kena sunatkan, nanti doktor akan letak cover plastik kat bebird dia tu. Plastik tu akan tanggal sendiri bila dah baik. Alhamdulillah, pagi tadi, just nice masa mandi, plastik tu dah tanggal dengan sendirinya mean bebird Ammar dah okayyyy! Yeayyyy! Mummy happy sebab Ammar such a good boy sebab after sunat tu, Ammar takde meragam ke apa ke. Such a good boy as usual MashaAllah.

See Mummy? Big boy dont cry okay?

Okay Ammar, ok Ammar. Mummy just fine. =____=

Now, dah boleh tarik nafas lega dengan tenang sebab dah selesai satu tanggungjawab as parents untuk sunatkan anak lelaki.

Syukur Alhamdulillah.



How I Cope My Life With Ammar!

Kemain tajuk kan? Bhahahahaha. Tajuk macam retis sangat. Lol. ;p

Anyway, nak update thru laptop kononnya tapi internet 2,3 hari ni memang nauzubillah menguji kesabaran dan kebaranan diri ini. =____=

Terus update guna phone je la. Redho.

Ok. As for today, lagi 5 hari saya nak habis pantanggggggg! Yehuuuuuuu! Elehhhhh ... Yehuuuu sangat macamlah 100% pantang kannnn?!!! Bhahaha.

Pantang makan, ye pantang. Pantang keluar? Oh tidak laaaaaaaaaaaaaa. Selama ni kalau duduk rumah bila husband busy pun dah rimas kemain. Inikan nak pantang duduk rumah 44 hari. Memang tak lah. Huhuhuhu.

Ok. Balik pada tajuk. Ramai kawan-kawan sangat concern dok nanya, dah ada anak ni macam mana life? Ok ke?

Telling you the truth, memula memang kelam kabut gila kot. Tunggang langgang. Serius serabut tak tahu macam mana nak manage masa properly.

Especially first day after my parents balik Malaysia. Memang serius rasa bukan rumah je nak terbalik, dengan haku sekali rasa nak terbalikkkan diri. Jadi stress sangat masa first day tu sampai susu pun terjejas. Bila susu terjejas, hati yang selama ni kukuh pun jadi rapuh bila rasa Ammar macam tak kenyang je minum susu padahal emo je semata. Budak tu kenyang je. Tapi nak buek camno. Naluri keibuan bila bertandang di sanubari, memang hadoi laaaaaa. Boleh banjir rumah. Huhuhuhu.

Tapi first day je huru hara. The next day, dah bertenang sikit sebab masa tu sedar diri, kena buat kerja rumah sikit-sikit, buat perlahan-lahan, buat satu persatu, buat mana yang sempat, buat ikut kudrat memandangkan masa tu masih dalam pantang lagi. Kang terlebih kerja sangat, badan penat, hape pun tak dapek. Ye dok?

Mujurlah masak lauk pantang tu senang. Sap sap soi jek. Sepanjang pantang ni, saya memang masak sup ikan je la. Tak sup ikan siakap, sup ikan salmon. But now, ikan siakap je la memanjang sebab salmon mahal sangat pulak harganya sekarang ni. Huhuhu.

Nak masak pun, saya pastikan, malam sebelumnya saya dah prepare bahan-bahan masak. Kira esok nak masak, tinggal potong atau hiris je. Kecuali sayur. Sayur memang tak dan nak prepare potong siap-siap. Selalunya bila nak masak, baru terhegeh-hegeh potong kelam kabut potong. Kadang nak potong sayur pun tak tenang sebab teringat Ammar kat bilik.

Oh ya, selalunya saya akan masak bila saya dengan yakinnya rasa Ammar akan tidur lena yang lama. Kalau sekejap-sekejap dia bangun, memang berkecah lah dapur sebab kerja separuh jalan kan. Kalau dia tak tidur, tak masak ler saya. Kebulurlah kejap makan biskut ke, roti ke. Yang ringan-ringan. Walaupun orang cakap yang orang pantang ni tak boleh makan lambat nanti masuk angin, what to do. Inilah hidup berpantang di perantauan. Drama sangat tau. Bhahahahaha.

