August 25, 2011

26 Tahun


Assalamualaikum.

Dekat seminggu lebih dah tak update blog tapi masih ada juga yang sudi singgah dan jadi follower. Terima kasih banyak ikhlas dari hati buat korang yang sudi singgah dan baca blog yang tuannya yang main suka hati update ikut mood dan rasa. Huehuehue.

Alhamdulillah. 16 Ogos haritu, genaplah umur kitew 26 tahunnnnnnnnn! Eeeeeee ... masa berjalan sangat pantas kannnnn? Rasa macam baru je jadi birthday princess masa umur setahunnnnn tu. Kuikuikui. Tau-tau jeeee, hahhh .. amik kauuuuu! Dulu kecik comel, dan sekarang? Sudah gendut tapi tetap comel dan cantikkkk! Kahkahkah.

CikDara selalu bagi aku pantun : Gendang gendut tali kecapi, neklah gendut suka hati. Ke apa entah ayat dia yang belakang.

Tapi aku selalu balas, aku cakap : " Alaaaa gendut tapi comel dan cantik okayyyyy! ". Hahahaha. Aku siap suruh dia letak nama aku NailahAzman gendut tapi comel dan sangat cantik dekat nama aku masa dia pos Kek Lapis Sarawak yang aku kirim baru-baru ni. Huahuahua. Taktaulah dia letak betul ke tak or mungkin, aku syak dia cuma letak : Nailah Genduttt! Fineeeeeeeeeeeeeeee! T____T

Ok. Masa nak sambut birthday ni, as expected memang takde surprise ke apa ke. Tapi sebulan awal aku dah aim kek aiskrim Baskin Robbin yang aku nak untuk birthday aku. Kek tu color pink. Asal pergi Baskin Robbin je, aku mesti cakap kat laki aku : " Biebie, birthday I, I nak kek ni tauuuuu! Takmau kek lainnnn.". Hehehe. Bini tak malu memang macam ni. =____='

Tapi last-last, tak dapat jugak beli kek aiskrim pink tu. Cuma dapat beli yang coklat aiskrim ni je lah sebab masa pergi tu, kek aiskrim pink tu takde. Jadi redha je lah beli yang coklat. Coklat pun, coklat lahhhhhh! Janji sodappppppp!




Kalau tahun lepas, laki aku buat surprise. Belikan aku sejambak bunga ros. Siapa kata si Azman Kamarudin yang muka serius dan garang ittew tidak romantikkk? Dia romantik okayyyyy! Tapiiiii takdelah selalu. Kalau dia nak mintak 'cekodok' malam-malam dengan hari-hari penting macam tu lah baru dia terus bertukar jadi seorang yang sangat luar biasa romantiknyewwwwwww!

Tapi untuk tahun ni, takde dah bunga-bunga bagai ni sebab aku ni memang sangatlah kurang menggemari pemberian bunga ros. Sebabbbbb pada aku sangat membazir. Bukan tahan lama pun. Baru dua tiga hari rendam, dah terus layu di tasik madu. Takmauuuuuuu! Tak suka. Jadinya memang dah warning awal : " I takmau bunga okay! ". Heh.

Sebenarnya, walaupun takde bunga atau sebarang kejutan, tapi berbulan awal dari birthday aku, dia dah belikan aku macam-macam. Laki aku kan memang pemurah dengan bini dia. Dengan diri dia sendiri je, dia berkira. Dengan aku, semua jalannnnnnnnnnnn!

Hadiah birthday, dah berkurun dapat. Dah pakai dah pun. Tapiii ... errr ... takdelah nak tunjuk. Cukup sekadar aku dengan dia je tahu apa hadiahnya. Tapi paham je lah. Perempuan suka apa? Benda tu lah yang dia belikan untuk aku. Hehehe. 


Mok pun nak makan kek jugakkkk! Hehehe.

Terima kasih daun keladi Biebie, I tau you memang baik hati dan pemurah lagiiii, jadinya tahun depan, bagilah dekat bini lagi, dah namanya rezeki. Kan? Kan? Kannnnn?

Apapun, terima kasih untuk family dan kawan-kawan, baik yang terdekat di hati atau yang paling jauh di hati atas wish dekat FB dan juga Twitter. Jenuh jugak aku nak reply satu-satu. Dekat FB sampai dua hari aku amik masa untuk reply semua wish. Orang dah wish dan mengingati birthday kita, dah kira satu rahmat. Jadinya, haruslah kita berterima kasih. Ye dok?

Paling utama, mestilah nak ucapkan syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang olehNya untuk menghirup dan menikmati kehidupan di dunia ciptaanNya ini. Dan yang pasti, semakin bertambah umur ni, maknanya, semakin dekatlah kita dengan kematian. 

Semoga dengan bertambahnya umur, Allah SWT terus tetapkan iman dan hidayahku kepadaNya sehinggalah nyawaku ditarik olehNya kembali. InshaAllah.

Oh, dan Emak kitewww masih menjuarai carta orang yang pertama wish birthday kat kitewwww. Hehehehe. Sayang Emakkk! Muah! Muah!

Sekian. Masalamahhhh!

August 10, 2011

Peringatan Bersama : Penggunaan Kalimah Allah Dengan Betul


Assalamualaikum.

