October 10, 2013

Kronologi Mengidam Saya!

Kemain tau tajuk nak kronologi bagai. Hahaha. 

Cakap pasal mengidam ni, ikutkan bila duduk kat negara orang ni, memang selalu bebenor mengidam itu ini tapi tapi tapi, bila pregnant ni, baru perasan yang mengidam orang pregnant ni lain sikit dari biasa.

Apapun, Alhamdulillah sebab saya punya tahap mengidam takdelah teruk sampai bila tak dapat nak makan something tu boleh sentap nak nangis bagai. Tahap mengidam saya, konsep dia cuma kalau dapat makan, syukur Alhamdulillah. Kalau tak dapat, takpelah. Takde rezeki. Terus automatik akan mengidam makanan lain. Gituuuuuu.

Lagipun kenalah sedar diri sikit. Dah nama duduk kat negara orang kan. Bukan semua makanan yang kita nak kita boleh dapat. So, nafsu mengidam ni pada pendapat saya, boleh dikawal sebenarnya kalau tiada pilihan. Ye tak? ;)

Anyway, makanan pertama yang saya mengidam adalah LOBSTER. Masa ni sebenarnya taktau lagi pun yang saya tengah pregnant cuma masa tu, memang apesal entah. Tekak nak sangat-sangat makan lobster tapi syaratnya nak home cooked lobster sahaja! Kedai-kedai tak main haaaaaaa.

Mujurlah kat Jeddah ni, lobster memang berlambak-lambak jual kat pasar. Kalau saiz yang kecik biasanya dijual dalam SAR60 sekilo. Kalau yang besar, dalam SAR180 macam tu kot kalau tak silap. Masa nak beli lobster tu pun pening sebab banyak sangat saiz. Taktau mana yang ok. 

End up, beli sekor je. Saiz besar. Balik rumah, suami potong dua. Dia makan sebelah, saya makan sebelah. Siap semangat buat mashed potato bagai, siap ada limau potong la apa lah, tapi bila nak makannnnnnnnnn ..... ????

Terus rasa, LOBSTER BERBAU HANYIR! Apakah? Tapi makan jugaklah sebab dah teringin. Masa tu dah start rasa tekak macam loya. Tertanya juga pada diri, ni apehal aku macam nak muntah pulak ni? Tadi nak sangat, dah depan mata pastu macam tak selera pulaaaa. =_____="

Bila dapat tau dah positif pregnant tu, terus suami cakap : " Ooooooo ... patutlah ritu beriye nak lobster. Pregnant rupanya you ni. Hihihihi. "



Lepas lobster, ada satu pagi tu, masa tu weekend. Bangun-bangun tidur, tetiba telan air liur teringat lauk raya masakan emak. MASAKAN EMAK okay? Tapi apakan daya. Nangis keluar air mata darah sekalipun, mana nak dapat masakan emak masa tu jugak kan?

Jadinya, saya terus capai telefon sms emak : " Ilah nak resipi kuih kacang, rendang dengan sambal goreng semua tu. Teringin pulak. "

Then keluar bilik, terus cakap kat suami : " I nak masak lauk rayaaaaaaa! I don't care. I nak masak sekarang. ". Masuk dapur, check apa bahan yang takde. Terus suka hati arah suami pi beli bahan nak masak time tu jugak! Hahaha.

Itupun suami banyak kali tanya : " Serius ke you ni nak masak? Sekarang ni? Right now? ".

" Iyeeeeeeeeeeeeeee ... pi keluar pi beli barang cepat. Lambat beli lambat pulak I siap masak. "

Teruslah suami keluar pi beli barang. Kuikuikui.




Few days after pulak, siapa entah dok upload gambar Mee Bandung Muar kat Instagram. Teruslah diri sendiri terpengaruhhhhhhhhh! Terus masuk dapur masak sebab kebetulan semua bahan cukup. Alhamdulillah. 

Dan bernasib baik, sebab nak buat Mee Bandung ni tak lama sebab saya ada paste Mee Bandung Muar. Masuk paste, masuk daging, masuk telur, masuk sayur, siappppppp!


