June 30, 2012

Perkahwinan Paling Gojes!

Assalamualaikum.

Tengok gambar-gambar akad nikah Irma dengan laki dia, Redza buat rasa macam nak sarung balik baju kahwin je! Aaaaaaa ... dua-dua sangatlah ... SubhanAllah, Mash'Allah ... terlalu sempurna pada mata aku lah.

Irma Hasmie tu tak payah cakaplah. Dia dah memang cantik manis menawan. Laki dia memang handsome gila kot. Mash'Allah. Dua-dua saling melengkapi. Dua-dua cantik, dua-dua menawan.



Suka sangat tengok gambar ni. Dahlah dorang punya senyuman tu sama je. Muka pun lebih kurang je. Laki Irma Hasmie ni kadang sekali pandang macam muka Jehan Miskin tapi sudah pasti, Redza ni jauh lebih kacak kot? Hahahaha. 

Mash'Allah, Mash'Allah, Mash'Allah.

Aturan Allah SWT buat Irma Hasmie lepas dia putus cinta dengan Nabil memang sangat indah. Sebab tu, setiap kejadian mesti ada hikmah yang lebih baik. Sebab tu, kalau rasa kita ni macam down, jangan rasa terlalu down sangat sebab inshaAllah, Allah SWT dah aturkan sesuatu benda yang jauh lebih baik dari sebelumnya yang kita ada.

Dapat rasa perkahwinan Irma dengan Redza ni memang ... AllahuAkbar ... penuh barakah. Dua-dua memang nampak ceria dan bahagia sangat. Alhamdulillah.

Majlis pun serba serbi terjaga. Penuh islamik. Baju Irma longgar, yang penting, tudung dia cover sepenuhnya kat bahagian dada walaupun pada hakikatnya, kat bahagian dada tu, penuh dengan sulaman dan manik. 

Ahhh ... benda ni semualah patut kita jadikan contoh. Sangat-sangat baik untuk kita ikut. Allah SWT pun jadi suka. Kan? ;)

Semoga perkahwinan ini bahagia dan cinta mereka kekal hingga ke JannahNya. Jeles tau aku sebab dahlah Mak Redza berkenan kat Irma ni masa Mak Mertua dia kebetulan buat Umrah sesama dengan Irma jugak. Bebetul elok masa tu, Irma baru lepas doa depan Kaabah. ;') 

Balik je Malaysia, terus Mak Mertua dia cepat-cepat kenenkan dengan anak lelaki dia. Memang bagus sangat. Kalau dah Irma, lelaki manalah yang taknak kan? Hihihi. Rugi kalau kau lelaki, kau tolak seorang Muslimah macam Irma. ;')

Lagi tambah keberkatan tu bila, boleh kata dorang ni kita bercinta lepas kahwin juga. Seronok bila macam tu sebenarnya. Lebih barakah di sisiNya. InshaAllah.

Buat yang masih mencari jodoh tu, usaha penting, doa pun penting, bila dah jumpa, ikutlah cara agama. Biar agama didahulukan, adat letak paling akhir pun takpe. Ok?

Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT.

Sekian. Ma'asalamah!


June 19, 2012

Paku Dulang, Paku Serpih, Mengata Orang, Sekarang Diri Sendiri Yang Lebih!

Assalamualaikum.

Everything happen for a reason.

Asalnya saje-saje tengok. Kemudian, kebetulan, sebelum tu ada 1 drama tu aku nengok sebab ada pelakon Rain tu. Rain aku memang suka dia sejak tengok dia berlakon dalam Ninja Assassin.

But in Ninja Assassin, Rain memang smoking hot dengan body berketak mata sepet tu. 

Mata sepet pun satu hal jugak!

Aku dulu padahal memang tak pandang laki mata sepet ghupa macam bukak tak bukak mata ni.

Tapiiii .....

Kuasa Allah SWT, kahwin dengan laki mata sepet.

Sudahhhh!

Dari situ asal pelakon mata sepet yang jenis bad boy sikit, haaaa ... mulalah sangkut. Memula sangkut dengan karakter Han yang dalam Fast Furious tu. Then, dengan Rain.

Sampai ke sudah, still dengan Rain ...

Cuma yang peliknya tu, Rain dalam movie Ninja Assasin punyalah hot habissssssssss!

Tapiiiiii ....

Dalam drama A Love To Kill tu ... alahai .... dah macam ghupa apek jual sayur kat pasar dah aku nengok! =_=''

Tapi takpelah. Apek jual sayur pun apek jual sayur lah. Yang penting jalan cerita drama tu.

Tengok drama A Love To Kill pun, masa tu drama tu dah nak habis dah. Adalah dalam 10 episod terakhir. Sebab Rain, aku layan jugak sebabnya drama Love Rain masa tu tak berapa aku nak sangkut sangat sebab aku menyampah tengok karakter Jun.

Alasan aku ... muka dia nampak sangat plastik. Memang dia buat plastik surgeri ke apa sebab aku memang selalu dengar kebanyakan artis korea ni memang too much obses dengan plastik-plastik ni. Eh? Correct if Im wrong.



Then, bila drama A Love To Kill tu dah habis, aku cam paksa diri jugak tengok Love Rain ni. Serius drama ni ada episod yang best, ada episod yang memang slow nak mampus dan buat aku ngantuk.

So, go with the flow je.

Pulak aku masa tu, kejap tengok, kejap tak tengok sebab drama start around 4 pm. Aku memang memula tu selalu terlepas sebab serius lupa sebab biasanya kalau petang, ada CSI, Heroes tu semua. Aku kan pecinta CSI dengan Heroes. Hihihi.

Sampaikan almost everyday, Ina dok WhatsApp aku ingatkan suh bukak cite tu.

Kat sini, aku tak download pun cite tu. Aku bukan tengok kat laptop tapi aku direct tengok dari KBS Channel tu. Memang ada. Tau ada pun after tengok kat rumah Ina. Hihihi.

Pulak suami I kan baik hati. Bila balik rumah, terus dia carikan KBS untuk isteri. Tapi bila isteri dok sebut Rain je, terus dia jadi macam menyesal carikan KBS. Hahahahaha.

Aku start sangkut tengok Love Rain ni pun bila ada 1 scene tu aku rasa karakter Hana lakonan Yonna tu cam comel sangat. Dengan suara comel-comel, lembut-lembut, suka bunga, suka buat muka, everything looks good on her! Harap-harap apa yang ada pada dia bukan plastik. Kalau plastikkkkk .... I is super duper sad! T_T


By the way, drama ni dah habis pun. Elok petang tadi tamat. Nasib baik teringat nak tengok. Kalau tak, melepas nak tengok Jun dengan Hana cium molot! Hahahaha.