Dalam kehidupan seharian, mengucap kalimah-kalimah Allah SWT adalah sangat digalakkan bagi kita sebagai umat Islam sebagai tanda kita sentiasa mengingatiNya tidak kira masa, tempat atau apa keadaan sekali pun.

Antara kalimah-kalimah Allah SWT yang biasa kita ucapkan adalah seperti "MashaAllah", "SubhanAllah", " Astagfirullallah Al-Azim", "Nauzubillah" dan lain-lain lagi.

Tapi kau orang sedar tak, kadang-kadang, kita sendiri tidak pasti apakah dan tidak mahu ambil kisah sangat dengan maksudnya dan kita dengan yakin serta selamba menyebutnya dengan penuh yakin kalimah-kalimah tersebut tanpa kita sedari sama ada kalimah-kalimah yang kita ucapkan itu bersesuaian atau tidak dengan masa dan keadaan kita ketika itu.

Aku bagi contoh yang pertama iaitu kalimah "MashaAllah".

Pernahkah kita terfikir sama ada betul tak kita guna kalimah ini dengan masa dan keadaan yang tepat? Sebagai contoh, mungkin kita menyebut kalimah ini ketika kita berhadapan dengan suatu situasi yang tidak baik atau tidak elok seperti kita terlihat gambar-gambar atau benda yang kurang elok dilihat ataupun melihat perkara-perkara yang tidak elok.

Sedarkah kau orang bahawa sebenarnya, kalimah "MashaAllah" itu sendiri sebenarnya adalah bermaksud "Allah Yang Maha Agung" ?.

Kalimah "MashaAllah" ini sebenarnya adalah bersesuaian diucapkan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti bila kau orang ternampak bayi yang sangat super duper comel atau ketika kau orang dapat menjamah makanan yang super duper sedap sampai rasa nak menangis dapat makan makanan super sedap tu dan juga, ketika terbau wangi-wangian yang ... fuhhhhhh ... sampai kau orang boleh terbayang-bayang dan teringat-ingat lagi bau wangi tu.

Kau orang tahu bau wangian apa yang aku masih boleh ingat sampai sekarang??? #angkatkeningduakali

Tu ha ... bau wangian Kaabah!!! MashaAllah, kain hitam yang menutupi Kaabah tu, dia punya wangiiiiiiiiiiii ... Ya Allah sepanjang aku hidup selama dah 25 tahun ni, itulah yang paling wangi yang pernah aku cium. Masa dapat cium kain hitam Kaabah tu, memang ada satu perasaan yang sangat dalam dan rasa aku antara manusia di dalam berjuta-juta umat Islam yang ada di muka bumi ni dapat cium, pegang kain hitam Kaabah tu. Nikmat yang aku takkan dapat kat mana-mana. Alhamdulillah dengan rezeki yang satu itu.

Ok. Balik pada soal penggunaan kalimah "MashaAllah" tadi.

Pengunaan kalimah "MashaAllah" ini adalah untuk ketika berdepan dengan perkara yang baik-baik sahaja seperti yang aku dah nyatakan dekat perenggan atas tadi. ( Ni apehal dah macam buat karangan SPM ni? =_= )

Jadinya, jika berdepan dengan keadaan tidak elok atau kurang baik, kalimah "MashaAllah" adalah tidak sesuai sekali untuk kita gunakan tapi sebaliknya, haruslah kita lafaz "Astagfirullah Al-Azim" yang bermaksud : " Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah " ataupun juga boleh kita menyebut kalimah Allah SWT yang lain iaitu " Inalillah " yang bermaksud " Kepada Allah kita kembali. ".

Aku pernah terbaca entri di satu blog. Dia mengucapkan "SubhanAllah" ketika menceritakan perkara yang tidak elok. Sedangkan maksud kalimah " SubhanAllah " itu adalah " Maha Suci Allah ". Aku dah jadi tertanya-tanya sendiri : " Boleh eh cerita pasal benda lucah tapi menyebut Maha Suci Allah? Apakah? " . #lappeluh

Jadi sebagai umat Islam, tolong peka dengan penggunaan kalimah-kalimah Allah SWT yang sangat-sangat suci ini. Tolonglah pelihara kalimah-kalimah Allah SWT dengan baik dan tolong gunakan kalimah-kalimah Allah SWT pada keadaan yang sesuai dan betul.

Contoh-contoh penggunaan kalimah-kalimah Allah SWT yang lain adalah :
  1. " Allahuakbar " : " Allah Maha Besar " & " SubhanAllah " : " Maha Suci Allah ". - Digunakan ketika kagum terhadap sesuatu perkara atau keadaan.
  2.  " LailahaillAllah " : " Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ". - Digunakan ketika kita terkejut dengan sesuatu keadaan atau perkara.
  3. " Astagfirullahhalazim " : " Aku memohon keampunanMu Ya Allah ". - Digunakan ketika berhadapan dengan situasi kurang baik atau tidak baik, atau ketika kita menguap.
  4. " Inalillah " : " Kepada Allah kita kembali ". - Digunakan ketika menerima berita kematian seseorang, kasakitan atau kemalangan yang menimpa. Ketika ditimpa musibah sama ada besar atau kecil. Berlaku kehilangan atau sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.
  5. " Alhamdulillah " : " Segala puji bagi Allah ". - Digunakan ketika selepas sendawa, selepas bersin, ketika bangun tidur dan disebut setiap masa ketika ingin memuji Allah SWT ke atas nikmat dan rezeki yang diberi kepada kita.
  6. " Nauzubillahhi Min Zalik " : " Kami memohon perlindungan Allah daripada perkara itu ". - Digunakan ketika untuk memohon supaya dijauhkan oleh perkara yang tidak baik.