Dan tak lama selepas tu pulak, ada satu hari tu, tengah tengok Facebook, boleh pulak ada yang upload gambar PUTU BAMBU! PUTU BAMBU okay? Kegemarannnnnnnnn dari kecik sampai dah kahwin ni. 

Asal kalau pergi pasar malam, mesti beli putu  bambu. Kalau tak putu bambu, saya beli putu piring. Tak kisah memana. Janji ada salah satu. Kadang-kadang, dua-dua saya beli makan sorang-sorang.

Tengok gambar putu bambu tu, rasanya, itulah paling kronik sekali berbanding dengan makanan lain. Serius rasa tahap nak jugakkkkk! Tak kira. Apa nak jadi, jadilahhhhh!

Bila cakap kat suami, suami dah pening. Gelabah. Mana pulak nak cari putu bambu ni bini hoiiiiiii! Ini kat Jeddah. Bukan Malaysia. Sobsssss. T______T

Stress jugak suami masa tu sebab hari-hari buat muka seposen kat dia : " I nak putu bambuuuuuuu pleaseeeeee! I nakkkk! Tak kesian ke kat I?". Saya punya merayu nak putu bambu tu tahap saya rasa, kalau girlpren yang mintak, mau kena pelempang sedas! Hahaha. Ini nasib baik bini yang mintak.

Jadi makin kronik bila masa tu bulan puasa. Adoilahhhhh! Sampai satu tahap tu, suami cakap kat saya : " Please lah mintak food lain sayang. Jangan macam ni. Mana B nak cari putu bambu tu? ". Haaaa kesian tak? Kahkahkah.

Disebabkan nak sangat, saya ni punyalah gigih siap google resipi semua tapi even ada resipi pun, bukan boleh buat sebab acuan takde.

Until laaaaaaaa ... jeng jeng jeng ....

Suami dalam diam kirim putu bambu kat kawan opis dia yang kebetulan balik Malaysia bercuti. Kawan dia siap belikan 2 bungkus okay! Alhamdulillah, putu bambu tu tak basi pulak. Memang just nice bila makan. Padahal perjalanan putu bambu tu, jauh okay. Berejam-rejam. Dari KL ke Dubai ke Jeddah. 

Bila dapat makan tu ... Allah ... rasa macam putu bambu tu lah yang paling sedap sekali dalam doniaaaaaaa ini. Kihkihkih. Terus jadi bertambah lagi sayang kat suami. Kakakaka. :p

Dan lepas tu, bermulalah misi 'Jalan-jalan Cari Makan di Malaysia' sebab suami decided this year balik beraya kat Malaysia memandang saya pregnant. Dia cakap : " Kena tunjuk perut. Kang tup tup baby keluar, orang ingat anak angkat pulok. ". Hihihihi.

This year, kami balik raya tak lama macam biasa sebab suami nak reserved cuti sikit untuk saya bersalin nanti. 3 minggu je balik. 

Masa balik tu kan .. kan ... kan ... saya dah eksaited and list macam-macam kuih nak beli kat bazaar tauuuuu tapi tapi tapiiiiiiii kannnnn ... takde rezeki sebab flight dari KLIA ke Penang delayed sampai 5 jammmm! Huarghhhhhhh ... menangis meratapi nasib diri tersadai kat airport berejam-rejam sampai taktau nak buat apa. T__________T

Dah lah tengah pregnant, memang menguji kesabaran sungguh. Serius dua-dua dah basi masa tu dengan muka berminyak dengan kepenatan lagi. Dalam hati jangan cakaplah, dah menyumpah-nyumpah MAS Airline sebab sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni. Itu adalah first time

Dahlah kami bila sampai KLIA tu, kelam kabut nak kejar flight ke Penang sebab kami ada masa 2 jam je kot. Sekali dah berkejar berlari di tepian pantai, nak sampai kat gate boarding tu, staff KLIA buat announcement flight ke Penang delayed ke pukul 4 petang. Then, bila dah nak pukul 4 petang tu, dorang buat announcement lagi flight delayed ke 5.30 petang. Pastu, delayed lagi flight ke 6.10 petang. Sakit hati tak sakit hati lah kan. Dahlah lapo. Hati memang panas jek. Nak mengamuk pun bukan boleh buat apa. Jadinya memang melanguk je lah.