Pulak cipta sejarah sebab aku dok bergenang air mata sedih tengok Mak Hana dengan bapak Jun terpaksa bawak haluan memasing sebab nak tengok anak-anak dorang bahagia. Tsktsktsktsk. T__T

Tak pernah-pernah aku tengok drama sedih bagai tapi today is the day! Air mata keegoan aku tertumpah juga akhirnya. Bukan apa sebab aku tetiba sedih teringat-ingat kisah lama sikit-sikit. Kahkahkah.


So, episod akhir tadi, Jun finally kahwin dengan Hana and they live happily ever after. Sweet tengok si Hana tu. I admit, korean girls memang cantik sebab dorang ada kaki yang panjang. 

Yang tak tahan dan paling teruk aku rasa bila, habis je drama, sebab aku dah syok dengar lagu-lagu dalam drama tu, terus aku pegi sms ..... hihihihihhihihi .... Munnnn!

Now she is like my korean playlist! Kahkahkah.

Muka tak malu terus sms tanya : " Mun, apa tajuk lagu Love Rain OST tu? " =_=''

Berdekah-dekah budak tu ketawakan aku! Kahkahkah. Memang kelakar pun aku rasa sebab dulu aku serius tak paham ape pasal orang mabuk sangat dengan drama korea ni. Sekali dengan aku sekali terjebak dah ni sekarang ni! Apa cerita?

Tapi aku still boleh control lagi. Takdelah obses sangat. Sikit-sikit je dah. Setakat Love Rain tu je lah. Itu je. Drama korea lain memang aku taktau langsung.

Ni pulak, si budak Mun request suruh aku tengok Rooftop ke pebenda? Entah. Tak tahulah aku apa nama tajuk drama yang dia suruh aku nengok sangat tu sebab kata dia best dan kelakar. 

Errrr ... tapi kalau kena download, kena pikir banyak kali jugak sebab aku adalah bukan manusia rajin nak download ni semua. Memang tak. Even drama Melayu pun aku tengok online je. Tak pernah lagi aku download sebab kerja download ni, laki aku punya part. Aku tau tengok je mana yang senang sebab aku memang tak suka nak download bagai ni. Not so me. Hihihi.

Ok. Nak dengar lagu sarang, sarang ...

Nasihat aku pada yang tak pernah lagi tengok drama korea, tok sah ler nak mencuba!

Nanti jadi macam aku. Dulu mengata orang, sekarang balik kat diri sendiri. Macam orang-orang tua cakap : " Paku dulang, paku serpih, dulu mengata orang, sekarang padan muka akuuuuu! " :p

80% Tak Solat Subuh, Setiap 15 Minit Berlaku Penceraian & Setiap 18 Minit Lahirnya Sorang Anak Luar Nikah!

Assalamualaikum.

Based on tajuk, semua perkara tu adalah dari rakyat Malaysia.

Ni bukan main cakap okay? Ini adalah kajian dari Dr Fazilah Khamsah.

Hebat betul sampai 80% kan tak solat Subuh? Aku tak tau nak nangis ke nak apa ni. Ni siapa yang masuk dalam golongan 80% ni? #ketukkepalacubitperut

Ni apesal malas nak solat Subuh ni? Ni itu, ni ini. Why oh why lahhhhhhhh?????

Apesal malas sangat? Ngantuk? Takde masa? Ke memang saja? Ke macam mana ni? Adoiiiiiii .....

Kenapa malas? 

Solat kan tiang agama. Kalau tak solat, solat rongak-rongak, macam mana hidup kita nak tenang? Kita ni siapa nak ikut suka nak solat ke tak? Apa nak jadi ni????

Yang laki taknak solat Subuh tu. Tak kisahlah taknak solat ke, saje ke, ikut suka ke atau apa-apa je lah .... 

Awak kalau lelaki tapi solat awak tunggang terbalik, awak toksah mimpi nak kawin sebab tiang agama awak tak pandai nak jaga dengan betul, then macam mana awak nak jaga rumah tangga awak????

Awak kalau perempuan tapi solat tunggang terbalik, then macam mana awak nak bawak ahli-ahli keluarga yang lain masuk Syurga? 

Ingat, even awak puasa sebulan, sedekah, bayar zakat tapi tak solat, agak-agak, pahala ibadat kita yang lain di terima tak? Pikir-pikirlah. Allah SWT bagi akal fikiran kan?

Tu perihal solat ...

Yang setiap 15 minit berlaku penceraian tu pun boleh kira maha dasyat jugak tapi aku tak peliklah sebab aku ingat lagi masa nak daftar kursus kahwin dulu. Aku daftar kat Pejabat Agama Selangor kat Shah Alam tu.

By the time sampai office tu, ramai sangat orang. Ku pikir dorang macam aku, nak daftar kursus kahwin tapiiiiiii ....

Jap lagi, bila turn aku nak g bayar duit kursus kahwin tu, ustazah depan aku cakap : " Tengoklah. Semua tu nak bercerai. Taknak kaunseling semua apa. Semua cakap tak bahagia. Hari-hari macam ni. Taktau apa nak jadi. Masa manis, nak kahwin semua. Bila dah kahwin, ada masalah, terus nak cerai tak pikir baik buruknya. Setiap hari macam ni. Bukan takat 1,2 pasangan. Satu hari dekat 10 pasangan datang nak bercerai. Awak dah kahwin nanti, jangan macam ni tau. " =_=''

Ok. Aku terkejut. 

Pasangan yang datang nak bercerai tu, bukan muda, yang dah tua pun ada. Ada siap bergaduh kat bilik kaunseling, jerit terpekik sana sini. Siap tu, masa nak balik tu, ada sorang makcik ni siap pelangkung laki dia bila by the time masa nak dapat kaunseling tu, laki dia agaknya mengaku kahwin lain sebab aku dengar bini dia terpekik terlolong jerit : " Ceraikan dia. Aku taknak bermadu. Laki tak gunaaa! " ... punggg ... kena sebijik pakcik tu bila bini dia tu dapat pelangkung kepala dia dengan handbeg. Wuwuwuwuwuwuwu. T_T

Kalau pegi pejabat agama, kalau pegi bahagian kaunseling tu, memang banyak drama boleh tengok. Kalau untung, macam akulah. Free free tengok pakcik kena pelangkung! T__T

Ok. Itu kes bercerai. Perihal anak luar nikah ni pulak ....

Kat Malaysia, anak luar nikah setiap 18 minit lahir ... maknanya sejam, dah 3 orang. Sehari? 72 oranggggggg anak luar nikah lahir kat Malaysia!!!! 

