February 28, 2011

Setahun Sudah Di Jeddah : Apa Yang Aku Suka Dengan Kehidupan Aku Di Negera Padang Pasir Ini.

Assalamualaikum.

Tadi lepas makan tengahari, laki aku tetiba bersuara : " Sekejap je dah masuk bulan Mac. Dah setahun rupanya U dekat Jeddah kan? ". Eyh? Aku dah blur blur sengal alam je masa tu. Sebab aku rasa macam bulan Februari ni panjang lagi tapi rupanya dok. Harini hari terakhir untuk bulan Februari tahun 2011.

Kejap je kan masa berjalan?

Aku ingat lagi sebulan sebelum nak datang sini. Memacam dugaan dan halangan yang terpaksa ditempuhi. Dari hal nak buat Visa sampailah bila dah real sampai Jeddah. Memang menduga sungguh.

Dulu masa nak tunggu Visa, punyalah boring aku tunggu. Dah lah masa tu aku baru lepas habis degree aku. So, lebih banyak menghabiskan masa kat rumah. Itupun duduk melanguk dekat rumah sebab aku memang tak ramai kawan dekat Pasir Gudang ni. Memang boleh kira dengan jari.

Kawan yang selalu aku angkut masa tu tak lain tak bukan, mestilah kawan-buat-kerja-jahat ; Han. Hikhikhik. Itupun bukan setiap hari boleh jumpa dia sebab dia kerja. Lainlah aku. Duduk rumah sepanjang masa. =_=

Masa awal-awal duduk rumah tu, memang syoklah. Sebab tak perlu susah payah BANGUN PAGI nak siap pergi kerja macam kawan lain. Aku hanya duduk kat rumah. Buat kerja rumah apa yang patut. Sampai satu keadaan, aku jadi MUAK NAK MUNTAH dan dari situ, setiap hari, kalau laki aku call dari Jeddah, mesti aku sibuk tanya : " Bila Visa nak siap ni Bie? Boringlah!".

Nasib baiklah laki aku tu jenis sabar dengan karenah bini sendiri yang kadangkala buat dia jadi rasa TAK KUASA NAK LAYAN. Kahkahkah.

Bila segala proses nak buat Visa dah siap dari Saudi, barulah aku boleh mula buat proses kat Malaysia pulak. Apa? Kau ingat senang ke NAK MASUK SAUDI? Banyak gila DEMAND. Macam-macam dokumen nak kena ada, nak kena buat, nak kena apply, nak kena approve. Serius tak tipu. T_T

Memula of course lah kan. Medical check up kena buat. Duit beratus dah habis ni. Mana taknya. Buat medical check up untuk Visa ke Saudi ni bukan setakat seratus plus ke, dua rat ke, tapi dekat lima rat okeiiii! 500 untuk buat Medical Check Up sahaja. =_=

Aku ingat lagi, masa tu aku kat JB. Bila dah kena buat Medical Check Up tu, tengaharinya, aku terus pegi ke Hospital Pakar Puteri JB. Dah lah nak buat Medical Check Up ni tak boleh pegi buat sebarangan hospital. Saudi Embassy awal-awal lagi dah siap bagi senarai hospital mana yang boleh pergi bagi setiap negeri. Banyak songeh kau!

Bila dah pegi Pakar Puteri, orang ramai satu hal. Dah penat beratur, naik turun lif, tiba time nak check darah, nurse tu terus cakap kat aku : " Dik, result ni semua boleh dapat 2minggu tau dik. Sebab result ni nak kena hantar KL dulu, then baru pos ke sini."

Derghhhhhhhh! Kenapalah seawal tadi taknak cakap? Dah aku susah payah pegi kaunter sana sini, baru nak cakap? Aku dah lah nak dapat result secepat mungkin. =_= .

Nak taknak, petang tu jugak aku terus gerak turun Shah Alam. Lepak rumah sewa adik-adik kesayangan aku. 

Dahlah seminggu sebelum tu aku memang dah turun KL sebab nak setelkan certain borang kat Embassy Saudi Jalan Ampang. Itu jangan cakaplah. Nak setelkan borang memang menduga. Dah elok nak submit kat kaunter, kakak kat kaunter tu tetibe boleh baru nak bagitahu : " Dik, sijil nikah ni awak kena translate in Arabic ye dik. Adik pegi kat Pusat Alih Bahasa dekat area Wangsa Maju.".

Perghhhhh! Angin jugak lah aku. Nasib baik bila pergi tempat nak translate tu, office still bukak. Even dah bukak pun, aku tak boleh dapat masa tu jugak sebab ambil masa. Last, aku suruh dorang post ke rumah je Sijil Nikah aku yang dah translate tu. Terpaksa. =_=

Bila dah setel yang tu, ni kena pulak turun KL lagi sebab nak buat Medical Check Up kat area KL or Shah Alam. At first, aku call dulu semua hospital swasta yang ada dalam list. Sebab aku nak check, which hospital yang boleh siapkan dalam masa terdekat.

Call punya call, dapat. Dekat Prince Court. Aku dah cuak dah. Yelah. Kalau sebut Prince Court, automatik kau mesti assume harga beriban. Telan air liur pulak nak bayar. Tapi harga sama. Dalam 500 rat je and dalam masa 3 hari, report dah boleh dapat. Kira dah cantiklah kan? Tapi ...

Bila call pagi, tengahari tu, nurse dari Prince Court call aku balik, bagitau dorang tak boleh pulak nak siapkan in 3 days sebab ada guest VIP mana ntah. Aku pun dah tak ingat sebab dah lama sangat.

Sudahnya?

Aku buat kat Ampang Puteri Specialist je. Jauh kauuuu! DARI SHAH ALAM KE AMPANG! Giloooo. Tapi sebab nak cepat, tak kesah lah kan. Kata aku pulak bawak kete buatan Malaysia tapi like PAKAI ENJIN TURBO KUDA MERAH kan? Kekekeke. So, tak jadi hal lah.

