October 30, 2011

Janji Seorang Suami : " InshaAllah I Akan Hantar You Ke Syurga "


Assalamualaikum.







Kredit gambar : Doodle Dakwah & KembaraSangSemut blog

Kisah ni memang dijadikan motivasi untuk diri aku supaya sentiasa belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada suami. Fineeee. Tiba-tiba rasa memang banyak dosaaaaaaaaaa dekat laki! T____T

Sebenarnya sebelum ni, aku dah pernah baca kisah ni sebelum aku diberi peluang sekali lagi untuk membacanya bersama illustrasi yang telah dibuat.

Pada aku, sebagai perempuan dan bila kau dah jadi isteri orang, memang sangat mudah untuk kau masuk Syurga. Janji, kau pandai jaga beberapa perkara iaitu :

  • Jaga solat harian kau iaitu solat 5 waktu
  • Pandai jaga maruah suami terutamanya dan juga maruah diri sendiri. Lagi-lagi bila suami tiada di sisi.
Dan juga kalau silap langkah, seorang isteri walau silap sedikit dan selagi tidak mendapat keampunan dari suami pun boleh senang masuk Neraka. Sebab tu, nak jadi seorang isteri ni bukan mudah. Besar tanggungjawabnya.

Sebab itulah, bila dah kahwin dan setiap kali nak tidur, sebelum tidur tu, suami isteri kena saling memaafkan. Sebab ajal maut kan kita tak tahu bila. Buatnya tetiba Allah SWT tu nak tarik nyawa kita lepas seminit kita baring kat bantal tu ke, apa ke, sekurang-kurangnya, kita dah memohon keampunan dari suami. Hehehe. Dulu rajin je sebelum tidur buat macam ni, sekarang, kadang-kadang kot? Kadang lupa, kadang tu ... entah ... =____=

Apapun, aku paling suka bila setiap kali kalau aku tanya dekat laki aku : " Bie, you redha dengan I tak? Kalau contohnya I pergi dulu, you redha tau dengan I. Nanti boleh kita sambung menyulam cinta dekat Syurga pulak. "

Kadang-kadang, kalau dia saja nak menyakat, dia selalu jawab : " Nantilah, I pikir dulu nak redha ke tak dengan you. " . Boleh tak dia jawab macam tu? T______T 

Tapi ... hmmmm ... selalunya jawapan dia : " InshaAllah, I janji akan hantar you ke Syurga. " .

Alhamdulillah.

Tapi kan  ... tapi kan ...

Aku selalu jugak tanya : " Eh, kalau I pergi dulu, you agak-agak nak kahwin lain tak? "

Kadang selalunya dia tak sempat jawab atau tak dan nak jawab sebab aku selalunya sambung dengan cakap : " Kalau you kahwin lain, siaplah youuuuu! Nanti I jadi momok, I selalu kacau youuuu, biar padan muka you hidup tak tenteram sebab selalu kena kacau dengan momok Nailah! "

Hahahahahaha. Gila aku ni! Psycho. =___=

Sekian. Masalamah. Muah!

October 26, 2011

Perjalanan Menunaikan Rukun Islam Kelima - Proses Pendaftaran Diri


Assalamualaikum.

Tinggal dan berada dekat dengan Tanah Haram adalah sesuatu yang sangat-sangat disyukuri dari saat pertama kali menjejakkan kaki di sini dan juga masih hingga kini. Perasaannya sangat sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. 

Ada juga, kadangkala terasa seperti mimpi ...

Melihat Kaabah dengan mata sendiri, pergilah lihat Kaabah banyak mana sekalipun, hati kau akan tetap rasa sayu dan terasa kecil sebagai hambaNya. Bersyukur dengan apa yang aku kecapi masa kini. Alhamdulillah.

Aku ingat lagi, masa pertama kali menunaikan Umrah dan berpeluang melihat Kaabah dengan mata kepala aku sendiri, aku seakan bertanya pada diri sendiri : " Betul ke Kaabah depan aku ni? For real? ". T___T

Masa pertama kali itulah, sepanjang tawaf, aku dok manjang jeeeee tengok Kaabah tak berkelip, tak berkedip. Sampaikan aku cakap dekat laki aku : " Tak sangka kan kita dapat buat Umrah seawal usia macam ni. Padahal awal tahun haritu baru je I nak ajak You daftar nama dekat Tabung Haji. Tup tup, Allah dah 'hantar' kita ke sini. ". Terharu lagi. T___T


 Suasana di Padang Arafah nanti ketika waktu Wukuf.

