March 31, 2012

Solat Jumaat Di MasjidilHaram

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... sebab semalam buat kesekian kalinya dapat menjadi tetamuNya lagi untuk berkunjung ke RumahNya. Syukur. ;D

Sepatutnya buat Umrah dan bersolat Jumaat sekali tapi memandangkan laki tak berapa nak sihat sangat, makanya, moh ler kita ke Makkah untuk menunaikan solat Jumaat sahaja.

Gerak dari Jeddah pukul 8.30 pagi, dekat-dekat pukul 10 pagi baru sampai Makkah sebab laki drive selow melow memandangkan dia mengantuk campur penat. Hihihi. Aku pulak, masuk je highway dah membuta dalam kereta. Memang langsung tak membantu laki. Kahkahkah.

Sampai Makkah, terus parking kereta kat Safa Tower. Terus sarapan roti boom yang enak ituuuuuu bersama teh aissss! Alhamdulillah. Setakat ni, rasa Malaysia ada lagi kat restoran D'Felda situ. Memang sedap! ;D

Tapi untuk roti canai dengan teh ais atau teh tarik je lah. Untuk makanan lain, rasa adalah kureng sangat! Buat lepas tekak dan untuk kenyangkan perut, bolehlah. Nak lagi sedap, baik aku masak sendiri. Kihkihkih.

Lepas makan, dalam pukul 10.30 pagi tu, terus siap-siap pergi toilet amik wudhu' semua untuk masuk MasjidilHaram.

Buat pengetahuan korang, pintu masuk utama ke Safa Tower dah ditutup. Kena keluar ikut tepi jalan besar tu. So, memang sesaklah kat area tepi hotel jalan besar tu.

Memandangkan sekarang memang dah early peak musim Umrah, masuk masjid pun kena awal, kalau tak, memang susahhhhhh sangat nak cari tempat solat. Nasib baik aku memang bawak sejadah. Kalau tak, memang solat atas lantai je lah. 

Orang laki takpelah, tempat solat untuk laki memang banyak dan luas. Solat untuk perempuan pun boleh tahan banyak jugak tapi sangat terhaddddd. Semalam pun, solat kat belakang-belakang. Memang tak dapat solat kat tempat solat yang memang dah disediakan karpet merah tu.

Nak bagi sedapkan hati : " Takpe. Bagi yang jauh-jauh ni solat tempat selesa. Aku ni bila-bila pun boleh. ". Hihihihi.

Bila dah masuk Masjid, sebelum separate dengan laki, aku dah pesan : " B, nanti tunggu I kat sini tau. " ... sambil tangan tunjuk kat tangga kat pintu King Abdul Aziz tapi sudahnya, dia rupanya tak dengar apa aku cakap. Hahaha.

Punyalah aku tunggu dia kat situ lepas dah selesai solat Jumaat tu, tetiba dia boleh pulak mesej bagitahu dia dah kat luar tunggu kat menara jam yang kecik tu. Oh so niceeeeee lah bila nak kena rempuh orang ramai sorang-sorang macam tu kan? =_=

Itupun sebelum keluar dari MasjidilHaram, aku pecut jap ke arah Kaabah sebab nak doa dan juga sampaikan doa dan juga ucapkan 'Selamat Tinggal'. Walau duduk dekat, tetap rindu dengan Kaabah tahu? T_T


Suasana selepas selesai Solat Jumaat. 


Suasana sekitar dataran berhampiran Kaabah atau tempat Tawaf.

Dah selesai tengok Kaabah, terus pecut ke pintu balik. Orang masih ramai bersesak-sesak nak keluar. Bab tolak menolak ni, kalau jemaah perempuan, yang paling champion adalah jemaah dari India. Sekali dia rempuh kauuuuuu ... jemaah laki pun takutttt! Hahahaha.


Tengok? Nak keluar ni pun dekat setengah jam kot. Memang macam-macam gelagat manusia ada. Paling kesian, masa nak keluar ni, ada sorang pakcik tua ni, sorang-sorang je. Dengan bongkok lagi, nasib baik ada orang tolong back up dia dari belakang. :')

Dan masa nak keluar ni lah, ada benda ' luar biasa ' jadi kat aku. Apakan daya, walau itu adalah dugaan, aku adalah memang tidak boleh bersabar dan membuatkan aku 'meletup' jugak. Nasib baik 'meletup' bila dah keluar dari Masjid. =_=

Apapun, harapnya, minggu depan atau minggu seterusnya, bolehlah buat Umrah sekali dengan Solat Jumaat.

Pada yang mengirimkan doa, inshaAllah dah disampaikan. Semoga Allah SWT memakbulkan segala permintaan dorang kerana sesungguhnya, Allah SWT Maha Pendengar. Amin Ya Rabb.

Buat yang masih mengimpikan mahu menjadi tetamuNya, teruskan berdoa agak impian korang tercapai hendakNya. InshaAllah.

Sesungguhnya, keindahan Eiffel Tower atau Jam Besar BigBen atau sekalipun Air Terjun Niagara tetap tidak akan dapat melawan keindahan Kaabah. #TrueStory

Sekian. Ma'asalamah.

March 29, 2012

Memasak Adalah Minat Aku.


Assalamualaikum.

Mood mem'baking' tetiba datang minggu ni. Makanya, hutang ketiga pada diri sendiri iaitu nak buat Kek Coklat Moist telah ditunaikan tadi.

Alhamduliilah, Azman cakap sedap! 




Resipi tak boleh disertakan bersama sebab tak mintak kebenaran dari tuan punya resipi lagi. Kalau dia bagi kebenaran, nanti aku edit kat sini je. Ok?

Sekarang nak kena tidur sebab esok lepas Subuh nak gerak ke Makkah. InshaAllah mahu menunaikan Umrah dan juga Solat Jumaat di MasjidilHaram.

Atas semua perkara, aku mengucapkan syukur sebab masih berpeluang untuk terus menjadi tetamuNya. InshaAllah seperti biasa, semua doa akan disampaikan.