Settle pasal Medical Check Up, kena pegi Embassy balik. Submit borang, sijil nikah dah ditranslate tu and medical check up. Nak submit untuk proses terakhir tu pun, MENDUGA kesabaran aku jugak.

Mana taknya. Kau bayangkan, embassy Saudi kat Jalan Ampang tu. Bukak office pukul 9 pagi. Pukul 12 tengahari tutup kejap sebab lunch. Then bukak balik pukul 2 petang, TUTUP OFFICE PUKUL 3 PETANG!

Derghhhhhh! Memang mintak kena maki dengan aku lah kan? Kau bukak office lambat, lepas tu, kau tutup office cepat! Apakah? =_=

Aku submit pagi. Jadinya, aku diarahkan amik Visa petangnya. So, kena ikutlah. Sebab dorang buat macam tu.

Nasib baik masa tu, ada peneman setia merangkap CIA tak rasmi laki aku. Siapa lagi kalau bukan Wan. Dia memang banyak berjasa lah demi bini kesayangan abang dia. Kahkahkah. ( Terima kasih Wan. Sayang kamu. )

Tapi ... bila dah dapat Visa tu, memang sengih kerang busuk je lah aku sebab eksaited kan nak jumpa laki. Kata dah lama tak jumpa. Dah lama tak romen. Mestilah eksaited. Kahkahkah.

Bila dah dapat Visa tu, aku terus cabut balik JB semula sebab flight aku ke Jeddah kalau aku tak silap, 2, 3 hari lagi. Balik rumah, dah kelam kabut nak packing segala barang. Barang tu jangan cakaplah. Banyak gila kot stock aku bawak dari Malaysia. Kata nak jadi perantau kan. Makanan negara sendiri tak dilupakan. Hehehe.

Masa nak fly datang sini, memang ramai lah hantar aku kat airport. Meriah! Family dari JB ikut hantar especially mak aku lah. Dia paling semangat dan dalam masa yang sama, dia dah sedih dulu sebab nak jauh dengan anak kesayangan. Kehkehkeh.

Dekat airport lak, abang ipar aku datang dengan wife dia. Adik ipar aku pun datang jap. Memang sedih gak lah. Tapi aku steady je lagi sebab dalam kepala aku, aku balik Malaysia lagi nanti. Bukan TAK BALIK TERUS. Hahahaha.

Sepanjang 9jam dalam flight nak sampai Jeddah, memang seksa lah sebab AKU SORANG. Nasib baiklah aku dah ada pengalaman balik Malaysia sengsorang DARI DUBAI dulu. Laki aku, seawal lagi dah warning : " Dalam flight, jangan nak peramah sangat.". Kahkahkah. Takutlah tuuuuuuu! 0_o

Bila dah sampai Jeddah, aku teruja gila. Bukan teruja jumpa laki pun masa tu. Teruja sebab tak sabar nak explore and stay kat tempat orang. Hehehe. 

Now, sedar tak sedar. Dah setahun rupanya aku kat sini. Meh aku bagitahu korang, beberapa perkara yang aku suka dengan kehidupan aku kat Jeddah ni bila dah setahun aku duduk sini :


Makkah Al-Mukaramah & Madinah Al-Munawarah




Dua tempat ni memang buat aku jadi tak keruan bila aku baru sampai Jeddah. First time masa aku dapat tengok Kaabah tukan, alahaiiii ... susah weiiii nak explain kat korang! Rasa syahdu semacam. Rasa tak percaya dengan apa yang aku tengok masa tu. Like rasa macam nak PELANGKUNG DIRI SENDIRI pun ada. Miracle. 

Aku memang bersyukur lah sebab aku dapat buat Umrah waktu aku muda camni. Memang tak pernah terpikir or terlintas pun aku akan sampai seawal mungkin. Plus dengan laki pulak tu. Memang sujud syukur lah.

Kalau siapa yang dah buat Umrah, dorang pahamlah apa yang aku rasa. Kalau korang nak rasa apa aku rasa, meh lah datang sini. Kalau rasa macam lambat lagi nak datang untuk buat Haji, korang datang lah buat Umrah. Dari duit membazir pergi tempat yang entah pape, baiklah korang simpan buat datang sini. Korang takkan rasa rugi sikit pun! Hehehe.

Oh! Dari rumah aku kat Jeddah nak ke Makkah, tak jauh mana pun. Ikut highway dan kalau tak jammed, less than hour dah sampai. Kalau dari Jeddah nak ke Madinah je lama. Almost 3 hour. Like travel dari KL ke Johor je. 

Cuma, bila dah dekat nak pegi buat Umrah atau pegi Madinah ni. Aku paling tak suka atau tak gemar bila balik Malaysia, orang mesti dok tanya : " Dah berapa kali pergi buat Umrah?'. =_=

Derghhhh! Tak penting pun okeiii kalau dah banyak kali ke, sikit kali ke, janji hati tu ikhlas nak buat ibadah. Penting ke nak kira berapa kali nak buat ibadah Umrah tu semua? PENTING KE

Tak paham betul dengan soalan yang macam tu. Tak terjawab aku. Tapi selalunya aku ke laki aku ke, lebih suka bagi jawapan : " Entah, tak pernah nak kira lak berapa kali. ". Tapi memang betul lah. Tak terlintas nak kira berapa kali. Yang kami lakibini tau, nak pegi je. Takde soal nak kira mengira ni. Takde dalam kamus kehidupan. =_=


Semua Restoran & Makanan, Dijamin Halal

Duduk sini memang heaven! Kau tak payah susah-susah nak kaji ke nak kepoh-kepoh ke, makanan tu atau restoran yang kau nak datang lepak tu halal ke tak. Sebab kat sini, SEMUANYA HALAL.

Tak payah cakap DAGING BABI lah. Jangankan daging babi, ARAK pun TAK BOLEH BAWAK MASUK. Kau berani lah nak bawak. Kau cuba. Kau TENGOK APA JADI. Sila. Sila. Aku tak larang. Yang penting, aku taknak bertanggungjawab. Kekekeke.

