May 31, 2012

Sesi Urut Mengurut

Assalamualaikum.

Harini pepagi pukul 9.30 dah gerak ke Shabartly Village Compound. Dah janji dengan Ina nak urut dengan sorang nenek ni. Kes urat peha aku terpeleot tu tak baik sampai ke sudah. 

Minggu ni dah masuk minggu ke 3. Dari nak tunggu minggu ke 4 urat peha aku baik, baik aku cari jalan nak baikkan urat peha aku tu sebelum 'peluru' dari laki aku dengan Ina menderu-deru masuk telinga aku. Kihkihkih.

Awal lagi Ina dah dok bagitau aku, yang tukang urut tu bukan Makcik tapi Nenek takde gigi aka Nenek rongak. Hihihi. Comel tau Nenek tu! Walau Nenek tapi tangan dia tu, peh peh peh! Aku rasa macam kena urut dengan perempuan stok umur aku je. Serius mantap Nenek tu punya tangan!

Lama jugaklah Nenek tu urut. Tapi bila tang tangan dia urut kat spot yang sakit tu, memang sampai terkujat terkejang kaki badan aku menahan sakit. Ini kalau laki aku yang urut gitu, mahu laki aku dah melekat kat dinding dah kena sepak dengan aku. Kahkahkah. 

Aku adalah manusia yang memang tak suka pegi urut-urut ni. Urut spa aku ok lagi tapi kalau ala-ala tradisional punya, memang lemah gemalai aku nak relakan. Tapi disebabkan sakit dah tak tertanggung, maka relakanlah jua.

Dulu, masa Mak Mertua dok nak hantar aku pergi berurut dengan kampung lepas aku eksiden tu, memang terpisat-pisat aku nak jawab : " Ye Mak. Ilah boleh je. ". Tapi sebab dah kata Mak Mertua kan, ikutkan sajo. Nasib masa tu, Nenek yang urut tu, alahaiiii ... rasa tak rasa. Kira ok lagi.

Kali kedua, bila Mak Mertua bawak berurut dengan sedara dia jugak, ok ... itu tak menahan sebab mak sedara yang sorang tu, stok urut dia boleh bikin rasa macam nak tercabut segala urat aku especially bila dia dok pulun dekat rahim aku. Sabar je lah.

Tadi pun sama. T___T

Awal urut, Nenek tu dok urut belakang badan aku. Tang pinggang, aku geli dan sakit. Geli boleh tahan lagi tapi sakit tu ... aduyaiiiiiiiiiiiii! Seksaaaa! =_='

Bila tang depan, kat perut lagilah Ya Rabbiiiiiiiiiii ... sabar je lah! Mulu terkumat-kamit dok berzikir tapi dalam hati, aku dah menyumpah seranahhhh " sakittttttt oiiii! sakit oiiiii! " ... Kahkahkah.

Alhamdulillah, selesai urut rasa lega sangat. Terasa segala urat tu cam longgar dan balik pada kedudukan asal. Hihihi.

Muka aku pulak happy macam niiii ...................




Seksi tau baby ni! Bontot dahlah tombam! Auntie gigit baru tahu! Hahahaha. Saje je letak gambar baby ni sebab nak letak gambar urut versi dewasa, semua seksi nampak tek. :p

Alhamdulillah, lepas urut, balik rumah, bila solat tu, rasa urat kat peha tu dah jauh lebih baik. Takde dah rasa sakit macam 3 minggu sakit yang aku tanggung tu. 

Tapi sakit kat lain pulak datang which is ......

Sakit kat tulang buntut! AllahuAkbar. Sabar je lah. Maybe sebab Nenek tu urut kuat sangat or badan aku yang tak kuat. Mana-mana je lah.

Semoga esok aku bertahan nak buat Umrah. InshaAllah. Amin Ya Rabb. 

Seperti biasa, aku doakan semoga korang yang lain akan sentiasa datang ke sini menjadi tetamuNya. InshaAllah. Seronok tau datang Makkah, tengok Kaabah, tenang je rasa. Tak pikir dunia, cuma fikir nak beribadat je. Sungguh. Tak tipu.

Lepas tu, bila dah datang sini, nanti bila dah balik mesti rindu. Aku yang dekat boleh ulang alik ni pun rindu, apatah yang jauh beribu batu. Justeru, takde sebab untuk aku tak bersyukur dengan kehidupan aku sekarang ni. Alhamdulillah. Semoga korang pun macam tu. Ok?

Semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

May 30, 2012

Kesilapan Penggunaan Mash'Allah

Assalamualaikum.

Ini entri kedua berkaitan kalimah Allah SWT. 

Penggunaan kalimah Allah SWT ternyata masih ramai yang tak tahu bila patut guna dan tak patut guna. Yang aku nak tekankan ni perkataan Mash'Allah. 

Makna perkataan Mash'Allah ni adalah lebih kurang " Allah telah berkehendak keadaan itu ... " dan penggunaan yang sesuai apabila kita mengkagumi kecantikan, kecomelan atau segala perilaku baik seseorang dan juga apabila kita melihat pemandangan yang cantik.




Kesilapan yang kerap bila guna Mash'Allah ni :

" Mash'Allah! Apalah nak jadi dengan budak tu? Dahlah merompak, merogol pulak tu! "

" Mash'Allah! Kenapa dia amik gambar bogel tu? "

" Mash'Allah! Kenapa perangai teruk macam tu? "

dan segala situasi lain yang teruk ........

Salah tu ya? Sepatutnya perkataan Mash'Allah ni yang betul adalah :

" Mash'Allah! Cantiknya Kak Nailah! " ... kahkahkah. :p

" Masha'Allah! Baiknya awakkkk! "

" Mash'Allah! Cantiknya pemandangan kat tepi pantai ni! "

" Mash'Allah! Comelnya baby tuuuuuuuuuu! "

Hah! Kalau untuk puji baby ke, anak-anak ke, itulah yang paling bagus sekaliiiii! Lagi manis dan bertambah bagus bila sebut Mash'Allah tu disertakan sekali dengan TabarakAllah di belakangnya.

Barulah cun kebabom okay? 

Dahlah makna Mash'Allah TabarakAllah tu bagus, bila kita sebut pun, kita dah dikira memuji Allah SWT. SubhanAllah, hebatkan? Sebab tu, tak rugi pun kita biasakan lidah kita dengan kalimah Allah SWT dari dok nak sebut homai, ohemjay, OMG dan segala god lainnnn. Tak payah, tak payah. Baik sebut kalimah Allah SWT. InshaAllah kita pun dapat pahala, Allah SWT pun sudah pastinya suka. SubhanAllah. ;')

Ok? Maka, jangan ulang kesilapan yang sama! 

Semoga Allah SWT sentiasa redha dengan kita. InshaAllah! Amin Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!

May 28, 2012

How I Made My New Abaya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, semalam seharian suntuk menghabiskan waktu pagi sampai tengahari mencari dan menempah abaya baru setelah sekian lama tak menempah abaya baru mengikut ukuran badan sendiri.

Sejak kedai feveret kat Balad yang harga semakin melampau, aku dah macam orang hilang arah sebab taktau kat kedai mana boleh tempah abaya ikut suka hati aku. Huhuhu.

Nasib baik kat sini ada kawan-kawan tersayang yang baik hati dan sudi kongsi kedai-kedai best yang boleh tempah abaya. Tapi taktaulah hasilnya macam mana.

Aku tempah sehelai je dulu. Design modern. Takde manik. Takde sulam. Kosong. Sebab aku pun bukan suka sangat abaya penuh sarat dengan manik ke sulam especially manik sebab nanti at the end menyusahkan aku nak cuci hantar ke dobi. Almaklum, aku adalah kedekut nak hantar dobi. Kahkahkah.

So, semalam lepas pusing dan masuk satu kedai ke satu kedai kat Souq Makarounah, aku 'sangkut' dengan satu design abaya ni. First time nampak je abaya tu tergantung kat tempat tokey kedai, hati terus terpaut.

Aku adalah bila nak beli abaya baru, aku akan pusing dan cari abaya yang bila aku tengok jeeeeeee ... Terus dalam hati berkata : " I want this abaya!" and yes, aku akan terus beli dan tempah tanpa perlu pikir 2,3 kali. Hahahaha.