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang semula ke rumah di Jeddah. InshaAllah.

Sekian. Ma'asalamah.



Kisah Mueza : Skulky Demam Panas & Mok Ke Salun


Assalamualaikum.

Masuk harini dah dekat seminggu Skulky demam panas teruk. 3 hari lepas, bila aku tengok dia dok lembik lagi, terus bawak jumpa Vet. Nasib baiklah keputusan tu betul sebab Vet check suhu badan Skulky dah nak mencecah 42 celcius padahal suhu badan kucing yang normal adalah cuma 37 celcius. =_=

Nasib baiklah Skulky tak banyak meragam. Mungkin juga dia jadi tak banyak ragam sebab badan dia memang lemah betul. 2 hari memang dia taknak makan langsung. Minum pun tak berapa. Dengan muntah-muntah lagi sebab perut kosong.

Kucing kalau muntah air semata dengan air tu warna kuning, maknanya kucing tu tak makan. Ok? Kalau muntah keluar makanan dia, maknanya ada yang tak kena dengan perut dia atau makanan yang kita bagi tu.

Lepas Vet dah cucuk bontot Skulky sebab nak cek suhu badan tu, terus Vet cucuk 2 kali lagi. 1 untuk kurangkan panas badan. Lagi 1, untuk antibiotik dia. Ubat untuk makan kat rumah pulak, Vet bagi ubat demam dengan antibiotik dalam bentuk cecair. Nak bagi dia makan cuma kena injek masuk mulut je pakai picagari tu.

Tapi nak bagi ubat bukan senang okay? Laki aku sampai berdarah-darah jari tangan semua sebab kena cakar satu hal, gigi taring dia terbenam dalam jari satu hal. Nasiblah dia lelaki. So, takat darah-darah tu, sakit memanglah sakit tapi dia boleh tahan lagilah. Kalau aku? Heh. Kirim salammmmm! Hahaha.

Ni dah 2 hari Skulky makan ubat, nampak ada perubahan sikit. Kalau sebelum pergi Vet tu, dia memang lembik sangat. Asyik tidur je. Makan taknak, main pun lagilah tak. Pergi toilet pun tak. Lepas dah bagi ubat, Alhamdulillah, dia dah berjalan exercise sikit-sikit. 


Dorang ni walau selalu gaduh, tapi bila Skulky sakit, Mok macam baik pulak. Siap ikut je mana Skulky tidur. Selalunya jarang nak tidur teman dekat-dekat macam tu. Ni Skulky sakit, boleh pulak. Padahal sebenarnya, Vet dah pesan, suruh asing-asingkan makanan dan tempat tidur dorang.

Tapi aku letak semua kepercayaan pada Yang Satu. InshaAllah takde apa-apa. Ni pun, setiap hari, setiap masa, mesti dua-dua aku cek suhu badan.

Kalau nak tahu kucing tak sihat, kawan aku ajar, kita pegang telinga dia yang belah dalam. Kalau belah dalam tu sejuk, maknanya demam. Kalau panas, maknanya okay. Takde apa nak dirisaukan.

Then semalam, lepas sehari hantar Skulky jumpa Vet, bawak Mok pergi jumpa Vet dan jugak untuk grooming. Aku adalah jarang ye hantar kucing pergi grooming sebab kat sini memang mahal. Kalau grooming sekali dengan bersihkan telinga, potong kuku, sekor je dah dekat 300 riyal. Kalau 2 ekor? Kau kira sendiri ... hihihi.

Takpelah. InshaAllah murah rezeki kalau jaga dorang betul-betul dan ikhlas. Kan?

Semalam grooming, seperti biasa, Mok memang kena dipengsankan! Sebab dia adalah sangat marah bila orang usik bulu dia. Kau berani-beranilah nak pegang bulu dia. Laju je tangan dia keluarkan kuku, terus cakar tangan korang. Kihkihkih.

Makanya, semalam, hantar Mok, pergi Panda beli barang dapur dan kemudian patah balik pergi Vet untuk amik Mok semula.

Masa sampai tu, dorang tengah keringkan bulu Mok. So, memang kena tunggu kejap. Lepas setengah jam macam tu, bawak masuk bilik Vet sebab Mok kena advocated atau Parasit Vaccin ataupun ubat kutu. Sebelum Vet nak letak tu, dia dah suruh aku masuk sekali.

Masuk-masuk je bilik doktor ...


Macam ni lah keadaan Mok. Tengah tak sedarkan diri lagi tu. Kau tengok dia camne? Kau tak rasa macam karpet ke? Vet tu siap dok puji-puji Mok pandai jaga bulu dia. Dahlah kembang, lembut. Huuuuuu. =_=

Pertama kali sebenarnya tengok dia pengsan macam ni. Sebelum ni kalau tinggalkan kat Vet, bila amik tu, dia dah sedar tapi kali ni memang tengah weng lagi dengan lidah terjelir. Sedih pun ada sebenarnya. Kesian lagilahhh. Tetiba rasa emo dalam hati bila tetiba terbayang nanti kalau Tuhan nak amik dia dari aku. Huaaaaaaaaa ... mahu menangis aku meratapi. Hukhukhuk. T_T

Masa Vet letak vaksin pun, dia masih camtu lagi sampai bawak balik rumah pun, dia tak sedar lagiiii. Makanya, aku adalah amik kesempatan sikat bulu dia bagi bulu-bulu yang nak gugur tu tanggal terus. So, takdelah bulu-bulu dia melekat kat memana.

Nak sikat dia time dia sedar? Memang mintak maap. Mau kang cam berkungfu aku dengan laki aku. Hikhikhik. Itupun dok sedap tengah sikat bulu dia, tetiba dia angkat kepala dia. Tengah weng lagi sempat lagi cam nak bagi amaran jangan usik bulu dia. Kahkahkah.