Macam restoran Chillies ke, TGI Friday ke atau seangkatannya kat sini, kau tak payah risau lah like takut ke, atau tak confident dengan steak yang takut diperam dengan arak. A big NO ok. Sini memang halal. Lainlah kat Malaysia. Main suka hati je nak peram daging steak tu dengan arak. Lepas tu, aku tengok, yang penuh restoran macam tu bukan orang agama kafir, tapi AGAMA ISLAM

Tak paham. Tak paham. Kenapa sekarang orang suka amik mudah dan tak penah nak amik tau makanan tu halal ke haram? =_=


Weekend For Family

Hehehe. Aku suka slogan yang dorang guna ni. WEEKEND is FOR FAMILY

Kat sini, weekend bukan hari Sabtu dengan Ahad ye kengkawan. Tapi hari Khamis dengan Jumaat. Kenapa? Itu pikir sendiri. Kalau kau bijak pandai, kau mesti jumpa jawapannya. 0_o

Time dah nak weekend esoknya, i mean hari Rabu, korang boleh nampak, kat tepi pantai atau kat mana sekalipun selagi kau rasa KAU BOLEH PICNIC, kau akan tengok RAMAI GILA ORANG. Best. Dorang bentang tikar, buat babi beratur, lepak minum teh ke kopi ke sambil chill dengan satu family sampai ke pagi. Best dowh!

Serius AKU JELES sebab kami tak dapat buat macam tu sebab takkan nak berdua je kot? Celah mana nak chillnye tu? Hukhukhuk. Kena reramai baru best. Pastu kena cari yang sekepala boleh lepak borak sambil bakar ayam, daging, seafood semua tu. 

Selain picnic, selalunya, time weekend ni lah, yang lelaki bujang and bujang terlajak, DILARANG SAMA SEKALI untuk masuk any SHOPPING MALL okeiii? Tak leh! Jangan mimpi! Sebab weekend, shopping mall memang khas untuk perempuan atau lelaki yang bawak family sahaja. 

Apa? Orang merendek? 

Mana ada weih! Kat sini takde. Kau berani lah nak buat kalau kau nak kena tangkap! Sila lah. Tak siapa nak halang. Heh!


Musim Sale Yang Menggila!

=_= . Aku memang kalah duduk sini setiap kali sale. 

Kalau musim sale datang, aku akan jadi manusia paling CEPAT TERPENGARUH dengan tag sale yang ditepek sesuka hati dalam mall. Jangan ingat aku sorang je, laki aku pun sama okeiii. ( Lakiiiiii, kamu jangan nak deny okeiiii! )

Aku kalau sale brand biasa tu, aku boleh agak tak heran lah. Tapi kalau brand yang MEMANG MAHAL NAK MAMPOS kat Malaysia tapi kat sini boleh sale sampai 70%, kau rasa, KAU BOLEH JADI GILA TAK MACAM AKU? Cakap? Cakap? Mengaku sikit dengan aku. Aku nak dengar!

Brand paling cikai lah aku bagi. Brand La Senza. Kalau dah sale, perghhhhhh! Spende yang beratus pun boleh jatuh jadi dalam 12 hengget tau! KAU TAK TERGODA ke?

Tapi aku takdelah nak pakai spende La Senza sebab aku sedar diri. Spende La Senza ni sesuai untuk orang cutting macam Kim Kardashian tu. Aku ni mana ada body macam tu. Aku body diri sendiri je. Kahkahkah.

Kalau La Senza sale, biasanya, aku borong baju tidur je. Borong pyjamas. Takpun borong seluar tidur. Murah doh. Seluar tidur paling murah aku penah beli masa sale was around 29 riyal which is around 25 hengget! TAK MURAH KE? TAK MURAH KE? =_=

Itu baru La Senza. Belum lagi aku cerita sale dekat 9West. Itu lagilah. Sampai aku kalau janji taknak beli kasut lagi pun, boleh sampai TERLAJAK BELI BOOTS BERPASANG-PASANG! Haih. 

Memang menguji keimanan dan kesabaran duit dalam PURSE LAKI aku je kan? Kahkahkah.

Ok. Cukup. Taknak bagi senarai banyak-banyak. Ini pun dah cukup panjang.

Apapun, pada aku, Malaysia dengan Jeddah atau Saudi sekalipun, takde jauh beza sangat. Kalau dari segi cuaca tu, mungkin lah kot sebab kat sini, AT LEAST, ada musim sejuk walaupun takde salji. Seronok. Aku memang suka sejuk-sejuk ni. Feveret atau bahasa kasar, TAK SEDAR DIRI ADA PENYAKIT SEMPUT. Kahkahkah. =_=

Yang penting, aku harini bukan je cukup setahun duduk Jeddah. Tapi juga cukup setahun aku jadi suri rumah sepenuh masa yang BAHAGIA duduk rumah tanpa PERLU BANGUN PAGI pegi kerja. Juga tak perlu pening dengan kerja kat office atau pening dengan colleague yang mungkin ada perangai entah pape. 

Aku bahagia duduk rumah. Buat kerja rumah. Tengok tv. Main internet. Mengadap laptop sentiasa. Melayan MokMok yang semakin gedik nak mams sekarang ni. 

Bahagia. Bahagia. Bahagia.

Tapikan lately ni aku rasa macam nak kerja pulak. Taknak kerja office. Aku like terpikir nak jadi cikgu. English teacher.

Apa PENDAPAT korang? 0_o

February 27, 2011

Pindah Rumah : Operasi Mencari & Ciri Penting Yang Dicari.

Assalamualaikum.

Sila muntah kalau dah muak dengan entry aku pasal pindah rumah ni. Kalau taknak muntah, sila jangan teruskan pembacaan anda dan juga jangan scroll lagi dah blog ni. Harap maklum. Ini bukan pesanan penaja. Tapi pesanan terus dari tuan punya blog. Kihkihkih.