Pulak semalam, first time dok beli dan tempah abaya tanpa my best shopping partner ever iaitu laki sendiri. Aku adalah sampai jadi ngeri nak beli semalam. Cuak sebab taknak nanti, bila dah beli dan tempah, bila dah siap dan tunjuk kat laki aku, end up adalah : " No, I don't like it! ". It is a BIG NO ok! Paling ngeri untuk didengar sebab nanti aku jadi terus taknak pakai kang abaya tu. Hukhukhuk.

Nipun dah berdebar dan rasa cuak nak tunggu abaya tu siap. Mintak-mintak dia berkenan or else ............ T___T

Pulak tu, semalam lepas dah jumpa abaya yang berkenan dan terpaut di hati, aku boleh 'sangkut' pulak kat kedai kainnnnnnnnnn! Aaaaaaaa ... Perempuan dan kedai kain adalah ibarat seperti aur dan tebing maka kau jangan harap aku akan keluar dari kedai dengan tangan kosong!

Apatah lagi bila tahun ni aku memang sah dan confirm tak balik raya dan sebab untuk elak dari kena marah dengan laki, aku haruslah terus jadi sopan cakap penuh lembut gemalai bahawa tujuan aku beli kain adalah untuk buat jubah dress dan dipakai waktu menyambut Hari Raya di perantauan tahun ni. Kahkahkah.

Nasib baik, bila bawak balik dan tunjuk dia kain-kain yang aku beli tu, laki aku cakap cantik. Kalau dia cakap NO, mahu pitam aku sebab kain aku beli bukan sepasang tapi dua pasang! Hahahaha.

Aku dah berkira-kira nak buat jalabaya dress. Kalau tailor buat cantik molek tertarik aku memang da bomb, akan ku tunjuk kat korang. Kalau tak cantik .... korang bayangkan je lah macam kain balut nangka. Huhuhuhu.

Semoga jalabaya dress aku jadik macam ni ......




ataupun macam ni ......




Ok. Wish me luck! ;)

Sekian. Ma'asalamah!


Beza Antara Perhimpunan Belia Putrajaya & Tahi Kucing

Assalamualaikum.

Nak kongsi dialog menarik yang penuh sindiran tapi bermakna. ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert KPop di Hari Belia.

Dialog antara anak dan si Ayah ....

Anak : " Ayah, jom kita pergi Putrajaya malam ni, nak tak? Saya nak tengok konsert KPop live dan ambil gambar dorang nanti. "

Ayah : " Ayah ok je tapi sebelum tu, kita kena makan malam dulu tau dekat rumah. "

Anak : " Baiklah Ayah! "

Tapi sebelum si anak mahu menikmati makan malam yang telah disediakan itu, si Ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan kepada si anak ........

Ayah : " Hah, makanlah tomyam ni! Sedapkan bau tomyam ni? Tapi kan, tadi, Ayah dah campurkan sedikit tahi kucing dalam tomyam ni tau. Tapi jangan risaulah sebab tomyam ni tak berubah pun dari segi bau, rasa dan warna dia. "

Anak : " Hah? Ayah biar betul? Eeeeeee ... mana boleh macam tu Ayah! Tahi kucing tu kan kotor. Kan najis. Macam mana kita nak makan tomyam ni kalau kita dah campurkan makanan dengan najis?."

Ayah : " Alaaaa ... cubalah rasa sikit je. Masih elok lagi rasa tomyamnya tu. "

Anak : " Ayah niii ... mana boleh. Kita kan orang Islam. Kan dalam Islam kita dah diajar, makanan manalah boleh dimakan kalau dah bercampur dengan najis! Apa ayah niiii ....? . "

Ayah : " Hmmmm. Ok. Ayah setuju. Perasan tak, kalau kita ni manusia bijak pun bijak dan pandai untuk menilai makanan ni kotor sebab dah bercampur dengan najis ... maka Allah SWT mesti lagi Maha Bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab perhimpunan macam ni dah bercampur baur dengan perkara maksiat yang tentunya tidak disukai oleh Allah SWT. Apatah lagi, bila dalam perhimpunan macam ni, kita tengok orang yang hadir ada yang terkinja-kinja menari sesama lelaki perempuan lah, dedah aurat sana sini lagi, lepas tu, duduk pula bercampur dengan bukan mahram antara lelaki dan perempuan! Kan semua tu dah melebihi batas yang Islam dah gariskan. Betul tak?. "

Anak : " Hehehehe ... hebat tau Ayah bagi perumpaan macam tu. Saya sukaaaa! Sekarang ni saya dah tak selera dah nak makan tomyam ni lagi dan juga yang lebih penting, saya dah boleh pikir dan faham yang saya dah tak minat nak pergi konsert KPop tu lagi. "

Ayah : " Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kalau anak Ayah faham apa yang Ayah cuba sampaikan. Ingat tau, Islam tidak pernah melarang sama sekali untuk umatnya berhibur. Asalkan jangan terlalu melampau sangat. Hiburan ni macam garam dalam makanan lah. Kalau terkurang, makanan tu jadi tawar. Kalau terlebih, makanan tu boleh jadi masin pula. Jadi, kita letaklah secukup rasa yang perlu sahaja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa kita dan lagi cantik kalau hiburan itu dapat membawa kita ingat pada Allah SWT. "

Anak : " Asal tadi nak tengok KPop tapi sekarang dapat dengar tazkirah dan nasihat daripada Ayah pulak. Betul apa yang Ayah cakap. Allah SWT beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU. Terima kasih Ayah. I love you! "

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dialog diubah sedikit ikut bahasa aku. Hihihi. Peminat KPop jangan marah. Ini nasihat dan teguran sahaja. 

Sumber dialog adalah dari syahirul.com.

Sekian. Ma'asalamah!





Terus Berdoa Untuk Rakyat Syria!

Assalamualaikum.

Harini bangun pagi, bukak FB terus ternampak artikel berkaitan apa yang berlaku di Houmlah, Syria. Sedih betul tengok gambar yang ada dalam artikel tu. Apa nak jadilah dengan dunia sekarang ni bila Islam sesama Islam pun bersifat kejam sesama sendiri padahal pada hakikatnya kita bertuhankan Tuhan yang sama iaitu Allah SWT.

Tengok gambar jenazah yang dikafankan semua kebanyakan saiz yang kecik je yang ternyata menunjukkan pemerintah Basyar telah melakukan kekejaman pada rakyat Syria tidak kira rakyat dia tu orang tua ke, orang dewasa ke, remaja ke, kanak-kanak atau baby kecik sekalipun. SubhanAllah! Apalah dosa mereka pada Si Basyar ni kan?

Kot ye pun marah sebab salah sorang pemerintah atau orang kepercayaan kau telah terbunuh dan tewas atas izinNya, janganlah jadikan mereka untuk melepaskan sifat marah. Tapi memang padan muka sebab itu tandanya kuasa Allah SWT lebih besar dari diri kamu sendiri.

Sedih bila kejadian macam ni, ada yang di antara kita macam tak kuasa nak amik tahu apa yang berlaku dekat Syria padahal sebenarnya, kita boleh terus mendoakan mereka sampai bila-bila. Ingatlah sahabat, doa itu adalah senjata mukmin yang paling hebat di mata Allah SWT.

Maka kiranya, tak salah pun kita terus berdoa dan doa dan doa sampai bila-bila untuk keamanan mereka. Bukan hanya atas apa yang berlaku di negara Syria sahaja tapi pada semua negata Muslim yang telah ditindas oleh pemimpin yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Jangan hebat 'berkempen' tukar gambar je tau tapi sertakan sekali dengan doa buat mereka pejuang-pejuang syahid ini.

InshaAllah janji Allah SWT itu pasti. Suatu masa nanti, atas doa kita, pasti Allah SWT akan menolong 'mengusir' kekejaman ini. Yakinlah padaNya.

Tengok bebudak yang mengadakan demonstrasi menentang pemimpin mereka yang kejam .... MashaAllah TabarakAllah ... Comel-comel sangat. Kalau boleh dan ada daya, aku 'culik' buat anak angkat. Kihkihkih.

Yang pasti, kanak-kanak yang disembelih oleh rejim Basyar di Houmls baru-baru ini, pastinya mereka sudah menjadi penghuni Syurga yang kekal abadi dan penuh kenikmatan.

Moga kita juga akan bersama-sama mereka di SyurgaNya. InshaAllah.