Bila dah flight pun 6.10 petang, memang takdelah nak ke bazaar bagai. Naik flight pun sambung sentap sebab boleh pulak seat kami separate. Sorang depan, sorang belakang. Bongok betul staff yang bagi seat tu. Dah tau lakibini, bagi seat sebelah menyebelah. Takpun, tanyalah dulu. Ni main letak jek. 

Sampai Penang, adik ipar amik kat airport. Dia siap tanya : " Kak Ilah nak pi bazaar? ". " Takmau. Takdak mood. ". Hahaha.

Disebabkan kami memang tau yang kalau balik pun kami akan sangkut dengan traffic jammed kat Penang Bridge, so, kami decided berbuka puasa kat area Penang tu jugak. Pusing-pusing jugaklah cari tempat makan. Lastly, pi makan kat satu gerai ni. Bebetul kat belakang area airport Penang. Sedap tak sedap, belakang cerita. Sekarang ceritanya, perut lapo kebulur dah ni.

Terus tamak taufan halilintar tsunami datang bila kami order Siakap Steam, Kerabu Perut, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin, Sup Ekor, Telur Dadar dengan Tomyam. Abang yang amik order tu pun muka macam confident tak confident je kami order banyak. Hehehehe.


See? Habis okayyy. Makan bertiga. Puas gila rasa. Banyak-banyak macam ni, rasanya dalam RM60 kot kalau tak silap. Kira murahlah pada saya. Lepas makan, terus gerak balik kampung mertua. Dalam kereta, memang membuta lah sebab serius badan penat dengan melekit lagi. Adoilahhhh. Tapi puas sebab at least, dapat makan sebab memang mengidam nak makan lauk-lauk tu. ;)


Dan kemudian, few weeks after, lepas dah beraya kat Johor, masa on the way balik Perak dari Johor, tetiba saya teringat Nasi Lemak sedap kat Hentian R&R Tapah. Terus saya cakap kat suami : " B, nanti berhenti kat Tapah. Nak nasi lemak sedap tu. ".

Dalam pada arahkan tu, dalam hati dok doa-doa jugak mintak gerai Makcik tu bukak sebab masa balik tu raya ketiga. Risau gak kalau gerai Makcik tu tutup lagi sebab busy beraya. Nanti I is frust. Mujur sampai situ, gerai Makcik tu bukak. Terus laju pi situ order Nasi Lemak lauk Sambal Paru dengan Sambal Kerang. Sedapnyaaaaaaaaa hoiiiiiiiii! Rasanya dah bertahun kot tak makan kerang. Huhuhuhu.


Pastu kan, masa baru-baru sampai Malaysia tu kan, I is terharu sebab family mertua saya berusaha sungguh-sungguh carikan Siput Sedut. Siput Sedut ni antara makanan yang paling saya mengidam sekali lepas Putu Bambu tu. Pun sama. Selagi tak dapat, dok memekak kat suami : " I nak Siput Sedut Masak Lemak pleaseeeeeeee! ". Suami malas dah nak layan masa tu sebab bukan dia boleh buat apa. Celah mana pulak lah dia nak mencari siput sedut kat Jeddah kan?

Dia siap pujuk : " Makan lala je lah. Sejenis jugak tu. ". Boleh? Hahahaha.

Tapi bila sampai Malaysia, tengok family mertua usaha bersungguh cari, terus rasa segannya sayaaaaaa! Rasa dah menyusahkan orang pulak kena carik bagai. Pak Mertua pulok setiap pagi pi pasar pagi carik tapi takde rezeki. Dorang semua asik dok cakap : " Siput sedut takdelah Ilah. Abah pi pasar kat Bagan pun takde. ". Hah, ko tak rasa ke nak sorok muka dalam baju? Terus cakap kat suami : " Yang pi bagitau dorang napeeeee??? Sian tau. Tak baik nyusahkan orang. "

Even balik Johor pun, tak dapat-dapat jugak. Penat dok ulang alik pi KipMart apa semua, pun takde rezeki. Masa tu dah redha abis dah. Tak dapat, takpelah. Takkan nak nangis pulak kan? 