Allah hu ... T__T

Taktau nak cakap apa dah sebab kelahiran anak luar zaman la ni dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Sana sini ada kes. Baru kes. Belum buang  bayi lagi. Lagi kronik! =_=''

Kalau siapa yang ada keja doktor ke, nurse ke, tahulah korang macam mana. Kadang, yang kerja doktor tu, boleh kata, sambut kelahiran anak luar nikah je. Bukan anak sah pun. Sampai kadang ada yang kerja doktor tu rasa nak terajang pesakit pun ada bila pesakit yang sama je datang dan kes yang sama iaitu lahir anak luar nikah.

Ini bukan main-main okay sebab kawan aku sorang, dia ada sambut kelahiran sorang anak luar nikah. Yang hebat tu, pesakit tu muka selamba je cakap : " Ni anak ketiga tak sah saya ni. Saya lupalah nak pakai kondom doktor. Nak gugur takut mati." . Boleh? Mampu? =_=''

Ikut rasa nak je bagi terajang tapi pikir tanggungjawab dia kan. Suka tak suka, buat jelah. Sudahnya, budak tu, baby dia main tinggal kat hospital. Mak dia pulak, sejam lepas operate bersalin tu, cabut lari dari hospital. Taktau apa nasib. Taktau hidup ke tak. Baby tu pulak pihak hospital seperti biasa akan contact rumah kebajikan. Settle situ.

Perasan tak, majoriti anak luar nikah ni adalah baby girl? Nampak tak Allah Maha Adil? Anak luar nikah kalau laki ok lagi, tapi kalau lahir baby girl, memang payah. Especially bila dorang dah besar dan nak nikah nanti. Kesian sebab nanti, kena tanggung malu adalah si anak luar nikah tu padahal sebenarnya yang patut disalahkan adalah mak ayah dia. 

Tapi apapun, yang perilaku dan lahirkan anak luar nikah ni, kita janganlah nak hentam sangat. Doakan je dorang berubah sebab kita tak tau pengakhiran hidup dia macam mana sebab apa pun boleh jadi. Siapa tau kan? Kot-kot dia taubat ke, dia lagi mulia di sisi Allah SWT berbanding kita. Sebab tu, kita hidup ni, jangan pikir kita bagus sangat. Sederhana je. Rilek-rilek je. Jangan rasa diri kita cam alim sangat ke apa. Jangan. 

Pokok pangkalnya, maka, jagalah hubungan kita dengan Allah SWT dengan sebaiknya. Solat jaga. Kalau kita jaga solat, inshaAllah semua terjaga. Rumahtangga terjaga, diri pun terjaga. 

Kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT, inshaAllah baik penceraian ke, anak luar nikah ke, pun dapat dijauhkan dari berlaku kat kita.

Jangan solat je, perkara lain pun kena buat juga selagi ia mendatangkan pahala dan juga Allah SWT suka. Ok?

Sekian. Ma'asalamah!


What Is Hijab & What Is Not Hijab

Assalamualaikum.

Ah .... zaman sekarang ni kalau 'jentik' sikit pasal aurat, semua nak melenting, semua nak marah, semua nak terasa. Nahhhh ... poster manis untuk semuaaaaaa! ;)




Beza sangat kan apa itu hijab dan apa yang bukan hijab kan? Pulak sebenarnya hijab ni bukan takat tutup aurat, solat tunggang terbalik je tapi juga merangkumi semua yang ada pada kita termasuk pe'el kita, perangai kita, percakapan kita, perlakuan kita, semua, semuaaaaaaa benda yang ada pada kita dan berkaitan dengan kita.

Kalau bukan sekarang kita nak betulkan balik apa yang ada pada diri kita, bila lagi kan? Nak tangguh sampai bila?

Alasan tak dapat hidayah, tak sampai seru semua tu dah so yesterday okay?

Sebab awal lagi hidayah kita dah ada sebab Allah SWT dah bagi. Kita je antara nak taknak je. Nak taknak buat, nak taknak dengar.

Macam aku cakap selalu, kalau rasa macam nak timbul insaf tu, pergilah kawasan kubur, tengok kematian, lawat jiran-jiran yang meninggal, inshaAllah berkesan kat hati sebab kematian ni, bila-bila je boleh jadi.

Tak kisahlah kita ni muda ke, tua bangka ke, bebudak ke. Tak kisahlah kita ni masa tu tengah buat kerja, tengah tidur ke, tengah berjalan ke. Tak kisahlah masa tu kita ready ke tak. Asal kalau dah memang masa tu ajal kita, kat mana pun, kalau dah memang dah tiba ajal kita, time tu jugak kita akan pergi menghadapNya.

Ni kalau pergi menghadapNya tapi 'buku' kita kosong, camne nak jawab dalam kubur? Bukan takat dalam kubur, ni nanti kat Padang Masyar, kita nak jawab apa kat Allah SWT? Malu ok bila nanti nak kena timbang dosa dengan pahala, bila nanti Allah nak cek 'buku' kita, habuk je 'buku' kita tu. 

Habuk satu hal, lepas tu, timbang tu pulak senget sebelah. Kalau senget sebelah senget belah pahala, memang syukurlah kan. Tapi kalau senget sebelah berat sebab dosa, camno? Apa nak buat? Takkan time time tu jugak baru nak sujud mintak ampun? Padahal masa kat dunia, kita banyak masa sangat Allah bagi untuk mohon keampunan dan taubat. Kan?

So, tak kisah sesapa waima untuk diri sendiri, especially yang perempuan, baik yang masih dara ke tak dara dah ke, bujang ke, isteri orang ke, semuaaaaaaaa ......

Kalau sayang keluarga kita, terutama Ayah, adik-beradik laki kita, yang dah kahwin, pastinya suami kita, beringat-ingatlah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sentiasa belajar untuk berubah yang lebih baik. Merangkak nak berubah jadi baik pun takpe. Janji kita sentiasa nak berubah jadi yang lebih baik.

Kalau ada yang tegur kita pasal aurat, kita dengar, kita kaji. Janganlah terus nak marah-marah ke, nak perli-perli ke. Jangan. Sebab kadang Allah SWT nak bagi kita sedar, bukan Allah SWT bagi straight to the point kat kita. Ada yang kadang, DIA bagi melalui orang lain.

Takut nanti, kalau kita buat tak tau dengan teguran orang lain kat kita, kang nanti terus Allah SWT palingkan pandangan DIA dari kita. Kalau Allah SWT Pencipta sendiri dah palingkan pandangan DIA dari kita, dah tu ... paham-pahamlah nasib kita baik di dunia dan di akhirat macam mana. Ok?

Perempuan, wanita, Muslimah, tutup aurat. Tolong. Tolong tutup aurat. Bukan takat berhijab pakai tudung, baju sopan, tapi pastikan kita berhijab dan menutup aurat dengan sempurna juga hijablah diri kita dari semua sudut. Jangan top up sikit-sikit. Top up banyak sikit sebab kita ni takkan pernah tau bila ajal kita, bila hari Kiamat. Takut nanti, semua terlambat. Nak menyesal pun tak guna dah.