Dan kalau tahun lepas, Mak Abah aku datang sini menunaikan Haji dan Umrah, inshaAllah tahun ni, kami berdua pula akan menyusul. Alhamdulillah di atas segala peluang dan rezeki dariNya buat kami berdua. 

InshaAllah tinggal beberapa hari lagi je untuk kami bersama-sama umat Islam yang lain dari seluruh pelusuk dunia, akan bersama-sama menunai Rukun Islam yang kelima ini.

Oh ya, walaupun kami tinggal di sini, bukan setiap tahun ya kami boleh pergi buat Hajj. Baik kami orang luar atau residen Saudi sekalipun. Peraturan baru yang telah ditetapkan oleh kerajaan Saudi adalah, setiap orang hanya boleh menunaikan Hajj sekali sahaja dalam tempoh lima tahun!

Melainkan kalau kau nak buat Hajj secara 'haram' iaitu dengan pergi transport sendiri, makan sendiri, tempat tinggal sendiri. Orang  Melayu kita cakap : " Pandai-pandai hidup sendiri. ". Cara macam tu pun, boleh juga tapi kena berhati-hati jugalah sebab kalau kena tangkap ... hehehehe. 

Ikutkan sebenarnya dari tahun lepas kami nak buat Hajj. Konon nak buat sama-sama dengan Mak Abah tapi nampaknya masa tu, belum ada rezeki. Terus postpone ke tahun ni dan Alhamdulillah, perancangan nak buat Haji tahun ni akhirnya dimakbulkan olehNya.

Proses pendaftaran nak buat Haji kat sini jauh lebih mudah berbanding Malaysia. Pokok pangkalnya, kau nak dengan taknak je. Tambahan pulak, pakej Hajj dekat sini adalah serendah SAR3500 hinggalah setinggi dan semahal SAR12000 ke atas.

Dan kalau kau duduk sini, tempoh kau buat Hajj cumalah lebih kurang dalam 6 hari sahaja.

Pertama kali buat Hajj ni, kami daftar di agensi Islamic Education Foundation ( IEF ) di mana ianya diketuai oleh Dr Lamya dan dibantu oleh anak dan menantu dia.

Dapat info mengenai IEF ni pun dari Abang Nizam & Kak Sofie. Dorang dah ada pengalaman buat Haji dengan agensi IEF ni. Setakat ni, apa yang dorang cakap, servis IEF  sepanjang Hajj tu, memang sangat-sangat terbaik dan puas hati. Terima kasih buat Abang Nizam & Kak Sofie sebab banyak tolong kiteorang bagi info berkenaan Hajj ni.

Proses pendaftaran Hajj kat sini, Alhamdulillah, boleh kata sangat mudah prosedurnya. Cuma perlu isi :
  • borang Tasreeh dari Syarikat yang kita bekerja 
  • Sijil Jenis Darah & Sijil Pengesahan untuk suntikan Meningitis 
  • Salinan Iqama atau Kad Pengenalan Saudi
Bila dah cukup semua dokumen dekat atas ni, terus boleh datang pejabat agensi yang kita nak daftar tu, buat pembayaran dan selesaiiiii! Selebihnya pihak agensi yang akan uruskan.

Masa mula-mula daftar tu, macam risau jugaklah sebab kita takkan kenal sesiapa pun yang sama-sama akan buat Hajj dengan kita. Kira kita kena cari kawan baru lah tapi masa dah nak tarikh tutup pendaftaran Hajj tu, ada kawan-kawan aku dekat sini yang daftar dengan IEF jugak untuk buat Hajj. Alhamdulillah! Dalam hati sangat-sangat suka sebenarnya! Hahahaha.

InshaAllah 4 Dzulhijjah ni atau 31 Oktober, semua yang telah mendaftarkan diri dengan IEF untuk buat Hajj, kena datang pejabat IEF sebab ada taklimat dan juga untuk terima tag nama yang akan dipakai sepanjang menunaikan Hajj nanti.

