February 8, 2012

Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima : Melontar Jamrah Kali Kedua & Ketiga, juga Tawaf & Sae'i di MasjidilHaram

Assalamualaikum.

Straight to the point!

Ini adalah entri terakhir mengenai pengalaman aku buat Hajj awal Muharram haritu. Kalau ada yang tak baca lagi entri yang berkaitan sebelum ni, boleh klik and baca kat senarai bawah ni. Ok? :
  1. Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Kelima - Proses Pendaftaran Diri 
  2. Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima - Sesi Kursus dan Ceramah Berkaitan Hajj
  3. Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Kelima - Berangkat Ke Mina 
  4. Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Yang Kelima : Wukuf Di Arafah & Melontar Jamrah

So, now .. lets end this storyyyyy!


Melontar kali kedua. Malam.

Lepas balik melontar yang pertama tu, the next day tu dah dikira, para jemaah Hajj dah boleh rilek sikit sebab masa tu cuma nak habiskan melontar sahaja sebelum bergerak ke MasjidilHaram.

Makanya, esoknya tu, siang tu, memang kerja tidur, makan, tidur, makan, sembang, mengaji, berzikir dan apa yang patut. Ada juga sesi main kuiz, celebrate Raya AidilAdha sikit.

Then, during waktu Maghrib, semua kena get ready sebab nak melontar.

On the second day melontar, pastilah semua muka ceriaaaa! Takde stress-stress atau kepenatan dah sebab the whole day dah rehat. Cuma malam je bekerja keras, jalan kaki nak pergi melontar.

Second day tu muka ceria sebab melontar waktu malam. Suhu pulak sejuk masa tu. Makanya, boleh lagi sepanjang jalan kaki nak ke Jamrah tu, memang lenggang lenggok kangkung lah! Apa lagikan? Selain jalan lenggang lenggok kangkung, pastilah juga semua cam-whore!

Tapi ... untuk melontar yang terakhir on the third day, memang perlu banyak bersabarrrrrrr!!!

Sebabnya?

Kami kena melontar betul-betul matahari tengah mencanak baikkkkkk punya atas kepalaaa! Masa tu takde nak ngomel-ngomel apalah sebab masing-masing diingatkan tentang suasana sama yang akan dihadapi masa kat Padang Masyar!

Ha kauuuu! Terus masing-masing mulut terkumat-kamit istigfar! Padahal agaknya dalam hatiiiii ... hihihihi. Tambah lagi, nak pergi melontar yang terakhir tu pun, dugaan sebab keadaan jadi huru hara masa nak naik train hingga menyebabkan, group Hajj aku terpaksa berpatah balik ke khemah dan at last, our leader, Dr Lamya decided to go melontar around 3pm which mean after selesai solat Zuhur.

Jadinya, pukul 3 petang tu, memasing siap dan Alhamdulillah, suasana huru hara tu dah takde. Smooth je jalan kaki sampai train station. Takde nak rebut-rebut ke, apa ke.


Melontar yang terakhir. Tengahari buta.

Sampai kat Jamrat, cuaca panas memang aku dari awal dah jangka yang hidung aku mesti bleeding punya. Aku memang dah standby apa yang patut. And yessss, elok sampai kat Jamrat, tengah jalan kaki, hidung aku cun jeeeee bleeding.

Aku takde nak gelabah sebab dah be prepared kan. Aku cuma kesat and sumbat hidung aku dengan tisu dan keep on walking to Jamrat.

Settle melontar, terus naik train balik, turun kat station dekat dengan khemah and naik bus pulak. Masa tu memang dah hujung-hujung waktu je nak ke Maghrib. Solat Asar pun, kebanyakannya solat dalam bus je.

Alhamdulillah, dapat keluar dari Mina sebelum Maghrib. ;'D


Suasana malam di MasjidilHaram semasa kami habiskan buat Tawaf dan Sae'i.