Sabda Nabi Muhammad SAW :

" Sentiasalah dan basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah. " ( Sahih At-Tirmizi 3/139 )

" Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah ( Al-Quran ) maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan pahalanya sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan 'Alif, Lam, Mim' itu satu huruf tetapi 'Alif' satu huruf, 'Lam' satu huruf dan 'Mim' satu huruf. " ( Sahih At-Tirmizi 3/9 )

Ucapan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah 4 iaitu :

" SubahanAllah, Alhamdulillah, LailahaillAllah, Allahuakbar ". Tiada masalah sekiranya kamu mulai dengan salah satu daripadanya dan ikuti dengan lainnya.  ( Muslim 3/1685 )

Sesungguhnya, perkara yang baik itu adalah semuanya dari Allah SWT dan yang salah itu adalah dari kesilapan diri kita sendiri. 

Sekian. Masalamah!

Persiapan Raya ( 1 ) - Tempah Thobe ( Baju Tradisional Orang Arab )


Assalamualaikum.

Malam Ramadhan ketiga haritu, selesai je solat Terawih, terus laki aku ajak tempah baju thobe untuk dia gayakan Hari Raya nanti. Kesian laki aku. Satu apa pun takde lagi untuk Raya. Yang aku ni, baju kurung siap dah ada 3 pasang lagi. 

Ingatkan nak belikan dia Baju Melayu, tempah dekat tailor tapi bila dia sendiri cakap, nanti dah balik Malaysia, baru dia nak beli, itu yang aku dok sakan tempah Baju Kurung sorang-sorang. Terima kasih kat Mak aku sebab dia yang tolong tukar hantarkan dekat tailor dan Baju-Baju Kurung aku dah siap pun. Inipun rasa macam nak beli lagi sebab aku takde Baju Kurung lagi untuk Majlis abang aku.

Entah berapa banyak Baju Kurung nak beli pun aku taktau. Nak cari Jubah Arab, macam susah sangat aku nak berkenan. Taktau kenapa. =_=

Ok.

Sebenarnya dah lama laki aku ni berkenan nak tempah  Thobe dekat Butik Lomar. Lomar ni salah satu designer top yang memang femes untuk thobe laki kat Arab Saudi ni.


 
 
 
Gambar amik dari internet. Tak kuasa nak amik masa pergi tu sbb orang tengah ramai.
Eh, korang mesti tertanya-tanyakan yang Thobe tu menatang apa? Hehehe. Thobe tu Jubah Putih panjang yang selalu korang tengok orang lelaki Arab pakai tu. Haaaa ... menda tu lah. Kat sini tak panggil Jubah. Panggil Thobe.


Alkisahnya, laki ni nekad nak pergi sebab dia ada dapat voucher SR100 dari SABB dia. Jadinya, dekat voucher tu ada senarai butik-butik yang boleh guna untuk tebus guna nilai tu. Salah satu dalam list tu, butik Lomar lah.

Aku yang suggest dekat dia suruh guna untuk beli Thobe dekat Lomar memandangkan, laki punya pe'el, kalau bab nak beli barang ke, baju ke yang mahal untuk dia, memanglah dia kedek nak mati. Cuba nak beli untuk aku? Takde pun nak mikir panjang.

Nipun tempah lepas aku dah paksa banyak kali. Asyik-asyik tanya aku : " Takpe ke Biebie tempah kat Lomar?  Mahal lah. ". Eeeee ... nak menyinga je aku rasa. Beli barang mahal untuk diri sendiri pun berkira. Sakit jiwa! #lappeluh

Masa pergi tu, memang ramaiiiiiiiii orang. Kat sini, kalau masuklah kedai bapak mahal mana sekalipun, orang punya ramaiiiii ... fuhhhhhhhh! Punya sibuk kalah dekat Pasar Borong. =_=
Masuk je butik, terus cari design yang laki aku nak. Sebelum datang sini, awal-awal lagi kiteorang dah check, design apa yang dorang ada. Then, laki aku berkenan satu design Thobe ni. Still simple. Jubah putih cuma dekat collar dengan hujung lengan tu, ada corak belang-belang.

Dah pilih nak warna corak belang-belang yang mana, terus laki aku cari SA. SA tu macam tak caya je laki aku ni ada duit nak beli. Siap mention harga lagi : " It is ..... Sir ".  Aku senyum je dok tengok SA tu sebut harga. Kuikuikui. Ingat laki aku sengkek ke hoiiiii??? Kalau takde duit, takdelah datangggggggg! Choiiiiii ...


 
Ruang menunggu. Dekat lorong ke belakang butik.