Selagi aku tak habis cerita pasal pindah rumah ni, selagi tu lah aku akan update blog pasal perkara berkaitan pindah rumah. Siapa yang nak pindah rumah atau ada ura-ura nak pindah rumah, blog ini adalah medium terbaik untuk kau baca bagi mendapatkan tips yang berkaitan. Derghhhh! Poyo gila ayat skema nak mams! 0_o

Baiklah.

Entry kali ni, aku nak cerita dugaan dan perjalanan kami lakibini dalam menempuhi dugaan dan cabaran nak mencari rumah sewa baru. Fuhhhh! Fuhhhhh! Pada aku, cabaran tu takde sangat tapi DUGAAN yang datang tak kira masa. Jadinya?

BERSABAR adalah jalan terbaik untuk setiap DUGAAN. Faham?

Ok. Misi pertama nak pindah rumah ni mestilah misi nak mencari rumah. Ye dok? Disebabkan nak berpindah dan berharap lepas ni, taknak pindah lagi dah, kenalah cari rumah yang betul-betul buat kami lakibini PUAS HATI dari segala benda, segala segi.

Apa yang pasti, laki aku nak cari rumah sewa baru area Al-Nahda. Kawasan rumah lama dulu dipanggil Al-Shatee ye kawan-kawan. Kalau kat Johor Bahru tu, lebih kurang macam Kampung Melayu dengan Majidee. Kalau kat KL, lebih kurang macam Melawati dengan Ampang. Huh. Lebih kurang lah.

Dari Al-Shatee nak ke area Al-Nahda ni takdelah jauh mana pun. Dekat je. Laki aku cari dekat area Al-Nahda ni pun sebab nak lagi DEKAT DENGAN MAIN OFFICE. Dulu, laki aku cari rumah dekat Al-Shatee tu pun sebab dekat dengan office. La ni, bila semua dah pindah ke main office kat Al-Nahda, so carilah area Al-Nahda. 

Tapi area Al-Nahda ni besar gila. Sebab kalau tak silap, area Al-Nahda ni ada dari Al-Nahda District 1 sampailah Al-Nahda District 3 kot. Entah. Aku pun tak tau sangat sebenarnya area ni ada berapa district. Hehehe. Aku main hentam keromoh je ni teka. Kuikuikui.

Ok. Disebabkan laki aku bagi KUASA SEPENUHNYA kat aku untuk pilih rumah ikut apa aku nak, so aku dah set few things yang aku nak untuk rumah baru ni. Antaranya :


Kawasan Sekeliling Rumah

Ni antara memang pentinglah. Sebab nanti, bila laki aku pergi kerja, aku duduk rumah sorang-sorang. So, aku taknak lah cari kawasan RUMAH YANG SUNYI gila tak kira siang atau malam. Kalau boleh aku memang nak kawasan yang ada bunyi kereta lalu-lalang, tak pun ada budak-budak main kat luar bila petang. Heh!

Masa nak cari rumah tu kan, rumah pertama dapat cari, memang dah ok. Besar pun besar. Dapur pun besar. Tapi masalah utama yang aku nampak, kawasan rumah tu, memang sunyi habis. Dah lah rumah paling hujung kat tingkat bawah. Aku dah dok pikir, ni kalau pape jadi like ada orang masuk ke apa ke, orang dengar ke suara aku kalau aku jerit? 

Fine. Kawasan rumah tu sunyi. So, aku terus cakap kat laki aku : " I taknak lah rumah tu. Macam sunyi sangat je. Takut pulak. Kang kalau U balik lambat ke ape ke, pape jadi, susah pulak.". Hiks. Nasib laki aku paham.

Rumah sekarang? AMAN dan TENANG. Asal petang, ada je aku dengar bebudak main kat luar. Setiap hari. SUKA!


Dekat Dengan Masjid

Haaaa, yang ni pun penting. Rumah lama dulu, JALAN KAKI pun boleh kalau nak pergi masjid. Nak kata dekat sangat tu, takdelah. Cuma kalau bunyi azan, still sayup lagi kedengaran. Tapi boleh lah as long as tak jauh sangat. 

Aku memang suka kalau rumah dekat dengan masjid. Boleh DENGAR AZAN. Dengar bunyi orang solat berjemaah. Pastu, senang laki aku nak pegi solat Jumaat atau solat harian. Paling tidak pun, senang bila bulan puasa, nak pergi berterawih.

Rumah sekarang? Oh super duper SUKA! Sebab rumah sekarang ni, BUNYI AZAN MEMANG JELAS habis sebab masjid memang bersetentang dengan rumah tapi seberang jalan nun lah. Still memerlukan kereta untuk ke masjid. Takde short cut untuk jalan kaki ke masjid by lalu tepi rumah orang ke apa.

Almaklum je lah. Ini Saudi dan bukan Malaysia yang ada lorong bagai. Orang sini kalau rumah, semua tutup sampai kekadang buat tembok tinggi macam penjara. Memang takde kewujudan lorong langsung dengan rumah sebelah. Huhuhu.


Dapur & Kipas

Disebabkan dah ada pengalaman duduk rumah tingkat paling atas, jadinya kali ni cari rumah, aku memang seawal lagi dah cakap taknak cari rumah tingkat PALING ATAS. Walaupun kat sini kalau takde lif tu setakat 3 tingkat tapi aku tetap taknak sebab serik dengan kipas ekzos dapur. Hukhukhuk. T_T

Cukup-cukuplah dengan rumah lama banjir sebab AIR MENCURAH MASUK dari kipas ekzos dapur. Kali ni, memang takde dah lah kan. 

Rumah kedua yang aku jumpa tapi aku reject sebab kipas ekzos pulak takde. Rumah tu dah elok dah level bawah. Tak perlu naik tangga ke apa tapi masalahnya, dapur dia pulak takde kipas ekzos. Dah satu hal. 