Teruskan berdoa, doa, doa, doa dan doa buat mereka. InshaAllah Amin Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!


May 26, 2012

Buat Umrah & Terjumpa Abang Long Kawasan

Assalamualaikum.

Harini semangat nak update belog semacam sikit. Kihkihkih. Siapa yang dah tahu, mungkin tahu kenapa aku semangat semacam harini. Kahkahkah.

Kisahnya .....

Semalam sepatutnya kalau ikut perancangan laki aku, dia ajak buat Umrah lepas Subuh semalam tapi aku ada beberapa sebab kenapa aku tangguh ke minggu hadapan untuk buat Umrah. Tambah pula, dah seminggu urat kat peha kaki entahlah, sakit semacam.

Sampai sekarang taktau punca. Bila diri lama sikit je mesti sakit. Kalau waktu solat, dari berdiri nak turun sujud tu, mak aiiiii ... menarik-narik sakitnya sampai kadang tu, aku terpaksa jatuhkan tapak tangan aku dulu dan kemudian baru lutut.

Ikutkan kalau normal kan sebenarnya bila berdiri nak turun sujud tu kita jatuhkan lutut dulu kan? Tapi, yang aku ni terpaksa jatuhkan tapak tangan aku dulu. =_='

Laki aku cakap, mungkin sebab sejuk. Aku adalah manusia degil tahap batu konkrit pun kalah. Waktu malam, dahlah tidur pun pakai aircond, lepas tu boleh senang hati tidur taknak pakai comforter. Aku rimas sebenarnya dan kadang, walau laki aku selalunya dah selimutkan aku, tapi nanti, tengah malam mesti tanpa sedar, comforter tu terselak sendiri. Huhuhu.

Sudahnya, sampai sekaranglah peha aku jadi gitu. Waktu solatlah memang paling perit sebab memang kena tahan sakit. Aku sampai kadang solat kaki senget benget sebab nak elak rasa sakit. T_T

Harap-harap minggu depan kaki aku dah baik sebab aku nak buat Umrah! Doakan ittew cepat sembuh tau. Shukran. ;)

Nak dijadikan cerita .....

Malam sebelumnya tu aku memang dah bagitau laki aku, tak jadi pergi Makkah. Aku tau dia sedih sebabnya selain nak buat Umrah, dia nak jumpa kawan lama dia yang pernah sama-sama kerja dengan dia dulu. Hihihi.

Dan juga dengan izinNya, tengahari tu, masa dia keluar solat Jumaat dan aku sibuk masak untuk makan tengahari, hati aku cam tergerak nak ajak laki aku pergi Makkah jugak tapi bukan untuk Umrahlah. Saja pergi Makkah jumpa kawan dia dan juga solat jemaah kat MasjidilHaram.

Makanya, lepas makan tu, aku offer dia. Hihihi. Kesian kalau tak pergi sebab hujung minggu ni, kami memang dok rumah je memanjang sebab aku memang taknak keluar. Bukan sebab kaki aku tu sakit tapiiiii ........ adalah makhluk Allah SWT dah 'rosakkan' muka aku sikit. Kahkahkah.

Sebab pikir banyak kali, muka aku yang 'rosak' tu aku boleh cover dengan memakai niqab. Jadinya, berniqabilah aku hari semalam. Hihihi. Semoga aku diberi kesempatan untuk istiqamah berniqab suatu hari nanti. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Semalam gerak ke Makkah lepas solat Asar. Ngam-ngam sampai MasjidilHaram tu dalam lagi sejam nak waktu Maghrib. Alhamdulillah trafik nak ke parking Safa Tower tu elok je. Takde jammed ke apa. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan. ;')

Dah parking kereta semua, terus masuk MasjidilHaram. Siapa yang pernah datang sini, biasanya waktu solat memang kena datang / masuk awal atau nanti memang susah sangat nak cari tempat solat. Walaupun MasjidilHaram tu buka sampai tiga tingkat, aku tetap suka solat tingkat yang pertama. Senang nak masuk dan keluar walaupun terpaksa bersesak-sesak. ;)

Selesai solat Maghrib, terus kami sama-sama buat Tawaf Sunat sementara nak tunggu Isyak. Alhamdulillah dapat siapkan Tawaf Sunat sebelum waktu solat Isyak. Adalah dalam lagi 10 minit kot bilal MasjidilHaram nak laung azan. Itupun bila dah habis tawaf yang ke 7 tu, kami dah kelam kabut keluar dari tempat tawaf sebelum rempuhan jemaah lelaki berlaku nak berebut saf dekat dataran Kaabah. 


Waktu Tawaf Sunat semalam memang ramai sangat jemaah. Lebih kurang tolak tambah macam waktu Ramadhan atau Hajj. Faktor ramai dah tentu salah satunya sebab dah kemuncak musim Umrah. Sebab yang lainnya, sekarang kat sini, bebudak sekolah dah mula cuti sekolah sempena musim panas. Maka, lagilahhhhhhh ramai!

Selesai Tawaf Sunat, masuk ke dalam Masjid balik, kena cari tempat nak solat balik. Aku patah balik ke tempat aku solat Maghrib sebelumnya tu tapi kau jangan haraplah kan kalau dah masa tu pun, orang dah azan semua. Memang takkan dapatlah! 

Last-last solat kat tepi-tepi tempat orang lalu lalang je. Tetap kat tingkat pertama. Hiks. ;)

Selesai solat jemaah Isyak, terus keluar menuju restoran pujaan hati apalagi kalau bukan Felda D'Saji yang roti canainya tidak pernah menghampakan hati dan sanubari juga teh tariknya .... peh, peh, pehhhhhh! Sedapnya bukan main lagi! Kahkahkah.

Tapi serius sedap! Kami memang pelanggan setia roti canai dan teh tarik sampai tukang buat roti canai tu pun dah kenal kami. Hihihihi.

Sambil menikmati roti canai dengan teh tarik, sambil tu dok tunggu kawan laki aku sampai. Sampai dah licin roti dengan air, baru kawan laki aku sampai. Tak lama tu pulak, sampai kawan laki aku yang lagi sorang satu batilion. Hihihi.

Borak ramai-ramai penuh khusyuk, tetiba, kawan laki aku sorang ni dok teriak : " Eh, tu macam Aaron Aziz je. "

Dah semua dok toleh-toleh. Amik masa juga nak tegur sebab pertamanya, takut juga tersalah orang. Kang kalau salah, mau aku tutup muka pakai bekas roti canai yang aku makan tadi. 

Selidik lebih dari 10 minit, sahlah memang Abang Long kawasan lepas dok tengok isteri dia, Kak Diyana. MashaAllah, both of them sangat friendly especially Kak Diyana. Dahlah cantik, comel, super duper friendly. Sangat-sangat down to earth.


Jangan tak percaya, aku bukan eksaited pun jumpa Aaron! Aku eksaited jumpa Kak Diyana je. Kahkahkah. Taktau apesal. :p

Laki aku dengan kengkawan dia dok sibuk borak amik gambo dengan Aaron. Aku dengan wife kawan laki aku dok sibuk borak dengan Kak Diyana. 

First time jumpa Aaron memang tak sangka yang Aaron ni sederhana je orangnya. Maksud sederhana aku kat sini adalah, orangnya nak kata tinggi sangat pun tak, nak kata pendek sangat pun tak. Tengah-tengah. Aku bajet dia badan tough tinggi macam Fahrin Ahmad pujaan hatiku itu. Kahkahkah.

Aaron ni, macam mana ko tengok dia dalam tv, macam tu lah karakter dia kat luar. Cara cakap ke apa, semua saja. Takde beza cuma Abang Long nampak muda sikitlah. Hihihi.

I do take picture with Kak Diyana tapi takdelah aku nak publish kat sini. I keep it as my personal picture for myself only atau secara jujurnya, aku sedang belajar untuk tidak sesuka hati tepek muka aku baik dekat blog atau laman social network yang lain lagi. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Ok. Itu sahaja ceritanya. 

Mudah-mudahan minggu depan ni, kami berkesempatan ke Makkah lagi untuk buat Umrah. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

Semoga juga, korang yang baca ni, ke kenal aku ke atau tak kenal sekalipun, aku doakan semoga korang diberi kesempatan untuk menjadi tetamuNya juga suatu hari nanti. Bukan sekali, inshaAllah lebih dari sekali menjadi tetamuNya. Aminnnnnnnnnnnnnn Ya Rabb.