Harini dia weng lagi dan pastinya, mood dia selepas balik salun adalah garang dan berjaga-jaga. Sebab dia memang pantang orang pegang bulu dia. Lagi-lagi bila tengah wangi dan lembut hasil dari salun. Hihihi.

Anyway, doakan Skulky cepat sembuh sebab Vet cakap, kalau dalam 3 hari dia tak baik jugak, kena bawak jumpa Vet balik dan dorang nak cek darah. Harap-harap Skulky kuat dan baik balik. Kesian laki aku sebab takde orang nak gigit-gigit tangan dia. Hihihi.

Sekian. Ma'asalamah!


March 28, 2012

Kadang Kita Rasa ...

Assalamualaikum.

Kadang kita rasa, kita sudah buat yang terbaik ...
Tapi sebaliknya, masih ada kekurangan ...

Kadang kita rasa, kita sudah cukup bahagia ...
Tapi sebaliknya, hati kita masih kosong ...

Kadang kita rasa, kita cukup bersyukur ...
Tapi sebaliknya, kita masih ada sikap meminta-minta ...

Kadang kita rasa, kita sudah faham semuanya ...
Tapi sebaliknya, kita masih tidak tahu banyak perkara ...

Kadang kita rasa, kita sudah bersedia ...
Tapi sebaliknya, kita masih ada kekurangan ...

Kadang kita rasa, kita sudah senyum gembira ...
Tapi sebaliknya, hati kita meronta-ronta mahu mengalirkan air mata ...

Kadang kita rasa, kita serba serbi sudah cukup ...
Tapi sebaliknya, banyak benda yang masih kena buat lagi supaya jadi cukup ...

Kadang kita rasa, kita sudah cukup ilmu pengetahuan ...
Tapi sebaliknya, diri masih memerlukan ilmu tambahan ...

Kadang kita rasa, kita sudah cukup baik dan sempurna ...
Tapi sebaliknya, kita lupa, selagi bernama manusia, kita sentiasa akan ada kekurangan ...

Kadang kita rasa, kita sudah cukup berhati-berhati tidak melakukan kesilapan ...
Tapi sebaliknya, berulang kali kesilapan sama yang kita lakukan ...

Kadang kita rasa, kita sudah melupakan kisah lama ...
Tapi sebaliknya, kisah lama masih kekal dalam memori dan mungkin abadi dalam hati kita buat selamanya ...

Kadang kita rasa, kita sudah berkongsi segalanya bersama orang yang kita sayang ...
Tapi sebaliknya, masih ada rahsia lagi di antara keduanya ...

Kadang kita rasa, kita bahagia melihat dia bahagia ...
Tapi sebaliknya, hati kita terjentik rasa sakit dan terluka ...

Kadang kita rasa, kita sudah cukup tenang menghadapi segalanya ...
Tapi sebaliknya, jiwa menangis meratapi apa yang telah berlaku ...

Kadang kita rasa, kita sudah berjaya ...
Tapi sebaliknya, diri kita masih jauh ketinggalan ...

Kadang kita rasa, kita sudah puas mengecapi nikmat dunia ...
Tapi sebaliknya, diri masih leka dengan hal dunia ...

Kadang kita rasa, diri kita kuat ...
Tapi sebaliknya, diri seakan menyembah bumi meratapi ...

Kadang kita rasa, semua adalah baik-baik sahaja ...
Tapi sebaliknya .... hanya DIA Yang Maha Mengetahui Segalanya ...


YoursTruly : NailahAzman, Jeddah


Wordless Wednesday ( 16 ) - Mari Menunaikan Solat Sunat Dhuha.

Assalamualaikum.



Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:


أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.


Sekian. Ma'asalamah!

March 27, 2012

Memburu Makanan Di Jeddah : Restoran & Kafe PAUL

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama sangat aku tak buat review restoran menarik yang aku makan kat sini kan? Aktiviti memburu makanan sedap-sedap ni, masih berlaku. Banyak restoran baru dan yang sedap makanan-makanan dia yang aku pergi cuma ........ hehehe ... sifat malas menguasai diri.

Baiklah.

Untuk kali ni, nak share dengan korang restoran yang aku pergi baru-baru ni. Restoran ni femes dekat Perancis. Katanyalah. Maka pastinya ia adalah france cuisine! Wallahhhh ...

Sebelum restoran ni dibuka cawangannya di Jeddah, aku dah pernah pergi restoran yang sama dekat Doha, Qatar. Kat Dubai pun ada juga tapi masa kat Dubai dulu, takde pulak nak cuba-cuba makan kat restoran ni.

Nama restoran ni ... PAUL Restaurant & Cafe. 

Ikutkan PAUL ni femes untuk sarapan sebab roti-roti keras kat PAUL ni memang serius sangatlah sedappppp! Aku adalah manusia yang gilakan roti yang amat. Laki aku tak. Aku sorang je. So, bila jumpa restoran yang berasaskan roti, aku adalah sukaaaaa!

Disebabkan dah pernah pergi PAUL kat Qatar, maka, moh ler kita rasa PAUL di Jeddah pulak. Aku adalah mengharapkan semua sama serba serbi dengan kat Doha ........

Tapi malangnya tidakkkkkkkkkkkkk ...

Dengan minyak zaitun takde, order suruh well done masak seafood dalam lasagna, tak well done pun! Siap ada darah-darah lagi seafood tu. Lepas tu, PAUL tu dah macam bukan restoran tapi jadi macam pasar malam bila perangai Arab kat Saudi ni ... tsk tsk tsk ... sangatlah menyakitkan hati! 

Memang segala-galanya jadi sangat spoileddd! =_=


Appetizer : Roti keras makan dengan plain butter. 

Ada juga butter perisa lain yang dorang bagi tapi tak makan pun.


Aku order Cappucino. I love their cappucino sebab ada love-love. Hihihi.


Chicken With Rosemary & Baked Potato ni boleh dikira hero of the dish that day! Sedap sangattttt! Paling puas hati dan paling mengenyangkan!