Doakan semoga perjalanan kami semua termasuk seluruh umat Islam yang lain, dipermudahkan olehNya. Doa aku buat korang, semoga suatu hari nanti, korang akan menjadi tetamuNya juga nanti. InshaAllah. Banyakkan berdoa dan berusaha kepadaNya. Ok?

Sekian. Masalamah. Muah!

October 23, 2011

Tolong Jangan Cepat Terpengaruh Dengan Fesyen Hijab Zaman Kini Boleh Tak?


Assalamualaikum.

Kalau dulu ...

Masa Wardina mengambil keputusan untuk berhijrah dengan memakai hijab ...

Terus wujudnya fenomena 'Tudung Wardina' ...

Masa tu, pergilah Jalan TAR, sana sini orang jerit : " Adik, beli 'Tudung Wardina dik! Trend masa kini dik! " ...

Dah lepas trend 'Tudung Wardina' ... dan seterusnya, wujud pulak trend 'Tudung Bienda', 'Tudung Waheeda', 'Tudung Siti Nurhaliza' dan segala macam trend tudung yang dinamakan atas nama seorang artis ...

Dan kemudian, zaman sekarang ni pula, paling gempak dan memang menimbulkan satu fenomena luar biasa adalah apabila munculnya penyanyi perempuan indie yang berbakat, Yuna dengan fesyennya shawlnya.

Sana sini, budak-budak remaja sibuk buat tutorial dan cuba belajar nak mahu bergaya seperti Yuna! Baik budak-budak sekolah, remaja ataupun yang sudah berkahwin. =_=

Semuanya Yuna, Yuna, Yuna ....

Bila dah ada Yuna, muncul pulak kawan baik Yuna yang merangkap Fashion Designer pada jenama Maysaa iaitu Hana Tajima.

Aku akui yang dorang ni memang bagi impak yang kebabommmmmmmm dalam dunia fesyen berhijab baik dekat negara Malaysia dan juga seluruh dunia. Seperti biasa, semua mahu menggayakan tudung dan juga menggayakan fesyen baju seperti mereka.

Pada aku, baik Yuna atau Hana Tajima, dua-dua berbakat. Aku kagum pada keduanya dari segi bakat tapi errrr ... bukan dari segi cara pemakaian.

Tak kisahlah korang nak marah ke apa.

Pada aku, kalau nak bandingkan cara pemakaian mereka berdua, aku boleh kata yang Hana Tajima lebih sopan sikit daripada Yuna.

Bukan tak suka Yuna pada seluruhnya tapi kadangkala, aku rasa, cara pemakaian Yuna sangat-sangat tidak kena langsung dengan imej berhijab. Tak perlu untuk aku terangkan dengan lebih lanjut sebab aku pasti, korang tahu apa yang tidak kena dengan fesyen dibawakan oleh Yuna.

Oh, bersedia untuk dihentam Nailahhhh!

Korang boleh cakap : " Kenapa nak judge? Kenapa nak itu .. kenapa nak ini ... " ...

Tapi korang lupa ke yang kita sesama Islam dan paling lagi, sesama kaum sejenis, sebagai orang Islam, kita perlu saling mengingatkan dan menasihati sesama kita?

Jujur aku katakan yang aku sangat-sangat kecewa dengan Yuna. Terlalu berbeza pada masa dia muncul awal dulu dan sekarang. Aku lebih suka pada zaman dia membawakan fesyen 'Tudung Bawal' yang buat dia kelihatan sangat innocent dan juga zaman shawl dia yang trendy dan masih memenuhi ciri-ciri pemakaian hijab yang betul.

Yang pasti, hijab yang dipakai Yuna itu adalah menutup bahagian dada pada masa itu.

Kita harus sentiasa ingat ...

Tak kisahlah kan sama ada dada kau itu seakan berharga nasi lemak serendah 20 sen atau semahal nasi lemak di hotel, bahagian dada itu perlu ditutup. Itu syariat yang telah ditetapkan dalam pemakaian seorang muslimah.

Tapi sekarang, apa sudah jadi?




Kau katakanlah apa sahaja tentang trend berhijab yang dinamakan Turban ini tapi aku tetap pada pendirian aku ...

FESYEN TURBAN INI SANGAT TIDAK SESUAI DIGAYAKAN oleh para hijabers sekaliannnnn!

Kenapa aku berkata begitu?