Tapi bab makan & masak ni, masa masuk minggu ke 3 berpantang, saya decided nak masak lebih sampai untuk esok hari. So that, takdelah isu lambat makan atau perut masuk angin ke apa ke. Sebab jangan tak tahu ye. Ada sekali tu, tak makan malam atas rasa memang perut dah kenyang. Tapi satu malam tu, baru eksaited nak makan biskut cicah horlicks, tetiba rasa azab pedih ulu hati tahap tak boleh nak bangun. Terus cancel nak makan and kesudahannya? Terbaring sampai keesokan pagi. Huuuuuu. Tengah malam tu nak menyusu Ammar pun hazab sebab sakit tak hilang lagi. Memang padan muka haku. Salah sendiri. Huuuuuuuu. Terus tobat nasuha taknak macam tu lagi. Kikikiki.

Apapun, Alhamdulillah sebab Ammar bukan jenis baby yang cranky or selalu nangis ke apa ke. He is such a good boy MashaAllah Alhamdulillah. Biasanya, nangis sebab nak nyusu. Takpun nangis kronik sebab nak tukar pampers. Takpun nangis masa mandi tapi Alhamdulillah, sekarang ni sebab dah besor agaknya, mandi dah tak nangis dah kecuali kalau saya tersalah taktik nak position kan dia masa mandi ke, then yes, he will cry tapi sekejap je. Tak lama mana.

Malam pun, dia cuma bangun nyusu around 2 am ataupun Subuh. Biasanya bangun nyusu dan tukar pampers. Alhamdulillah budak ni kalau yakyak pun tak nangis. Diam je. Hihihi.

Cakap pasal nyusu, Alhamdulillah rezeki Ammar. He is still direct breastfeeding. Semoga rezeki Ammar panjang untuk nyusu badan inshaAllah sebab itu impian semua manusia bergelar Ibu, Mak, Mama, Ummi or Mummy.

Haaaaaaa bila dah ada Ammar ni kan, sekarang ni kalau nak keluar je, kena make sure dalam handbeg ada nursing cover. Kalau tertinggal nursing cover memang naya je la sebab budak kecik ni stok kalau nak nyusu tu adalah sangat tak sabar. Kang dia abis dah goyang kepala, tangan, kaki semua tapi tak dapat susu lagi, haaa siaplah. Start enjin terus masuk gear 5 nangis. Sebatu boleh dengo. Kihkihkih.

Cakap pasal keluar pulak, kalau dulu time berdua, sejam sebelum keluar, saya dah kena bersiap. Dah ada Ammar ni, dua jam sebelum keluar dah kena prepare semua barang, semua benda especially barang-barang dia la. Kalau bersiap tu, saya lagi selesa dan senang kalau saya yang siap dulu sebab kadang budak ni, lepas dah siapkan dia, dia nak nyusu. Kang kalau dia dah siap dan nak nyusu, saya pulak kang tak siap-siap. Dah nanti kena bebel dengan bapak dia pulak. Huuuuuuu.

Tapi betul lah. Dah ada anak ni, memang kena pandai urus masa. Kita kena ikut dia dan bukannya dia ikut kita. Saya ingat  lagi masa first time bawak Ammar check up. His paed siap tegur cakap muka saya penat dan sangat letih. Tak memasal kena ceramah kat situ gak. Doktor pesan, baby tidur, awak tidur. Should get enough sleep & rest. 

Tapi tu lah. Kalau dah nama isteri, kalau dah nama Mummy, duduk rumah, ada je kerja rumah yang nak kena buat. Sekarang ni memang saya still belajar lagi nak adapt kehidupan bila dah ada anak ni. Nak kata penat sangat tu, Alhamdulillah takde rasa penat mana cuma mungkin, saya tak cukup tidur. Itu je.