Fine. Reject lagi. Kalau korang nak tau, ada KEJADIAN TRAGIS sebenarnya pasal rumah kedua yang kena reject ni tapi aku taknak dah lah cerita lagi. Kang sedih laki aku. Kuikuikui.

Rumah sekarang? Perghhhh! Perghhhh! SUKA! SUKA! SUKA! Tengok? Nampak sangat aku memang teruja tahap gaban sebab CAPSLOCK perkataan SUKA sampai 3 KALI. Kahkahkah.

Rumah baru ni, kipas ekzos dekat dinding plus ruang dapur luas berkali ganda dari rumah lama. Lepas tu kabinet dapur panjang dan banyak. Siap ada glasses kabinet kat tepi like KAU BOLEH PAMER pinggan mangkuk mahal dari London. =_=

Tapi aku tak guna pun sebab aku mana ada pinggan mangkuk mahal. Aku pamer letak ROTI dengan CIKEDIS je. Kahkahkah. Sadis. Kalau Baba aka Tuan Rumah tengok ni, mau sedih dia tengok kabinet cantik buat pameran barang mahal tapi aku letak ROTI COKLAT yang sedap gila tu.  

Oh! Perkataan roti coklat tu aku buat capslock sebab nak dedikasi sepenuh hati buat tatapan HEMPEDU aku, SITI AKMAL HANISAH MOHAMMAD. Hanya dia saja yang tahu kenapa. Kahkahkah. 

Ok. Habis kisah operasi mencari & ciri penting yang dicari. Lepas ni baru aku cerita pasal packing barang semua, pasal operasi pindah rumah di hujung minggu dan cerita pasal rumah sewa baru aku.

Sebelum tu, meh aku tunjuk rumah sewa baru aku ...



Cantik tak? Macam bukan kat negara Arab kan? 0_o

Bukan macam je weih tapi MEMANG TAK PUN! Bhahahahaha. Ini bukan gambaran sebenar rumah sewa baru aku. Kalau nak tengok macam mana rupa, setialah kamu di blog ini untuk terus mengikuti dan membaca entry seterusnya. Ngehngehngeh. Sekian. 

Masalamah!

Pindah Rumah : 3 Sebab Utama.

Assalamualaikum.

Entry sebelum ni, aku dah bagitahu yang aku nak pindah rumah kan? Sekarang ni, kiranya aku dah pindah rumah sepenuhnya lah. Ni kiranya, aku update entry blog ni dekat rumah baru. Hehehe.

Pindah rumah bukan hobi aku sebab memerlukan tenaga yang banyak untuk mengemas segala barang dan juga memunggah segala barang balik di rumah baru. Tapi, apakan daya. Dah ditakdirkan yang kami lakibini terpaksa berpindah jugak atas sebab-sebab tertentu.

Nasib baiklah aku ni kiranya dah ada pengalaman berpindah-randah rumah ni. Terutama masa aku study dulu. Kat Shah Alam. Belajar habiskan degree baru 2 tahun tapi sepanjang 2 tahun tu lah, 3 kali aku berpindah rumah sewa. 

Dulu, dari duduk blok 2, berpindah ke blok 1. Sebabnya?

Ada sorang housemate ni buat tahi hidung yang tak berapa nak masin sangat. Atas sebab percaya sangat,  aku dengan housemate yang lagi 4 orang, kena tipu. Habis duit sewa kena songlap. Bukan sebulan dia songlap. Tapi berbulan-bulan kot. Mana tahan? Terpaksa pindah. Cari rumah lain.

Masa dari blok 2 nak berpindah ke blok 1, memang kelam kabut. Ingatkan nak cari rumah bawah sikit sebab rumah sewa lama tu, kami berlima duduk tingkat PALING ATAS. Siapa duduk Shah Alam, tahulah tinggi ke tak rumah flat Seksyen 7 yang kami sewa ni. Dah lah takde lif. =_=

Bila dapat rumah baru kat blok 1, sama jugak. Terpaksa ambil tingkat yang sama iaitu paling atas sebab dah kesuntukan masa. Boleh bayangkan tak, kena angkut turun naik barang dari tingkat 6 ke tingkat 6 lagi? T_T . Aku bernasib baik masa tu sebab ehemmm, masa tu baru je kahwin. Jadinya, laki aku ah mangsa untuk aku buli tolong kemas dan pindahkan barang rumah. Kekekeke.

Dah duduk blok 1, tahun terakhir tu, aku kena pindah lagi ke blok 19 kot kalau aku tak silap. Sebabnya housemate aku masa tu semua dah habis degree. Lagipun dorang kira senior lah. Aku junior. Tapi sebenarnya sebaya. Cuma dorang masuk awal. Aku masuk lambat 6 bulan dari dorang.

Bila pindah blok 19, baru lega sikit sebab rumah sewa ni PALING BAWAH beb wa cakap sama lu! Mana lah wa cakap tak bawah. Sebabnya kalau nak pegi rumah sewa baru wa tu, lu kena naik anak tangga tak sampai 20 atau lebih pun anak tangga. Tahu-tahu je, lu mesti dah sampai rumah wa. Kata tingkat satu kan? Hehehe.

Haaaa ... dari pengalaman pindah randah banyak kali masa study ni lah, aku aplikasikan apa yang patut masa nak pindah rumah kat sini pulak terutama sekali dalam bab nak packing barang-barang rumah. Terus-terang lah aku bagi TIPS PINDAH RUMAH yang memudahkan korang ; Kalau pindah rumah, tak payah nak masukkan barang dalam kotak bagai. Korang sumbat je dalam BEG PLASTIK SAMPAH HITAM yang besar tu! Senang sumbat, senang kemas balik. Yang penting, senang nak punggah. Sila cuba. Jangan ragu. Huhuhu.

Apapun, aku bagi korang tahu, 3 sebab utama kenapa aku perlu pindah rumah baru :


1. Syiling Rumah Bocor

Pada yang tahu dan ikut blog aku atau Twitter aku, korang tahulah keadaan aku kat rumah macam mana setiap kali hujan turun kat Jeddah ni. Aku memang tekanan kalau hujan. Memang HUJAN ITU RAHMAT tapi keadaan rumah sangat tak rahmat pada aku. 