Sebab secara terangan dan kita boleh nampak sendiri, fesyen turban ini langsung tidak menutupi bahagian dada kita! Jadi, di mana kata-kata yang mengatakan fesyen ini masih memenuhi apa yang disyariatkan oleh agama Islam? Boleh tunjuk kan dekat aku tak?

Paling sedih, semua cepat terpengaruh. Bila Yuna mula je dengan fesyen Turban ni, dah semua sibuk nak berturban jugakkkk!

Sana sini berturban macam " Hello, kau kena cuba ok fesyen Turban ni atau kau adalah orang yang ketinggalan zaman! "

Tak kisahlahkan kalau kau rasa, fesyen ni memang sesuai atau cantik untuk kau gayakan tapi kau sedar tak, apa tujuan kau memakai hijab sebenarnya?

Kau nak orang puji kau pakai cantik kebabom up-to-date ataupun kau nak tunduk kepadaNya?

Mana satu yang lebih penting dan yang sepatutnya kita buat? Cuba kau bagitahu aku ...

Fesyen Turban ni dah terang lagi nyata yang bahagian dada kau akan terdedah. Terbonjol bentuk nasi lemak kau yang aku tak tahu berapa harga sebenarnya tapi kenapa harus jugak digayakan fesyen berhijab begitu?

Kan lebih manis kalau kau gayakan fesyen hijab yang biasa kita tengok kan?

Fesyen hijab yang menutup dada, tutup bahagian muka, telinga, leher dan tidak jarang dan memang memenuhi cara pemakaian seorang muslimah. Betul?

Sekarang, kau pilih sendiri ...

Kau mahu cantik pada pandangan manusia atau kau mahu cantik pada pandanganNYA?
Mana yang lebih penting?

Fikirlah ...

Sekian. Masalamah! Muah!


October 22, 2011

Komuniti Malaysian Ladies Jeddah

Assalamualaikum.

Dulu ... masa datang sini, aku memang takde langsung kawan-kawan dari Malaysia. Baik lelaki atau perempuan. 

Bila dah setahun lebih duduk dekat Jeddah, barulah dapat sorang kawan baru. Perempuan. Kak Sofie. Itupun kebetulan suami dia satu tempat kerja dengan laki aku. Bila dah kenal Kak Sofie, rasa dah seronok sikit sebab dah ada kawan nak pergi picnic sama-sama.

Takdelah kerja aku pergi picnic berdua je dengan laki aku. =_=

Bukan tak suka picnic dengan suami sendiri tapi kau kena paham, bila picnic, dia sorang je dapat mandi. Aku? Tercangak-cangak cemburu tengok dia menikmati air laut. T___T

Bila dah ada Kak Sofie ni, sekurangnya, bila pergi picnic beramai-ramai, aku dah takdelah nak rasa cemburu tengok laki aku bercanda dengan air laut sebab sekurangnya, aku dah ada kawan nak borak-borak bercanda tepi pantai. Hehehe.

Dan kemudian, aku kenal dengan Kak Leha, Nor dan Majidah ...

Sekarang?

Lagilahhhhhhh seronok berkali ganda dan seperti mahu joget zapin ramai-ramai sebab baru je sampai Jeddah selepas puas beraya di Malaysia, aku di maklumkan bahawa di Jeddah dah ada komuniti Malaysian Ladies Jeddah yang sememangnya khas untuk kaum perempuan sahaja! Ooh la la la ...

Bukan 10 orang ahli je dalam komuniti tapi hampir mencecah 100 orang rakyat Malaysia! Oh yeahh! Oh yeahhh! Oh yeahhh!

Memang tak sangka sungguh, dapat dikumpul sebegitu ramai ahli komuniti. Paling pelik, memang tak pernah lah pulak aku terserempak dengan dorang ni.

Oh ya, ahli-ahli ni semua dari pelbagai peringkat umur. Paling muda mestilah anak-anak mereka yang masih kecil bayi dan untuk peringkat dewasa, ehem ehem ... umur kitew 26 tahun lah paling muda rasa bagi yang dah berkahwin lah. Hewhewhew.

Cuma sedih sebab kebanyakan yang sebaya kita ni, semua dah ada aksesori paling cantik dan terbaik di dunia iaitu anak sendiri tapi aku sorang je masih sendiri. =_=

Takpe. InshaAllah tahun depan mungkin kami bertiga. Doakan ok? #senyum

Dan bila dah dapat kumpulkan seramai mungkin ahli di Facebook, akhirnya buat kali pertama kami semua bertemu dalam satu majlis : Morning Coffee ke apa entah namanya. Aku pun lupa.

