October 16, 2012

Jom Puasa!

Assalamualaikum.




Alhamdulillah, esok kalau masih dipanjangkan umur, bolehlah kita semua rebut pahala berganda dengan berpuasa sunat di bulan Zulhijjah. Esok dah start 1 Zulhijjah. Dari 1 Zulhijjah sampai 10 Zulhijjah kalau kita puasa, inshaAllah banyak ganjarannya.

Tak salah kita rebut peluang macam ni. Bukan selalu. Tahun depan belum tentu kita berpeluang lagi ke tak. Jadinya sementara masih ada lagi di bumi Allah SWT, jom kita rebut pahala berganda ni!

InshaAllah esok saya puasa. Jomlah sekali! Okay?

Kalau taknak puasa setiap hari pun takpe. Selang-selang pun okay. Tuhan tak marah tapi kalau nak kelebihan dan buat Allah SWT suka, kenalah 'buat lebih' sikit. Ye dak?

Dan nanti, sebelum Raya AidilAdha jangan lupa puasa masa hari jemaah Haji berwukuf di Arafah. Masha'Allah itu lagi berganda-ganda pahalanya dari biasa. Harapnya saya boleh rebut berpuasa sunat di Arafah memandangkan masa tu pun kat tempat orang. InshaAllah saya boleh! Moga ada rezeki di situ. Amin.

Antara hadith-hadith sahih tentang kelebihan 10 pertama Zulhijjah :

Firman Allah Ta’ala:

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh”(QS. Al-Fajr: 1-2).
Imam Ibnu Kathir berkata : “Yang dimaksudkan adalah sepuluh hari (pertama) bulan Zulhijjah”.

    Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Ibnu Umar bahawa shallallahualaihi wasallam bersabda:

    " Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amal-amalan yang lebih dicintainya selain amal yang dikerjakan pada sepuluh awal bulan dzulhijjah, maka perbanyaklah padanya tahlil, takbir dan tahmid. " 
    (Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadits ini berkata: Hadith Sahih)

    Diriwayatkan oleh Muslim dan Al-Turmudzi dari Abi Qotadah bahawa Nabi SAW bersabda:

    " Berpuasa pada hari Arafah, sungguh aku mengharapkan bahawa Allah akan menghapuskan dosa-dosa selama satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya. " 
    (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Tirmidzi no: 143 no: 749)

    Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasa’i dari hadits Hunaidah Bin Khalid dari isterinya dari sebahagian isteri-isteri Rasulullah SAW bersabda:

    " Rasulullah s.a.w berpuasa pada sembilan Zulhijjah,Sepuluh Muharram dan tiga hari setiap bulan. "

    Imam Nawawi berkata: 

    " Puasa pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan sunnah yang sangat dititik beratkan. "

    Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.anhu, katanya:

    " Perbanyakkanlah Tahlil,Takbir dan Tahmid. "
    (Musnad Imam Ahmad: 9/323-324 no: 5446 dan para muhaqqiq hadis ini berkata: Hadis sahih)

    Lafaz Takbir:    الله أكبر  (Allah Maha Besar)
    Lafaz Tahlil:     لا إله إلا الله  (Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah)
    Lafaz Tahmid:  الحمد لله  (Segala Puji Hanya Bagi Allah)
    Contoh lafaz yang dianjurkan: الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

    Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sangat-sangat dianjurkan bagi mereka yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut sepertimana dalam satu hadits Rasulullah SAW bersabda:
    " Aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya." (Muslim: 2/819 no: 1162 dan Al-Tirmidzi no: 143 no: 749).
    Namun begitu,bagi sesiapa yang sedang menunaikan haji pada hari tersebut mereka tidak disunahkan untuk berpuasa kerana Rasulullah wuquf di Arafah tanpa berpuasa.

    Firman Allah Ta’ala:
    وَلِله عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ الله غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
    " Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; (Barang siapa mengingkarkewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari alamsemesta). " ( QS. Ali Imran: 97)

    Selamat menambah amal ibadah dan semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT sentiasa. InshaAllah. Amin Ya Rabb.

    Sekian. Ma'asalamah!





    1 comment:

    Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...