Sekian. Ma'asalamah!

May 16, 2012

Cikgu Kesayangan - Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum.

Walau dah banyak sekolah saya bersekolah, tak kisahlah dari masa sekolah rendah, masuk sekolah menengah dan kemudian sekolah di sekolah teknik dan sambung diploma di Politeknik dan pengajian ijazah berakhir di UiTM Shah Alam, dalam ramai pendidik yang aku jumpa dan mengajar aku, pendidik yang sorang ni tetap kesayangan sampai bila-bila .......... siapa lagi kalau bukannnn .... ????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Emak sendiri yowwww!

Iye. Emak ittew cikgu. Ittew anak cikgu. Anak cikgu yang nakal. :p

Emak dah lama kot berkhidmat sebagai pendidik. Lebih dari 25 tahun kalau aku tak silap. Sekarang ni dah nak ke arah pencen tapi dengor khabo dia sambung sikit. Saje nak mengisi masa lapang katanya. :p

Dalam banyak-banyak pengalaman dengan Emak sebagai anak cikgu, bila Emak sendiri adalah cikgu kelas dan mengajar, itu adalah paling cool dalam hidup aku! Tatkala bebudak sekelas dengan aku yang lain dok laju panggil " Cikgu! Cikgu! " sambil angkat tangan nak jawab soalan contohnya. Aku?

Terpisat-pisat pikir nak panggil apa. Emak? Eh? Cikgu? Eh? Aku nak panggil Emak sendiri Cikgu pun dah bikin perut aku geli hati menahan gelak. Kahkahkah. Emak pula senyum-senyum kat depan kalau anak sendiri panggil " Cikgu ". Kahkahkah.

Emak masih lagi dalam jawatan yang sama cuma sekarang dah jadi Madam Besar kat sekolah rendah di  Pasir Gudang, Johor. Alhamdulillah.

Semoga Emak terus berbakti pada anak bangsa dan agama. Semoga juga segala ilmu dan keringat yang Emak curahkan buat mendidik anak-anak bangsa diredhai olehNya. InshaAllah.

Dan tak lupa juga pada ahli-ahli keluarga besar aku yang lain yang juga pendidik iaitu :

  • Kakak sendiri - Cikgu Anna - Cikgu kat Sekolah Menengah di Sri Alam.
  • Mak Lang - Puan Hamidah - Bekas pendidik - sekarang suri rumah sepenuh masa jaga cucu.
  • Pak Itam - Encik Abdul Jalil - Pensyarah di Institusi Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
  • Nurul - Anak kepada Encik Abdul Jalil - Puan Huda - Cikgu Sekolah Menengah di Johor Bahru.
  • Ucu - Cik Noor Liza - Cikgu Kimia di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.
  • Ocik - Cikgu Sekolah Rendah ke Menengah. Tak pasti. Hahaha.
Yang lain yang tak mewarisi bakat pendidik macam aku. Hihihihi.

Laaa niii .... walau tak mewarisi, laki dok bising suruh jadi lecturer or cikgu kat International School. Sampai ke sudah aku tak jadi-jadi cikgu. Nampak sangat aku tak berminat. Kalau aku betul-betul minat, mesti aku dah dalam golongan pendidik juga sekarang ni. Kahkahkah.

InshaAllah, manalah tahukan. Kot-kot tahun akan datang, aku jadi pensyarah ke sebab cita-cita sekarang ni nak sambung belajar buat Master sampailah ke PhD. Masih dalam pantauan lagi. Tengoklah macam mana. Andai dengan izinNya dan takdirNya, aku sambunglah. Kalau tak, mana yang ada je lah. Hihihi.

Selamat menyambut Hari Pendidik buat semua warga pendidik! Semoga segala jasa, ilmu dan keringat diredhai olehNya. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!


May 15, 2012

Misi Membuat Custard Cream Puff Berjaya & Sangat Cemerlang!

Assalamualaikum.

Cemerlang dan terbilang tak tajuk aku? Kihkihkih.

Alhamdulillah sebab sekarang ni aku dah tak perlu nak telan air liur tengok kawan aku dok post dia makan cream puff lagi sebab akhirnya aku berjaya buat sendiri dengan jayanyaaaaa!

Yeayyyy! Alhamdulillah lagi sekali. Satu pencapaian baru untuk diri sendiri dalam ilmu baking. Ecewahhhh! Koya je aku ni. :p


Ini ghopa Custard Cream Puff yang pertama kali aku buat. First time buat, memang aku naive gila sebab aku serius taktau macam mana nak style kan piping tu or how to piping it out! Aku main suka je piping ikut bulatan. Kahkahkah.

Padahalllll ...... sebenarnya nak piping tu, ko just picit satu tempat je. Agak-agak dalam diameter 2cm, then boleh berhenti. Kira piping keluar acuan tu, jangan besar sangat, jangan kecik sangat. Pandai-pandai kena agak.

So, disebabkan tak berapa puas hati dengan hasil pertama kali tu ....

Maka petang tadi aku buat lagiiiiii .... kali ni lagi bersemangat sebab haritu yang first time buat tu, aku melantak cream puff tak hengat suami!

Buat 12 biji. Suami makan sebiji je. Cuba teka yang lagi 11 biji tu kat mana? Hahahahahahahaha.

Disebabkan aku tengok suami pun suka, maka harini aku buat lebih. 26 ketul! Lagi puas hati makannnnnn ...


Ni masa tengah panas dari oven. Bila dok buat ni, terus teringat kat orang yang buat cream puff tapi tak jadi katanya sebab dia derhaka kat resipi. Kahkahkah.

Makanya, bolehlah berlagak sikit hantar gambar sebab cream puff yang aku buat harini memang gebusssss macam bulu Mok! Hiks. ;)


Dan bukan saja rajin buat extra sampai 26 biji tapi extra rajin lagi sebab tabur gula atas cream puff so that cream puff tu nampak macam ada salji turun. :p

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sangat puas hati for what I did today! ;)

Yang nak resipi tu, boleh pergi sini : Cream Puff Custard Cream dari Mat Gebu blog Triffin Biru.

Senang sangat nak buat cream puff ni. Janji kena betul-betul ikut resipi. Kihkihkih.

Selamat mencuba.

Sekian. Ma'asalamah!

Salah Eh Pergi Umrah/Hajj Bawak Beg Mahal?

Assalamualaikum.

Aku kalau pergi blog gosip, aku bukan suka baca gosip artis tapi aku lagiiiiiiiiiiiiii suka baca komen-komen orang kat entri gosip tu.

Macam baru-baru ni, bila ada blog gosip up gambar Nora Danish pergi buat Umrah baru-baru ni. Dalam banyak-banyak komen yang aku baca kat entri, aku paling kelakar baca komen yang bunyinya lebih kurang macam ni : 

" Nak pergi Umrah pun bawak beg mahal-mahal ke? Beg dahlah sampai 3k. Pergi Umrah pun nak menunjuk-nunjuk dengan beg mahal. Entah apa-apa. "

Banyak kali aku baca komen tu. Taktau nak gelak ke, nak nangis sebab gelak banyak sangat. Eh? Tapi gelak banyak sangat pun takleh juga. Tak bagus untuk hati kita. Maka, gelak sikit-sikit je dahlah kan? Hihihihi.

Memang kelakarkan tengok sikap orang kita merangkap orang Melayu ni. Pasal beg pun nak pertikaikan. Aku taktaulah orang yang komen tu dah sampai Makkah & Madinah ke tak dok nak mengata orang macam tu.

Kesian sebab kalau siapa pernah datang sini, ramai je jemaah lain dok usung bawak beg mahal lain. Dok kisah sangat apa pasal? Ke dengki sebab diri sendiri tak dapat pakai beg mahal?

Orang pergi buat ibadah pun dok nak ngutuk lagi. Patutnya tumpang jelah syukur, panjat rahmat padaNya biar kalau kita yang tak pernah jejak lagi ke Tanah Suci ni, dapat jadi tetamuNya juga macam Nora satu hari nanti.

Ni belum apa-apa, dok sedap mengata orang tu macam-macam. Macamlah kau tu sempurna sangat kan?

Aku ni bukan peminat Nora Danish pun tapi tengok perangai orang kita sekarang, alahaiiiii ..... kesian betul. Kot ye pun, kau mungkin marah sebab maybe perasaan tu didorong dengan rasa marah sebab dia ada pose seksi dalam majalah, tapi agak-agaklahkan.