Piza Pepperoni. Azman punya. 

Sedap jugak! Roti piza dia keras sebab ikut france style kot?


Aku punya : Lasagna! 

Ini juga adalah sedappppp! Menu aku dikira menu yang sedap dari dorang punya menu. Kihkihkih. Walaupun sedap, tetap tak habis sebab perut aku dah sengkak dengan cheese yang berlambak-lambak dalam lasagna ni.


Affy punya : Seafood Lasagna. 

Ini adalah yang paling failed sekaliiiii! Kerang tu lah yang ada darah-darah dan berbau hanyir. Affy makan satu sudu je, pastu terus dia tolak ke tepi. Aku pun dah kembang-kembang tekak tengok darah kerang tu. Wuwuwuwuwuwuwu. T_T



Teman gaduh ittew tapi kalau makan, terus jadi kawan baik! Hehehe.


Si tukang belanja. Affy. Terima kasih Affy! Semoga murah rezeki. Aminnn.

Makanan memang tak habis. Ayam tu je licin sebab itu paling sedap. Tapi kalau semua benda aku rasa, memang perut pun senak. 

Oh lupa, jus oren dia memang sedappppppppppppppppppppppp! Budak Affy ni siap repeat order jus oren tu.

Apapun, memang aku taknak pergi dahlah makan kat sini. I is so upset sebab PAUL Jeddah ni tak sama macam kat Doha atau Dubai. Servis memang bagus tapi surrounding dan 2, 3 sebab lain buat kami lakibini memang takkan makan dah kat sini. =_=

Sekian. Ma'asalamah!

Sila Berhati-hati Dengan Semut Charly Brown Yang Boleh Buat Muka & Badan Jadi ' Cacat ' Seketika!

Assalamualaikum.

Kebelakangan ni, ramai sangat dah aku tengok yang ' share ' kat Facebook perihal semut yang kepala dan tengah badan dia warna hitam dan bontotnya berwarna merah.


Aku berani kata, ramai yang mesti cam amik port tak amik port je pasal benda ni. Kan?

Meh aku kongsi cerita aku dengan semut yang serius aku cakap, memang bahayaaaaaaa!!! Sekali semut ni hinggap kat badan, memang kena bersedia fizikal dan mental untuk merasa hazab kepedihan dengan bisa yang semut ni akan tinggalkan kat kulit badan kita.

Alkisahnya ...

Penghujung tahun 2007, aku kerja kat Penang. Kat Penang Bridge. Office memang betul-betul kat tol Jambatan Pulau Pinang tu. Kerja dengan UEM. 

Seronok sebab dapat elaun banyak dan dapat duduk kondominium mewah. Kondo yang company sediakan betul-betul dekat dengan jeti nak naik feri tu ha. Kondo park view kot.

Masa tu, aku tak jumpa laki aku lagi. Tak kenal dia lagi pun. Yang aku baik masa tu, ehemm ... bekas kekasih. Kiranya, memang selalu jumpa atau kalau ada apa-apa, aku memang mintak tolong kat dia je.

Adalah satu hari tu, waktu tu hujung minggu, tengahari aku rasa. Kondo yang aku duduk tu, tingkat 7. Siap ada balkoni semua. Dok situ, memang balkoni aku selalulah bukak. Sebab konon nak bagi angin sejuk masuk.

Tengah dok leka tengok tv dengan kakak-kakak aku ( housemates ), tetiba leher aku rasa pedih. Secara tiba-tiba ok dan memang terasa ada binatang hinggap kat leher aku.

Aku memang adalah fobia dengan apa sahaja jenis serangga terbang-terbang ok? Tak kisahlah kalau kau cakap serangga tu tak gigit orang ke apa ke, aku memang cuak dan fobia dan takut sampai satu keadaan, bila serangga tetiba hinggap kat aku, aku boleh jadi menjerit macam nak bagi satu kawasan dengar. 

Jadi, bila dah terasa leher aku tu cam ada serangga, aku dah start dah menjerit-jerit. Jerit ... jerit jugak, geli .. geli jugak, tangan aku tetap pegang sebab nak buang serangga tu. Yang penting, sempat amik tisu taknak pegang direct menatang tu ok? Hahaha.

Dan pastinya, menatang tu mati sebab masa amik tu aku dah dok lenyek-lenyek dengan jari. Aku tengok kat tisu tu dan bila tengok, cuma semut, aku adalah tak sangka itu adalah semut Charly Brown yang kemudian hari buat aku merana berminggu-minggu.

Dah lepas aku buang tisu tu, petang masa nak mandi, aku dah rasa leher aku panas semacam. Aku ingat macam nak demam tapi suhu dalam badan, normal je. Bila malam nak tidur tu, dah terasa gatal semacam dan rasa macam gelembong air kat leher yang semut tu gigit. 

Dalam hati aku masa tu : " Semut api kot. ". Ok. Fine.

Gatal macam mana pun, tidur tetap lena tapi sebelum tidur sempat lagi, mengadu dekat ex-boifren perihal leher kena gigit. =_=

Esoknya tuuuuuuuuuuuu ...

Bangun Subuh, nak mandi pergi kerja, leher aku dah macam bengkak! Eh apahal pulak ni? Semut je kot? Bila aku suruh kakak-kakak aku tengok, dorang pun cam terkejut dan tanya aku apa benda yang gigit. So, aku cakap je lah : " Entah. Semut je pun. "

Sampai office, aku jadi tak selesa dah sebab leher memang panasssss semacam. Aku mengadu kat kakak-kakak aku, dorang pun pelik. Memang satu hari tu, aku jadi tak selesa langsung. Sekejap-kejap nak garuk, kejap-kejap kang nak garuk. Gatal satu hal, dengan gelembong macam air lagi. Serius rasa nak nangis masa tu.