Ok. By the time nak masuk ke kawasan MasjidilHaram, memang dah diuji. Dugaan memang datang bertalu-talu. Lepas satu, satu. Apapun, memang tabahkan hati dan mohon je pada DIA masa tu, biar DIA permudahkan segala urusan.

Mulut dah takde nak bising-bising dah sebab perjalanan Hajj pun dah nak habis. Lagi sikitttttttttt je ...

Bas yang bawak group Hajj aku sepatutnya kena hantar kiteorang semua dekat dengan MasjidilHaram. Tapi disebabkan Hajj kali ni memang more than 4 million people, anything could happen.

Nak dijadikan cerita, bas tak boleh masuk. Dapat hantar kat sipi-sipi dari MasjidilHaram je which is, for almost dalam 3 - 4 km nak ke MasjidilHaram. Driver memang drop off kiteorang dekat satu terowong ni which is again, terowong ni connect betul-betul ke arah MasjidilHaram.

Once dia drop off semua, semua yang nak ke MasjidilHaram, kena naik bus lain yang dikhaskan untuk drop off jemaah Hajj ke hujung terowong belah sana pulak dan dari hujung terowong tu lah, dah boleh jalan kaki ke MasjidilHaram.

Tunggu bas tu lain hal. Dengan setengah jemaah yang kurang sabar, siap boleh pulak pergi blocked bas, pergi kerumun bas. Berebut-rebut nak naik. Boleh jadi kalau driver bus tak terel nak handle bas, memang boleh jadi ada yang mati kena lenyekkkk! =___=

Yang kiteorang ni, tunggu punya tunggu, tak dapat-dapat jugak. Even berebut pun, still tak dapat jugak sebab tak mampu dah nak lawan tenaga dan kekuatan jemaah lain yang lebih sasa, perkasa dan besar-besar belaka. =___=

Sampai Maghrib okay dok tercangak-cangak tunggu bas tepi jalan tu!!! Sampai satu tahap, ada 2,3 group member decided nak jalan kaki. You read : JALAN KAKI DARI HUJUNG TEROWONG KE HUJUNG TEROWONG. Adalah dalam 2 - 3 km.

Nak nangisssss? Takde maknanyaaaa okay! Sebab masa tu, dalam kepala nak cepat sampai!

Kautim punya kautim, tak semua nak jalan kaki. Most of them memang taknak sebab most of them, datang dengan parents. So, ramai makcik-makcik dan pakcik-pakcik Arab ni memang jenis kaki yang dah tak kuat dah. So, they want to stay and wait for the bus.

Yang aku, laki aku, Ina, Haidar, Kak Rahima & Cha, and also another couple decided to jalan kaki terus ke MasjidilHaram. Nekad ni! Takde tangguh-tangguh.

{ Am so proud with Kak Rahima and wife to that another couple tu sebab both of them is a preggy Mummy! Alhamdulillah. Allah SWT is always protect them and the babies inside! }

Aku ni pun, memula nak jalan kaki tu, ada agak kerisauan juga sebab aku kan ada sakit semput. Ubat memanglah ada tapi bila kau berdepan dengan udara dalam terowong tu, kau paham je lah.

But .. but ... I did itttttt without having Asthma! Not I but all of ussssss! Serius bila dah sampai kat penghujung terowong tu, terasa yang kiteorang yang jalan kaki ni awesome gilaaaaaa! Hahahahahaha.

Konon dah lega dah sebab dah nak sampai MasjidilHaram. Kejap lagi, amik kauuuuuuu! Kalau dah nama masa tu, baru habis solat berjemaah Isyak, memang manusia super duper ramaiiiiiii! All the member group memang dah pecah ikut geng masing-masing.

But we still stay together. Nailah, Azman, Ina, Haida, Kak Rahima & Cha

At one time bila kena rempuh tu, Haida dah nangis-nangis sebab someone did something bad to herrrr! I was so maddddd and suddenly, rasa macam dapat kekuatan and those yang tolak-tolak Haida, Ina & Kak Rahima, I pushed them backkkk! Haaaaaa ... hambik kauuuuu! Hahahaha. Please jangan tiru aksi aku. :p

Sampai dekat luar MasjidilHaram tu pukul 7pm lebih. Tapi you know pukul berapa kami dapat masuk????