Dah kata beribadahhhhhh ... beribadah dengan Pencipta, tak salah pun kalau nak bergaya sikit menghadapNya. Kan? Takkan dengan suami je nak bergaya? Kan? Takkan dengan boyfriend je nak bergaya? Kan? Dah tu? Pasal beg mahal pun nak kecoh.

Dia punya beg, suka dialah nak usung pergi mana pun. Rezeki dia dapat beg tu pun dari Pencipta dia jugak. Yang pi dok pertikai dia bawak beg mahal pergi Umrah, dah kenapa?

InshaAllah kalau kot yang komen tu belum sampai Tanah Suci dan nanti, sampai Tanah Suci dan jadi tetamuNya, ko jangan terkejut pulak tengok ada jemaah bawak beg lagi mahal dari yang Nora bawak tu eh?

Jangan taktau, ada je jemaah dok usung bawak beg Hermes harga dekat 100k tu. Ada orang lain kisah? Rezeki masing-masing kan? 

Hidup kena sentiasa positif. Janganlah cepat dengki dan buruk sangka sangat dekat orang lain. Sentiasalah doa yang terbaik untuk setiap manusia tidak kira dia siapa pun sebab yang layak memandang hina kita ni cumalah DIA. Walahualam.

Sekian. Ma'asalamah!

Kisah SuamiIsteri #2 : Bila Suami Tipu Sunat ...

Assalamualaikum.

Cuaca kat sini dari musim sejuk dah tukar ke panas. Menurut kata suami yang memang ternyata setiap hari dok menghadap matahari sebab pergi kerja kan, dia cakap panas. Extremely panas. Aku pulak, taktaulah nak kata panas amat ke apa, sebab .... hehehe ... aku kan dok rumah 24jam. Nak rasa cuaca tu memang kena keluar, then baru boleh rasa.

Tapi, aku kalau keluar pun, lepas Maghrib je. Dah tu camne ni nak tau panas ke tak? 

Tapi ritu pergi breakfast kat luar, bolehlah kot panas. Tapi panas biasa je pada aku. Tapi panas sini, pukul 8 pagi punya panas tu macam pukul 12 tengahari punya panas. Apapun, kesimpulan yang boleh dibuat, panas sini tak sama macam panas Malaysia.

Panas Malaysia, memang boleh buat aku pening kepala, buat aku hitam legam. Tapi panas sini, Alhamdulillah, aku boleh rilek-rilek. Pelik tak? Pelik tak? Padahal sepatutnya negara padang pasir ni panas tapi ni dok terbalik pulak. Taktau apasal. Wallahualam. Kuasa Allah SWT.

So, disebabkan musim panas bahang kat sini, laki aku tak sanggup nak balik tengahari. Almaklumlah, dia kan putera diraja lilin. Sejuk sangat pun tak boleh, panas sangat pun tak boleh. Nanti pening-pening tahap migrain. Apa-apa je lah suami. =_='

Maka, dengan nekadnya, dia pun bagi cadangan :

Suami : " I taknak baliklah. You buatkan I bekal ok? Yang simple je pun okay. "
Isteri : " Okay. "

Isteri mithali kan, so menurut perintah suami je lah. Hiks.

Jadinya, hari pertama bawak bekal tu, kira sebagai percubaan, aku gorengkan hotdog dengan potong-potong timun letak garam dan makan sebagai salad.

Suksessssss! Tapiiii ... kata dia, by the time nak makan tu, timun jadi berair. Maybe masa aku tutup bekal tu, hotdog masih panas or else boleh jadi, cuaca memang panas dan buat bekal dan isinya jadi berwap gitu.

Sebab bekal tu pun, bekasnya adalah kaca. Bekas baru okay. Baru sangat beli. Itupun beli sebab teringat dia dah cakap nak bawak bekal. Itu yang terus jadi semangat nak bawak bekal tu. :p

Kesian laki aku. Bila bawak bekal ni, memang tak boleh nak makan dalam office. Kena makan kat luar. Itu rule office dia. Jadinya, sekarang ni, dia dah join the club dengan kengkawan office dia yang lain yang bawak bekal dan makan dalam kereta. Kihkihkih.

Kental okay? Selalunya yang bawak bekal dan makan dalam kereta ni, orang pinoy je. But now, sekarang laki aku dah sama cam dorang. Kihkihkih. Mesti pepinoy tu dok pikir laki aku sengkek takde duit nak makan kat luar. Lantak!

So, semalam hari kedua dia bawak bekal pergi office. Malam sebelumnya tu aku dah dok pikir apa nak masak untuk dia. Disebabkan ada stok ayam dari minggu lepas tak dimasak-masak, makanya :


Lepas Subuh, aku dok kental pergi bakar ayam buat Ayam Bbq. The ayam is super delicious okay??? Sekali sekala nak puji masakan sendiri. Biarlah. :p

Selain ayam bbq, aku buatkan salad lagi. Tapi this time, timun and carrot. Laki aku bab makan sayur ni memang juara. Dia memang macam arnab kalau dok ngadap sayur. Laju je nguyah.

Hari kedua bawak bekal, tak habis sebab perut dah mendap katanya! Mana tak mendap sebab dekat sekilo ayam tu aku bakar. Boleh kata portion yang aku bekalkan untuk dia adalah dalam 750 gram. Kahkahkah. Aku punya, aku dok asing sikit je. Aku kan kalau bab membuli laki suruh makan banyak memang terel. :p

Dan malam tu pulak, dia dok berhempas pulas buat bubur nasi untuk aku pulak. ;)


Aku namakan Bubur Nasi ni bubur penuh cinta dan kasih sayang sebab dia beriya dan bersungguh kat dapuq masak bubur ni.

Almaklumlah, aku ni memang jarang sakit. Bila dah sakit camni, laki aku memang akan menggelepar dan cemas sikit macam bini dia ni nak mati esok lusa je. :p

Petang tu, dok ralit main mesej kat phone, tetiba dia extra rajin, offer nak buat Bubur. Janji nak buat lepas balik kerja. Ok. Fine. Aku lagi suka sebab kalau time tengah tak sihat ni, aku extra malas nak masuk dapur nak masak bagai. Boleh pening aku. Tambah lagi kalau sakit sekali dengan pakej sakit semput aku. Aku lagi super extra malas nak masuk dapur. =_='

Makanya, semalam tu, balik je kerja, lepas je solat Maghrib, dia dah dok tang tung tang tung kat dapuq. Baru 5 minit masuk dapuq, dah dok panggil aku : 

Suami : " Ayang, chopper mana? "
Isteri : " Chopper? Nak buat dengan chopper? "
Suami : " I nak chopped halia ni semua. "

Sambil tengok bawang, halia tu semua, adalah dalam seketul dua je halia, dengan bawang putih sikit, bawang merah sikit.

Isteri : " Ek eleh, sikit macam ni pun nak pakai chopper ke? "
Suami : " Alaaa biarlah. I nak bagi bahan ni semua halus-halus. Nak masuk dalam bubur. "
Isteri : " Elehhhh ... cakap je lah saje cari alasan nak pakai chopper baru I kan? ".

Kahkahkah. Gila kedekut punya bini! Padahal duit beli chopper tu pun asalnya duit laki kau jugak. Wakakakakakaka.

Ok. Settle chopped semua, aku pun dok nyibuk gak kat dapur. Nak tengok laki aku masak bubur camne. Yang laki aku dok keluar masuk dapur. Memula tu aku cam tak kisah sangat. Tapi kalau dah setiap kali dah masuk bahan dalam periuk pun dok kalut jugak keluar masuk dapur .......

Makanya ... marilah kita siasatttttt! 

Kali pertama dia keluar dan masuk dapur balik, tetiba dia cakap :

Suami : " Eh, tak payah letak bawang merahlah. "
Isteri : " Yeke bie? "
Suami : " Iye. Letak halia dengan bawang putih je. "
Isteri : " Ok. "

Tak lama tu, dia keluar dapur lagi dan masuk dapur balik lagi ........

Isteri : " Bie, make sure bubur ni sama macam bubur nasi Mcd Malaysia ok. Make sure sedap! Kalau tak sedap, malam ni jugak ajak biebie makan luar. ". Kihkihkih.
Suami : " Ok. I no hal. InshaAllah bubur ni lagi sedap dari Mcd. ". Cakap dengan penuh yakinnya!

