Zaman sebelum ada Ammar dulu, bila nampak orang jual belon dekat Mall or tepi jalan ke, selalu cakap kat the husband, ; " Ni ada anak esok-esok ni, kalau setiap kali keluar mintak belon, memang saje la carik pasal. "
Now bila dah Ammar?
Asal pegi Mall je, dia pau belon satu okay? T____T . Belon dah la seketul tu harga between SAR15 - SAR20. Kalau tiap-tiap minggu keluar? Dekat SAR80 spend untuk belon je. Belon ni kalau tahan setahun, berbaloi gak. After seminggu dah layu di tasik madu layak masuk tong sampah je.
Stress kadang-kadang sebenarnya bila Ammar dok mintak belon sebab budak ni memang sangat sangat sangat sangat obses dengan belon. Dekat mana-mana je asal ada belon, tak kira la gambar ke, iklan kat tv ke, mesti dia dah gelabah tunjuk belon and buat mulut dia siap bunyi orang tiup belon ... Buuu buuu buuu siap pakej air liur tersembur sekali. =___="
Nampak tak belon kete besar tu?
Macam belon ni, sebenarnya time ni nak dinner tapi kena queue sebab meja takde kosong. So sementara tu, bagilah dia lari jalan suka hati kat ruang luas ni. Sekaliiiiii elok jeeee, orang jual belon lalu depan dia. Terus gelabah ayam dah budak ni tunjuk-tunjuk belon. =___="
Ikutkan memang taknak beli sebab last weeknya tu baru je dia pau belon jugak masa jalan kat Red Sea Mall. Ni jalan kat Roshan Mall, takkan nak beli lagi kot? Huhuhu.
Tapi apakan daya ... Kuasa veto dia lagi power sebab dia dah dok mengamuk nak belon. Dok tawaf laaaaa kat orang jual belon tu. Selagi tak dapat, selagi tu dia dok legar kat situ. Ok, FINEEEEEEE!
Beli jugak. Burned SAR20 lagi. Huhuhu. Dah dapat belon, terus senang hati sambung main tanpa rasa bersalah.
Nak dijadikan cerita, the next coming weekend tu, the husband dapat idea. Selagi belon tu elok, bawak je dari rumah setiap kali nak pegi Mall.
Memang gigih ye kami bawak sebab Ammar ni kadang bukan nak sangat belon tu. Nak sekejap je. Dah dapat belon, kang buat taktau je. Mummy dia jugak kena pegang usung sana sini belon tu. =___="
Until now still lagi kiteorang usung belon yang sama kalau nak keluar pegi mana-mana Mall. Selagi elok tak kempis, selagi tu la bawak. Sebab bila bawak, Ammar takde dah la nak tunjuk-tunjuk kat mamat jual belon. Setakat lalu pastu tengok tunjuk macam tu je. Takde dah nak mengamuk macam awal-awal dulu.
Mummy and Papa dah boleh tarik nafas lega dah sebab problem solved! Yeayyy! Hahahaha. Yang penting, duit tak membazir macam tu. Hiks.