Around 9pm okayyyyy!!! Almost 2 hourssss!!! Semuanya gara-gara nak cari pintu nak masuk pun susah sebab manusia sangat-sangat-sangat packed!!! Dengan ada certain pintu terpaksa tutup. Memang, memang, memang masa tu sangat meletihkannnn!!! T___T

Bila dah dapat masuk dalam MasjidilHaram, nak tawaf tu, MashaAllah ... sungguh rasa nak nangissssss!!! Nangis sebab manusia ramai. Sampai terdetik dalam hati, mampu ke nak buat Tawaf & Sae'i dan habiskan urusan Hajj ni? :O

Tapi dengan izinNYA, Alhamdulillah semua urusan selesai pukul 2 pagi. Wuwuwuwuwuuwuwu.

Antara Tawaf dan Sae'i, nak habiskan Tawaf yang memang paling menguji sebab kena sama-sama merempuh juga dengan jemaah lain. Selalunya kalau bukan musim Hajj, setengah jam je dah boleh habis Tawaf.

Tapi musim Hajj tu, we took for almost 3 hours nak habiskan Tawaf! AllahuAkbar! Sampaikan kami berempat { Aku, Azman, Ina & Haida } terpaksa berpecah dengan Kak Rahima & Cha sebab Kak Rahima memang dah out of energy masa tu.

Sepanjang Tawaf, kami berempat macam keretapi. Laki aku, of course paling depan. Dia kena kemudi kami gerabak-gerabak yang kat belakang ni ha. Kejap laki aku kat depan, kang kejap aku kat depan, laki aku kat belakang, kang kejap Haida pulak kat depan. Yang Ina tetap tengah-tengah gerabak keretapi. Hihihi. Lintang pukang dah keretapi kami! ;D

Waktu Sae'i adalah yang paling indah! Sebab it is the end of Hajj journey! Walaupun masa tu, memang tapak kaki dah memang serius sangat sakit dan dah tak larat nak jalan, aku dengan muka toye lagi, tabahkan hati jugaklah.

Sae'i dah tak perlu nak rebut-rebut dah sebab kami Sae'i kat tingkat paling atas sekaliiiiiii! Dengan angin sejuk sepoi-sepoi. Hehehe.

Settle urusan, terus jumpa leader, pergi ke tempat bas turunkan tadi. Masuk bas, bas jalan, aku memang dah tak sedarkan diri. Tau-tau je dah sampai Jeddah. Alhamdulillah. :')

Yang Kak Rahima &Cha balik Jeddah sendiri naik teksi sebab dorang memang tak boleh nak balik on time ikut waktu bas. Lagipun, on that time, Kak Rahima really need some rest during Tawaf & Sae'i.

End of my Hajj journey storyyyyyyyyy!

Nasihat aku : Buat yang masih muda dan mampu, buatlah masa muda ni. Jangan dah tua bangka baru nak buat. Yang rasa seperti macam tak mampu, sentiasalah berusaha untuk menjadi tetamuNYA kerana tiada apa yang mustahil andai kita sentiasa berusaha, tak pernah berputus asa & juga terus berdoa pada DIA.. Ok?

Sekian. Ma'asalamah!


2 comments:

  1. cant imagineeee how uoll rempuh2 sekalian umat kat sana tuu..4mil!ramai tuuu..phewww..
    tapi Alhamdulillah la kan akak and team selesaikan semua dengan lancar.. :)

    ReplyDelete
  2. Lynn - Buat Hajj ni memang stamina kena kuat. Akak memang totally elok je selesai semua urusan, out terussss! Seminggu baru hilang penat. Huhuhu.

    ReplyDelete

Komen dengan bahasa yang tidak elok saya masuk tong sampah! Shukran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...