February 9, 2015

Bukhari

Dah lama tak update tetiba je letak tajuk Bukhari. Hahahaha.

Anyway, since the tajuk is Bukhari, nak share pasal Ammar and Bukhari. Bukhari kat sini adalah sejenis nasi arab. Nasi arab kan banyak jenis. Not only nasi mandy ya? Nasi bukhari is one of it.

Ok.

Ammar since 6 month, bab makan memang tak susah sangat. Alhamdulillah. Masa baru introduce puree, puree paling dia suka adalah avocado. Bila dah boleh mixed up puree, dia suka avocado dengan pisang. Memang all time his feveret!

Mummy memang hats off la kat anak bujang ni sebab Mummy pun tak makan avocado! Hahaha. Yang dia boleh rilek je makan puree avocado siap bertambah-tambah.

Then, bila dah 8 month kot. Tukar pulak dari puree ke bubur blend. Memang hari-hari bagi bubur blend sebab budak ni tekak Melayu. Menu bubur tu sentiasa tukar sayur je. Ayam memang sentiasa letak dalam bubur. Memang sangat berselera dia makan. Pagi tengahari malam melantak bubur.

Bila ni, dah setahun lebih, exactly masa umur 13 bulan lah, tetiba dia refused bubur. So, saya assumed, ok, this is the right time dia nak nasi. Dalam kepala masa tu, bagi nasi lembik dulu lah.

Eksaited ni buat nasi lembik dengan masakkan sup ayam letak kentang. Sekali bila suap, pun still dia refused. Habis dia keluarkan semua nasi lembik tu. Mummy? Panic mood is ON!

Alamak, dah gelabah ayam ni! Apa dia nak makan sebenarnya ni?

Again, saya masuk dapur balik ketung ketang ketung ketang, buat pasta goreng.

Then again, HE STILL REFUSED TO EAT.

FINE. I GIVE UP.  =___=

Jadi, bermulalah episod frustating seorang Mummy pada anak kerana anaknya adalah seorang pemakan sebelum ini dan bila tiba-tiba sahaja tidak mahu makan, terus Mummy pun muncung sedepa untuk beberapa hari.

The next day tu, saya still usaha gak nak suruh Ammar makan. Fikir punya fikir, lastly saya try bagi dia bubur semula. Think positif Papa Ammar cakap.

Ok. Positif la ni.

Positif tak lama mana pun bila Ammar keluarkan balik bubur dia.

This time, Mummy mampu NANGIS. Tapi DALAM HATI je lah.

Sampailah hari ketiga Ammar taknak makan.

Kebetulan hari tu, memang saya tak masak langsung. The husband pulak tak balik lunch. Dengan tambah lagi, that day Ammar nak berdukung dan sedikit tantrum, so memang selamat tinggal dapur je lah mampu.

Bila dah petang tu, dah siap-siap pesan the husband.

" B, please beli something for dinner. I tak masak harini. Ammar not in a good mood. "

So ok.

The husband balik dari keje, bawak balik dinner dari luar. Usually kalau tak masak, prefer beli nasi arab from this pakistani kedai. Memang sedap nasi kat situ. Kari kambing memang MashaAllah sedap gilos! Kiteorang ni kira dah jatuh kategori regular customer kat kedai tu. Regular customer tahap, bila the husband masuk je kedai tu, staff dah tau kiteorang nak makan apa. Gituuu. Hihihi.

Sebelum kiteorang dinner tu, I've told the husband that Ammar still refused to eat.

And as usual, he always think positive. Fine. Takpelah.

Tengah makan tu, suddenly, Ammar tunjuk pot pet pot pet kat pinggan Papa dia. Tunjuk nasi pulak tu and biasanya, kiteorang beli nasi bukhari pakej dengan kari kambing dengan ayam panggang sekali. Bila Ammar dah tunjuk dengan mulut bising, the husband bagi lah sesuap.