Dah pilih, kena tunggu turn pulak nak ukur saiz untuk laki aku. Aku dah lah masa datang ni selekeh-selekeh dengan telekung kat luar, Abaya dekat dalam, dengan stokin, dengan selipar, dah macam bibik pun ada, dah macam orang baru balik dari Umrah pun ada. Jadinya, ada je mata yang melilau dok nengok aku je. Heh.


 
 

Ni masa amik ukuran badan. Laki aku ni kecik tapi bahu lebar, leher macam kayu balak. Eh? #larikkkk

Yelah. Kalau beli Thobe yang dah siap tu, nak pilih saiz memang susah. Nak amik S, bahu tak muat, bila amik saiz M pulak, bahu ok je tapi itupun aku rasa macam tak muat jugak, labuh pulak masalah dengan bahagian lain yang boleh buat bila dia pakai nampak sangat gedoboh. Mana macho kan pakai Thobe gedoboh-gedoboh? Tapi kalau dah terpaksa, terpaksa jugak sebat je saiz S. Kesian sebab aku tahu dia kalau pakai jadi tak selesa dekat bahu dengan leher. Ketatttttttt je. =_=

Ni dah tempah ikut saiz ni, harap-harap bila dah siap nanti, puas hati lah! 

First time buat designer Thobe. Harapnya, hasilnya nanti sangatlah memuaskannnnnnnn! Kalau problem, nak pulang balik, suruh buat balik. Boleh tak macam tu? Erk.

Tempah dekat Lomar ni agak lama jugaklah nak nunggu siap. Nasib baiklah tergerak hati nak datang awal Ramadhan sebab bila bayar dekat cashier tu dan tanya bila Thobe siap, dorang cakap paling lama dalam 20 hari which mean dekat 3 minggu jugak. Flight balik Malaysia pulak, 25 Ogos. Aku doa siap sebelum tu. Kalau tak, memang lahhhhhhhhh .... ( sambung sendiri )

Ok. Sekarang persiapan raya untuk laki aku dah berjalan sikit. Thobe dah tempah. Tinggal balik Malaysia, cari Baju Melayu ikut warna Baju Kurung aku pulak. Kata lakibini kan. Pakaian kenalah sedondon. Hihihihi.

Sekian. Masalamah!


August 9, 2011

Wordless Wednesday ( 9 ) - Niqab Itu Bukan Satu Budaya Ya Wahai Pelakon-Pelakon Tahajjud Cinta!

Assalamualaikum.

Wordless Wednesday : On Wednesday, all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that photo itself says so much that it doesn't need any description.




Sekian. Masalamah.

August 8, 2011

Bila Suami Suka Ke Dapur ...


Assalamualaikum.

Dapat seorang suami yang suka dan pandai memasak adalah satu bonus untuk para isteri. Alhamdulillah sebab aku adalah salah seorang isteri yang dikira bertuah punya suami yang sangat-sangat tidak kekok bila berada di dapur.

Boleh kata, dia sebenarnya teror masak dari aku. Aku banyak belajar masak dari dia lah. Macam masak kari. Dulu aku memang tahap blur nak masak kari. Sampailah dia ajar aku satu per satu step nak masak kari tu macam mana dan sekaranggggg??? Aku dah master masak kari memandang dia ni memang hantu kari! 

Jadinya bila kerap  masak, kau automatik akan jadi teror dan masakan kau akan mesti jadi sedap punyalahhhh! Hehehe.

Laki aku ni, disebabkan dia memang suka masak dan sangat suka ke dapur, boleh kata, setiap hujung minggu tu, memang dia tolong aku masak. Takpun, dia je lah masak kat dapur seorang diri.

Sebabnya, kekadang, kalau sama-sama dekat dapur, mulut bisingggggg. Gaduh je. Kang dia buat macam ni, aku punya style lain, nanti dia sibuk je tanya kenapa macam ni? Kenapa tak macam tu? #lappeluh

Aku ni dahlah pantang kalau orang dok menyebok dengan kerja yang aku buat! Kang tak memasal ada pulak sesi baling pinggan, ketuk senduk kat dapur. =____=

Ni bulan Ramadhan ni, biasalah kan. Akan terjadi akan mengidam macam-macam makanan. Laki aku ni, biasanya, kalau dia nak kan sesuatu makanan tu, kalau dia taknak buat sendiri, dia request kat aku, then aku mestilah masakkan untuk dia.

Kalau dia terlebih rajin, dia yang akan sukarela masuk dapur, bertukang klentang klentung dekat dapur sorang-sorang.

Macam haritu, beberapa hari sebelum Ramadhan, dia teringin nak ayam panggang. Kau orang tahu macam mana dia boleh teringin nak ayam panggang?

Tu haaaaa ... alkisahnya, masa tu beli barang dapur kat Panda Hypermarket. Pe'el kiteorang, sebelum pergi bayar barang-barang dekat cashier, kiteorang mesti nak pergi dekat tempat barang-barang elektronik. Saja je menengok-nengok barang apa yang ada.

Jap lagi, bila dah habis tengok, lalu dekat tempat oven microwave. Dan dan tu lah, dekat kotak oven microwave tu ada gambar segeduk ayam panggang! Laki aku boleh pulak feeling-feeling tengok gambar ayam tu, then sengih-sengih panggil aku ...