Majlis ni dianjurkan dan dibuat di rumah Kak June! Rumah Kak June cantik gila okayyy! Almaklumlah, rumah Kak June dekat compound. Kat sini kalau kau cakap kau duduk compound, confirm cantik dan kau adalah orang kaya. Hehehe.

Aku hampir-hampir tak jadi nak datang majlis ni atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan tapi kalau Allah SWT tu dah sebut 'Kun Fa Ya Kun', mesti ada punya rezeki kau.

Terima kasih pada laki tercinta sebab tolong susah payah curi keluar pejabat hanya kerana mahu menggembirakan hati isteri bertemu kawan-kawan baru. Muah sikit kat pipi! #bahagia

Baru pertama kali jumpa dengan kawan-kawan baru, aku sampai lambat. Masa sampai tu, orang tengah baca doa. Lain kali datang cepat sikit ya Puan NailahAzman? Hikhikhik.

Majlis semestinya dihostkan oleh tuan rumah iaitu Kak June sendiri. Lepas selesai baca doa tu, sesi memperkenalkan diri sorang demi sorang. 

Aku ni kalau bab kena bangun dan memperkenalkan diriiiii ... memanglah paling lemahhhh! Tapi demi nak mendapatkan kawan-kawan baru di Jeddah, aku rela ...

Selesai semua dah perkenalkan diri, acara apa lagi lah kan? Haruslah makannnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Makanan sangat banyakkkkkkk tak terkira. Ada catering dari Kak Ina dan juga ada setengah makanan tu, dorang bawak. Aku je datang lenggang kangkung. Hikhikhik.

Konon masa baru nampak makanan terhidang atas meja tu, konon semualah nak makan. Zaman sekarang kan, orang tamak selalu untung! Mana ada rugi dahhh.

Makanya bila acara makan tu, apa lagi kan? Nasi Impit dengan Kuah Kacang, Kuih Muih dan terutama sekali Rojak Buah! Ya Allah ... punyalah sedappppppp! Sampai aku sebat makan dua mangkuk. Sampai tak sempat nak risik dekat Kak June siapa yang bawak Rojak Buah tu. Menangis dapat makan Rojak Buah yang sedappppp! T____T

Masa acara makan tu lah sesi berkenalan dengan ahli-ahli komuniti yang lain. Yang daftar dalam komuniti dalam 86 orang tapi tak semua yang dapat hadir sebab ada yang punya komitmen dengan kerja dan ada juga yang tidak dapat hadir sebab takde transport. 

Tapi takpelah kan. InshaAllah perjumpaan kedua, mungkin yang tak dapat datang tu, kalau ada rezeki, mesti dapat datang dan jumpa kami yang lain ni.

Memang seronok betul bila ada komuniti macam ni. Sekurang-kurangnya, aku takdelah rasa kekurangan orang Malaysia dekat Jeddah ni lagi. Hehehe.






Majlis berakhir tengahari.

Dan berakhir dengan persahabatan yang terjalin. Paling gembira sebab aku sudah punya kawan-kawan baru yang sebaya dan sekepala.

Ina yang punya 'Dora' dan Ben10, Haidar dan baby Sorfina, Kak Ina dan anak-anak dia terutamanya Ahmad yang paling kecik, Sri dan juga baby dia, Kak June yang sangat-sangat baik hati, Kak Aty, Kak Linda, Kak Leha, Kak Paddy, Kak Noriah, Kak Shikin and the list go on ...

Alhamdulillah. Mereka semua sangat baik-baik dan peramah. Bersyukur sebab Allah SWT pertemukan kami semua dalam satu majlis yang sederhana tapiiii sangat-sangat meriah!
Apapun, sangat-sangat berterima kasih pada Kak June sebab Kak June lah yang mewujudkan komuniti Malaysian Ladies Jeddah di Facebook. Ni nak kena sayang Kak June lebih ni! Hehehe.

InshaAllah, jika panjang umur dan murah rezeki, akan ada majlis yang kedua.

Masalamah. Muah!

October 18, 2011

Wordless Wednesday ( 11 ) - Kenapalah Kau Handsome Sangat???