Sebab dalam kubur, kang kalau Mungkar Nangkir dah rotan belasah kita dalam kubur, kau meraung macam mana pun, takdenyalah dorang nak dengar sebab dorang sangat patuh pada perintah Allah SWT. Jangan mimpi okay? Tanggunglah seksaan bukan takat dalam kubur tapi sampai datangnya Kiamat dan seterusnya hari Akhirat dan berakhir di Neraka. Ha ... nak tak? Nak tak?

Orang lain sedap je duduk bahagia dalam Syurga makan sedap, tidur lena, dikelilingi bidadari Syurga. Kita dalam Neraka? Menderita sampai semua dosa kita buat, kita dah cukup time terima siksaan. T__T

Ok?

Ingat, mati itu pasti. Alam kubur itu pasti. Akhirat itu pasti. Neraka itu bagaikan duri tapi Syurga itu kebahagiaan hakiki. Pilih nak mana. Tanya hati, dalam diri. Jadilah Muslimah sejati dan yang terbaik disisiNya. InshaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb. ;')

Sekian. Ma'asalamah!


June 18, 2012

Pengkebumian Kerabat Diraja Saudi Dengan Kerabat Diraja Kat Malaysia Sangat Berbeza Macam Langit Dengan Bumi

Assalamualaikum.

Semalam dari pagi sampailah ke petang, aku dok tekun ikut siaran langsung pengkebumian Putera Naif kerabat Diraja Saudi yang mangkat tu.

Satu alasan sebab aku nak tengok adalah cara pengkebumian kerabat diraja Saudi kalau nak dibandingkan dengan kerabat diraja kat Malaysia, memang beza sangat. Macam langit dengan bumi.



Ni masa Raja Fahd meninggal dulu.

Aku cakap beza macam langit dengan bumi sebab, dorang takde nak tempat-tempat khas atau macam kereta khas diraja ke apa.

Contoh macam masa pengebumian semalam ....

Lepas jenazah sampai je kat Jeddah Airport, jenazah terus masuk dalam ambulance yang ambulance dia bukan gah mana pun. Bodoh-bodoh punya ambulance. Takde nak ada ambulance khas untuk kerabat diraja ke apa. No.

Then, dah masuk dalam ambulance, terus straight bawak ke Makkah. Kalau naik van ke, keta ke, dari Jeddah nak ke Makkah amik masa dalam sejam ke sejam lebih. 

Bila dah sampai Makkah dekat nak Maghrib tu, elok jenazah sampai kat main road dekat dengan Safa Tower tu sebab jenazah nak disemayangkan di MasjidilHaram. 

So, dari jalan tu nak masuk ke dalam Masjid, pastinya kena usung kan? Yang buat rasa syahdu tu, dorang tak perlu nak usung dengan kain kuning ke atau apa-apa tanda yang menunjukkan itu jenazah kerabat diraja.

Pengusung jenazah yang digunakan untuk usung jenazah Putera Naif tu pun pengusung sama yang digunakan dok usung jenazah rakyat biasa. Tiada beza.

Kalau kat Malaysia kan siap nak kereta kuda, meriam lah, apa lah. Kan?

Tapi kerabat diraja Saudi ni, rilek je.

Settle usung jenazah masuk dalam, siap dah solat semua, usung balik keluar. Pun masih guna ambulance bodoh-bodoh tadi. Takde nak pakai kereta khas nak usung jenazah kerabat diraja ke apa. No. Takde langsung.

Kalau kat sini, kain coklat itu tanda jenazah lelaki. Kalau yang jenazah perempuan, kain hijau. Biasanya kalau jenazah perempuan, kat sini  dorang masih jaga bentuk tubuh si jenazah perempuan dengan dorang letak cam rangka kayu kat keliling jenazah. So that, takdelah nampak susuk tubuh jenazah. ;')

Cite pasal pengkebumian, kerabat diraja sini takde tempat khas like kat satu port ni, kerabat diraja je punya kubur. No.

Kan kalau cam kat Malaysia, mesti kat kawasan kubur ada satu port nanti letak pagar khas which kat situ ada kubur kerabat diraja. Kan?

Macam kat sini, kerabat diraja ke, VIP ke apa ke. Takde langsung buat macam tu okay? Sama je semua dengan rakyat biasa.

Dorang kebumikan jenazah kerabat semua rilek je bercampur dengan kubur rakyat biasa. Tak perlu pagar ke apa ke. Pastu kat sini, kalau korang tengok kubur dorang, masih old school macam zaman Nabi dulu which is takde nak letak mozek ke, tile ke apa ke or nak hias cantik-cantik macam apa yang kita buat kat Malaysia.

Kat sini, atas kubur cuma akan ada 2 ketul batu sebagai tanda batu nisan. Itu je. Takde nak letak batu nisan siap ukir nama semua. Takde. Yang ada cuma kalau ada kalangan keluarga meninggal, kita kena ingat je lot tapak kubur tu nombor berapa. That's it!

Haih. Kalau kerabat diraja yang agama Islam semua macam ni kan bagus. Rakyat tengok pun sejuk je hati. Aku ni even baru pertama kali tengok pengkebumian kerabat diraja Saudi, cukup dah buat aku rasa syahdu je semalam. They really down to earth dan realize, kita semua sama saja di sisiNya. Especially bila ko jadi jenazah.

Kita, kita semua bakal jenazah. Agak-agak apa nasib kita kan? Agak-agak kita mati cukup tak amalan kita? T__T

Ah. Kalau pikir pasal mati, pasal kubur, memang boleh buat gigil tapi selagi kita nama manusia, kadang aku ni insaf kejap. Kadang ok, kadang tak ok. Adoilahhhh! Tapi bila selalu pikir, teringat azab kubur, teringat dosa terampun ke tak, rasa cuak gila siotttttttttttt! Kalah perasaan nak amik result exam. Wuwuwuwuwuwuwuwuwu.

Maka, jomlah kita doa moga kita mati dalam keadaaan yang mulia di sisiNya. Semoga roh yang dah diambil kembali olehNya mendapat keampunan dan rahmat dariNya.

Esok lusa turn kita pulak. Entah-entah bukan esok, kejap lagi ke apa ke. Bukan kita tahu kan? Jadi, ingat-ingatlah mati. Ingat-ingatlah azab kubur. Ingat benda tu semua pun boleh mendatangkan pahala tau!

Semoga dosa kita diampun, Moga segala amalan kita diterima, Moga kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


June 17, 2012

Cerita Di Sebalik Israk Mikraj

Assalamualaikum.

Salam Israk Mikraj. Semoga kita semua ambil tahu apa yang berlaku di sebalik peristiwa besar yang berlaku pada Nabi Muhammad SAW satu ketika dulu.