Ok. Fine. Then, kali ketiga dia keluar dapur lagi dan masa tu aku nampak dia dok ralit dengan phone dia. Aku kahwin dengan laki aku dah nak masuk 4 tahun. So, melihat dia dok ralit dengan phone adalah ternyata bukan pe'el dia.

Dari jauh, aku dok nampak dia scroll screen kat phone tu. Kejap ke atas, kejap ke bawah. Aku dah dok pikir, kepebendalah laki aku ni. Tak penah-penah melekat dengan phone. Ni apesal buang tebiat pulak ni?

Terus tetiba .... tinggggggggggggggggggggggggg!

Bila dia keluar dan masuk dapur kali empat, aku pulak keluar dari dapur. Cari phone dia. Dari dalam bilik ke ruang tamu. 

Ini pelik sebab phone dia takde! Selalunya, kalau kat rumah, aku boleh suka hati tengok phone dia. Aku dah sengih-sengih dah time ni. Terus aku ke dapur.

Isteri : " Bie, phone you mana??? "
Suami : " Ada kat I. Kenapa? "
Isteri : " Mana? I nak tengok. ". Saje je cakap camtu. 
Suami : " Nak buat apa? I tengah nak tengok Facebook lah. "
Isteri : " Sejak bila pulak pandai nak tengok-tengok Facebook sampai usung phone sana sini ni? "
Suami : " Alaaa biarlah. "

Aku dengan nak tahan gelak terus cakap ...

Isteri : " Elehhhhh ... tengok FB kononnnnn! Padahal tengok resipi nak buat bubur kan? Kan? Kan? "

Muka dia dah takleh nak cover-cover dah. Dah sengih-sengih tengok periuk sambil dok kacau bubur dalam periuk.

Kahkahkah. Aku dah dok bantai gelak kat dia.

Tetiba aku rasa comel gila laki aku ni! Tengok resipi kat internet pastu dengan confident boleh cakap : " I selalulah masak bubur ni. Sedap tau. ". Pastu dok tipu sunat cakap tengok Facebook. Cakap jelah tengok resipi. Bukan aku marah pun. Paling kurang pun, aku gelakkan aje. Kahkahkah.

Laki oh laki. Inilah sifat lelaki. Lelaki dan ego, memang tak boleh pi mana pun. Tang situ jugak. 

Anyway, apapun, bubur laki aku masak semalam memang sedap. Laki aku sebenarnya memang terel masak dari aku sebab awal kahwin dulu pun, dia yang dok ajar aku masak. Mungkin semalam dia tengok resipi sebab dia lupa kot cara-cara nak buat bubur nasi. Hihihi.

Terima kasih daun keladi suami. Nanti kalau isteri sakit, buat bubur sedap macam semalam lagi okay? Muah!

Sekian. Ma'asalamah!

May 13, 2012

Terima Kasih Sebab Anda Kisah ....

Assalamualaikum.

Merujuk kepada perkara di atas .... ( Ayat seperti nak buat karangan surat rasmi Bahasa Melayu .. =_= ) ...

Eh ... oklah. Aku buat ayat aku ... tak tau nak intro yang berkaitan dengan tajuk sebenarnya tapi takpelah. Aku cuba. Ini bukan entri luahan perasaan ye? Ini entri tanda nak ucap terima kasih atas segala jasa orang yang ..................

Cuba teka orang yang apa? Hihihihi ......

Bukan orang yang memburukkan ke apa tapi orang-orang yang aku nak ucap terima kasih ni sebab mereka adalah orang-orang yang positif pada pandangan aku. ;)

Memang sangat positif sebab dorang ni, dengan positifnya jugak dengan baik tegur mana yang aku dah buat salah especially berkaitan entri-entri lama aku.

Pada aku, inilah padahnya kalau dari dulu taknak sedor diri yang menutup aurat itu penting. Sudahnya, bila dulu waktu mula berblog, memang banyak gila gambar aku togel sana-sini. Bukan aku je, tanpa tak sedar, aku dok heret laki aku sekali.

Kenapa aku cakap aku heret dia sekali? Sebab waktu aku degil berdengung taknak tutup aurat dulu, aku main belasah je letak gambar laki aku yang ada tu, nampak aurat laki aku.

Tau kan aurat lelaki dari paras pusat dorang hinggalah ke lutut? So, ada gambar macam tu aku terlepas post dalam blog. Alhamdulillah sebab ada yang perasan dan tegur kesilapan aku yang itu. Terima kasih pada awak sebab tegur! Saya sukaaaaaaaa! ;)

Since aku berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik di sisiNya, benda pertama yang kisah sangat adalah gambar di blog ni lah. Aku dah cuba sedaya upaya sebenarnya untuk buang segala entri yang nyata ada gambar aku togel-togel waktu zaman dahulu kala.

Konon masa nak remove entri tu, aku bajet cam nak remove gambar sahaja. Almaklumlah, aku dulu adalah konon poyo nak mampus dok nak tayang muka je, maka gambar aku togel dulu adalah sangat banyak dalam blog ni. TERLALU banyak. T__T

Maka nak senangkan kerja aku yang malas dok nak godek entri lama satu per satu, mana yang aku ingat aku ada letak gambar aku togel, aku remove dengan entrinya sekali. Habis cerita!

Ikutkan, blog ni dah lebih dari 1000 entri aku post tapi disebabkan aku remove entri yang ada gambar aku togel, jadilah jumlah yang sekarang ini sahaja. 

Bagus juga sebenarnya sebab sekurangnya, entri poyo zaman dahulu kala, takdelah aku nak baca dan rasa geli geliman dengan entri sendiri. Kahkahkah.

Kau paham je lah. Zaman nak up. Semua benda nak tulis. Semua benda nak post. Semua benda nak cerita. Semua benda nak publish. Benda tak penting pun nak publish. Memang tak memberi manfaat betul. 

Bila baca balik entri-entri lama, memang rasa macam nak masukkan muka aku dalam jamban 'bersih'. Hahaha. Geli gila siotttt tengok ayat dulu kala! Nampak ketidakmatangan diri di waktu dulu. Hihihi. =_=

Itupun ada lagi entri-entri lama. Itu memang saje aku taknak buang sebab ada juga entri lama yang aku post cerita semata. Tiada gambar.

So, kalau korang ada ternampak dan terbaca entri lama dan ada gambar aku yang togel dan juga aurat suami, sila komen kat entri tersebut. Minta jasa baik korang ni. Sebab mungkin aku ada terlepas pandang mana-mana entri yang aku ingat takde gambar togel tapi rupanya ada. Ok?

Buat yang singgah blog ni, dan juga tegur tentang aurat aku, shukran jazillan khaira khatira aku ucapkan. Semoga Allah SWT balas segala sikap kisah anda tentang aurat manusia lain. InshaAllah. 

Ehem. Buat yang dulu togel macam aku, dan pernah post gambar togel anda, silalah remove dengan secepat mungkin. Jangan dok tangguh sebab kita taktau bila ajal menjemput kita. Takut nanti, kita tak sempat pulak nak selamatkan 'aurat' kita dan mohon keampunan atas kesilapan tu padaNya. Ok?

Macam aku memang aku terus remove sebab aku tak mengharapkan suami aku buat atau family aku yang lain buat untuk aku bila aku dah takde nanti sebab macam suami tu ......... kihkihkih .... jangan kata nak remove gambar dalam blog, nak bukak blogger.com dok gheti. Hahahaha.

Sekian. Ma'asalamah!

May 9, 2012

Kelas Memasak Dan Membuat Laksam

Assalamualaikum.

Tak ingat langsung sejak bila aku suka dan boleh makan laksam. Yang aku ingat cumalah, asal pergi pasar malam, mesti nak pergi cari laksam. Sikit-sikit laksam, laksam, laksam, laksam. 

Kalau bulan puasa, lagilah. Buka laksam pun dah cukup selain kuih-muih.

Bila kahwin dengan Azman, hubungan dengan laksam jadi renggang sebab musabab, dia adalah pecinta setia laksa utagha dia. Tambahan pula, dia sendiri adalah pakar bab buat laksa utagha ni. Terus aku pun jadi lupa dengan laksam aku.