(T____________________________T)


Notakaki : Jangan cemburu ye Adik Lynn! Hikhikhik.

October 12, 2011

Wordless Wednesday ( 10 ) - Belajarlah Mencintai ...


Kempen 'Wear It Right' Kembali Lagi!


Assalamualaikum.

Entri kali ni adalah berkenaan kempen ' Wear It Right ' yang dibuat oleh Kak Anna : Budu dan Belacan!

Kalau sebelum ni Kak Anna dah lancarkan kempen yang pertamanya iaitu :



Di mana kempen sebelum ni adalah kempen memakai hijab dengan menutup di bahagian dada dengan sepenuhnya dan betul. 

Jangan mengadalah nak pakai tudung singkat-singkat nampak leher dan tetek bagai. Tutup je sudah! Labuhkan tudung kan jauh lebih baik sebab melabuhkan tudung lah yang sepatutnya yang WAJIB dibuat sebab itu adalah ciri-ciri pakaian muslimah yang mengikut syariat Islam. ;')

Korang dah ikut kempen sebelum ni ke belum? Dah pakai hijab dengan labuhkan dekat bahagian dada dah? Kalau dah, bagus, Alhamdulillah. 

Kalau yang belum tu, pergi tengok cermin dan usahalah sedarkan diri sikit supaya yang kita berpakaian dalam kehidupan seharian ini adalah untuk kita mendapat keredhaan Allah SWT dan bukannya untuk mendapat keredhaan dan pujian dari sesama manusia.

Itu semua hanya mainan makhluk bertanduk dua tu jeeeeee! Kau jangan ikut hasutan makhluk bertanduk dua tu kalau kau nak hidup sentiasa diberkati olehNya! ;')

Ok?

Sekarang ni, lepas dah kempen pakai hijab tutup bahagian dada, Kak Anna buat kempen yang kedua pulak iaitu labuhkan baju menutupi bontottttt!

Kau takyahlah buat-buat tak paham dengan fesyen sekarang yang ...aduhaiiiii ... berdarah mata aku tengokkkkkk! Kesian pun ada sebab sedih melihat kaum aku seakan leka dengan fesyen yang bersilih ganti sehingga melupakan tuntutan sebenar yang harus dibuat sepenuhnya oleh kita sebagai hambaNya. Kan?





Makanya wahai hijabster yang cantik-cantik dan vogue the vasssssss sekalian, marilah kita beringat lepas ni, pastikan sebelum keluar rumah, check bahagian belah belakang kita sama ada dah ditutupi dengan kain labuh ke tak.

Let say kau nak tuck in jugak baju ke bahagian dalam seluar atau skirt kau, apa kata kau pakai lagi satu lapis baju macam cardigan labuh ke untuk elak dari nampak bahagian bontot kau tu. Tak susahkan?

Takpun, nak lagi senang, lepas ni, setiap kali shopping baju baru, pastikan semua baju-baju baru kau tu labuh menutupi bahagian bontot dan pastikan longgar dan tidak seperti saiz budak tadika ye?

Pada yang masih belum memakai hijab tu, pun bolehhhhhh menyahut seruan kempen ni. Manalah tahu dari situ boleh membuatkan pintu hati engkau orang terbuka untuk menunaikan perintahNya yang satu ini.

Alasan belum sampai seru atau belum dapat hidayah lagi, DAH TAK BOLEH PAKAI ye??? Sebab hidayah itu semua, bukan datang bergolek pada kita tapi kita ni sendiri yang kena berusaha dan cari hidayah dari Allah SWT.

Semoga hidup kita sentiasa mendapat barakah dariNya! InshaAllah!

Jom PAKAI BAJU LABUH TUTUP BONTOTTTTTT!

Sekian. Masalamah. Muahhh!

Cerita Raya Di Malaysia - Hari-hari Terakhir Berada Di Malaysia

Assalamualaikum.

Lepas beberapa hari dah sibuk dengan kenduri kahwin Abang aku haritu, sepatutnya aku balik KL hari Isnin. Kenduri Abang aku buat hari Sabtu. Tapi terpaksa balik KL hari Selasa sebab aku baru tahu masa tu yang Emak aku amik cuti sampai seminggu semata untuk duduk rumah, borak-borak dengan aku. #terharu ;')

Jadinya, kami lakibini pun akur je lah. Tunda balik KL hari Selasa. Bila dah tunda ni, pastilah segala apa yang dirancang semua memang dah tak boleh pakai. Makanya, aktiviti KL yang telah dirancang awal lagi terpaksa dirombak. 