Sila amik port okay sebab ini sejarah Islam. Amik tau sikit dari tak tahu langsung. ;)








Kredit pada blog Mili comel. ;)

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!


June 15, 2012

10 Warming Up Menuju Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Perkongsian bersama memandangkan lagi sebulan lebih je nak Ramadhan. Semoga kita diberikan kesempatan untuk meraikan bulan Ramadhan yang mulia. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

I just can't wait to celebrate Ramadhan here in Saudi sebab kat sini, bulan Ramadhan lah bulan yang paling meriah sekaliiiiii dan paling happeninggggggg sekaliiiiii kat sini! ;)



Kredit to LotKubur FB.

Semoga kita sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah. Puasa jangan lupa habiskan ganti okayyyy???? ( Talk to myself. #facepalm ) =__=''

Sekian. Ma'asalamah!

Umrah Di Bulan Rejab

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Finally dapat juga buat Umrah after few weeks bertangguh. First tangguh, sebab one both of us tak sihat kalau tak silap. Then, second time terpaksa tangguh lagi sebab dengan jayanya, diri sendiri mengibar 'bender Jepun' dengan megahnya. Hihihihi.

So, harini dengan izinNya juga dapat datang sini menjadi tetamuNya. Alhamdulillah. Itupun dugaan juga sebab malam tadi tidur lambat sebab tengok bola. Pulak sini masuk Subuh pukul 4.15 pagi. Nak pegi Makkah kalau boleh pukul 5 pagi. Set jam pukul 4 pagi. Terkebil-kebil juga nak bangun sebenarnya pagi tadi.

Tapi tapi tapi .....

Dah kata mengantuk, mandi pun elok time azan Subuh. Pastu dah siap mandi, nak ngejut laki pun amik masa gak bila laki dok 15 minit, 15 minit, kejap lagi, kejap lagi, kejap lagi tak sudah. Dah kena tempik, haaa ... baru menggelupur nak pegi mandi. Sakit hati ok sebab laki aku ni kadang nak kejut dia bangun dah  ghupa macam kejut budak taknak pegi sekolah. =_=''

Sudahnya gerak pegi Makkah pun dah 5.30 pagi. 

Sekarang ni musim panas dah. Maka cuaca kat luar pukul 5.30 pagi tu ibarat pukul 8 pagi. Alhamdulillah jalan lengang sebab biasalah, orang Arab kan burung hantu sikit. Time malam, kita tidur dia berjaga. Time siang, kita berjaga, dorang sedap lagi membuta sampai Asar. Pe'el. 

Aku biasalah, masuk je kereta, mesti dah sayu-sayu je mata aku. Kejap-kejap tersentak juga dalam keta bila laki aku pun ghupa ngantuk gak dengan bawak keta terhuyung-hayang. Sejak kahwin, aku asal masuk je keta, mesti nak tidur. Taktau pasal. Kalau tak tidur, mesti pening kepala. 

Laki aku kat sebelah dah bising-bising. Kihkihkih. Yang aku tau, aku terbangun betul tu bila dia dok sergah aku dah sampai kat bandar Makkah tu ha. Kihkihkih.

Sampai Makkah pun around 7 pagi. Terus parking keta kat Safa Tower macam biasa dan menuju terus ke MasjidilHaram.


Main gate. King Abdul Aziz. Suasana around 7 pagi.


Masa ni dok berhenti kat dalam Masjid before turun ke dataran Tawaf. Berhenti sat baca doa dulu.


During du'a for Tawaf.


During Solat Sunat Tawaf.


During Solat Sunat near to Hijr Ismail.


During tunggu suami pergi toilet. :p


During tunggu suami pegi toilet juga.


Us. Husband & Wife. Nailah & Azman. During Sae'i. Masa ni dah habis Umrah dah sebenarnya. ;')

Alhamdulillah, we are so happy because we could complete the Umrah even sebenarnya masa tu, suami dah sakit kaki. Almaklum, his kaki ada besi. So, setiap kali buat Umrah, time Sae'i memang paling mencabar sebab too far for him but every time dia cam dah weak and penat tu, I will always asked him to look at any old people or women or even ada yang cacat or pakai tongkat still gagah lagi steady buat Sae'i. Hiks.

Even me myself, every time macam penat dan nak ke arah semput tu, mesti cepat-cepat cakap kat diri sendiri : " Come on, come on. Kau umur baru berapa dah penat. Kau tengok yang tua tu? ". =_=''

Itu sahaja yang boleh memotivasikan diri tatkala mahu habiskan Sae'i. Hihihi.

Settle buat Umrah, apa lagi kalau bukan aktiviti makan roti canai kegemaran. Harini extra makan lontong sebab I is super duper lapar. Lontong memang enak harini berbanding last time aku makan haritu punya. Alhamdulillah.

Planning asal nak stay sampai solat Jumaat terpaksa dilupakan sebab sebagai tanda menghormati suami yang ternyata sudah tidak ketahanan dengan sakit di kakinya. Maka, disebabkan mahu kejar waktu Solat Jumaat di Jeddah, settle makan terus gerak balik Jeddah.

Elok je sampai rumah pun dah pukul 12 tengahari. Memang elok sangat. Lepas solat, elok juga laki aku terbongkang kepenatan dalam bilik. Hihihi.

Seperti biasa, aku doakan semoga korang semua sampai sini satu hari nanti. Semoga korang dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamuNya. InshaAllah.

Semoga kita semua sentiasa dalam redhaNya. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


June 13, 2012

Kejadian Berdarah 3 Tahun Yang Lepas ......

Assalamualaikum.

3 tahun yang lepas ... pada tarikh yang sama iaitu tarikh harini 13 Jun kami adalah dalam keadaan terpinga, diam seketika. Seakan jatuh rebah tersungkur ke bumi. Tuhan sayang, maka DIA bagi kami ujian.

Inilah yang berlaku 3 tahun lepas .... berlaku selepas waktu Asar ... berlaku selepas elok kami keluar dari perhentian Tapah ke arah Kuala Lumpur ........


Bahagian enjin ....


Bahagian tempat duduk co-pilot .....


Tayar tercabut terpelanting agak jauh juga sebenarnya. Itupun orang PLUS kutip. =_='


Bahagian belakang ..... Skirting belakang depan kereta pun ranap dan tercabut. Pun tersadai kat tengah-tengah divider highway ....


Atas tow truck nak dibawa ke Perodua Kajang untuk siasatan bagi mendapatkan pampasan insurans ...

Serius sedih bila tengok pic kereta ni sebab banyak sangat kenangan. Dari zaman berkawan, bercinta, bertunang & selamat jadi laki bini pun ....