Bila pindah Jeddah, terus menerus aku lupa laksam. Tak teringat langsung dengan laksam sepanjang duduk sini sampai awal tahun haritu, bila Konsulat Malaysia Jeddah buat Hari Terbuka, baru teringat laksam. 

Tak mengharap pun ada jual laksam masa Hari Terbuka tu. Tambahan pula, masa tu, cuma berdaya kirim kat Ina mintak tolong belikan je kalau ada, memandangkan masa Hari Terbuka tu, aku atas awan pulang ke Jeddah dari Istanbul.

Tahu-tahu je, sampai Jeddah, Ina call bagitahu, laksam ada dan dia dah beli. Esoknya tu, bila dapat dan amik dari Ina, nikmat dapat makan laksam tu macam rasa nak buat sujud syukur. Hihihihi.

Dan kemudian, tak lama tu pulak, mungkin agaknya, 'jodoh' dengan laksam tu kuat, bila mertua Haida datang Jeddah, kepakaran buat laksam tu diturunkan pada Haida. Hihihi.

Makanya, bila Haida dok post kat FB dia gambar dia belajar buat laksam dengan mertua dia, aku dengan muka tak malu terus chop dia : " Haida, nanti ajarrrrrrr akuuuuuu! "

Dan sebab nak ke kelas buat laksam bersama Chef Haida dan Chef Ina lah, kejadian tumpahan air rebus ikan itu berlaku ke atas aku. Kihkihkih.

Dan kesimpulan dari kelas memasak bertajuk Laksam bersama mereka, bolehlah aku kata bahawa, nak buat laksam ni, nak kata susah sangat pun tak, nak kata senang sangat pun tak!

Kuah laksamnya lebih kurang macam buat kuah laksa utagha. Cuma bezanya, kuah laksam ni guna bawang putih, kuantiti santan yang banyakkkkkkkkkk bertin-tin dan juga lada hitam. Seriuslah aku bagitau, laksam ni memang kuantiti santan dia ..... aiyoooooo ... tak terjangkau dek akal. 

Selama ni aku makan laksam, aku tak tau langsung, kuah dia ada guna santan. Time aku buat dengan dorang haritu, adalah dalam 4 tin santan pekat yang digunakan. So, memang hye-hye, bye-bye to my diet program! :p


Itu adalah tepung beras yang dah dicampur air dan bahan ini semua adalah untuk buat kuew tiawnya! Seeeee ... tak sia-sia buat kelas memasak laksam sebab secara tak langsung, selain buat laksam, dapat juga ilmu cara-cara membikin kuew tiaw sendiri! Ngeh ngeh ngeh.

Nak buat kuew tiaw dia amatlah mencabar pada hari kejadian sebab pengukus macam mogok dengan aku kot. Kot? 

Sebab menurut kata Haida, haritu dia buat dengan orang lain, ok je kot kuew tiawnya. Ini masa dengan aku, asyik buat pe'el je. Kejap-kejap tak jadi, kejap-kejap tepungnya tak masak. Bila tak masak atau tak jadi, memang kejadian membazir adalah suatu perkara normal yang tak dapat nak dielakkan.

Sampai hati kau pengukus! Saje je mendera kami bertiga berpeluh-peluh sampai suami masing-masing balik kerja pun, kami bertiga masih kat dapur berhempas pulas buat kuew tiaw kan? =_='

Sampaikan, kuew tiaw compang camping pun kami terpaksa amik juga sebab serius, dah letih gila asyik nak dok alter bancuhan tepung tadi. Tsk. T_T



Hah. Bab kuah ni, champion! Senang ja. Rebus ikan, asingkan isi dengan tulang, blender isi dengan tulang sampai hancur betul-betul.

Cakap pasal blender, hari kejadian memang sadis sebab dahlah pepagi lagi, aku dah kena tumpahan air rebusan ikan, bila tiba bab nak mem'blender' isi dengan tulang ikan, ....... kihkihkih .... blender Chef Ina pulak ..... kihkihkih ... aku rasa, blender dia punya kelajuan tu, dia punya laju tahap 3,4 tu, kalau compare dengan blender kat rumah aku, laju dia takat tahap 1 jek. Kahkahkah. 

Serius stress sampai tuan blender pun stress sebab dia sebenarnya kalau ikut alam realiti, belum setahun duduk Jeddah, dah masuk 3 kali dah tukar dan beli blender baru. Blender dia sebelum-sebelum ni, semuanya dah arwah. Aku taktau kawan aku sorang tu entah apa dia buat dengan blender dia. Kata dia,  yang pertama tu, hangus. Yang kedua, jatuh dan pecah. Kahkahkah. Yang ketiga ni, nampaknya masih elok tapi dia beli blender yang ke 4 sebab tak tahan aku dengan Haida dok bahan blender dia ... alahaiiiii ... hihihihi.

Last-last, sebab takde pilihan, Haida balik rumah amik blender dia. Nasib baik rumah dorang dekat. Satu kawasan je. Kalau tak, mau masuk waktu Zohor pun, jangan kata kuew tiaw, kuah pun terkedek-kedek nak masak atas dapur. Kihkihkih. ( Maafkan saya, Na. Maafkan saya, Na. Maafkan saya, Na. )

Ok. Sambung tadi ...

Lepas dah blend isi dengan tulang, masuk dalam periuk, masukkan santan, bawang putih dan lada hitam serta serbuk perasa lain. Bila dah masuk santan tu, macam biasalah, kena senantiasa kacau-kacau. Kalau tak nanti, kuah dia jadi ketul-ketul.

Aku tukang tengok sambil ingat-ingat step memasak. Haida sudah semestinya tukang memberi arahan dan juga merasa kuah ok ke tak. Ina pula tukang kacau-kacau kuah dan tumbuk-tumbuk bawang.

Apapun, kelas memasak Laksam bersama mereka adalah sangat awesome! Sebab akhirnya .....


Aku end up makan 2 pinggan laksam. Serius ... MashaAllah .... heaven gilaaaaaa sebab buat pertama kalinya dapat makan laksam puas-puas dengan boleh tambah kuah sesuka hati aku. Hihihi.

Konon nak makan sepinggan je aku ni, tapiiii ... hihihi ... malu sebenarnya. :p

Betullah kata Ina pada Haida : " Ko jangan Da, Ilah ekstrem sikit dengan Laksam ni! ". Kahkahkah. Ternyata statement Ina adalah benar belaka. Tiada keraguan di situ sebab bila petang tu, aku makan lagi sepinggan dan esoknya tu pulak, aku dok mentekedarah laksam sampai habissssssss satu tupperware! Kahkahkah. Laki aku makan suku je. Sebab dia cakap : " Laksam sedap tapi laksa tetap nombor satu! ". =_='

Fine. Fine. Fine.

Anyway, sembah terima kasih daun keladi pada Haida sebab sudi ajar dan juga terima kasih pada Ina sebab jadi host kelas masak memasak. Hihihi.

Alhamdulillah, syukur sebab ilmu masak makin bertambah dari hari ke hari. Lepas ni, kalau ada rezeki, bersambung kelas memasak Nasi Kerabu dan juga mungkin Kuih Tako. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah!

May 6, 2012

Perihal Bukan Mahram Yang Kita Selalu Leka.

Assalamualaikum.

Secara jujurnya, aku masih belum jelas sangat soal siapa mahram dan bukan mahram sebelum ni. Yang utamanya, siapa bukan mahram aku. Sedih tak? T__T

Tak apalah. Aku belajar dari kesilapan. Lagipun, rahmat Allah SWT tu sangat luas. Semoga dia mengampunkan segala dosa dan kekhilafan aku yang lepas.

Alkisahnya begini, bila aku berkahwin dengan suami, aku lihat biras aku merangkap kakak ipar suami, setiap kali kalau balik kampung belah suami, aku tengok dia walau dalam rumah, elok je pakai tudung. Aku yang selamba. Serius aku memang tak jelas lagi soal adik ipar itu dikira bukan mahram.

Dan kemudian sampailah beberapa bulan lepas, terus rasa nak 'kaji selidik' siapa sebetulnya mahram dan bukan mahram. Pernah juga tanya suami : " Abang ipar tu kira mahram ke? ". Suami pun tak jelas lagi tentang hukum hakam ni. Takpelah. Sama-sama kaji.