Sampailah kerani office aku, Abang Kudin bagitahu yang leher aku tu sebenarnya dah kena bisa semut Charly Brown! Itupun lepas aku tunjuk dia. Sebab serius aku cam tertanya-tanya kenapa dengan leher aku masa tu. Bila dia tengok, muka dia punyalah terkejut, terus dia cakap aku : " Laaaaa dah berapa lama kena ni? Ini kena gigit semut Charly Brown lah ni. Hang dok main kat mana sampai kena gigit ni? ". =_=

Aku blur-blur tertanya-tanya : " Pebenda tu? ". Terus Abang Kudin explain satu-satu kat aku pasal semut Charly ni dan nasihatkan aku, habis kerja, jumpa doktor. Siap warning, jangan usik kat leher aku tu.

Makanya, habis kerja, terus berdesup ke klinik. Masuk je bilik doktor, tak cakap banyak, terus cakap kat doktor : " Leher saya kena gigit dengan semut Charly. " .. siap muka sedih sambil tunjuk leher. 

Doktor pun tak cakap banyak, tapi siap sempat cakap kat aku : " Awak tak lucky ni. Takpe. Saya bagi injection dengan ubat krim. Nanti bila tempat tu dah kering sikit, beli krim Mederma kat farmasi untuk hilangkan parut kena gigit tu. Bahaya ni. Nasib datang awal. "

Bila dah kena inject tu, barulah rasa lega sikit. Gatal pun kurang, rasa panas pun dah takde. Tapiiiii nak tunggu tempat kena gigit tu kering, memang hazab ya ampunnnnnnnn! Nak mandilah paling perit sebab serius akan rasa macam nak je garuk pakai pisauuuu! Wuwuwuwuwuwu. T_T

Bila dah kering, terus cari krim Mederma. Memang konsisten gila aku pakai sebab leher aku masa tu, tinggal parut macam baru lepas eksiden je rasa. Mandi pun, aku tak pakai sabun biasa. Aku pakai sabun ubat jugak biar lagi cepat parut semua hilang.

Bila dah baik, sejak dari tu, aku memang fobia gila dengan semut Charly ni. Terus duduk kondo tu jadi jarang bukak balcony dah especially bila malam atau angin kuat. Huhuhu.

Tamat kisah aku dengan Charly. Aku ingatkan, aku dah takde dengar dah pasal semut Charly ni sebab memang serius fobia bila kena kat diri sendiri, tup tup adik ipar aku pulak kena tahun lepas. Lagi kesian sebab kena kat badan. Serius lagi teruk dari akuuuuuuuuuuuuu ... aaaaaaaaaaaaaa. 

Tengok gambar pun, aku dah meremang bulu roma. Nasib adik ipar aku tabah. Dia siap berubat kampung dengan moden sekali. Aku nasihatkan dia sama macam apa aku buat. Cari krim ubat tu dan mandi dengan sabun ubat tu sampai betul-betul baik. 

Cerita lain, aku baru tahu tadi yang kawan baik aku pun pernah kena. Dia lagilah kat mukaaaaa! Antara mata dan hidung. Dia kena masa dia dok kolej Anggerik kat UiTM Shah Alam. Kawan-kawan ingat dia baru lepas eksiden bila tengok muka dia berparut semacam. Dia sama macam aku. Pakai krim mederma. Alhamdulillah, parut hilang dan tak meninggalkan kesan.

Makanya, aku nasihatkan korang. Hati-hati. Bila rasa ada jadi gelembung, rasa gatal dan pedih, terus pergi jumpa doktor. Tolong jangan gatal nak usik garuk macam beruk. Habis je guna ubat doktor, terus pergi beli krim Mederma tu. Sapu dengan konsisten or else, akan meninggalkan parut yang sangat horror! Ok?

Sekian. Ma'asalamah!


March 26, 2012

Kempen : I'm Hot, So Please Do Not Touch Me Okay?


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Kak SueAnnaJoe kembali dengan Kempen Wear It Right! Tapi kali ni takde kena mengena dengan soal pemakaian pun tapi ia berkaitan dengan soal bersentuhan dengan bukan Mahram.

Jujurnya mesti ada di kalangan kita, memang biasa sangat tengok, perempuan bertudung berbaju sopan tapi masih bertepuk tampar dengan bukan mahram kan? Lagi-lagi bila soal nak salam bersalaman ni.


Sebelum audit orang lain, lebih baik aku audit diri sendiri. Jadi, mari tengok apa aku audit tentang diri aku perihal bertepuk bertampar atau soal bersalaman dengan mahram ni.

Dulu, aku pakai tudung, solat pun, tapi dengan bukan mahram masih bersalaman sebab itulah, jahil sangat sebab gaya hidup ' zaman jahiliyah ', asal jumpa kawan mesti nak salam peluk cium semua. Aaaaaaaaaaaaaaaaaa ... lempang diri sendiri!!!! Pang pang pangggggggg ...

Ni Alhamdulillah, bila dah kahwin, baru perangai molek sikit sebab aku ada seseorang yang sentiasa menjaga dan mengingatkan aku tentang tingkah laku. Kadang nak terlajak juga bersalam atau bertepuk tampar dengan bukan mahram, tapi nasib baik, suami cepat-cepat tarik perhatian aku pada benda lain. =_=

Walau macam mana pun, soal bersalaman ni memang paling mudah terlajak sebab kita dah biasa sangat set kan dalam kepala kita yang konon nak jaga hati orang yang nak salam tu walaupun pada hakikatnya, benda yang harus kita jaga adalah perasaan dan hati Pencipta kita. Itu yang paling utama. T_T

Selagi kita bernama manusia, memang kita akan lakukan kesilapan demi kesilapan tapi seharusnya, kita boleh elakkan benda tu semua dari terjadi kan? 