Waktu kejadian ni pun elok baru 6 bulan kahwin. Orang tua cakap orang baru kahwin biasanya akan diduga dan nahhhh ... inilah dugaan dariNya. Terima dengan redha walaupun sebenarnya, pada hakikatnya, dekat seminggu juga air mata tu adalah kawan paling baik.

Aku adalah orang susah nak menangis. Paling teruk aku nangis masa ... hihihi .... putus cinta dengan ex aku yang first. Itupun bajet cam takde nak nangis masa putus cinta tapi bila kenang dekat 7 tahun bercinta tapi kesudahan tiada apa, memang tunggang terbalik kejap dunia aku.

Tapi takpe sebab Tuhan bagi yang lebih baik. Alhamdulillah. ;)

Dari hari kejadian sampailah 6 hari berikutnya, aku nak cakap pun macam nak taknak. Makan pun ikut suka aku. Banyak termenung. Asal leka sikit pun, nangis je lah kerja aku. Memang takde kerja lain. Macam-macam yang ada dalam kepala otak aku sebenarnya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.



Ini suami. Sehari selepas kejadian.

Dahlah sedih tengok suami patah riuk tangan kaki semua, dengan muka lebam macam tu, bila kena transfer dari Hospital Slim River ke Hospital Besar kat Ipoh ( Aku lupa nama hospital kerajaan tu ... ) nun, transfer masuk ke bilik kecemasan, laki aku terlantar berejam dengan doktor sorang main game Zuma, nurse 2 orang sibuk beborak sambil YM dengan telepon. =_=

Hati memang nak marah tapi emosi masa tu memang tak stabil. Bila tak stabil, potensi untuk aku baling barang adalah tinggi. Maka masa tu memang belajar untuk kawal emosi je.

Tau-tau, tetiba, hantar ke Wad Kelas Ketiga. Request nak masuk Kelas Pertama tak dilayan. Ok. Apa-apa je. Lantak sebab at least, aku nak dia selesa baring kat katil. Ingatkan sampai situ ...

Tapi bersambung sedih lagi sebab badan suami penuh kaca, nurse yang jaga situ boleh biarkan. Itu baru nurse. Yang doktor-doktor, e'eh, boleh pulak main-main gerakkan tangan kaki laki aku yang dah patah. Hati marah membara. Ikut panas baran aku, nak je aku luku doktor-doktor time tu jugak tapi orang keliling cakap sabar. Ok. Ku turutkan. Sabar. Dalam hati? Menangissss .... T_T

Kesudahannya, kaca-kaca yang melekat tu, abang ipar dengan adik ipar aku yang bersihkan sendiri. Kau boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu? =_='

Dahlah janji macam-macam tapi habuk pun tarak. Sampailah, tetiba ada satu nurse ni, pangkat Makcik, Dialah yang bersihkan luka-luka laki aku. Agaknya dia tengok muka aku bengkak dengan aku asyik nangis, terus elok dia bisik-bisik kat aku : " Nak, bawak suami pergi hospital swasta. Jangan tunggu. Teruk dah keadaan dia ni. Jantung dah slow sangat. " T_T

Maka bermulalah adegan rasa nak hempuk doktor kat meja kaunter tu ....

Manalah aku tak rasa nak hempuk, elok nak datang tanya kat dia, e'eh, elok pulak doktor tu tidur. Bila tanya : " Ni kata nak buat operation? Bila? ". Yang dijawab : " Saya ngantuk Puan. Bagi saya tidur dulu. Malam tadi saya on call. "

E'eh, jawapan dia bagi tu memang mintak nak kena lempang ke nak kena terajang dengan aku ni? Dah terus langsung aku bertekak dengan doktor and end up : " I want transfer my husband to private hospital. Please make the paper and all, RIGHT NOW! "

Terus doktor tu bengang dengan aku, then ugut dia cakap taknak bagi surat pelepasan semua. Lantaklahhhhh kauuuuu! Petang esoknya tu jugak, nurse dengan ambulans dari Hospital Fatimah datang amik laki aku. Tercengang terus doktor-doktor kat situ. Kihkihkih.

Bawak pergi private, terus masuk bilk emergency, nurses bersihkan luka betul-betul. Elok je bersihkan, terus surgeon panggil aku explain operation apa yang laki aku kena buat. Pung pang pung pang, terus masuk wad sementara nak tunggu operation pagi esoknya.

Malam tu, for the first time ever, berkampung kat hospital. Aku bukan tidur sangat pun sebab cuak nak tunggu laki kena operate esoknya. 

Bangun je pagi esoknya, lepas Subuh nurse dah siapkan laki aku. Pakaikan baju semua. Elok pukul 9pagi, terus laki masuk OT. Ikut surat perjanjian, operation amik masa 2 jam.

Yang menunggu kat luar semua dah berdebar-debar nak tunggu habis 2 jam. Tapi manusia merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya ....

By the time dah nak dekat 2jam tu, takde tanda langsung operation tu nak settle. Aku memang serius tak sedap hati and I feel that something fishy is going on dan ternyata naluri seorang isteri tak pernah salah ....

One of the surgeon came out from the OT. Terus dia pandang dan panggil aku ...

Doctor : " Jantung your husband slow sangat. Too weak. Do you mind if we continue the surgery? "
Aku : " Any effects if we stop or if we continue? "
Doktor : " Both have effects. If continue, we worry if jantung berhenti & if stop, we worry nanti darah bertakung kat bahagian dalam because your husband tercampak keluar you know kan, dia tercampak tu pun, bahagian depan badan husband you terhempas kat jalan. "
Aku : " Then how? "
Doktor : .......................................

Nak bagi keputusan masa tu memang rasa macam jerut leher sendiri. Aku memang dah pasrah andai kata hayat dia berakhir kat bilik OT.

Aku : " Just continue. I leave it to God. What ever will happen, inshaAllah I will be ok. "

Terus dari patut operate 2 jam jadi 5 jam but Alhamdulillah, Allah SWT is always heard our du' a. Elok je keluar dari OT, laki aku muka pun ngantuk dengan dalam sedar tak sedar. Terus kena usung ke ICU.


Tengok suami macam ni, sampai satu tahap jadi dah tak boleh nak menangis sebab dah menangis banyak sangat. Hati dan perasaan jadi beku. =_=


Paling sedih, doktor tak jumpa urat kat bahagian lain kecuali leher ... sedihnyaaaaaaaaaaa tengok suami berselirat dengan wayar penuh gini ......


Time ni dia sempat mintak air tapi nurse tak bagi. Kena tunggu sejam kot kalau tak silap then baru dia boleh minum ......


Tangan belah kiri paling teruk sebab tulang patah tebu dengan kat tapak tangan pun sama, kena masukkan wayar to build up balik structure tapak tangan tu .... T____T

Bila dah masuk ICU, maka dengan tak rela, terpaksa juga berpisah sekejap sebab kat ICU kan mana boleh teman-teman. Alhamdulillah, 2 days after, transfer ke wad biasa.