Kaji punya kaji, sekarang baru aku jelas yang ipar duai, adalah bukan mahram aku. Nampak tak dah berapa banyak dosa yang aku buat tanpa sedar? Salah diri sendiri. Lain kali bertanya. Natijahnya, menyesal tak sudah rasa sekarang ni. Sedihnyaaaaaaaaa hanya Allah SWT yang tahu. =_=

Aku akui, sejak buat Hajj tahun lepas, banyak perihal agama yang aku kena belajar dan amik tahu. Pada aku, soal agama dan hukum hakam dari Allah SWT, suka atau tidak, kita kena ikut. Yelah. Kata nak masuk Syurga kan? Kata nak jadi hamba yang bersyukur kan? Maka, apa yang Allah SWT dah tetapkan memang kena ikut. 

Soal bukan mahram ni, dah beberapa minggu aku buat kaji selidik. Dari internet, bertanya pada yang ariff dan juga dari ceramah agama di YouTube. Satu persatu aku rujuk dan Alhamdulillah, lepas dah banyak pihak aku rujuk dan juga sumber yang lain, akhirnya semalam baru aku jelas, ipar duai adalah termasuk dalam golongan bukan mahram aku.

Terus teringat, sebelum ni, aku selamba je salam abang ipar aku. Sepupu akulah, pakcik akulah. Semua tu bukan mahram. Nampak tak sebenarnya, kita sendiri, atau aku sendiri terlalu ambil mudah?

Aku cakap pada suami : " Biebie, ipar duai tu bukan mahram. Maknanya, I ke you ke memang tak boleh salam apatah lagi nak tunjuk aurat. Macam pakcik atau makcik yang bukan adik beradik dengan ayah atau emak kita pun sama. Bukan mahram juga. ".

Faham tak apa maksud aku kat sini?

Kiranya, kalau pakcik atau makcik kita tu berkahwin dengan adik beradik mak ayah kita, dia dikira bukan mahram atau dipanggil 'bapa / ibu saudara sabit'.

Contoh lagi jelas dan juga sebagai rujukan untuk aku sendiri :

Mak aku ada 7 orang adik beradik. 

  1. Kakak sulung atau Mak Long aku panggil. Mak Long dengan Pak Long. Makanya kat sini, Pak Long adalah bukan mahram aku sebab dia hanya suami kepada Mak Saudara aku.
  2. Abang Sulung atau anak kedua dalam adik beradik Mak aku. Aku panggil Pak Ngah. Itu adalah mahram aku sebab dia adalah adik kandung Mak aku.
  3. Kakak kedua Mak aku yang dipanggil Mak Lang. Mak Lang dengan Pak Lang. Pak Lang dikira bukan mahram aku sama seperti Pak Long tadi.
  4. Mak aku sendiri.
  5. Adik Mak aku iaitu dipanggil Mak Itam. Mak Itam dengan Pak Itam. Pak Itam sama tarafnya dengan Pak Long dan Pak Lang tadi iaitu bukan mahram.
  6. Anak lelaki bongsu dalam adik beradik Mak aku. Dipanggil Cik Ajul. Dia dikira mahram aku sebab dia adalah adik kandung kepada Mak aku.
  7. Anak bongsu Mak perempuan. Ucu.


Untuk belah Abah aku, yang dikira bukan mahram cumalah Pak Usu aku sebab dia adalah suami kepada Mak Usu aku yang merangkap adik perempuan bongsu dalam adik beradik belah Abah aku. Tak lupa juga suami pada adik perempuan Abah aku yang lagi sorang. Dia pun dikira bukan mahram sebab bukan adik beradik dengan Abah aku. Statusnya cuma suami kepada Mak saudara aku

Bila aku dah senarai macam ni, mesti nanti ada yang kata dan tertanya, habis nanti Hari Raya macam mana? Kalau jumpa ke macam mana? Takkan taknak salam? Kang kata kurang adab pulak? Kannn???

Dan itu juga yang timbul dalam kepala aku sekarang ni ..........

Tapi bila pikir dalam-dalam dan secara betulnya, sepatutnya tiada masalah akan berlaku jika ahli-ahli keluarga tersebut faham dan ariff tentang bukan mahram ni. Tak salah pun kalau kita berterus-terang dengan pakcik atau makcik yang dia adalah bukan mahram kita. 

Sebab back to basic, ini soal hukum hakam agama dan telah ditetapkan olehNya dan siapa pulak kita untuk menolak dan seterusnya mempersoalkannya. Kan?

Soal agama macam ni, kita kena berani terangkan biar jelas dan nyata sebab benda macam nilah yang kita selalu buat remeh dan tak kisah je tapi nanti kat Akhirat, berdepan dengan Yang Esa, kita nak jawab apa?

Kalau Allah SWT tanya : " Kamu solat cukup, amalan lain cukup, semua cukup tapi amik remeh perihal bukan mahram kalangan keluarga terdekat. Kenapa? "

Hahhh ... masa tu nak jawab apa? Takkan nak jawab tak tahu sedangkan kita ni, Allah SWT dah bagi akal fikiran untuk kita sentiasa mengkaji ilmu dan agamanya. Ye tak?

Kang dah boleh lagi sikit Allah SWT dah nak masukkan kita ke SyurgaNya, boleh jadi kita jadi penghuni Neraka dulu sebab hanya kerana kita ambil mudah soal bukan mahram di kalangan ahli keluarga terdekat kita sendiri.

Tepuk dada, tanyalah hati sendiri sama ada nak berubah dan amik berat perihal bukan mahram di kalangan ahli keluarga terdekat sendiri atau tidak. Pilihlah sama ada nak mencari redhaNya atau tidak. 

Dan aku pilih untuk perbetulkan segala kesilapan yang aku dah buat sebelum ni .....................

Kalau sebelum ni, dengan ipar duai termasuk biras pun aku selamba buka aurat, lepas ni aku kena beringat untuk tutup aurat. Biar rimas dan macam rasa terpaksa, inshaAllah lama-lama aku akan jadi terbiasa dan ikhlas melakukannya.

Kalau sebelum ni, jumpa pakcik yang bukan adik beradik kandung Mak aku atau Abah aku, aku selamba je salam dan buka aurat, tapi lepas ni, aku kena beringat untuk tutup aurat. Biar rimas dan macam rasa terpaksa terpaksa, inshaAllah lama-lama aku jadi terbiasa dan ikhlas melakukannya.

Kalau sebelum ni, jumpa sepupu lelaki, aku selamba salam dan buka aurat, tapi lepas ni, aku kena beringat untuk tutup aurat. Hubungan aku dengan sepupu-sepupu lelaki, memang rapat. Tapi rapat macam mana pun, yang haram tetap haram. 

Suka ke tak suka, kena terima yang mereka bukan mahram aku. Harap dorang pun faham dan jelas yang sepupu sama sepupu yang berlainan jantina dikira bukan mahram.

Korang yang baca dan seterusnya yang tak tahu pun dah jadi tahu bila baca apa yang aku cakap ni, bertindaklah dengan serta merta. Jangan tunggu esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan sekalipun.

Soal aurat dan bukan mahram ni bukan perkara yang boleh dibuat main-main dan ikut suka kepala kita.  Kerana ini adalah hukum yang sudah dimaktubkan olehNya. Kalau rasa was-was dengan apa yang aku cakap ni, nasihat aku, korang rujuk pada orang yang lebih ariff di sekeliling kamu.

Ingat, ilmu Allah SWT dan hukum hakam Allah SWT ni kita kena sentiasa amik tahu dan belajar untuk amik tahu. Jangan pandang remeh sebab perkara remeh macam ni juga akan dipersoalkan dan ditanya oleh Pencipta kita nanti.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa yang aku dan kita semua dah buat. Semoga kita semua terus sentiasa hidup dalam redhaNya. InshaAllah.

Sentiasalah berubah untuk menjadi hambaNya yang lebih baik setiap hari dan juga jagalah hubungan kita denganNya. InshaAllah kalau kita jaga hubungan kita dengan Pencipta kita, DIA juga akan melakukan perkara sama terhadap kita.

Oh, tak lupa. Semoga kita semua terus istiqamah mencari keredhaanNya dan juga menjadi hambanya yang tahu bersyukur dengan segala apa yang kita miliki dariNya. 

Ingat, kita ini tidak punya apa-apa. Semua yang ada pada kita adalah milikNya. 

Sekian. Ma'asalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...