Macam akulah tu. Terlajak juga salam bukan mahram sebab dok leka dengan sarung tangan aku masa kat Istanbul. Eeeeeeeeeeeiiiiiii ... dah lepas salam, baru rasa macam nak hentak kepala kat batang pokok kuat-kuat. Bencinyaaaaaaaa! Padan muka aku! Dosa lepas entah terampun ke tak, pergi tambah dosa lagiiiiiiiii ... =_=

Salam bukan mahram ni memang ada yang pandang remeh. Ada yang pikir kawan, nak jaga hati, niat baik, taknak malukan orang dan yada yada yada yada.

Jangan lupa tau, Allah SWT cipta perempuan dengan sebaik-baiknya dan meletakkan kaum Muslimah setinggi-tingginya dengan semulia-mulianyaaaaa! Tapi kita, pernah tak nak pelihara semua tu dengan sebaik-baiknya? Sila tanya diri sendiri .......

Soal lain ni ... perihal bukan mahram.

Aku ni memang kurang ilmu. Aku ingatkan bukan mahram ni cuma orang luar sahaja. Tapi lama-lama baru aku tahu, keluarga terdekat seperti sepupu lelaki, ipar duai, biras adalah tergolong bukan mahram juga. Tampar diri sendiri lagiiiii! Pang pangggggggg!

Oh lepas ni, memang kena hati-hatilah sebab hubungan dengan sepupu memang rapat. Kalau jumpa, memang akan salam cium tangan. Dengan abang ipar pun sama. Adoiiii lah aku niiii .... =_=

Jadinya, korang pun macam tu ok? 

Belajar dan sentiasa ada rasa mahu mencari ilmu tentang agama kita sendiri sebab kadangkala, kita rasa, kita dah cukup tahu dengan segala larangan agama kita sedangkan hakikatnya, terlalu banyak lagi perkara yang harus kita pelajari dan fahami.

Tak rugi pun kalau kita sentiasa mahu mencari ilmu Allah SWT dan ingat, sebagai perempuan, kita sebenarnya ada ' kuasa veto ' untuk menolak perkara yang ditegah seperti soal bersalaman dengan bukan mahram ni.

Tolong, andai lepas ni, ada yang bukan mahram mahu bersalaman atau mungkin juga dia mahu bertepuk bertampar dengan korang ataupun, korang sendiri yang mahu bertepuk tampar dengan dorang, tolonglahhhhhh elakkan!

Bagilah alasan apa sahaja sekalipun, janji kita menjaga maruah kita dan meletakkan diri kita semahal mungkin. Jadi murah pun, bukan seronok sebab senang dapat menurut kata lelaki. Heh.

Jadi, mulai harini, belajar untuk menolak bersalaman dengan bukan mahram atau bersentuhan dengan bukan mahram. Sentiasa ingat bahawa, yang patut kita jaga hati adalah bukan kawan atau manusia lain tapi jaga perhubungan kita dengan Allah SWT paling utama.

InshaAllah kalau kita tak buat Allah SWT marah, hidup kita akan sentiasa di dalam lindungannya.

Sebarkan kempen I'm Hot, So Please Do Not Touch Me Okay? pada Muslimah yang lain terutamanya. Untuk Muslimin pun boleh juga biar sama-sama beringat.

Sekian. Ma'asalamah.



Perihal ' Buah Zuriat ' Yang Di Katakan Bagus Untuk Mendapatkan Anak


Assalamualaikum.

Entri ini adalah serius sebab aku taknak tengok sesiapa pun yang menjual buah ni bagai mengambil kesempatan pada semua pasangan yang memang teringin cahaya mata.

Secara jujurnya, waktu sampai sini dulu, aku memang tak tahu menahu langsung pasal kewujudan ' buah zuriat ' ni yang dikatakan bagus untuk pasangan yang teringin menimang cahaya mata. Sehinggalah, salah sorang kawan laki aku bagitahu dan kirim ' buah zuriat ' ini sendiri dari kami.

Maka dari situlah, pencarian ' buah zuriat ' bermula ...

Kali pertama pergi ke Madinah Al-Munawarrah untuk mencari ' buah zuriat ' ni memang bukan mudah sebab aku pun tak terpikir nak check kat internet dulu bagaimana rupa buah ni. Bila dah sampai Madinah, seluruh tempat kami pergi, kami tanya penduduk Madinah perihal buah ni tapi semua geleng kepala tanda mereka tidak tahu tentang buah ni.

Ok. Takpe. Pulang ke Jeddah dengan tangan kosong.

Dan kemudian, kami usaha cari di Souq Balad. Souq Balad ni lebih kurang macam Jalan TAR tapi semestinya Balad lagi besar kot aku rasa. Cari ' buah zuriat ' kat Souq Balad ni pun, masih sama macam Madinah. Bila tanya penjual-penjual buah atau siapa sahaja di situ, mereka masih sama seperti penduduk Madinah. Geleng kepala dan tidak tahu menahu langsung.

Sampailah satu ketika, aku tetiba tergerak hati nak google imej ' buah zuriat ' ni dan naaaahhhh ... lebih jelas dan lebih senang nak beli sebab dah tahu rupa.

Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas google imej ' buah zuriat ' tu, kebetulan pulak, kami memang mahu ke Madinah. 

Sampai je Madinah, memang eksaitedlah sebab tak sabar nak beli dan cuba sebab kami pun memang tengah usaha nak dapat zuriat sendiri ( dan sampai sekarang masih berusaha dan berdoa. ). Siap belikan untuk kawan-kawan yang kirim dari awal.

Ini adalah gambar yang aku amik sendiri masa beli di Bukit Memanah di Madinah.

Balik Jeddah, hati memang berbunga-bunga terus kopek dan rebus ' buah zuriat ' ni. Hampir setiap hari memang aku minum susu yang dah dicampurkan dengan air rebusan ' buah zuriat ' ni. Dalam masa yang sama, mestilah mengharapkan moga dalam perut ada penghuninya di kemudian hari.