Dan bersambunglah berkampung di hospital selama 2 minggu. Serius tepu. Aku pulak masa tu, memang sendiri tak nak keluar tengok awan ke, apa ke. Cuma mahu duduk dalam bilik tengok suami 24jam.


Luka tangan kiri semua berjahit. Memang paling horror ..... T_T


Besi kat tangan kiri ni panjang jugak. Dari siku ke pergelangan tangan. Kalau sekarang ni korang tengok tangan dia yang ada besi ni, tangan ni bentuk jadi segiempat ikut bentuk besi. Hihihi.


Ni kat tapak tangan. Masa baru eksiden tu, tangan kiri dia ni memang terkulai habis. Lembik sebab patah riuk dari tapak tangan sampai ke siku. Nasib suami kuat dan tabah. ;')

Kejadian ni memang ada banyak pengajaran dan pembelajaran yang boleh kami amik. Secara jujurnya, sejak dari kejadian ni lah, aku dah tak merungut soal anak. Sebab kejadian ni pada aku, Allah SWT mahu kami melihat sesuatu dengan lebih luas dan lebih teratur. Alhamdulillah.

Dan siapa sangka, lepas dah banyak nangis pasal kejadian ni, dengan nak hilangkan fobia lagi, dengan rasa susah sekejap sebab takde transport langsung nak ke hulu ke hilir, terus langsung Allah SWT hantar kami ke sini untuk menetap berdekatan dengan RumahNya.

Syukur Alhamdulillah.

Dan sampai harini jugalah, rasa ucapan terima kasih untuk family tersayang tu tak cukup dengan segala perngorbanan yang dorang dah buat dan tolong. Juga buat sahabat-sahabat baik yang sentiasa bagi support dan juga bersusah payah demi memastikan kami dalam keadaan baik selalu. 




Dan ini suami selepas 3 tahun peristiwa berdarah di highway itu. Handsome takkkkkkk???? Hahaha. Laki I dah chubby okay? Dulu seluar saiz 26/27, sekarang dah 31 nak masuk 32 kot? Kalau baju pulak dari saiz S, dah ke M dan ada potensi untuk ke L. Kihkihkih.

Harap-harap laki aku gagah dan tabah untuk masuk bilik OT lagi untuk buang besi pulak. Takde buat final decision lagi but I wish that dia buang besi tu semua so that the all the bones could build up nicely. InshaAllah.

Oh ya ... ada yang tanya, dia eksiden sorang ke? No lah. Kami berdua. I'm the driver and he is my co-pilot that time. Kuasa Tuhan, Tuhan bagi adil, suami cedera parah sedangkan si isteri, cuma luka di tangan kaki, bengkak kaki dan mata. Ada hikmah sebenarnya sebab kalau dua-dua parah, siapa nak jaga siapa? Kan?

Suami, i love you. No matter what will happen, I will always take a good care of you. InshaAllah. You such a strong person I ever met after my Mak. May we could go thru thick & thin together. InshaAllah. May I could be your sweetest angle in Jannah hereafter. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah.

Menjejaki Bumi Turki Hari Kelima : Blue Mosque & Topkapi Palace

Assalamualaikum.

Baru sedar diri harini nak sambung trip Istanbul zaman batu bulan Februari 2012 haritu. Hihihihi.

Ok. Straight to the point, moh ler tengok hari kelima tempat mana kami tuju pula ....

Hari kelima tu, seperti hari sebelumnya, bangun seawal pagi, siap-siap, breakfast kat cafe, then jalan kaki senang hati ke Blue Mosque.

( Aku nak translate jadi Masjid Biru but it sounds weird. So I stay to say it as Blue Mosque. Ok? )

Dari hotel nak ke Blue Mosque memang dekat sangat. 5 minit dah sampai. Hari kelima tu cuaca memang sejuk sangat. Aku pulak terel taknak pakai boot. Pegi pakai pump shoes je. Pastu, baru jalan sejam, kaki aku dah keras macam apa. So nice kan? Salah sendiri degil taknak cakap laki. Huhuhu.

So, destinasi pertama hari kelima tu adalah Blue Mosque. Ni kami pergi sendiri je. Info semua baca thru internet. Kalau pegi sendiri macam ni ko memang kena usaha lebih sikit nak tahu sejarah pasal tempat yang ko pegi tu. Lainlah kalau pegi dengan agensi, semua diterangkan satu persatu.

Itupun bila dalam masjid tu, kami curik-curik dengar certain info yang di explain oleh tourist guide yang bawak group memasing. Hihihi.



Kami masuk ikut pintu masjid belah kiri.


Ni bahagian luar masjid ...


Yang ini pun ....


Sebelum masuk masjid, ada satu lagi ruang kat bahagian dalam masjid. Sebenarnya masjid ni nak kata besar sangat pun dok, kecik sangat pun dok. In the middle kot. Yang luas adalah perkarangan luar dan perkarangan dalam yang ni. Memang luas terbentang seluas alam. =_='


Ni bahagian utama dalam Masjid tempat mimbar tu semua.


Ni bahagian siling Masjid. Interior Blue Mosque memang tip top! Kalau ko sampai sini for sure ko akan menganga mulut untuk beberapa ketika or maybe aku je sorang macam tu ... kot? :p


Banyak group yang ada. Momen paling best bila tengok some Non-Muslim menangis muka merah-merah masuk dalam Masjid ni especially bila ada suara orang mengaji ke apa. They keep saying : " That was so nice! "  ... ;')


Sudut ruang belakang dalam Masjid. Belah kanan tu yang ada cam kayu tinggi-tinggi tu tempat perempuan solat.


Ni ruang yang lain bersebelahan dengan ruang tadi tu ....


Karpet Masjid kat Istanbul ni memang cantik-cantik, dengan lembut lagi ... aduhhh ... nak solat pun rasa best je. ;)


Ni perkarangan luar Masjid. 


Ni pun sama ...


Ni tempat wudu'. Agak jauh juga sebenarnya. This time, airnya of course macam ais sebab tengah winter. Hihihi.

Round-round dalam Masjid semua adalah dekat 2 jam kot. Dah puas amik gambar semua, terus ke lokasi lain pulak iaitu .....


Topkapi Sarayi or Topkapi Palace Museum!


Jalan kaki ke pintu gerbang utama .....