Tapi bila balik Perak semula, Alhamdulillah, siput sedut berlambak-lambak kat pasar kat Ipoh. Kebetulan adik ipar sorang tu dok Ipoh. Maka kami sambil beraya, sambil makan siput sedut. Tengok dalam pic atas tu yang lauk kuning tu. Tu semua siput sedut. Memang berkilo-kilo adik ipar saya masak. Gigih ok. Terharu lebih sebab masa sampai, dia tengah gigit potong belakang siput sedut.

Masa tu memang rasa, wahhhhhhhhh ... seronoknyaaaaaa! Pulak masa tu semua adik beradik belah suami ada. Lunch ramai-ramai memang selera. Saya pulak memang diarahkan 'sedut sampai lebam'. Kahkahkah. Alhamdulillah. Another mission accomplished! ;)


Lepas sidut seput, makanan yang saya aimed dan mengidam bila balik Malaysia adalah nasi kenduri kahwin yang semestinya makan dalam suasana majlis kahwin. Gituuuuu!

Jadinya, bila dapat jemputan walimah Munirah kat Shah Alam, terus eksaited gila okay! Dah meleleh-leleh ayaq lioq nak makan nasi kenduri. Even tak preggy pun, memang mengidam nasi kenduri kahwin sebab rasanya sejak duduk Jeddah, memang tak merasa dah nasi kenduri. 

Nikmat gilaaaaaa bila dapat makannnnnn! Senyum-senyum masa amik nasi kenduri ni plus MashaAllah, nasi kat walimah Mun ni memang sedap gilosssssssssssssss! Memula tu konon nak share dengan suami. Sekali tak cukup. Kakaka. Saya suh suami pi makan soto sebab saya nak habiskan nasi kenduri tu. Kihkihkih.



Dan ini adalah yang terakhir sekali saya mengidam. Itupun almost lupa nak makan. Mujur sehari sebelum tu saya teringat. Terus cakap kat Mak saya : " Ilah nak makan kat restoran tepi laut tu lah. "

Nama restoran tu sebenarnya Restoran Rahmat. Kat Kampung Pasir Putih. Menu tengahari dia simple jek tapi memang mavelessssss sebab main course adalah ...


Ikan Siakap digoreng garing!

Ikan siakap ni makan cicah sambal kicap taruk bawang dengan cili potong perah limau. Sedap gilaaaaaaaa lah pada tekak saya sebab saya memang suka lauk simple-simple macam ni. Pulak tu, lauk sampingan adalah Sambal Bilis Petai, Udang Goreng Garing, Sambal Tempe dengan Sayur

Makan 4 orang tapi kami order ikan siakap ni 2 ekor. Mak saya dah risau takut tak habis padahal dia taktau, anak dia ni champion bab makan ikan! Licinnnnn okayyyyyyy! Pulak tu makan tepi laut. Memang syok habisssss! 

Sekian cerita mengidam saya dari trimester pertama sampai terimester kedua. Makanan lain yang saya mengidam yang takde dalam gambar adalah Laksa Johor masakan emak tapi tak puas kot makan. Nanti kalau Mak datang sini, nak suruh Mak buat lagi. Paling terharu masa nak balik Jeddah tu, gigih Mak saya bangun pagi buta masakkan lauk-lauk raya! Semangat okayyy! Hihihi. Terima kasih Mak!

Apapun memang syukur sebab dapat makan apa yang teringin sangat. Harap sampai nak bersalin nanti, janganlah tekak nak makanan yang bukan-bukan. Sekarang ni boleh kata, fasa mengidam ni dah turun dengan mendadak. Hehehe.