Anddddd ... HE EAT LIKE CRAZYYYYYYYY!!! Bagaikan orang dah sebulan tak makan. Sekejap-sekejap dia datang mintak nasi.

Confused sekejap sebab rasa, ni apehal baru belajar makan nasi tetiba dah demand nak nasi bukhari dari nasi putih lembik ni? Ayoooooo ...

Bila tengok dia beriya makan, saya pun pi lah dapur amik nasi bukhari tu letak dalam pinggan dia and suap dia makan.

Memang sungguh-sungguh dia makan tak berhenti. Makan dengan lauk sup ayam yang biasa dia makan.

Straightly I told the husband ...

" Nanti beli nasi bukhari sebungkus buat stok untuk Ammar. "

Hahahahaha. Tetiba rasa kelakar. Kelakar sebab apehal budak ni tekak arab pulak ni. Mentanglah lahir kat Jeddah. Kemain baru belajar makan nasi terus nak nasi bukhari taknak nasi putih lembik. =____=

Esoknya tu, bermulalah episod Ammar dengan nasi bukhari dia. Hari-hari makan nasi bukhari dengan sup ayam dia tu. Itulah menu dia. Tak penah nak tukar menu sebab dia ni jenis kalau bagi benda dia taknak, nanti terus merajuk taknak makan. Satu hal pulak kang.

Alhamdulillah lega but another problem came.

Another problem?

YESSSSSSSS!

HOW TO COOK NASI BUKHARI?

Hahahaha. Ketawakan kat diri sendiri.

Of course la kena tau masak sebab dah anak makan nasi tu je, takkan nak depends kat kedai punya je kan. Balik Malaysia nanti mana nak cari? Kat sini, takpelah. Boleh blah lagi. Balik Malaysia bukan berlambak kedai jual nasi arab pung. Huhuhuhu.

Nak taknak, bermulalah episod Mummy dok godek internet hari-hari cari resipi nasi bukhari. Resipi memanglah banyak but of course, haruslah jatuh wajib Mummy cari resipi paling senang untuk Ammar. Hohoho.

But, unfortunately, NAN HADOOOO!

Resipi nasi bukhari semua lebih kurang je. Tengok bahan je, Mummy dah pening Ammar oiiii! Kemain banyak bahan rempah ratus yang kena prepare untuk buat nasi bukhari. Camne ni Ammar? Helpppppppppp!

* Nangis tepi gobok *

Dalam pada susah hati dok mikir solution untuk nasi bukhari ni, saya kira boleh lega sikitlah sebab finally, I found out that Ammar makan Mac & Cheese too.

Kebetulan dinner kat luar. Tengok kid meals, terus order Mac & Cheese. Memang tak letak harapan tinggi langsung untuk Ammar makan sebab budak ni memang tekak Melayu nak nasi walau macam mana pun.

But then, bila food sampai, suapan pertama tu, muka memula nak kunyah tu ada jugak lain macam and at last, dia telan macaroni tu. Pastu mintak lagi. Hahahaha. Baru dia tau ada food lain jugak yang sedap dari nasi! Heh.

Anyway, Mac & Cheese tu even ada cheese sekalipun belum cukup untuk buat seorang budak bernama Ammar Azhad Bin Mohd Azman untuk rasa puas dan kenyang makan ye?

Sebab apa cakap macam tu?

Sebabnya, after half and hour, dia dah merempan lapar mulut bising pot pet pot pet. Tak expect dia tak kenyang. Kebetulan bagi nasi sebab saje nak tengok, betul ke dia lapar? Sekali bila da bagi, memang betul!

Budak ni lapar nasi! Happy tengok sebab masa suap nasi tu, nampak muka berseri-seri bagaikan macam muka Mummy berseri-seri Papa belikan handbeg baru. Lol.

Oh ya, tahukan peribahasa langit tak selalu cerah? 