Sebelum tu kena singgah beli tiket dulu. Sorang 20 TL. Harga 20 TL termasuk masuk ke kawasan Harem. Harem tu adalah pameran tempat suci orang Islam iaitu Makkah dan juga barang peninggalan zaman-zaman Nabi. ;')

Before masuk Topkapi ni, memang tak expected yang tempat tu besar dan luas. Serius masuk sini pukul 10 pagi, kami keluar pukul 3 petang okay? Keluar bukan sebab apa, sebab memang serius dah tak larat nak jalan dah then nak kejar waktu solat. Dengan lapar lagi ... T__T


Masuk terus nampak model Topkapi ni. Tengoklah tu. Seluas-luas alam Topkapi Palace Museum ni. Bangga sebab ia adalah peninggalan sejarah Islam buat kita lawati. ;')


Ini antara salah satu benda yang menarik. Kenderaan zaman dulu kala ( 18th Century ) yang tugasnya adalah semata untuk bawak cover luar Kaabah yang color hitam tu. 

Kau bayangkanlah, nak hantar tu dengan naik keta kuda ni. Dahlah dari Istanbul tu pulak. Bertahun aku rasa baru sampai. InshaAllah dapat pahala si tukang yang buat juga yang bawak jauh-jauh macam tu. ;')


Laki aku memang takkan dapat amik dengan clear sebab menatang ni dalam rumah kaca. Nak tengok pun ko kena tepek muka ko kat kaca tu then baru ko nampak dengan jelas. Hihihi.


Then, jalan sikit, nampaklah benda-benda ukiran ni dorang dirikan macam ni. Benda-benda ni ada yang dah pecah tapi dorang just keep it and pamer macam ni je. Serius dorang memang jaga bebetul benda sejarah macam ni.

Maybe korang pun tertanya-tanya, apa yang ada dalam Topkapi ni kan?

Dalam Topkapi ni ada setengah 'bilik' ada barang-barang peninggalan zaman pemerintah khalifah Islam dulu-dulu. Memang banyak sangatttttttt! Memang old school punya barang. A bit respect to those yang involved to take care of those things.

Ada juga bilik bersemayam sultan-sultan Islam dulu tapi yang paling banyak, pastinya barang-barang lama milik dorang.

Aku dengan laki aku, setiap kali tengok barang-barang lama tu, mesti akan ada dialog :

Isteri : " Biebie, cukuplah dapat pinggan ni sebijik. Mau kayo kita. Tapi camno nak curik ni? "
Suami : " Takyah pinggan Yang. Amik penutup teko ni pun dah cukup kayo jugak. "
Isteri : " Aah. Kan Bie. "
Suami : " Kita curik, pastu jual kat ebay. Pastu kita sesama kena masuk lokap. Ok kan? "

Kahkahkah. LakiBini gilo! Macamlah elok sangat nak curik-curik. But it is only how we make joke to each other. ;)


Ni kawasan sekitar dalam Topkapi. Masa ni dah ke arah-arah kaki krem dah tapi digagahi jua ...


Salah satu bangunan kecik dalam Topkapi .....


Siapa dapat teka ni menatang apa dia memang pandaiiiiiii!!!!!! Ini sebenarnya adalah tempat wudu'. Cantik kannnnn? Me like it! ;)


Ni kawasan sekitar dalam Topkapi juga. Serius memang besar Topkapi ni. Aku taktau macam mana dorang leh duduk tempat besar-besar gini. Huhuhu.


Ni pun tempat wudu' jugak .....


Ha ... nilah kawasan Harem!

Kawasan Harem ni memang serius banyak gila barang peninggalan yang bila ko tengok boleh buat ko menangis. ;')

Awal-awal masuk dalam tu, ada kunci pintu Kaabah dari zaman tok kaduk dulu. Semua masih simpan elok lagi dalam bekas kaca. Kain hitam dari zaman dulu pun ado jugak. 

Paling eksaited mestilah bila ada barang-barang Rasul kita like janggut Nabi, pedang Nabi, even serban putih yang pernah dipakai Nabi pun ada lagiiii! Serius sayu tengok. 

Orang kata, tak dapat jumpa bebetul, tengok sebahagian barang yang dia penah pakai atau tengok janggut pun boleh jadi laju je air mata turun. Tak tau pesal. ;')


Gambar ni aku jumpa orang post kat Facebook. Kat Topkapi, baju Nabi tu takde tapi baju puteri Nabi, Saiyidatina Fatimah ada. Sebijiklah yang macam dalam gambar ni.

Aku memang tak dapat nak amik gambar direct sebab kamera boleh bawak tapi tak dibenarkan untuk snap ke apa. Memang ada orang jaga. Nak curik-curik amik pun, tak terbuat sebab dah terleka.

Tapi tengok baju puteri Nabi, Fatima memang ... aduyaiii ... rasa nak tampar diri sendiri. Mana taknya, kita zaman sekarang ni, kalau tak baju nak branded, mahal, mesti asyik nak beli baju je. Tapi baju puteri Nabi, setakat 2,3 helai kot. 

Yang aku tengok tu, baju dia memang still lusuh gitu dengan compang-camping sana sini. Ada kesan tampal koyak tu dijahit balik. Cuba kita? Asal baju koyak sikit, terus keluar pegi beli baju baru. Lagi-lagi bila ada sale. Terus lupa diriiiii .... ( akulah tuuu .... huhuhuhu. )

Serban Nabi color putih. Sejibik sejiban sama macam style Ustaz Don tu pakai. Pedang Nabi pun ada. Panjang. Kat pedang ada ukir ayat-ayat Quran. Selain pedang Nabi, pedang sahabat-sahabat Nabi pun ada. Kalau tak silap, tongkat Nabi Musa pun ada. ;')

Oh ya, janggut Nabi Muhammad SAW yang aku tengok tu, agak panjang dan berwarna perang. Serius rasa best sangatttttt dapat tengok semua tu. Rasa cam taknak keluar pun ada. 

That is why to those yang ada duit dan dah pergi Makkah & Madinah tu, aku suggest, datanglah Istanbul ni. Tengok peninggalan sejarah zaman khalifah Islam yang dulu. Takkan rugi. Puas hati lagi. Seriusssssssss!

Settle kat Harem tu, terus keluar dan balik hotel. Sampai hotel kaki aku cramp gila-gila sebab aku kan bijak pergi pakai pump shoes. Dahlah pakai pump shoes, pastu tak sedar diri boleh pulak main salji tenggelam-tenggelamkan kaki dalam salji. Bajet gagah perkasa. Sudahnya, balik hotel dah merengek-rengek kat suami cakap : " Kaki I cramp, kaki I cramp. "

Alaaa ... merengek pun bukan laki aku layannnn! Sebab dah aku yang degil taknak dengar cakap dia. Memang tak kuasalah dia layan rengekan aku. Terus malam tu, aku taknak keluar bilik sebab salji still turun macam siang harinya. Laki je aku keluar pegi beli makanan. Hihihi.

Ok. Sekian hari kelima di Istanbul.

Ma'asalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...