Laki : " Ayang, biebie nak buat Ayam Pangganglah, boleh tak? " Sambil cakap dengan aku tu, mata dia dok tengok gambar ayam panggang dekat kotak oven tu.

Aku : " Bila nak buat? Harini? ".
Laki : " Yelah. Teringin. Biar Biebie yang buat. Ayang tengok-tengok je Biebie buat. "
Aku : " Suka hatilah lakiiiiiiii ... "

Terus laki aku jalan laju dengan semangat pergi bahagian jual ayam mentah. Sengih-sengih datang kat aku dapat beli ayam ... =____=

Balik rumah, terus masuk dapur, perap ayam semua, then bakar ...



Dan inilah hasilnya ...
Buat Ayam Panggang ni, tak susah pun. Kau orang campak-campak je bahan macam lada hitam, tomato, cili kering yang di blender tu, madu, bawang merah & putih and segala bahan lain yang korang rasa boleh campak. Kena kreatif bila masak ni. Tak semestinya kena sejibik sejiban ikut resipi. Pusing-pusing resipi pun takpe. Hasil tetap memberangsangkan!

Dah sudah teringin nak makan Ayam Panggang ni, waktu puasa Ramadhan ke 5 tu, dia mengidam nak Lamb Chop pulak! Dah sudahhhh ...

Kali ni jadi mengidam hanya keranaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... ?????

Masa tu nak pergi Lomar - Thoube Designer ( Nanti aku buat entri pasal ni. ). Nak buat thoube dia lah. Pergi pulak dekat branch Avenue Star tu. Sebelum nak sampai ke Lomar tu, mesti akan lalu SteakHouse. 

SteakHouse ni pulak memang port kiteorang makan kalau dia memang nak LambChop. Tapi kali ni, dia taknak makan dekat SteakHouse sebab dia tergerak hati nak buat HomeMade LambChop!

Dah bertahun duduk Jeddah, untuk pertama kali kiteorang beli daging lamb yang dah disiap potong-potong untuk buat LambChop. Satu bekas tu, harganya dalam 50 riyal. Adalah dalam 15 ketul. Kalau makan dekat SteakHouse, 5 ketul dalam 70 riyal. Berbaloi bukan buat sendiri? #angkatkening

Nak buat HomeMade LambChop ni lebih kurang sama dengan Ayam Panggang tadi. Cuma kali ni, kiteorang marinate dengan daun mint sekali dan juga letak habbatus sauda. 

Urusan memerap daging ni, kalau lagi lama kau orang perap, lagi sedappppppppppp!!! Nak bakar LambChop ni pun, tak lama. Dalam setengah jam je berbanding dengan panggang ayam.

Hasilnyaaaaaaaaaaaaa????

.
.
.
.
.
.
.
.


Sedap sehingga menjilat jariiiiiiiii!
Yang syoknya kalau buat sendiri ni, kau boleh makan dengan style macam orang kebulur which mean, kau boleh korek-korek, gigit-gigit daging lamb tu sampai licinnnnnnnnnnnnnnn! Tak payah nak malu if ada orang tengok ke apa sebab kau cuma makan dengan laki atau bini kau dan juga dengan seisi keluarga kau yang lain! Heh.

Lepas ni, aku taktau pulak, laki aku nak mengidam dan masak apa. Orang lelaki ni, kalau pe'el mengidam dah datang, kalah mengidam ibu yang mengandung tahu?

Apapun, selamat berbuka puasa dan selamat menunaikan solat terawih semuaaaaaa!

Sekian. Masalamah!

Tidak Teruja Untuk Balik Ke Malaysia Lagi ....

Assalamualaikum.

Tak macam tahun sebelumnya, sebulan sebelum tarikh tiket nak balik Malaysia, aku dah sibuk menghitung hari bagai, kira lagi berapa hari nak balik Malaysia ...

Tak macam tahun sebelumnya, bila dah nak balik Malaysia tu, mood nak shopping barang bagai memang sangatlah aku teruja. Rasa selagi tak balik tu lah, selagi tu nak bershopping. Ada sahaja barang yang mahu dibeli ...

Tak macam tahun sebelumnya, bila dah nak balik Malaysia tu, status aku dekat Facebook memanjang je status mengira lagi berapa hari nak balik ...

Tapi tahun ni, mana semua mood tu pergiiiiiiiiiiiii? #amektisukesatairmata

Bila laki ajak pergi shopping ...

Aku jawab : " Alaaa ... malaslah. Takde mood lah. Lain kali je lah eh? Hari lain ... "

Aku punya lain kali tu, sampai ke sudah, sampai ke harini, aku tak beli apa pun barang lagi. Apatah lagi barang-barang yang dikirim sanak saudara. =_=

Bila laki ajak pergi beli buah tangan macam kurma dengan kekacang dekat Souq ...

Aku jawab : " Taknaklah. Nak balik. Mengantuk. Nak rehat. "

Selalunya, kalau bulan Ramadhan ni, aktiviti ni semua bermula selepas selesai urusan solat Terawih di Masjid. Sebab bulan Ramadhan ni, tak perlu risau kedai akan tutup seawal jam 10 ke apa sebab kedai kebanyakannya pun beroperasi selepas selesai Terawih jugak dan berakhir pada waktu sahur nanti.