Tapiiiiii kan ke kalau tak cukup tidur tu standard bila jaga new born baby ni ke macam mano ni? Hihihi. Tapi takpelah. Saya ok je lagi buat masa ni. Takde lagi rasa terbeban ke apa cuma tu la, kadang kesian kat suami sebab saya ni kadang sempat masak untuk dia, kadang langsung tak dapat masak untuk dia. Huhuhu. Harap-harap lepas ni back to normal inshaAllah.

Ok. Itu je. Nanti saya update story pasal Ammar pulak. Till then guys. Doakan yang terbaik untuk saya ya? Hihi. 

December 18, 2013

My Labour & Delivery Story

Fuh! Fuh! Fuh! Bismillah.

Alhamdulillah as for today, harini hari ke 10 saya berpantang! Mean my baby dah 10 hari jugak.

Unexpected that yang saya ni delivery awal iaitu masa baby 37 weeks & 6 days. Baby sangat pandai okay. Elok Nenek dengan Atok sampai Jeddah malam 7 Disember, tengah malam tu baby dah meronta-ronta nak keluar on 8 Disember!

Kisahnya ....

7 Disember 2013 - Sabtu

Pepagi lagi dah bangun sebab sibuk nak tau Mak Abah ok tak kat airport and so on as their flight to Jeddah around 3pm waktu Malaysia, 10am waktu Saudi. Alhamdulillah, urusan check in, luggage semua dipermudahkan. My brother & his wife sent them to KLIA.

Ikut schedule flight, dorang akan sampai Jeddah around 7.20pm. Kami berdua memang lambat sampai airport. Bajet cam taknak tunggu lama kat airport sebab urusan kat imigresen ni kekadang memang menyakitkan hati sebab sikap pegawai imigresen dorang ni yang kadang buat keja sambil lewa.

Tapi bila sampai airport tu kan, masuk je kat arrival hall, kami dok pi check kat screen tv besar nak tengok dorang dah sampai ke tak. Check punya check, tengok punya tengok, takde pun no flight dorang dalam screen! Dah sudah.

As usual, Azman a bit worried and panic. Apahal pulak kan takde dalam screen. Tapi disebabkan nak sedapkan hati dia, I just keep saying : " Dorang lupa nak letak kot? " and kami just dok depan pintu arrival tu je.

After few minutes takde jugak no flight dalam screen, Azman start pusing kat arrival hall tu sebab kata dia, takut my parents dah sampai and dah keluar dari imigresen. So, disebabkan mak buyung tak larat nak jalan and diri lama dah, I just sat somewhere nearby. Ke hulur ke hilir la si Azman mencari pak mak mertua dia. Hihihi.

He did asked this one staff, but staff tu cakap, tunggu je. So, we just waited patiently.

Until few minutes after, tetiba nampak Mak dengan Abah keluar dari pintu arrival hall tu. Rupanya dorang dah lama sampai. Berkurun dah kot. Huhuhu.

Dari airport tu, memang kami terus balik rumah. Takde nak pegi makan luar ke apa sebab saya dah masak siap-siap kat rumah.

Sampai rumah, biasalah, aktiviti membongkar dan memunggah segala barang yang dikirim pun bermula dengan jayanya bagaikan tiada hari esok untuk dipunggah. Tapi memang benarlah. Segala apa yang berlaku ada hikmahnya sebab elok pukul 12 tengah malam memasing nak masuk tidur, saya dah start sakit perut memulas-mulas.

Memula tu ingat sakit perut biasa. I was thinking, saya banyak sangat makan pedas kot. Serius malam tu je, dekat 10 kali saya keluar masuk keluar masuk toilet pi buang air besar. Memang buang pun. Memula tu takde lah nak rasa pelik asik berulang pegi toilet, tapi saya start jadi pelik bila sakit perut tu come together dengan rasa sakit senggugut.

Terus teringat pesanan kawan sorang ni : " La ... kalau nak beranak tu, rasa dia macam period pain tau. ". Masa ni tak gelabah lagi.

Saya jadi paling gelabah bila mucus plug start keluar lendir bercampur dengan darah. Bukan sekali tapi dua kaliiiiiii!

