July 1, 2013

Kad Kahwin & Viagra

Last month ...

Aktiviti biasa sebelum tidur adalah pillow talk dengan suami. Pillow talk lah sangat. Lebih kepada saja borak-borak kosong je sebenarnya. Baru elok letak kepala atas bantal, tetiba ...

Suami : " Ayang, kad kahwin tu nak buat macam mana? Mahal tak kena bayar? "

Nak tersembur rasanya isi perut dengar perkataan " kad kahwin " dari mulut suami ...

Terus isteri bangun angkat kepala toleh tengok suami ...

Isteri : " You ni apesal tanya kad kahwin ni ? "

Suami : " Apesal pulak? Salah ke I tanya? "

Isteri : " Seriously you nak tau pasal kad kahwin ? You nak kahwin lagi ke macam mana ni ? "

Suami : " Whattttt???? "

Isteri : " Dah tu? "

Suami : " I tanya kad kahwin la. "

Isteri : " Yelah. Kalau kad kahwin tu depends lah. Ada murah ada mahal. Tengok kadnya macam mana bentuk ke, design kad ke, material ke. "

Suami : " Hellooooo ... B tanya pasal kad kahwin yang you cakap pagi tadi tu lah. Yang kita bincang pagi tadi kat phone. "

Isteri : " Helloooooo .... itu bukan kad kahwin lahhhh! Itu kad nikah. Lain kali jangan nak confident sangat okay? "

Suami : " Alaaaa ... sama je lah. Still kad kahwin pada I. "

Isteri : " Whateverrrrrrrr! Tapi in case you nak kahwin lain, please do let me know because I want to make sure calon you pilih tu bukan jenis merapu meraban. I don't like. "

Suami : ....... Muka tercengang .... Hahahaha. Tapi sempat lagi tu dengan selamba cakap : " Alaaaaa ... you lupa eh? Tawaran kahwin lain kan dah ditutup. So mana boleh I kahwin lain dah. "

Ok. Serius rasa nak lempang diri sendiri .... =____=

Then ....

Few weeks back ...

Isteri tengah bersiap nak keluar. Elok masa tu isteri baru nak tepek-tepek bedak sikit. Tetiba ...

Suami : " Ayang, viagra tu apa? "

Isteri : " Whatttt? You ni dah kenapa? Tanya pasal viagra ni? You nak makan viagra ke? "

Suami : " Bukanlah. I just nak tau viagra tu untuk apa sebab ritu masa I beli ubat you kan, ada sorang laki ni cari ubat, pastu B dengar pharmacist tu cakap ubat tu lebih kurang viagra. "

Isteri angkat kening curious nak percaya ke tak cerita laki ni. Then ....

Isteri : " Viagra tu setahu I untuk meningkatkan seks lelaki lah kot. Something like that. "

Suami : " Oooooooooo ... " ... dengan muka selamba macam takde apa.

Then ...

Last week ...

Time nak lunch sama-sama. Kat rumah je pun. Suddenly isteri nak tanya suami ....

Isteri : " B, what is wrong with you? Dahlah ritu cakap pasal kad kahwin lah, then, pasal viagra, you kenapa sebenarnya? "

Suami : .... Sengih-sengih ... " Takde apalah. "

Isteri : " Ok. Fine. "

Suami : " Serius takde apa. Don't worry, it's nothing. I mana boleh kahwin lain. Offer kan dah ditutup. Calon yang ada semua dah kahwin. So mana ada calon dah. Lainlah kalau ada calon baru ke, boleh gak I consider kan. "

Isteri : " WHATTTTTTTT???? "

.... Serius rasa nak baling pinggan makan time tu jugak. Hahahaha.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...