Sekarang ni, makin dekat nak balik, makin jadi sedih pulak. Pernah satu hari tu, aku nangis. Punyalah over menangis hanyalah kerana ...

.
.
.
.
.
.
.
.




Iye. Si Mok ni.

Balik nanti, dekat 4 minggu kena tinggalkan dia seorang diri dekat rumah. Kesian dia.

Dahlah dia ni manja berdengung. Tidur pun sama-sama atas katil dengan kiteorang. Kadang-kadang, bila nak makan pun, suruh duduk dekat dengan dia teman dia makan. Kadang-kadang juga, kalau masa gedik melampau dia datang, dia pandai mengiau mintak dukung nak tengok ke luar tingkap juga mintak nak keluar pergi 'memburu' dekat luar rumah. T_____T

Bukan taknak hantar dekat Vet suruh jaga ke apa tapi kena tahu ye, kucing yang memang tidak pernah dihantar ke Vet for hostel service, risiko untuk kucing jatuh sakit dan putus selera makan adalah sangat tinggi. Tak sampai hati bila pikir, misalannya kalau hantar dia ke hostel vet, bila nak amik dia balik nanti, dia kurus kering tidak bermaya. T_____T

Tambahan lagi, kos dekat sini sehari untuk Hostel Service adalah 50 riyal untuk sehari. Aku balik Malaysia, adalah dekat 30 hari. Jadinya, cuba kau orang amik kalkulator dan kira untuk aku berapa aku harus kena bayar semata untuk servis hostel tu? Menangis nak bayar. Kalau hantar dan amik, dia sihat dan makin gemuk, takpelah jugak. 

Kalau sakit dan kurus kering? Mahu menangis aku tengok Mok aku macam tu! Membazir dah duit aku yang kosnya sama dengan harga bag Coach sebijik. Ehhhh? #amektisulagi

Sejak nak balik ni, dari sebulan lepas lah, setiap masa baik aku ke laki aku, selalu cakap dan pesan macam-macam dekat dia ...

" Mok, Mummy dengan Papa balik Malaysia, Mok makan tau. Minum air. Nanti Mummy letak biskut Mok yang sedap tu banyak-banyak dalam bekas Mok okay? Air pun sama. "

" Mok, bila Mummy dengan Papa balik Malaysia, Mok jangan tunggu tau. Mummy dengan Papa balik lamaaaaaaaa. Berminggu-minggu. Tak payah tunggu depan pintu tau. "

" Mok, nanti Mummy dengan Papa balik, Mummy sediakan tempat tidur empuk untuk Mok, tempat Mok main-main, tempat Mok boleh panjat tengok dekat tingkap, bukak langsir bagi angin masuk. Ok?."

Dan macam-macam lagi pesanan lain ...

Walaupun dia hanya seekor kucing, percayalah bahawa jika kita selalu bercakap dengan binatang peliharaan kita, dia boleh paham apa yang kita cakap.

Sedih. Sedih. Sedihhhhhhhhhhh ... nanti rindu nak cium-cium, nak gomol-gomol, nak buli dia ... T_____T

Aku ni macam ginilah. Ini lah payahnya kalau bela kucing. Bila jadi keadaan macam ni, emosi aku jadi kacau bilau. Sesungguhnya aku memang pecinta kucing dan juga binatang lain. 

Aku percaya, semuanya inshaAllah akan jadi baik. Aku percaya Mok boleh hidup berdikari walaupun dia memang kucing yang manja berdengung dan aku ada Tuhan aku yang satu, Allah SWT yang sentiasa boleh melindungi dia sewaktu ketiadaan kami berdua nanti. InshaAllah.

Mok, you can do it!

Sekian. Masalamah!

August 7, 2011

Peritnya Putus Cinta ...


Assalamualaikum.

Aku harini aktif semacam dekat Burung Biru. Dari pagi sampailah ke malam sampailah ke saat aku sedang menaip untuk entri ini. Oh, aku sedang mengibarkan bendera Jepun ketika ini. Sebab itu sibuk menggalak berkicau di Burung Biru seharian suntuk. 'Cuti Khas' macam ni je lah yang dapat buat aku mengadap laptop tanpa henti. Kalau tak, jangan harap! Heh.

Berkicau malam ni di Burung Biru adalah sangat seronok. Macam-macam perkara yang dibualkan. Walaupun memang ramai di antara mereka yang aku belum pernah jumpa tapi dunia maya mengatasi segalanya! 

Tengah syok berkicau, tiba-tiba boleh pulak bercerita tentang perasaan bila putus cinta dengan seorang pemilik blog yang ... errr ... Ok. Pada aku, dia seorang blogger yang penuh ilmu. Aku hormat dengan ilmu yang dia ada. Pasal agama, sains dan juga tentang kehidupan. Walaupun dia masih muda tapi pengalaman dia pada aku cukup luas dan sangat cantik diterjemahkan pada setiap entri dia diblog.

Simpati sungguh aku pada dia bila dia menyatakan yang dia baru sahaja kecundang dengan cinta yang sudah dibaja selama 6 tahun! 