Sudahnya, genap 2 bulan minum, masih tiada hasil. Soal zuriat, aku tidak pernah nak salahkan sesiapa apatah lagi Yang Esa sebab aku punya pegangan atau prinsip ringkas sahaja : " Allah SWT punya rencana yang sangat baik untuk setiap hambaNya. "

Entah macam mana, genap 2 bulan aku minum susu yang dah dicampurkan dengan air rebusan ' buah zuriat ' ni, hati aku terdetik untuk mengkaji kesahihan tentang buah kering ini yang dikatakan amat mujarab untuk pasangan yang ingin menimang cahaya mata.

Kaji punya kaji, tanya punya tanya sampailah, akhirnya, aku kenal dengan sorang hamba Allah ni. Dia berkahwin dengan lelaki Saudi dan dengan dialah aku bertanya kesahihan buah ni.

Bila aku tanya, dia senyum dan soalan yang pertama keluar adalah : " Nailah percaya? ". Aku terus terkedu diam tak tahu nak jawab apa dan aku cuma jawab : " Percaya pada mulanya tapi sekarang, dah jadi was-was. "

Dan kemudian dia bertanya lagi : " Kenapa percaya pada fakta yang disampaikan dari mulut ke mulut sahaja? Eksaited nak dapat baby eh? ". Aku sengih-sengih kerang busuk. Hahaha.

Dan barulah dia terang satu persatu ...

Kata dia, dia pun sama seperti aku bila tiba-tiba ada orang kirim buah yang sama jika dia mahu pulang ke Malaysia. Bila dia tanya : " Siapa yang cakap buah tu untuk dapat zuriat? ". Kebanyakan yang kirim pada dia, mesti cakap : " Entah. Dah orang cakap macam tu. Jadinya macam mahu cuba juga. "

Ok. Baiklah. Dia turutkan saja.

Sehinggalah saat dia beli buah itu bersama suaminya. Serius suami dia terkejut dan tanya dia bertubi-tubi dari mana orang tahu buah itu adalah untuk mendapat zuriat? Terus kemudian, suami dia cakap : " Kalau mereka yang jual buah ni cakap, penduduk Saudi guna buah ini untuk mendapatkan zuriat, itu adalah fitnah sebab setahu Abang, penduduk Saudi yang ingin mendapatkan zuriat cuma mengamalkan makan kurma, habatus sauda, madu dan juga mohon doa kepadanya. ". Terus dia diam.

Dan aku? Terus rasa macam legaaaaa sangat sebab segala persoalan tentang buah ni sudah terungkai. Terus, aku buang semua air rebusan dan baki buah kering yang ada, aku cuma simpan bawah sinki. Hihihihi.

Dan sampai situ kisah aku dengan buah zuriat. 

Lepas dah tahu kisah sebenar buah ni, bila ada kawan-kawan nak kirim, sebolehnya, aku dengan jelas dan jujur bagitahu tentang buah ni pada dorang.

Selebihnya, terpulang pada dorang sama ada nak terus percaya atau usaha cara lain. Tapi pada yang masih nak juga buah tu, aku boleh je belikan. Masing-masing kan.

Pernah juga, kami bertanya pada penjual buah kering ni sewaktu kami singgah di Bukit Memanah. Bila kami tunjuk isyarat, untuk mengandung ke? Terus di tukang jual geleng kepala beriya-iya menafikan yang buah tu untuk mengandung. 

Maka, tiada keraguan lagi dan sememangnya sahih yang buah kering ini bukanlah seperti apa yang disangkakan oleh jemaah Malaysia sebelum-sebelum ni dan juga sekarang ini.

Aku kadangkala, tertanya juga, macam mana jemaah Malaysia sahaja yang boleh kata buah kering itu untuk mendapatkan zuriat? Sedangkan jemaah dari negara lain, tidak pula beranggapan begitu. Hmmm.

Jadinya, aku berharap sangat, perkara ni dihentikan dan fakta tentang buah kering ni yang dikatakan untuk mendapatkan zuriat dapat diperbetulkan.

Kalau boleh, amalkan makanan yang sudah termaktub di dalam Quran yang bagus manfaatnya seperti madu, habatus sauda dan juga kurma dari buah kering yang entahlah, dari mana dapat fakta boleh dapat zuriat pun tak tahu. =_=

Lagi sadis, yang si tukang penjual boleh pulak claimed, penduduk Saudi amalkan untuk dapatkan zuriat sedangkan pada hakikatnya? ............

Buat yang masih menunggu untuk menimang cahaya mata, adalah lebih elok kalau kita mengamalkan madu, habatus sauda serta kurma. Ok?

Yang penting, jangan cepat berputus asa. Rencana Allah SWT itu adalah jauh lebih baik dari rencana manusia.

Sekian. Ma'asalamah.


March 21, 2012

Kisah Zaman Nabi Musa AS - Pemuda BerIbuBapa kan Seekor Babi

Assalamualakum.

Kisah ni dah pernah aku baca banyak kali dan juga pernah ustaz di sekolah ceritakan pada kelas waktu subjek Agama Islam masa tingkatan 5.

Jadinya, harini aku berbesar hati nak kongsi cerita ni biar kita sama-sama hayati dan kita jadikan iktibar atas apa yang pernah berlaku pada zaman Nabi Musa AS dahulu kala.

Kisahnya ....


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah SWT : 

" Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. 

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. 

Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. 

"Apa hal ini?,"... kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. 

Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. 

" Wahai saudara! Apa agama kamu? "

" Aku agama Tauhid ", ...  jawab pemuda itu iaitu agama Islam. 

" Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

" Wahai tuan hamba ...", kata pemuda itu. 


"Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah SWT telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. 

Soal dosa mereka dengan Allah SWT itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah SWT. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. 

Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


" Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah SWT menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah SWT masih belum memakbulkan lagi.", ... tambah pemuda itu lagi. 


Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS :


" Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah SWT juga berfirman lagi yang bermaksud : 


" Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. 

Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. 

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. 

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. 

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah SWT.

Sekian. Ma'asalamah!