8 Disember 2013 - Ahad

Start sakit pukul 12 tengah malam. Bila mucus plug dah keluar campur darah tu, saya rilek lagi sebab teringat pesanan kawan lagi sorang : " Ilah, kalau bebetul sakit baru pegi hospital. Kalau sakit mild je, takpe. Tahan dulu. Pegi awal-awal nanti, asik kena seluk je. "

Ok. Fine.

Duduklah saya atas katil dalam bilik sambil menahan sakit perut campur senggugut dan segala macam rasa sakit lagi lah. Tengok suami sedap berdengkur. Memula tu, saya ingat nak kejut. Nak bagitau. Tapi tengok suami muka penat tengah sedap tidur, ok, takpelah. Let him sleep first.

Dekat 2 jam jugak kot saya dok menahan sakit sorang diri atas katil. Memula tu konon siap baring lagi nak try tidur tapi tak boleh sebab perut memulas-mulas macam hape. Bila lendir mucus plug campur darah tu dah keluar kali kedua, baru saya kejut suami.

" B, I rasa I nak bersalin kot. Perut I sakit sangatlah. Pastu dah keluar darah ni. " ... sambil tangan sua bagi dia tengok pantiliner yang penuh dengan lendir tu.

Dengan muka blur ... " Right now ke? Okay. We go now. "

Tapi takdelah terus pegi sebab beg baby pun tak abis prepare lagi. =_=

Jadinya, pepagi buta tu, sambil tahan sakit sambil packing barang baby mana yang tak masukkan lagi. Lepas dah siap kemas, baru kejut Mak saya. Mak pulak memula taknak ikut. Nak duduk rumah but at the end, I tagged her along. In case apa-apa kan.

So, ke hospital la kami pepagi buta tu.

Alhamdulillah jarak rumah ke hospital takdelah jauh mana. Sekangkang kera je. Naik kereta, 5 minit dah sampai.

Sampai hospital rasa dalam pukul 3 pagi something. Azman just dropped me off kat emergency. Terus buat registration and so on. Settle bust registration, saya terus je tunjuk nurse yang bertugas pagi tu pantiliner yang dah penuh dengan mucus plug.

Then, one of them, terus bawak saya naik ke labour room kat tingkat 2. Nurse tu bawak guna wheelchair but I don't think it is really helpful sebab saya rasa masa tu ... " Apesal lembap sangat wheel chair ni? Haku jalan kaki lagi laju kot? ". Huhuhuhu.

Masuk je dalam labour room tu, nurse terus pasang CTG mesin tu nak tengok jantung baby ok ke tak. Masa baru pasang CTG tu, mild contraction dah rasa sikit. Sampai kejung kejang badan tahan sakit.

After few minutes, datanglah this one gynae. Tanya saya, apa saya rasa and so on dan bermulalah episod seluk menyeluk.

Alhamdulillah, doctor yang on call that day tu, Doktor Abeer memang sangat soft spoken. Risau juga sebab ramai yang cakap, doktor kat Saudi ni jenis kasar. But being treated by her, sangatlah tak rasa langsung sakit masa kena seluk tu. Tau-tau je, dia dah keluarkan tangan and said : " It is just 2cm only. Just wait and see how. "

Jadinya, melangoklah lagi saya terbaring sambil tengok mesin CTG kat sebelah. Macam-macam pikir masa tu. I keep asking myself : " Nak bersalin ke apa aku ni? ".

Husband and my mother accompany me along the way. Dorang memang boleh stay kat situ. Then, after around 15 minutes after kena seluk tu, saya dah start rasa jarak contraction sangatlah dekat dari masa ke semasa. Masa tu memang dah rasa sakit sangat. Sakit sangat tu tahap sampai saya gigit bantal pun tak mampu nak kurangkan sakit.

Saya siap pegang tiang katil pun tak jalan jugak. Ada gak sekali sekala tu, saya cakap kat suami : " B, sakitnyaaaaa. I tak tahan. Sakit sangat. ". Even dekat Mak pun, saya cakap benda yang sama.