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Sakitnya jiwa sebab aku pernah berada di tempat yang dia berada sekarang ini.

Cuma aku kecundang dengan cinta yang aku sudah bajai selama 7 tahun! 7 tahun okay! Bukan 7 hari, 7 minggu atau 7 bulan sekalipun tapi ini cinta yang berusia selama 7 tahun. Cinta yang dibaja sejak aku dari sekolah menengah lagi sampailah aku sambung belajar hingga ke peringkat Diploma. ( Ok. Padan muka aku sebab siapa suruh bercinta masa masih  mentah budak sekolah lagi kan? =_=' )

Siapa yang bercinta lama macam tu, bila terputus dan hubungan tu hancur berkecai dan tak boleh nak diselamatkan akan rasa seperti orang bodoh dan seakan membuang masa! Seriussssssssssss!

Paling perit dan pedih, mestilah bila dah putus tu, nak buang dan padam segala kenangan atau memori daun pisang blablablabla adalah sangat perit dan sangat susah dan sangat-sangat mengambil masa yang lama untuk kita betul-betul buang dia dari hati dan seterusnya dari hidup kita.

Aku dulu dekat dua tahun jugaklah cuba merawat bahagian hati yang dah dirosakkan, dirobekkan dengan sesuka hati. Tambah pula, nak terima orang lain, jadi ragu-ragu dan seterusnya takut dikecewakan sekali lagi. Serik tau tak? ( Fuhhhh ... aku tak harap dia baca blog aku. Kalau dia baca pun .. errr ... errr ... )

Tapi kan, kita sebagai umat Islam dan hamba kepadaNya, kita harus terima Qada' dan Qadar dan percaya bahawa setiap jodoh kita sudah ditetapkan olehNya. Kan?

Sesungguhnya benar bahawa perancangan Allah SWT itu adalah jauh lebih baik dari perancangan kita sebagai manusia. Sesungguhnya, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk kita. DIA memang Maha Mengetahui segalanya bukan sahaja dari segi alam semesta tapi juga setiap perjalanan hidup hambaNya.

Alhamdulillah, akhirnya, segalanya kesakitan yang aku rasa diberikan kebahagiaan yang aku doa akan berakhir hingga ke Syurga. 

Bertemu dengan lelaki yang akhirnya menjadi suami pada usia aku yang masih muda adalah di luar jangkaan aku sendiri. Aku menjadi sangat positif bila berada bersamanya. Ehemmmmmmmmmm.

Dan, kata-kata " Lepaskanlah orang yang kau cintai jika dia lebih bahagia bersama orang lain " adalah benar belaka kerana hingga saat ini, ketika ini, kebahagiaan yang diberikan olehNya adalah sangat nikmat rasanya. 

Doa aku buat teman atau 'adik' itu ...

Semoga kau cepat sembuh dari kelukaan yang kau alami sekarang ini. Biarlah kau menangis sekarang dan tidak menangis di kemudian hari. Aku berharap, mimpi kau untuk bersama gadis dan tinggal di bumi padang pasir ini akan dimakbulkan olehNya. InshaAllah.

Buat yang sedang dan masih asyik dibuai angin cinta, jangan terlalu leka. Terutama kaum sejenis aku. Jangan kerana cinta, kau bagi segalanya. Jangan kerana cinta kau pada manusia, kau membelakangkan cinta kau pada Yang Esa.

Dan tak lupa pada yang cinta pada kaum sejenis, jika pegangan hidup kau adalah agama Islam dan Tuhan kau adalah Allah SWT Yang Satu, kembalilah ke pangkal jalan. Sesungguhnya cinta sebegitu adalah dilaknat dan sangat dimurkai olehNya. Semoga kau diberikan hidayah dan kembali kepada jalanNya. InshaAllah. 

Sekian. Masalamah.

August 1, 2011

Tahun Kedua Berpuasa Di Negara Orang


Assalamualaikum.

Saat ini tengah telan air liur baca menu berbuka kawan-kawan di garisan masa Burung Biru. Menu berbuka masing-masing semua cukup buat aku jadi lapar semacam dan haus semacam dan terus rasa nak demam. Saat ini lagi 4 jam harus aku tunggu sebelum giliran aku pula untuk berbuka di Jeddah ni ha.

Alhamdulillah.

Bulan Ramadhan kali ni adalah tahun kedua aku dapat berpuasa bersama seorang laki bergelar suami. Ehem. Selain tu, bulan Ramadhan kali ni jugak adalah tahun kedua kami bersama berpuasa di negara orang. 

Syukur sebab kami diberi peluang untuk terus bertemu dengan bulan yang lebih baik dari 1000 bulan ini. Impian Ramadhan kali ni, nak berbuka dan berterawih di MasjidilHaram sebelum pulang ke Malaysia dan berbuka bersama keluarga yang lain. InshaAllah.

Semalam, waktu siang, lakibini berkira-kira nak terawih di Masjid mana. Kat sini, semua Masjid baik kecik ke besar ke, kalau waktu solat mesti penuh tak kira waktu. Cuma, tak semua Masjid rasanya ada ruang solah untuk kaum wanita.