Anyway, before tu, saya ada korek few pics dari masa 3 months preggie sampai ke 6 months.


13 weeks / 3 month . Masa ni suami bawak cuti tidur kat Makkah.


20 weeks / 5 month. Masa ni betul-betul baru touch down KLIA. Masa ni lah sebelum kejadian terkandas berejam-rejam kat KLIA tu. Perut dah nampak. Gelabah jugak masa ni cari baju yang sesuai. Suami baik belanja ittew maxi dress. Hihihi.


24 weeks / 6 month. Masa ni buat Umrah after cuti lamaaaaaaaa dari buat Umrah atas faktor kesihatan. Seronok sangat sebab masa ni, jemaah tak ramai. Syukur sebab finally dapat bawak baby buat Umrah jugak. Niat saya, semoga sebelum bersalin, selepas jemaah Hajj semua dah balik, saya nak buat Umrah lagi. Moga ada rezeki buat kami inshaAllah. 

Ok. Tu jek. Till then!


October 7, 2013

Simptom Sepanjang Saya Pregnant

Saya tengah mengantuk amat sebenarnya ni tapi sebab nak elak tidur petang, marilah update blog. Letih sebenarnya kalau asik tidur petang jek sebab selalunya bila tidur petang, for sure nanti saya bangun pukul 5 petang. Time tu lah baru terkedek-kedek nak bangun solat Asar which is not good lah kan?

Anyway, harini baby dah 29 weeks! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur sangat. Semoga semua okay hendaknya. InshaAllah, ameen!

Pada kawan-kawan yang asyik tanya je kenapa gambar jarang post. Memang jarang pun nak post sebab tengah pregnant ni, memang mood ke laut sungguh lah. Lagipun, kalau amik gambar, perut tak berapa nak nampak pun sebab saya pakai baju loose. Segan nak pakai baju nampak perut. Hehehe. 

Suami saya tu rajin je nak amik gambar but I am not in the mood at all. InshaAllah kalau ada, saya letak tapiiiii kebanyakan gambar yang ada dalam simpanan pun, memang tak nampak perut. Sebolehnya memang saya akan pakai abaya yang tak nampak perut plus perut pun dah kena cover dengan shawl. Hehehe. So, harap faham ya?

Cerita pasal simptom during pregnant ni, yang boleh saya cakap, start dari first trimester, Alhamdulillah, nak kata saya mabuk teruk tu, tak jugak. 70-30 kot? Sebab dari start tahu pregnant sampailah dah 3rd trimester ni, boleh kata saya baru 2 kali muntah. Itupun muntah cuma keluar air sahaja. Takde muntah keluar makanan ke apa. Syukur. ;)

Saya start found out yang saya pregnant masa baby 6 weeks dalam perut. Baru saya teringat, few weeks before buat test tu, ada sehari tu, tengah saya duduk atas katil lipat baju kot rasanya, tetiba rasa mulut tak selesa sangat. Bila saya bangun pegi toilet, tengok cermin, rupanya gusi berdarah. Masa tu memang dah terdetik dalam hati : " Pregnant ke apa aku ni? ". Sebab saya penah baca artikel, gusi berdarah salah satu petanda kita pregnant but masa tu, saya still buat taktau jek. Malas nak pikir sebab dah bertahun asik dok pikir pregnant jek. So this time, nak relaks jek. ( Rileks lah sangattttt! LOL. :P )

Then, bila dah positif pregnant tu masa baby 6 weeks, badan still okay lagi. After baby 8 weeks barulah ketara sangat simptom-simptom lain datang ......