Budak Mintak Muka Di Sepak!


Assalamualaikum.



Kes macam ni memang paling kesian adalah MakBapak dia. MakBapak menangis mintak tolong rakyat Malaysia jadi prihatin dapatkan anak dia balik tapi kesudahannya?

" SAYA YANG SEBENARNYA NAK LARI SEBAB NAK IKUT TEMAN LAKI. "

Bernas jawapan, kelakuan dan tindakan kau Fatihah!

Lepas ni, kalau misalannya kau memang kena culik betul, memang padan muka kau lah kalau semua buat taktau biar orang tu terus seludup kau ke Thailand jadi pelacur kelas atasan. 

Nak sangat kena culikkan? =_=

Takpun, penculik terus potong tangan kaki kau, kau pepandailah mengemis cari pendapatan untuk penculik kau tu. Kau pilih kau nak mana?

Jangan lupa,  Allah SWT sekarang bayar cash je. Lupa ke? Tsktsktsk.

Kadang kes macam nilah buat masyarakat Malaysia jadi malas nak prihatin sangat dengan kejadian yang berlaku sekeliling sebab sikap orang kita, sekali dah tipu, kau jangan harap orang nak percaya kau lagi.

Adik-adik lain, ini bukan contoh yang baik tau. Jangan jadikan idola untuk lari rumah pulak. Ok? Belum habis belajar, jangan gatal nak berlaki. Ok?

Sekian. Ma'asalamah!

Kisah Muezza : Mok & Skulky ( 19 Gambar )

Assalamualaikum.

Tak menahan betul terus letak jumlah gambar dekat tajuk. =___=

Yelah. Amaran kenalah bagi awal-awal. Takdelah nanti korang tetiba maki aku dalam hati cakap apesal aku letak gambar dorang banyak sangat.

Tapi aku tau, ada yang memang suka aku letak gambar makhluk berbulu putih dua ekor ni kan? Sebab aku memang yakin 200% yang kucing-kucing aku ni memang ada peminat setia dia kat sini. Kan? Kan? Kan? Hikhikhik.

Ada di antara gambar ni yang aku dah upload kat Facebook. Ada pula yang aku memang tak upload langsung dan eksklusif untuk di blog sahaja. Hihihi.

Dah rasa macam kucing istana pulak kucing-kucing aku ni. Terutamanyaaaaa ... Mok! 

Elehhhh. Bila aku upload gambar Mok kat Facebook aku tu, memanjang je korang 'LIKE' kan? Kesian Skulky sebab tak lakuuuu! Hahahahahaha.

Nahhhhhh! Tengoklah korang sampai lebam!


Masa ni, waktu tidur. Makanya, sebelum tidur, masing-masing kena cop tempat dulu. Biasanya, dia tidur kat meja tepi katil atau kat kaki. Sekarang ni, dah ada Skulky, hah! Berebut dorang dua ekor nak menepek kat kaki jugak. Lantak!


Yang ni namanya aksi SuperCat! =_=


Ni kekenyangan lepas makan tengahari. Memang ni aktiviti setiap hari dia. Lepas makan, tidur! =_=


Pada aku, memang ini posing paling comel yang aku pernah tengok. Muka dia pun macam suci je tidur. Hahahaha. Padahal, dia jugak yang suka cakar Papa dia. Huh!


Ini terbongkang lepas main, makan, main, makan, tak reti-reti tidur tapi bila dah tidur, tak ingat nak bangun, makan, berak! =_=


Yang ni kepenatan sebab main dari Subuh. Naik katil, terus jadi SuperCat! Pun tak ingat bangun nak makan ke, berak ke. Tidur lagi sedap kata Mok kat aku. =_=


Gambar yang ni baru lagi. Semalam punya gambar. Dia bantai tidur dari Azman pergi kerja pukul 8 pagi tu sampai 6 petang. Tak percaya? Believe me or not. Aku tak tipu. T_T


Ini adalah sebelum dia pindah tidur kat bilik tetamu. Gambar ni adalah siangnya dia tidur. Pastu bangun kejap pindah bilik tetamu sebab Skulky kacau dia tidur. Hihihi.


Yang ini pun sama. Mula-mula sedap syok tidur atas katil. Skulky datang kacau, bangun duduk atas luggage ni. Terus lena sampai tengahari. Dia buat macam mini katil dia. T_T


Ini namanya kesedapan tidur sebab masa dia tidur ni, cuaca di luar adalah sejuk bertambah lagi dengan sejuk aircond. Silap sikit, kalau dia adjust badan dia ke belakang, mau terlungkup atas lantai! =_=


Hi! Saya model kucing untuk LV. Nak dapat free LV tak? Sila masuk dalam mimpi. Okay? Hiks.


Dia jumpa port baru. Elok terselit kat kepala katil, belakang bantal. Nasib bantal warna merah, dinding warna coklat. Kalau semua putih? Mana aku nak cari kau? =_=


Ni semalam punya gambar. Mok tidur atas tilam coklat, dia ni bantai tidur atas katil dalam bilik. Membulat macam ni lah. 


Dia ni memang banyak pesen tidur. Macam-macam style ada. Nak tidur pun kreatif ok. Kau ada? :p


Dia ni aktif, lari sana sini dalam rumah tapi bila dia tidur, pun sama boleh geng dengan Mok. =_=


Hi. Papa cakap saya kacak sebab saya bijak tapi Mummy cakap, saya tak kacak sebab saya mulut bising, nakal, suka sepahkan rumah. T_T


Kadang kawan baik, boleh duduk sebelah menyebelah ...


Tapi kadang jarak beberapa meter sebab gaduh berebut tempat tidur ... =_=


Ini paling kronik sebab Mok memang tengah marah sebab Skulky kacau dia tidur. Sudahnya, Skulky tengok Mok dari jauh je. Hahaha.

Ok. Sekian.

Terima kasih sudi baca.

Ma'asalamah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...