Jadinya, bincang punya bincang, decided berterawih di Masjid dekat rumah lama. Dekat area Al-Shatee. Imam kat situ best bacaannya. Syahdu. Tapi aku rasa, kat sini, semua Imam bacaannya syahdu. Rasa macam automatik kau boleh paham apa makna ayat yang Imam tu baca dan buat kau rasa sangat kerdil dan menitis air mata. Serius jadi insaf tahu? =_='

Pergi Masjid memang awal gila. Semangat okay! 

Dekat sini, waktu Ramadhan, ada Masjid yang azan Isyak on time. Ada pulak Masjid, yang azan Isyaknya dilewatkan satu jam sebab menurut mereka, nak bagi ruang antara waktu lepas Maghrib tu lebih panjang dan boleh buat solat sunat atau mengaji atau berzikir kepadaNya. Wallahualam.

Masjid yang aku pergi ni, azan on time. Aku orang first sampai. Memang ruang solah perempuan kosong lagi. Masjid ni walaupun tak berapa besar tapi bestlah. Ruang solah perempuan pun dua tingkat. Aku biasanya solat tingkat atas. Tingkat bawah biasanya untuk Makcik-Makcik yang dah tua dan tak larat nak naik tangga. Jadinya, tingkat atas penuh dengan budak-budak muda macam aku. Eh?

Bila dah penuh, muka-muka yang datang Terawih untuk tahun ni, aku tengok semuanya muka baru. Muka yang aku jumpa tahun lepas, takde sorang pun aku jumpa lagi tahun ni. Terutamanya yang bibik-bibik ni. Bibik-bibik yang aku kenal semalam semua bibik-bibik baru. 

Saf pun tak penuh. Selalunya penuh sampai belakang. Tapi semalam, rasanya tak sampai 10 orang budak-budak muda yang berterawih. Mungkin agaknya awal Ramadhan.Berbeza dengan ruang solat tingkat bawah. Penuhhh je dengan Makcik-Makcik. Ada yang dah uzur sangat-sangat pun gigih datang berterawih dekat Masjid! Aku pulak jadi segan. =_='

Terawih dekat  Masjid ni, Imam biasanya memang buat 8 rakaat. Kalau masuk Solat Sunat Witir, jadinya 10 rakaat. Lepas tu, 1 malam, 1 juzuk Imam akan baca masa Terawih. Kiranya, habis Ramadhan, habis satu Quran dibaca untuk Terawih. Suka!

Kat sini, biasanya, kalau Terawih, ada yang pegang Quran ikut Imam baca waktu solat. Agak-agak kalau buat macam tu dekat Malaysia, apa pandangan orang ek? Silap-silap, ada orang tegur : " Ehhh, mana boleh masa solat pegang Quran! Tak sah tau solat awak!". Haih. =_=

Jangan macam itu ye kawan-kawan, adik-adik. Tak salah pun kalau korang nampak orang buat macam tu. Jangan memandai tetiba, korang nampak orang pegang Quran masa solat Terawih, korang mulalah keluar dalil dan hadis macam-macam yang entah betul sahih ke tidak.

Macam pahala-pahala pasal solat Terawih tu. Benda tu semua sebenarnya sengaja diada-adakan. Tak sahih pun benda tu. Memang tidak ada dalam kitab, tidak ada dari sumber apa sekalipun. 

Jadinya, sebab tu lah, sebagai orang Islam, sebelum kita nak cakap atau sampaikan sesuatu hadis atau dalil apa sekalipun, pastikan sumber dia betul dan memang sahih dan bukan palsu. 

Yelah, zaman sekarang ni, pantanggggg! Semua sikit-sikit nak guna dalil lah, hadis lah. Lagi-lagi kalau bab nak menasihatkan orang. Macam-macam hadis yang keluar nanti. Padahal, ada je hadis yang dibagi tu adalah hadis palsu semata. 

Jadinya, berhati-hatilah. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni. Siasat dulu sebelum guna. Ok?

Sekarang dah nak pukul 4 petang. Sekejap lagi, azan Asar akan berkemandang di Jeddah. Biasanya, bulan Ramadhan ni, lepas je selesai solat Asar, baru aku sibuk bertukang siapkan makanan untuk berbuka.

Menu untuk harini : Sup Ketam, Sambal Belacan, Ulaman, Ikan Kering, Kuih Pau Goreng, Kuih Cucur Badak, Samosa dan Air Laici.

Meriah kan? Menu macam untuk makan 5 orang. Padahal kami berdua je. Eh, tak. Bertiga termasuk Mok. Jangan tak tahu, Mok jugak bangun bersahur pukul 3 pagi. Terkebil-kebil mata dia tercongok dekat dapur mintak makanan dia masa aku sibuk siapkan makanan untuk Azman. Comel je.

Selamat menunaikan puasa untuk hari seterusnya kawan-kawan. Jangan lupa berterawih dan jangan lupa juga belajar mengawal nafsu di bulan Ramadhan ni. Walaupun Syaitan semua diikat tapi nafsu diri itu masih ada. Jadi, belajar untuk mengawal nafsu dengan sebaik mungkin.

Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna! Rebutlah pahala dan segala kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini sebab kite belum tentu lagi dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadhan akan datang.

Sekian. Masalamah!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...