Balik KL hari Selasa, balik Jeddah hari Khamis minggu yang sama. Memang akan terjadi keadaan yang sangat kelam-kabuttttt! Nak jumpa semua kawan-kawan pun, pasti akan ada sorang dua yang tak dapat jumpa. T___T

Balik KL tu pun, aku menyempatkan diri singgah rumah Kak Ayu nak jumpa Mama dengan Papa. Sepatutnya aku singgah rumah dorang dekat Seremban tapi disebabkan Kak Ayu ada kerja luar dan takde siapa jaga anak-anak dia, makanya Mama dengan Papa lah terpaksa jaga. Lagipun, bukan orang lain. Cucu dorang sendiri jugak.

Nak cari rumah Kak Ayu tu pun boleh sesat-sesat sampai ke Putrajaya sebab baik aku ke, laki aku, kiteorang memang tak familiar sangat dengan kawasan kat area Puchong. Nasib baiklah jumpa setelah laki I buat muka hokayyyy! Dia buat muka sebab boring asyik sesat tak jumpa-jumpa rumah yang nak dipergiiii! Hehehe.

Balik dari Puchong, baru terus ke Taman Permata. Tidur rumah sepupu-sepupu aku yang gonjeng itu sebab malamnya, rumah Mertua salah sorang sepupu aku ada buat makan-makan. 

Alhamdulillah tidur rumah dorang sebabnya, selepas hampir 3 tahun laki aku nak 'tackle' si Damya demok ituuuu, bila dah tidur rumah tu, barulah dia nak main-main dengan laki aku. Kalau takkkkkkkk, sebelum ni, memang laki aku makan hati jelah tengok Damya demok dari jauhhhh! Hahaha.

Esok paginya, hari Rabu, seawal pagi dah gerak ke UiTM Shah Alam sebab aku nak amik sijil Ijazah aku. Almaklumlah, aku kan tak dapat konvo, makanya konvo dekat 'pejabat' Hal Ehwal Pelajar je lahhh! =_=

Lama tak lama jugaklah nak berurusan amik sijil tu. Kejap 'campak' suruh pergi 'Bendahari 6'. Bila dah pergi 'Bendahari 6', dorang 'campak' pulak pergi 'Bendahari 26' ke apa entah. Dengan turun naik tangga bukit lagi. Kau paham je lah kan kawasan UiTM Shah Alam ni macam mana.

Tapi kerana sijil Ijazah tu penting untuk aku amik, redha je lah. Bila dah dapat tu, memang sukalah kan tapi dalam masa yang sama, ada sedihnya jugak sebab aku lupa nak tunjuk dekat Mak aku masa kat airport haritu. T____T

Lepas dah selesai urusan dekat UiTM Shah Alam, terus kami lakibini berdesuppppppp ke Ampang balik sebab kawan baik laki aku nak buat simple birthday party untuk anak dia yang sulong dan debot ituuuuuuu! 

Kami lakibini sponsor KFC, manakala Ayin sponsor birthday cake. Pash pulak dok 'bertukang' dekat dapur buat bihun goreng putihhhh! 

Sedap kau bihun Pash masakkkkkkk! Aku sampai tamak tambah 3 KALI okayyyyyy! Punyalah menunjukkan aku kebulur masa tu. Even KFC ada sebelah aku pun, aku tak heran. Kahkahkah.






Ali nak potong kek! Dengan Baba & Ummi diaaaaa! Setahun dah budak ni. Dulu masa pertama kali kami jumpa, dia baru beberapa hari lahir kat dunia. Ni jumpa lagi, dah setahun pulak umur dia ditambah, Ali Ikram ni bakal jadi seorang Abang tak lama lagi memandangkan Pash tengah pregnant anak kedua.

Alhamdulillah, rezeki dorang murah. Semoga korang terus berbahagia hingga ke Syurgaaaa!  Semoga juga ikatan ukhwah ini kekal hingga ke akhirnya. InshaAllah. Muah! Muah!