First time bocor dan rumah banjir, boleh lagi lah. Tapi kalau dah berkali-kali hujan dan setiap kali hujan tu, rumah aku banjir, kalau kau jadi aku, KAU SANGGUP BERTAHAN TAK? Sanggup? Aku TAK

Dan demi isteri tercinta, laki aku carikan rumah baru. Elehhh ... tapi memula tu, dia cari sorang-sorang. Cari tak ajak aku pun. Lepas tu, balik rumah dok gebang kat aku cerita rumah yang dia survey tu macam mana rupa. =_=

Aku ni pulak, jenis orang yang selagi tak tengok sendiri, selagi tu aku tak puas hati. Dan akhirnya, survey sesama sampailah kami lakibini bertemu jodoh dengan rumah baru yang sekarang ni.


2. Sikap Jiran Sebelah & Bawah Rumah

Aku dah pernah cerita pasal sikap jiran sebelah rumah aku ni. So rasanya tak perlulah aku ulang banyak kali. Cuma kalau yang baru baca blog ni, apa yang boleh aku buat kesimpulan tentang jiran sebelah adalah sikap yang TAK TAU JAGA KEBERSIHAN. Itu je.

Jiran bawah ni pulak, fuhhhhhhh ... memang menguji habis. Lagi aku sibuk nak pindah, lagi makin menjadi. Bunyi muzik dari rumah dorang pada pagi buta memang SANGAT MENGUJI KESABARAN! Memang takde rasa hormat langsung dengan jiran lain. Sakit jiwa betul dapat jiran macam ni.

Paling tak boleh blah bila pesta muzik diiringi dengan pesta maksiat! Bawak balik perempuan. Sampai tokeh kedai runcit bawah rumah aku pun dok komplain pasal jiran bawah rumah aku ni ha. Haih. Apa nak jadi lah?

Aku ingat habis kat situ je tapi rupanya tak. Nak dijadikan cerita, jiran sebelah aku ni kan sebenarnya kerja satu company dengan laki aku. Dalam 2, 3 hari lepas kami lakibini pindah, si jiran sebelah ni cari laki aku and mengadu pasal jiran bawah. 

Rupa-rupanya ... hmmm ... makin teruk perangai jiran bawah bila ... ehem ...

Aku tak perlu cerita detail sangat. Biarlah kami lakibini je tahu. Aku harap jiran bawah tu berubah lah. Malu sangat sebab yang buat tu Islam. Local people lak tu. Kalau tak malu dengan jiran, paling kurang pun, malu lah dengan TUHAN! =_=


3. Bakal Ada Office & Hospital Sebelah Rumah

Dekat area rumah lama aku tu, aku rasa dah aman je masa aku memula datang Jeddah. Tapi bila perasan ada construction buat hospital kat sebelah ditambah pulak, bila orang dah start renovate rumah kat belakang jadi office, terus rasa jadi tak aman. Jadi tak selamat.

Setiap hari dari siang ke malam, terpaksa dengar BUNYI BISING orang buat construction. Bunyi kelentung kelentang yang kekadang boleh buat jantung kau terkejut bila ada barang construction terjatuh ke bawah atau ada bunyi mesin construction.

Tapi wa cakap sama lu lah kan. Hospital tu kan kalau dah start operasi, lu nak register masuk hospital tu pun lu dah kena bayar 15k! 15k ok. Bukan 1500 apatah lagi 150. Berapa taraf bintang kelip-kelip hospital tu pun, wa taktau. Kalah taraf Burj Dubai silap haribulan nanti.

Ok. Fine. Construction tu kira boleh lagi lah tapi kalau dah BELAKANG RUMAH JADI OFFICE, ape cerita? Kalau siang, jangan kata nak bukak tingkap, nak selak langsir pun aku dah kena pikir banyak kali. =_=

Mana tak kena pikir banyak kali? Kalau nak selak langsir, orang luar boleh nampak aku kat dalam rumah. Kan bahaya. Bahaya satu hal, aurat pun satu hal. Aku jadi tak bebas nak masuk bilik. Dah lah itu satu-satunya bilik yang ada sebab memang sewa apartment satu bilik je. 

Bilik tu lah tempat aku tidur, tempat aku nak solat, dan juga paling penting, tempat aku nak pakai baju lepas mandi or nak salin baju ke ape ke. Huhuhu. =_=

Susah. Payah. Pindah rumah lain je adalah JALAN TERBAIK.

Ok. Dah cukup aku bagi 3 sebab utama kenapa aku terpaksa pindah rumah. Sebelum aku end up entry ni, aku bagi korang tengok video keadaan banjir sebenar dekat Jeddah ni ha. Aku dapat video ni dari Flickr. Tengok jangan tak tengok!




Kesimpulan dari aku untuk video ni : JANGAN SALAHKAN HUJAN tapi salahkan manusia-manusia bijak yang tak pandai nak buat drainage sistem baik dekat rumah atau dekat jalanraya. Sekian. Hehehe.

Masalamah!

Blog Berwajah Baru.

Assalamualaikum.

Ini kali kedua blog aku terbengkalai. TAHNIAH UNTUK DIRI SENDIRI sebab masih kekal dengan perangai suka MENANGGUH SESUATU KERJA! Tangguh punya tangguh sampai tak sedar dah dekat sebulan rupanya aku ni da dok menangguh nak update blog sendiri. =_=

Jangan kata blogspot. Tumblr aku pun sama. Itupun Tumblr dok reblog orang punya post! Muahahahaha. Reblog post orang adalah jalan terbaik supaya Tumblr aku sentiasa berupdate! Tapi kalau kat Tumblr, kalau kau nak reblog post orang, tidak menjadi kesalahan sebab Tumblr tu like a short blog or siapa yang tak rajin untuk update pepanjang, boleh lah menggunakan Tumblr yek? Jimat masa. Tak memerlukan masa yang panjang untuk taip entry yang kau nak post. Ok?