  1. Sleepy head. Ya Rabbi nak control mata taknak tidur petang memang adalah sangat menyeksakan! Lagi-lagi saya memang jenis tak tidur petang sebab bila tidur petang, nanti malam terkebil-kebil nak tidur. Tapi bila pregnant, start pukul 12 tengahari jek, mulalah mata nak terkatup-katup sampai time masak pun boleh rasa nak tidur kat dapur. Teruk betul rasa masa tu. Tapi mengantuk macam mana pun memang kena tahan lah sebab suami balik lunch kat rumah. Lepas dia dah pegi office, baru saya bantai tidur sampai petang. Then, masa bulan puasa, lagi teruk. Mentang-mentang takyah masak lunch, saya membuta sampai petang. Lepas Zuhur baru bangun. Pagi langsung tak bangun hantar suami pergi keja sebab serius mengantuk amat. Sepanjang-panjang bulan puasa tu, saya hantar suami cuma dengan salam cium tangan, say I Love You tapi mata maintain terkatup. Kahkahkah.
  2. Loya dan Sakit Kepala. Setiap kali bangun Subuh je, tekak memang tak selesa. Kembang-kembang je rasa. Rasa nak muntah pun ada sebenarnya tapi bila pegi sinki, tak muntah pun. Setakat loya macam tu. Sebelum nak tidur pun macam tu jugak. Loya ni selalu datang sekali dengan pakej sakit kepala. Sakit kepala tu bukan sakit kepala biasa. Tahap rasa nak pusing-pusing. Bila baring letak kepala atas bantal baru okay. Pastu, during 1st trimester tu, saya tak boleh diri lama-lama. Paling lama pun 5 minit or less than that. Kalau diri lama dari tu, mulalah rasa nak pitam. Suami siap belikan kerusi tinggi untuk bagi saya duduk dengan selesa bila buat kerja kat dapur atau gosok baju tapiiiiiiiiiii sepanjang 1st trimester tu, boleh kira berapa kali saya gosok baju kerja suami. Huhuhuhu. Kesian tengok suami bangun pagi gosok baju kerja sendiri tapi apakan dayaku. Hehehe.
  3. Hot Flush. Badan manjang je rasa panas tanpa sebab. Padahal rumah ni sentiasa pasang aircond kot. Kalau malam, lagi melampau. Kaki sejuk beku tapi kepala badan semua berpeluh-peluh macam tidur tak pasang aircond, tak pasang kipas. Siang selalunya, badan start jadi macam tu, bila petang. Pagi je okay.
  4. Tak Boleh Bau Suami Balik Dari Kerja. Hahahahaha. Ini paling kelakar sebab bau dia balik dari kerja je tak boleh bau. Selain dari tu ok je contohnya, bau dia lepas mandi ke, bau dia pegi keja ke or else. Bau balik kerja je tak boleh. Rasa nak muntah tapi tu lah, suami saya tu kadang dia tau dah saya ni tak boleh bau dia balik kerja tapi benda tu jugaklah yang dia suka. Kadang saje carik pasal balik kerja, saja datang dekat nak meleset cium la apa lah. Haih. =___="
  5. Makan Sikit. Selalunya orang cakap, 1st trimester, takde selera makan tapi yang saya ni, sampai sekarang makan sikit kot. Tak rupa makan macam orang pregnant pun. Suami selalu cakap, saya makan sikit tapi tu lah, memang takat tu je mampu makan sebab kalau terlebih makan, saya muntah. Makan nasi pun, kadang sehari sekali je iaitu makan nasi waktu lunch. Dinner kadang makan nasi tapi itupun, kuantiti nasi suku pinggan je kot. Kadang nak abiskan portion suku tu pun, terkulat-kulat kuis nasi kat pinggan. Huhuhu. 
  6. Wajib pedas. Hah, yang ni satu hal! During pregnant ni, saya kena make sure, lauk atau apa saje makanan yang saya makan tu, pedas yang menepati piawaian kepedasan tekak saya. Kalau tak pedas, memang tak lalu nak makan. Pedas yang melampau pulak tu. Kadang suami marah but I can't control it or else nanti, saya hilang selera makan. So, sepanjang pregnant ni, memang tekak kalau mengidam pun, memang makanan Melayu je la sebab dah tekak nak yang pedas kan. Western is not allowed kata tekak saya. Kihkihkih.
  7. Dealing With Asthma. Sakit yang ini simptom paling worst sekali during pregnant ni. Even until now. Masa 1st trimester dulu, awal-awal memang fight habis taknak guna inhaler. Tapi sampai at one time, saya kena mengalah jugak sampai terpaksa amik dos steroid 2 kali sehari dengan pantauan dari doktor. Bila pregnant ni lah, saya baru tau, pesakit asthma memang berisiko kena asthma yang teruk lagi-lagi bila dah 3rd trimester iaitu sekarang ni sebab baby akan menolak dan menyempitkan lagi salur pernafasan. So, memang kena jaga sangat tapi tapi tapi, kadang terlajak jugak langgar pantang makan benda yang tak boleh saya makan but what to do. nafsu mengatasi segalanya. Kihkihkih. Macam sekarang, dah 29 weeks ni, memang takde dah tidur yang lena dalam hidup saya sebab setiap malam bukan struggle cari position selesa nak tidur sebab perut dah besar tapiiiii saya struggle nak tidur sebab cari position yang selesa yang boleh buat pernafasan saya okay. I is sad you know. Dahlah nowadays, baby bila pukul 3 pagi je dah kejut saya bangun dari tidur sebab time tu la, dia main pusing berenang dalam perut, kicking macam main kickboxing. Serius tiada tidur lena dah buat saya. =_____="
Rasanya paling bahagia sekali masa dah masuk 2nd trimester kot sebab masa tu balik Malaysia. Jangan taktau, bila balik Malaysia lah baru berat badan saya naik. Kalau tak, memang jenuh nak bagi naik. Dahlah sebelum tu berat turun sampai 5kg. Now even dah 7 month plus pun, still berat badan naik takat 4kg jek. Not more than that. Usaha dah. Tanya my gynea, dia cakap ok jek sebab baby membesar dan aktif. Plus rekod kesihatan semua okay. Alhamdulillah.