Yang Mak dengan suami pulak keep asking me : " Sakit sangat ke? ".

The husband lagilah. Dia siap tanya : " Sakit sangat tu sakit macam mana? " and I replied : " Sakit yang tak boleh nak explain B. I rasa I hidup 28 tahun, inilah rasa sakit yang paling sakit sekali. ". Gituuuuu. T___T

Bila dah sakit teruk macam tu la, I realize kenapa orang cakap sakit nak bersalin tu adalah sakit yang paling sakit selepas sakit rasa nak mati. Huhuhuhu. Memang serius sakit-like-no-one-would-understand melainkan dia pernah bersalin.

Mak dengan suami siap keluar masuk taknak duduk dalam bilik tu sebab kesian tengok muka saya yang dah tak boleh nak handle tu especially Mak saya lah sebab dia tunduk je tengok lantai. =____=

After almost 30 - 45 minutes struggle dengan contraction yang rasanya macam ada orang nak patahkan tulang kat bontot, I told myself : " Nak induce, nak induce, nak induceeeeeeeeeee! ". Then, the doctor suddenly datang untuk selukan kali kedua.

Saya dah bajet, lepas seluk kali kedua ni, kalau baru 4cm ke 5cm ke, wa memang nak induce. Taknak banyak cerita.

Tapi tapi tapiiiii ... apakan daya. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menetukannya. Dan dan selukan kedua tu, terus doctor tengok muka saya : " You can deliver now! Right now! 10cm already. How amazing! MashaAllah! ". 

Terus assistant dia semua kelam kabut prepare segala barang. I was panic that time like " Aik? Takkan la nak bersalin dah kot? Tadi bukan baru 2cm ke? ".

Dalam panic dan kesakitan yang amat sangat tu, one of the nurse tolong saya tukar baju sebab masa tu saya still pakai abaya lagi. Tak larat sangat masa tu nak angkat badan sekalipun sebab sakit kat tulang bontot sangatlah sakit yang maksima! Menggigil-gigil badan masa nurse angkat nak sarung baju hospital. Nurse yang lain kelam kabut prepare segala tools, yang sorang kelam kabut drip air and so on.

Dan time tu jugaklah, doctor told my husband : " You have to prepare all the paperwork. ". Husband pun jadi kelam kabut. Dia cam blur gila. Kahkahkah. 

Yang saya ni, hanya mampu tengok nurse suruh kangkangkan kaki. Time tu rasa macam dan dan tu jugak nak push sebab tak mampu dah nak tanggung kesakitan yang amat sangat. Tapi dalam pada sakit tu, still lagi sempat cakap kat doktor : " I want my husband right now. ".

Suara pun macam nak taknak je keluar. Doktor pulak cool je cakap : " It is okay. He will join later. ". 

By the time barang semua dah ready and doctor itself dah sarung semua glove and so on, yang saya nampak, dia dok depan celahan kangkang and said : " Get ready Nor, you can start push now but make sure you push when you feel the pain. ". 

Masa first push tu, memang sungguh-sungguh saya push like very hard. Terus masa tu teringat segala petua yang saya baca masa bersalin. Paling saya ingat, masa push, jangan angkat bontot. Yang kedua, masa push, please jangan menjerit sebab nanti hilang tenaga. Then, ketiga, saya teringat, Mak Mertua ada pesan, masa push, tangan pegang keting betis ke apabenda entah.

Ok. I am ready.

First push, Alhamdulillah. Placenta keluar dengan jayanya.

Then, second push tu, sebab penat bagi sepenuh tenaga untuk first push, I told them : " Wait, give me a minute to get the energy back. ". Semua yang dalam labour room tu, dok senyum je. Nurse kat sebelah kiri : " You are very strong. Very good. "

Then, bila dah ready nak second push, memang saya tarik nafas dalam-dalam and push sekuat hati. Alhamdulillah the baby halfway dah.