Hmmm. Disebabkan aku dah lama sangat tak update blog, dua tiga hari lepas, aku tergerak hati pulak nak tukar template blog aku ni. Banyak benda aku ubah sebenarnya. Banyak benda aku buang. Sebab aku tetiba teringin nak blog aku ni lagi kemas sikit lah. Taknak blog yang nampak macam budak sangat! 

Kata dah kahwin kan. So, facelift blog kena lah matang sikit. Zaman belum kahwin dulu, boleh lah kalau nak letak blog fancy bagai. Tapi ni dah kahwin, aku lagi suka pulak benda yang simple tapi nampak kemas. Baru tak serabut sikit korang tengok blog aku ni ha.

Pada yang baru datang blog aku ni, meh aku bagitahu kau apa yang aku tukar dekat blog aku ni :


Theme & Template Blog

Dulu aku pakai theme Penciling. Theme tu pakai color lembut. Color pastel macam tu lah. Tapi bila dah lama aku pakai, aku macam boring lak sebab untuk header blog, aku tak boleh nak mencapap letak gambar aku besar-besar. Kuikuikui. 

Kalau sebelum aku pakai theme Penciling tu, aku pakai theme apa entah. Aku pun lupa apa nama theme yang memang lama aku pakai tu tapi yang aku ingat, theme yang old school gila tu, aku letak segedebuk gambar aku dengan laki aku dok lompat-tinggi-konon-nak-pegang-awan kat padang pasir kat Dubai. Dah letak gambar, aku letak pulak background butterfly color pink. Kan macam budak-budak tu. =_= . 

Tapi SEKARANG

Nahhhhhh! Theme Template yang matang sikit. Matang tak? Matang tak korang rasa? Apa pendapat kawan-kawan? Ok ke tak Template yang baru ni?


Header Blog

Haaaaaaa ... ini yang PALING AKU SUKA! Tengok? Nampak sangat aku memang suka sampai aku buat CAPSLOCK bagi korang nampak yang aku memang suka pasal Header Blog yang baru ni.

Apapun, aku berterima kasih sesangat dekat blog budak-gila-artis-korea iaitu DayanaNasir. Masa nak buat pakai Photoshop, aku memang terkial habislah! Entah apa benda lah aku nak tekan. Entah apa bendalah yang aku kena buat dulu untuk buat header yang aku-boleh-buat-hentam-kromoh. Kekekeke. 

Tengah dok cari tutorial pasal Photoshop, aku terus teringat pasal blog Dayana yang dia pernah bagi just a simple tutorial pasal nak buat header sendiri pakai Photoshop. 

And wallahhhhhh!


Header baru untuk blog NailahAzman.

Jujur aku cakap kat korang. Sebenarnya, AKU NAK SURUH LAKI AKU BUAT tapi kalau nak tunggu dia buat, entah bila lah aku boleh dapat! Itu satu hal. Lepas tu, kalau nak suruh dia buat, nanti mesti aku tak boleh nak buat design-suka-hati aku kat header ni. Kekeke. 

Paham jelah. Kalau dah design ni berkaitan dengan kerja dia, aku memang tak boleh nak cakap banyak! Nanti ada je dia cakap : 'Biebie taknak camni, tak cantik!" , " Macam ni pun biebie taknak, tak cantik!". Dah tu kalau semua design aku dia taknak, camno? Setiap orang kan ada citarasa sendiri. Kang kalau semua design ikut citarasa dia, kesudahannya?

Akan berlaku kejadian mulut muncung kalah BONTOT ITIK! Kahkahkah. 

Jadinya, lebih baik aku buat sendiri. Walaupun aku crop gambar memang sangat selekeh tapi takpe lah sebab aku dapat membuktikan dekat Azman yang Nailah can do it herself with YOU! Kuikuikui.

Untuk header yang baru ni, pastilah aku letak gambar aku segedabak mungkin! Biarlah orang muntah tengok gambar aku sebab aku memang tak cantik pun untuk ditengok. Janji aku cantik & comel untuk Azman tengok! Kekekeke. 

Selain gambar aku segedabak kat belah kiri, tak lupa aku letak gambar watak kedua dalam blog ni lah. Siapa lagi kalau bukan laki aku : Azman. Kau tengok gambar header tu dah cukup membuktikan yang ada ORANG KETIGA dalam hidup & blog aku ni! =_=

Kasih aku diduakan. Apa nak buat? Dah ditakdirkan aku akan berkongsi & kekadang terpaksa berebut laki sendiri dengan makhluk berbulu putih bernama MokMok. T_T

Iye. Siapa yang tak tahu lagi, meh aku kenalkan ORANG KETIGA dalam hidup NailahAzman. Nama dia : MokMok. Panggil je Mok. Sekian. Pasal dia tak boleh nak cerita lebih sangat ah! Kang korang lagi sibuk nak tahu pasal dia dari pasal aku. Mana boleh! Choi!


Blog List & Gambar

Ok. Jangan panik kalau korang tengok bloglist semua takde. Aku memang keluarkan. Aku tak letak kat tepi blog dah sebab aku nak seragamkan biar kalau korang datang tengok blog ni, blog ni sekelepuk macam tu je. Tak perlu dah nak tunggu loading lama-lama sebab nak tunggu bloglist keluar. Tak perlu.

Yang penting, blog tu semua sentiasa ada dalam blog aku. Jadinya, setiap kali nak baca entry korang, aku kena masuk blog aku, then baru baca setiap entry yang baru. Jadinya akan membuatkan aku lebih rajin nak bukak blog sendiri. 

Yelah, kalau theme yang lama, aku kalau boleh nak letak semua link blog yang aku follow. Sepanjang-panjang penuh kat sidebar blog aku ni ha. Kalau yang macam tu, aku direct boleh klik kat sidebar tanpa kena masuk blog.