Haaaaaaaa ... cuba teka jantina baby saya apa? Kihkihkih.

Haritu masa balik Malaysia, cousins semua sibuk tanya tapi masa tu, memang tak confirm lagi jantina apa. Sebab gynae kat sini 50-50 lagi sebab masa scan tu, 4 ke 5 bulan. Tapi tapi tapiiiii ... masa balik Malaysia tu lah, saya dengan suami sempat lagi pegi KPJ Penang saje nak check dengan gynea kat Malaysia. 

Bila check dengan Dr Foziah kat KPJ tu, terus dia 100% confirm kan jantina baby sebab kebetulan, baby masa tu memang terkangkang habis masa scan. Amboiiiii, over tau baby ni! =____="

Plan nak buat 3D masa tu tapiiiiii baby saya ni, everytime nak scan tu, susah sangatlahhhh nak tunjuk muka! Suka sangat tutup muka dengan tangan. So, Doc pun cakap : " Takyahlah buat, membazir sebab baby awak tutup muka lah. ". Ok Doc. Baru berangan-angan nak tengok baby ikut muka siapa. Kihkihkih. Saje je tau baby ni. Suka mendera perasaan main teka teki tekuk dia ikut muka siapa. =______="

Anyway, sekarang ni saya rajinkan diri hari-hari cakap kat baby : " Baby, please keluar awal okay. Kalau baby keluar 5 December, lagiiiiiiiiiiii lah Mummy/Ummi suka. Sebab tu tarikh anniversary Mummy/Ummi dengan Papa. Senang sikit nak celebrate. ". Huhuhuhu.

Confuse sebenarnya dengan diri sendiri ni. Nak panggil Mummy ke Ummi ni? Kalau dengan Mok & Skulky, saya bahasakan Mummy. Ni dengan yang bakal keluar ni, nak bahasakan apa? Adoiii laaaaaa. Benda ni pun macam masalah besar. Wakakaka.

Oklah. Got to go now. Dah masuk waktu Asar. Selamat menambahkan amal ibadah di awal bulan Zulhijjah korang! Yang parents atau ada ahli keluarga buat Hajj tu, saya doakan semoga urusan ibadah mereka dipermudahkan dan mereka mendapat Haji yang mabrur inshaAllah! 

Till then




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...