Then, suddenly, I heard calling for prayer ( azan ) for Fajr. Doktor pulak told me : " It's Fajr azan now. Push Nor. You can do it. "

Masa dengar azan yang baru berkumandang tu lah, I've got the energy yang datang dari mana entah to push very hard until the baby Alhamdulillah selamat keluar dari rahim saya. 



Masa baby keluar, ini lah first time saya tengok muka baby saya sendiri sebab selama pregnantkan dia, memang langsung takde chance nak tengok muka sebab dia suka bebenor tutup muka.

I was crying so hard inside. Cant explain it. First rasa nak nangis sebab baby keluar masa azan Subuh, second rasa macam caya tak caya je dah menempuh dan merasa kesakitan bersalin and finally, jadi Mami. Alhamdulillah syukur.

Baby was fine. Nampak gebu gebas padahal berat masa keluar tu just 2.80 kilos only. Hehehehe.

Tapi lepas baby keluar tu, terus saya rasa kebulur yang melampau okayyyyyyyy! Serius masa tu rasa nak pi bangun, makan something sebab perut lapar nak mampus macam tak makan sebulan. Memang kronik lapar sebab dua kali doktor tanya : " Are you okay? ". Dua kali tu jugak, saya jawab : " Im okay but hungry. I want to eat. ". Nak tergelak doktor tu dengar. Hahahahaha.

By the time baby keluar, Mak dengan suami sibuk amik pic baby. Sepanjang dalam labour room tu, dorang ada dalam bilik tu jugak. Few metres je dari doktor. Just tengok dari jauh je mampu sebab suami cakap, masa dia masuk labour room balik lepas dah settle kan all the paperwork, tengok-tengok, saya tengah push and darah dah bersembur keluar dari bawah.

Apapun, syukur Alhamdulillah because they both are with me from the early stage of my contraction sampailah saya selamat bersalin.

Anyway, pada yang first timer macam saya, janganlah takut nak bersalin. Sakit masa bersalin ni memang sangat azab nak mampos tahap nak sepak terajang orang pun belum tentu dapat kurangkan sakit tapi once baby dah keluar, terus rasa sakit tu hilang. Serius tak tipu.

Lagi satu, kalau boleh bersalin normal, go for normal. Bersalin normal ni, sakit time bersalin tu je. Melainkan takde pilihan atau nasihat doktor, barulah go for ceaser. Pastu kalau bersalin normal, selagi boleh tahan sakit tu, tahan ler. Jangan amik induce or epidural. Kalau dah tak tahan sangat, then amik ler. Takde masalah. Pilihan kat tangan masing-masing. Terpulang. Okay?


Muka Papa sangat budak ni.


B, we have a son now! Alhamdulillah. Tengok muka suami happy is like dapat emas segunung. Lol. :p


Alhamdulillah hari kedua, both Mommy and son boleh check out. Sebelum check out, kena cop mohor tapak kaki untuk rekod hospital.


" Papa boleh tak bawak-bawak berenti amik pic saya? I want to sleep laaaaaa! ". :p


Mini Azman. Azman's junior. 


Alhamdulillah genap 7 hari, as sunnah, kami cukur rambut and tahnik. Thanks to Uncle Razif & Auntie Ina for your helped!


After cukur. Lain sangat muka budak ni.


Alhamdulillah, officially his name is Ammar Azhad Bin Mohd Azman. 

Baru je dapat birth certificate semalam. Mujur pak arab tak banyak tanya or maybe we are so lucky kot? Sebab kat sini, boleh letak nama satu perkataan je sebenarnya. Nak letak nama panjang-panjang, kena fight for it.

Dari sebelum Ammar lahir, saya dah merengek kat suami yang saya nak juga nama Ammar Azhad. Tak kira apa jadi sekalipun. Tapi lelama tu redha je lah kot kalau tak lepas ke, letak je lah Ammar je pun. Janji maknanya seindah bahasa.

Till then.

Mummy's Ammar. Eceh. Kemain Mummy dah sekarang ni. Kahkahkah. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...