Kredit Gambar : Curik dari FB Pash

Ali ni pandai posing. Nasib baiklah dia nak dengan kiteorang masa ni sebab Ummi dia cakap, budak debot ni memang takut dengan orang luar. Tapi dengan kiteorang, molek je dok main sama-sama. Macam anak cina kan budak ni? Hehehehe.

Anyway, terima kasih buat Ayin & Pash sebab bagi makan bihun sedappppppp & kek sedappppppp!!! Kek tu dari Secret recipe. Chocolate Indulgence. Selama ni kalau pergi SR, tak penahnya nak cuba kek lain. Mesti memanjang nak Banana Choc. Ni bila dah rasa Chocolate Indulgence, rasa sedap yang amat pulak! Hehehe. Alhamdulillah dengan rezeki dariNya pada haritu.

Lepas dah lepak dekat rumah dorang sampai Asar, kami lakibini terus berdesup balik Sri Pristana, Sungai Buloh pulak. Kalau malam sebelumnya tidur kat Taman Permata, hari berikutnya, tidur rumah Abang Ipar aku merangkap Abang laki aku pulak!

Balik rumah, mandi, solat, rehat-rehat. Badan memang penat jangan cakaplah. Tapi disebabkan memang dah tak banyak masa dah kat Malaysia, malam tu pulak, lepas Maghrib, kami berdesupppppp ke Shah Alam Seksyen 13. Lepak kedai Banjir ke apa entah nama kedai tu. Jumpa Wan, Sofia, Fadh, As dengan Zul.

Senang jumpa sekali harung sebab kalau nak pergi rumah satu-satu, memang tak larat dah. Dah kehabisan tenaga. =_=

Dorang ni antara the most best ever frienddddd! Sebab tu dorang dalam list kawan yang patut jumpaaa kalau balik Malaysia! Hehehe. Kalau tak jumpa, mesti semua merajuk nanti taknak kawan, taknak comolot. Kannnnn? Eh? :p




Kredit Gambar : Curik lagi tapi ni dari FB As & Zul

Anyway, sebelum tu, aku nak tanya, engkau orang rasa aku dengan budak ni, sama ke muka? Cuba tengok sikittttt ....


Kredit Gambar : Curik sekali lagi tapi dari FB Fadh

Alkisahnya, budak Fadh ni memanglah aku tak pernah jumpaaaaaaa. Sampai adalah satu hari tu, Wan bagitahu aku yang dia jumpa kembar aku. Bila tengok dari FB, pada aku, takdelah sama sangat. Tapiiii yang kroniknya tu, pernah je, kawan-kawan aku selamba pergi tegur si budak Fadh ni siap tanya " Ilah, Man mana? Kau balik sorang je ke? ". =_=

Kejadah pulak kan? Memang sahlah si budak Fadh ni tercengang-cengangggg! Kahkahkah.

Pada aku lah, bila dah jumpa Fadh ni, aku tak nafikan yang perangai dia memang macam aku. Muka pun kalau jumpa in person, memang ada sama. Most of it lah boleh kata, ada similarity dengan aku sampai satu tahap aku gelak sorang-sorang sebab bila aku tengok Fadh, dah rasa macam aku tengok diri sendiriii! Kahkahkah.

Cuma satu je perbezaannnnnn fizikal yang tak samaaaaaaa iaitu apa lagi kalau bukan dari segi ketinggiannnn! Budak Fadh ni kecik je orangnya. Sebab tu lah dalam gambar tu, aku tundukkan badan aku sebab itu je cara untuk buat aku nampak kecik dan kurussss! Boleh pakai tak tip aku ni? Lalalalalalala. #flipstudung

Malam tu, kiteorang lepak sampai pukul 1 pagi. Senang cerita, lepak sampai kedai tu tutup! Sampai siap kena tegur lagi dengan owner kedai kenapa kiteorang semeja macam riuh pulak borak tak reti nak balik rumahhh. Hewhewhew. =_=

As to end up the entry, the next day tu, hari mengingatkan diri yang kau kena balik Jeddah! Terima kasih daun keladi pada Emak & Abah dan tak lupa pada Ayah & Mak Lang juga sepupu-sepupuku yang gonjeng bersama anak-anak sedara gonjeng iaitu Damya BumBum, Ipan Kudut & Firas Apam sebab hantar kami kat airport. 

InshaAllah tahun depan, ada rezeki, panjang umur akan pulang ke Malaysia lagi!

Sekian. Masalamah! Muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...