Tapi SEKARANG?

Kalau nak baca blog yang aku follow, aku kena MASUK akaun blogger aku. Kalau tak masuk, aku tak boleh baca sebab aku takde direct bloglist kat sidebar aku lagi. Semoga aku lebih rajin dan lebih berdedikasi untuk blog aku ni. Doakan. Kekekeke.

Gambar yang menyemakkan sidebar pun aku dah buang. Gambar kahwin ke, ape ke, semua aku dah remove. Letak ke tepi. Kata kan nak BLOG YANG LEBIH MATANG? Haktuih! Kahkahkahkah. 

Tapi betul apa ... nak matang perlu blog yang lebih kemas. Benda yang tak perlu, TAK PAYAH NAK LETAK. Kan? Kan?

Ok. Itu PERUBAHAN yang aku dah buat pada theme & template baru untuk blog NailahAzman ni. Banyak benda yang aku kena belajar lagi especially bab nak mengedit blog ni ha.

Semalam aku dok nak letak button like Facebook pun, jenuh aku buat. Dari petang sampai ke malam aku buat, still tak menjadi. Pagi ni baru jadi lepas aku alter banyak kali. Rupanya aku yang salah letak code CSS tu. Kekekeke. 

Oklah. Sekarang waktu Jeddah dah nak pukul 10 pagi. Aku nak kena masak tengahari dah ni. Kang lambat masak, aku pulak kelam kabut. Jumpa lagi. Nanti petang, aku update pasal aku pindah rumah baru.

Masalamah.

February 2, 2011

Februari Adalah Bulan Yang Membahagiakan!


As'salam.

Hi! Hi! Hi!
Im back for new entry!
Ececehhhhhh...

Sori ah.
Ingat nak update benda ni semalam.
Tapi semalam pulunnnnnn kemas dapur separuh.
Itupun separuh je lah.
Harini jap lagi baru aku nak sambung kemas sampai habis kat dapur.

Terutama sekali esbok aku!
Tau tak esbok?
Esbok tu fridge ah wei!
Takpun bahasa melayunya : Peti Ais.

Tapi aku takde ah nak skema sangat kan nak sebut Peti Ais.
 Aku selalu panggil esbok jek!
Hehehehe.

Baiklah.
Diam tak diam...
Sekarang dah masuk bulan Februari dowhhh!
Gila cepat betul masa berjalan!

Apapun...

Aku happy habis bila dah masuk bulan Februari ni!
Eyhhhhhhhhh... cop coca cola!

Aku takde eyh nak celebrate Valentine kontine ni!
NO! NO! NO!
Aku tak celebrate dah sejak tahu benda tu memang salah.
Salah weihh kalau kau Islam tapi kau galak celebrate!

Tak kisah ah kalau kau celebrate dengan family ke ape.
Salah tetap salah.
Hukum Allah SWT jangan kau nak memainkan! 
FAHAM?

Aku serius ni!
SERIUS! SERIUS! SERIUS!

=________=

Apapun, pada aku...
Februari 2011 ni memang bulan yang terbaik buat aku.
Tapi bukan aku sorang ah.
Juga terbaik buat laki aku & MokMok.

Mana taknya...
Bulan ni lah nanti kami bertiga akan pindah rumah sewa yang baru!
Hurrehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!



Ini rumah yang aku duduk sekarang. Lebih kurang la macam ni. Nanti aku tunjuk rumah yang real punya kami bertiga stay selama setahun.

Ikutkan...
Sebenarnya planning nak pindah rumah lagi besar ni...
Bila aku dah ada rezeki preggy ke.

Tapi nampaknya rezeki datang awal!
Alhamdulillah.
Bersyukur sangat-sangat.

Allah itu Adil kan?
MashaAllah.

Jadinya, harini aku kena habiskan kemas kat bahagian dapur.
Semalam separuh barang masak dah masuk kotak!
Harini nak sambung lagi.
Nak packing pinggan mangkuk.
Nak packing periuk.
Nak packing cawan mawan.
Nak packing barang-barang elektrik.

Macam banyak lagi je nak kena kemas ni?

=______=

Ok.

Selain pasal pindah rumah adalah perkara membahagiakan di bulan Februari ni...
Aku ada sebab yang lain...




HONEYMOON! HONEYMOON! HONEYMOON!

Tapi sebenarnya...
Takdelah honeymoon sangat pun!

Sebab?
Nanti kat tempat nak kunun honeymoon tu ada my cuzzies, makcik & pakcik!

T____T

But aku hepi ah.
Sebab aku memang need vacay punggg!

Aku lebih nak pergi beach sebenarnya!
Tapi sini dah kejadah nak cari beach macam Malaysia tu?

TAK ADA okeiii!

Beach kat sini semuanya penuh sampah sarap.
Tapi air laut sini memang cantik!

Pelik kan?
Pasir kat tepi penuh sampah.
Tapi kat laut...
Bersih je dari sampah!
Air pun jernih habisssss!

0_o

Harap-harap...
Rumah dapat habis kemas sebelum syiuhhhhhhhhhhh pegi honeymoon!
Tak sabar! Tak sabar! Tak sabar!

Tak sabar nak main ATV!
Errrrrr...
Hihihi.

NAAAAAAAAAAAAAA, tunggu LAAAAAAAAA okeiiiii!

;)




Ini adalah rutin setiap bulan!

InshaAllah, lepas balik dari honeymoon...
Ku mahu ajak laki ku buat Umrah untuk bulan Februari.

Jom Biebie jom?
Itupun kalau I tak cuti ah.
Harap-harap tak cuti. 
Heh!

Ye ah.
Kata dah duduk dekat dengan Haram kan?
Bila lagi nak rebut peluang macam ni kan?

Lagi pulak sementara Allah SWT bagi kudrat & kesihatan yang baik sekarang ni.
So, kenalah gunakan segala kurniannya dengan sebaik mungkin.
InshaAllah.

;)

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan kami nanti.
Amin Ya Rabbal Al Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...