That is what happen last week bila Ammar sekali lagi refused to eat! Oh mannnnn .... =_____=

Dia tak eksaited dah makan nasi bukhari. Boring mungkin? So, atas dasar sayang anak, again Mummy dok berteka teki dengan diri sendiri, " Anak aku ni nak makan apa pulak ni bila nasi bukhari pun da refused? ". Huhuhu.

Once again, 3 hari jugak dia tak makan heavy food. Just makan biskut, pastu taram nyusu badan banyak-banyak. Dah lapar sangat agaknya. Susu Mummy pun jadilah, janji kenyang.

Dah Mummy pun jadi susah hati balik Ammar oi! 

Until, the third day tu, same thing happen again. Budak ni mengecek nasi kat pinggan Papa dia. 

Masa tu Papa dia tengah makan nasi buh kicap masin cap kipas udang dengan ikan bilis goreng.

Kemain laju dia makan! Tapi tak lama pun sebab bila bagi few time, terus dia taknak pulak. 

Mencabar sangat sebenarnya nak bagi anak makan kan? Baru ku tahu bila dah ada anak sendiri ni. No wonder la syurga tu kat bawah telapak kaki orang yang melahirkan baby. * tetiba *

Bila Ammar taknak nasi dengan kicap tu, saya dok pikir la nak bagi apa. Disebabkan saya tahu anak sorang ni memang pecinta nasi, macam mana pun kena try and error juga sampai dia makan nasi.

Entah macam mana, tergerak hati nak bagi nasi biasa pastu buh kuap sup ayam dia tu. Masa buh tu pulak, kebetulan memang tengah dukung dia. Bila dia tengok Mummy dia buat macam tu, terus tetiba dia tunjuk-tunjuk mulut pot pet kat nasi dalam pinggan dia.

Ok. Petanda baik ni.

So, try la suap sikit dulu. 

And ...

Alhamdulillah! Ammar makan. Banyak gila dia makan! Happy gila okay? Gila tak happy sebab sekejap-sekejap, dia datang mintak suap lagi. Memang sah Mummy yang gila kat sini sebab banyak gila guna perkataan gila kat sini. Kahkahkah. 

Apapun, rasa syukur sangatttttttttt sebab now, Ammar dah makan nasi putih biasa yang kiteorang makan. No more nasi bukhari. Lega siotttttt!

Kalau tak, asik peningggggggg dok mikir macam mana nak buat sebab terus terang wahai Ammar Azhad, Mummy ni bukan rajin sangat pun nak masak nasi bukhari tu. Huhuhu.

Mujurlah dah selera makan nasi biasa. Mummy doa mintak-mintak Ammar maintain je makan nasi biasa okay? Tak payahlah nak nasi bukhari ni. Bukan sedap pun. * Dan dan cakap tak sedap. Hahahaha. *

Tapi tapi tapiiiiiii ....

Kalau lepas-lepas ni Ammar tetiba nak nasi bukhari balik, memang sungguh lah Mummy nak ajak Papa pi tukar nama Ammar jadi Ammar Bukhary je. No more Ammar Azhad. Okay? =_____=


Pic of him paling latest. Rambut panjang tapi semalam dah potong. Gegirl sangat muka budak ni. Rambut pendek ke panjang ke, tetap pak mak Arab ingat gegirl. Huh. 

Gegirl pun gegirl lah, yang penting, kita dah sunat and dah ada calon isteri. * waving at Piyya. Hello Piyya! *. Eh? 

Toddles Aunties & Uncles! Muah!


2 comments:

  1. wah..lama auntie xdengar cerita pasal Amar. Semoga Amar sihat selalu OK =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. ..Subhanallah. .cute nyer la budak ammar nie..anak buah kite baru lahir kite kasi nama ammar jugak...ammar naufal..mcm ammar yg ini dan ammar yg menjadi sanjungan di turki tue...hihihi...ila.best kan da jd mummy...moga anak2 kita semua menjadi mukmin profesional yg berjuang untuk agama kita dan ke jalan Allah...aaamiinnnn.....

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...